Monday, May 24, 2010

~Ini CeritaKU~


~Selamat pagi~
Ana baru bangun tido..Iskh3..Jangan ditiru perangai nie..Lepas subuh, tidoo..Mak kata, arwah atuk sangat marah ngan orang yang tido lepas subuh..Rezeki dah di ambik burung katanya...Atuk kata lepas subuh,cuba tengok sang burung...Dorang dah terbang mencari rezki..Memang best nasihat atuk nie..Walaupun ana tak sempat jumpa atuk,tapi nasihatnya jadi pedoman ana..


Masa ana sekolah dulu memang ana pegang prinsip ni..Sebab tu la kalau malam mesti ana akan tido awal..Supaya pas subuh tak tido..Lagipun dulu hidup family ana susah..Ana kena jalan kaki ke sekolah...Kadang2 kul 5.30am dah start jalan..tapi memang seram la masa tu..Tawakkal dengan Allah je la..Kalau beruntung,ada la jiran yang tumpangkan..Ingat lagi jasa dorang..Syukran..Semoga Allah merahmati mereka..Tapi sekarang adik2 ana beruntung..Bangun lewat pun takpe..Pasal kereta kat luar siap nak hantar...Alhamdulillah sekarang rezki keluarga dah meningkat sedikit..Tapi,dorang kurang merasakan kenikmatan versi ana & kakak ana..Kenikmatan versi dorang keselesaan,masa kitaorng 'survival'..Tapi ana tak salahkan sapa2..Rezki tue milik Sang Khaliq..Bila2 bleh bagi..Jadi rezki adik2 ana la klau dapat keselesaan...Ana pun dapat gak rezki yang lebih besar..Kalau takd kesusahan,ana rasa takd M.SYAHRIL SUDIRMAN yang sekarang nie...
Subhanallah...hebatnya tarbiah Dari Ilahi...

Tapi semenjak masuk ke universiti,disebabkan kesibukan yang menuntut ana untuk tidur lewat,ana mesti akan tido selepas subuh..Ia seolah-olah menjadi habit..Kadang2 selepas subuh,ana tido sampai pukul 12 kalau badan terasa amat penat..Astaghfirullah...Nie semua kelemahan ana,jangan sapa2 jadikan ikutan..TERUK..Tapi.Insyaallah sekarang nie dalam proses nak kembali ke prinsip asal...Doaknlah..Nie la masalah orang kuat tido macam ana..Istilah qada tido mesti ada..Kalau tidak,kepala boleh jadi pening2....alasan je tu sebenarnya..hehehee

Sebenarnya,ana nak berkongsi cerita aktiviti ana minggu lepas..Tatkala ana disibukkan dengan penyediaan bahan2 motivasi,ada juga aktiviti2 sampingan ana..Antaranya pegi kat Kota Kinabalu untuk berjumpa dengan pimpinan Pemuda Negeri..Apa yang ana dapat katakan, perkongsian idea & pemikiran sangat2 seronok..Teguran,kritikan & motivasi menjadi rempah penyedap untuk lebih giat berusaha memperbaiki DIRI & Ummah..(ana nie jenis yang tidak berapa efektif kalau nak bagi motivasi dalam bentuk pujian,tapi kadang2 perlu juga pujian tue..)Ana juga rasa bersyukur pasal dapat berjumpa seorang lagi sahabat seDaerah yang boleh diajak berjuang..Sahabat ana nie dari UM..Insyaallah akan menguatkan lagi jentera Pemuda dikawasan ana..Ana sangat2 bersyukur..


Selepas habis sesi perkongsian,ana dengan tiga orang sahabat lain bertolak balik ke Keningau yang mengambil masa 2 jam & harus meredah bukit bukau..Kepenatan masa itu memang amat ana rasakan..Selepas sampai ke rumah,ustadz ana pula 'call' nak jumpa untuk urusan perniagaan..Ana rasa teruja untuk memulakan perniagaan ana nie..Ana gigihkan diri untuk berjumpa dengan ustadz..Walaupun penat,ana tetapkan janji untuk berjumpa dengan ustdz selepas isyak..Selepas ana solat maghrib,ada sms masuk..Cikgu ana kat teknik pula nak jumpa..

