Thursday, May 20, 2010

~Selamat Pagi Cikgu~(Upin Ipin style)


Assalamualaikum sahabat2 yang dirahmati Allah sekalian...
Seperti biasa,ana doakan entum semua berada dalam limpahan rahmat Allah S.W.T. setiap masa..

Sekarang jam menunjukkan pukul 5.42a.m. Kalau di Sabah dah lewat la nie...Kalau bangun masa-masa macam nie memang dah kena bergegas untuk menunaikan solat Subuh..Tapi mungkin ada juga segelintir boleh bangun lebih awal tapi tidak menunaikan tuntutan Allah s.w.t nie..Astaghfirullah..Ana doakan agar mereka & kita semua mendapat hidayah daripada Allah.Hidayah kan milik Allah..Siapalah kita???

Sebenarnya sekarang nie ana belum pun melelapkan mata..semalaman mencari bahan untuk slot motivasi minggu hadapan.Itulah ana,bila dah fokus dengan sesuatu, memang berusaha untuk buat yang terbaik & cepat disiapkan.Ini sebenarnya boleh jadi kelebihan ataupun kelemahan.Bergantung kepada situasi & keadaannya.Walaupun semalaman tidak dapat melelapkan mata,baru sekarang dapat mood nak nukilkan sesuatu dilaman blog ana ni.


Tadi(lepas maghrib semalam),ana baru balik dari program bacaan Yassin & tahlil sempena Hari Guru dekat sekolah ana di Sek Men Teknik Keningau.Ana rasa ini antara inisiatif yang baru dalam meraikan hari guru di sekolah ana tu.Sebelum nie memang tidak pernah kami rayakan hari guru dengan bacaan Yassin.Alhamdulillah nampaknya ada pembaharuan yang baik di sekolah ana tue.Disebabkan itu,edisi kali nie ana nak berkongsi sedikit idea berkenaan dengan guru.

Secara 'official'nya,rata-rata orang mengenal guru ketika dibangku tadika atau mungkin sekolah rendah(darjah satu).Namun kehadirannya memang dapat dirasa sejak kita kecil lagi.Ini kerana profesion sebagai seorang guru atau cikgu nie sememangnya cukup terkenal & antara pekerjaan yang terawal di dunia.Bagi ana sendiri,jujurnya memandang tinggi status sebagai seorang guru.Menggalas tanggungjawab yang sangat-sangat besar dalam melahirkan generasi pelapis.Selain dari ibubapa,guru merupakan agen pembentuk ataupun acuan kepada kepribadian anak-anak.


Abdul Halim al-Muhammadi pula menjelaskan, guru ialah ejen kepada keberkesanan pendidikan. Walau sebaik manapun sistem pendidikan, maksud yang ingin disampaikan tidak mencapai matlamatnya jika ejen yang menyampaikan tidak efektif. Kejayaan dan keberkesanan pendidikan berhubung rapat dengan kesedaran guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan ilmunya dan keluhuran peribadinya. Kesepaduan antara kemahiran keilmuan dengan keluhuran peribadi adalah kriteria peribadi pendidik yang tidak boleh dipisahkan, sebaliknya jadi contoh berkesan.


Dapat dikatakan, guru bertanggungjawab membentuk tamadun manusia melalui penyebaran ilmu. Jasa guru amat besar, begitu juga pengaruh mereka mendidik serta membimbing pelajar mencapai kecemerlangan hidup. Islam memberi penghormatan yang tinggi kepada guru. Mereka bukan saja berperanan memberi kesedaran kepada diri sendiri, juga kepada kumpulan di bawah bimbingan mereka termasuk dalam hal menjaga hubungan dengan Allah.

Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya yang takut kepada Allah antara hambanya ialah ahli ilmu.” (Surah Faathir, ayat 28) Firman Allah lagi yang bermaksud: “Wahai orang beriman, apabila dikatakan kepada kamu berikan sedikit ruang pada majlis, maka berikan ruang, nescaya Allah akan memperluaskan ruang untuk kamu. Allah mengangkat darjat orang yang dikurniakan ilmu kepada mereka dan (ingatlah) Allah itu Maha Mengetahui terhadap apa saja yang kamu kerjakan.” (Surah al-Mujadalah, ayat 11)

Khidmat guru jika dilakukan dengan ikhlas bukan saja dapat melahirkan generasi yang bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara, malah membuka peluang kepada guru meraih keberkatan serta reda Allah. Tugas guru adalah amanah yang datang dengan tanggungjawab serta beban berat kerana tidak dinafikan mendidik pelajar daripada usia lima tahun (prasekolah) bukan mudah serta memerlukan kesabaran tinggi. Harapan menggunung diletak pada bahu guru sering kali menimbulkan dilema kerana hakikat mendidik pelajar bukan hanya tanggungjawab guru, sebaliknya perlu mendapat sokongan ibu bapa yang menjadi guru di rumah.

Guru bukan setakat menjadi insan yang memberi pembelajaran mengikut subjek-subjek tertentu di dalam kelas kepada para pelajar,sebaliknya guru juga turut berperanan membentuk sahsiah,akhlak atau sikap anak murid mereka.Guru seharusnya menjadi sumber inspirasi kepada para pelajar untuk berjaya hidup dunia & akhirat.Oleh itu,guru seharusnya mencuba sedaya upaya untuk menunjukkan suri tauladan yang terbaik untuk anak buah mereka agar dapat melahirkan insan-insan yang mencapai piawaian modal insan(lama tidak dengar ayat nie).

Namun,pihak-pihak lain juga tidak seharusnya dengan mudah meletakkan beban kesalahan kepada guru sekiranya berlaku masalah dalam kalangan pelajar.Sikap menuding jari tidak akan pernah menjadi cara yang terbaik dalam menyelesaikan sesuatu masalah.Setiap pihak seharusnya melihat & menilai segala sesuatu perkara sebelum menjatuhkan hukuman terhadap keprofesionalisme seorang guru.Para guru juga ana doakan agar dapat terus meningkatkat prestasi & mutu perguruan agar visi & misi asal dapat dikecapi.Jadikahlah Rasulullah sebagai contoh ikutan yang terbaik dalam menjalankan tugas suci ini...


Sebenarnya ana nak bercerita pengalaman ana berjumpa & diajar oleh guru-guru ana.Tapi tiba2 terkeluar pula ayat2 skema.Tidak apalah selagi bermanfaat.Sejak dari tadika,ana memang rapat dengan cikgu yang mengajar ana.Ada sampai tahap boleh jadi geng dengan cikgu.Tapi ada juga pengalaman terbang pemadam papan tulis,kapur & kerusi ketika ana belajar dulu.Tapi bukan ke ana ok.Insyaallah profil masa sekolah baik.Tapi nakal2 sikit tue biasalah.Pasal tue la ana akan pelik kalau dengar cerita budak2 sekolah buat benda2 yang diluar jangkaan.Mungkin inilah yang berlaku bila tiada keberkatan dalam menuntut ilmu.Nauzubillah..
Di kesempatan ini juga,ana nak ucapkan seinfiti terima kasih & ana memanjatkan doa agar guru2 yang pernah begitu tekun mengajar & mencurahkan sepenuh tenaga mendidik jiwa nakal ini sentiasa berada dalam keadaan sihat & diberi kekuatan untuk terus menjadi pendidik yang berjiwa kental setabah Rasulullah s.a.w.
Sejarah persekolahan ana:
Taska ABIM
Sek Keb Pekan Keningau
Sek Men Sains Sabah
Sek Men Teknik Keningau
PLKN kem kubena kump 1 siri 5 tahun 2008
Pusat Asasi UIAM Pj
UIAM Gombak(insyaallah)..

Jazakumullah ya guru,cikgu,ustadz & Ustazahku...Ampunkan dosa anak muridmu ini...
(Rasa2 nyer berapa ramai bekas cikgu ana yang baca blog ana ek????)takpe r...

No comments:

INSAN SETIA