Nasib baik pengalaman kat Universiti menguruskan meeting yang sangat banyak dalam satu malam ada...Jadi,ana pun merancang kembali pertemuan dengan kedua-dua pihak...Sebelum ana berjumpa dengan mereka,ana singgah mengambil sahabat seperjuangan ana masedeh.Selepas itu,ana singgah sebentar ke Masjid Taqwa untuk solat isyak.Dalam perancangn hanya solat isyak..Tetiba pula jumpa pula ustadz Dzul & Ustadz Syakir..Diajaknya menjamu sedikit jamuan & berbincang..Selesai berbincang,ana kena pegi ke rumah ustdz helmi untuk mengambil bahan...Nasib baik ana tidak serabut...Selalunya kalau badan ana dah letih,tahap keserabutan akan jadi tinggi..Tapi Alhamdulillah, Allah memberikan kekuatan kepada ana..Selepas itu ana pun pergi berjumpa dengan Cikgu Suhaila & kemudiannya Ustadz Romzan...Setelah itu ana hantar sahabat ana balik ke rumah & ana pun balik ke rumah ana..
Walaupun jujur ana katakan, ana sangat penat..Namun ilmu yang ana dapatkan dari hasil kepenatan itu amat banyak.Terima kasih ana ucapkan dengan Ustadz2 & cikgu2 yang banyak membantu ana untuk bergerak kerja.Niat ana agar apa yang ana buat dapat keredhaan Allah & dapat melahirkan generasi pelapis di kawasan yang akan memeriahkan medan perjuangan di negeri tercinta..Wallahualam....

2 comments:

Ibnu Sudirman said...

Assalamualaikum...Ini comment yang first..just cuba2 kalau dapat komen...

Anonymous said...

jadi..ana nak komen untuk percubaan yang kedua..

kesihatan adalah kurniaan Allah..namun, kesakitan daripada melakukan sesuatu untuk membantu agama ALLAh..memang berbayar..cuma mgkn dapat sekarang mungkin dapat nanti.

Tido selepas subuh hanya akan menambah kesakitan pada kepala..ana nak bagi tips..yang ana amal..tp kdg2 lupa juga..iaitu zikir fatimah..(tasbih, tahmid, takbir)x33 kali setiap satu.amalkan sebelum tidur.

Ni zikir yang Rasulullah bagi pada anak perempuannya yang disayangi, saidatina fatimah ketika meminta seorang khadam untuk membantunya mengurus rumah tangga..yakinlah, zikir ini untuk menguatkan diri..dari kepenatan dunia..dengan izin ALLAH

Perjuangan menegakkan kalimatullah di bumi ini takkan ada masa rehat pada hakikatnya, setiap dugaan yang datang menambah poin pahala..sama-sama kita perbaharui niat..untuk mencapai mardhatillah.

sekadar perkongsian..sekali lagi..
kang aa ada bagitahu, untuk sentiasa semangat dalam dakwah..perlulah tetapkan visi dan mesti konsisten(istiqamah)..

visi termasuk untuk jadi hamba ALLAH, Khalifatullah, untuk berdakwah..mengajak pada kebaikan mencegah kemungkaran..

konsisten itu..tetap istiqamah walau di tentang, dihalang, diperang.sifat dakwah memang begitu..jika para nabi dulu berdakwah mesti akan diperangi..kita apa lagi..sekadar peringatan untuk diri sendiri juga.

Amalkan konsep ILAMIK(iLmu, Amal, Ikhlas)..

jadi..setakat tu jak dulu

INSAN SETIA