Wednesday, July 21, 2010

"Top 7 Secrets"


*Assalamualaikum Insan2 Rabbani Sekalian..*
Setelah sekian lama mengintai waktu & kesempatan untuk membuat pengisian di laman akankembali ini,akhirnya masa itu menjelma juga hari ini.Tatkala semua kelas di'tiadakan' dek disebabkan Lecturer2 daripada kuliyyah Kejuruteraan sedang menghadiri kursus,maka ana pun mencuri sedikit waktu mengulang kaji pelajaran, untuk mengetik 'papan kunci' laptop ini..
Posisi Longitude & Latitude bilik ana yang tidak dapat mendeteksi wireless iium ini menyebabkan ana harus menunggu giliran menggunakan jalur lebar sahabat sebilik ana untuk membuat sebarang urusan berkenaan alam maya ini..Terima kasih sahabatku Nur Mohd Adli..
Nie la adli..Selalu kejutkan ana time Subuh...Dia gak r yang pinjamkan laptop..Tapi kadang2 tamak nak bg pinjam..hehehe..

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naunganNya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu:
Imam (pemimpin) yang adil,

Pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah,
Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid,

Dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah,

Seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab: Aku takut kepada Allah,
Seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya,
Seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.”
(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Pemerintah yang adil.
Ini kerana tanggungjawab dipikul pemerintah dalam melaksanakan keadilan adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya.
Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat. Pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada Tuhannya.
Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika alam remaja kerana pada usia muda seseorang berbagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan itu.

Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid.

Sesungguhnya terdapat hadis menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah SWT dan dikategorikan sebagai satu sedekah.




~Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah.
Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan itu mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.

Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk berzina lalu dia menolak dengan berkata: "Aku takut kepada Allah!"
Ini menunjukkan keimanan dan ketakwaan yang sebenar berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina.

Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya.
Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah.
Sesungguhnya tidak ramai orang dapat menyembunyikan kebaikan dilakukannya melainkan akan terdapat perasaan riak dan ingin menunjuk supaya mendapat pujian atau sanjungan dari orang ramai.

◦Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.
Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara yang melalaikan

Thursday, July 15, 2010

UIAM @ IIUM



Assalamualaikum & Salam Mujahadah Sahabat-sahabiah yang saya kagumi..Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...Praise be to Allah...Segala Puji Bagi Allah..

Secara rasminya,Saya kini bergelar Mahasiswa UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA..Selepas melalui kehidupan sebagai Pelajar Pusat Asasi UIAM selama 2 tahun,status sebagai Mahasiswa UIAM Kampus Utama Gombak kini telah disandang oleh Insan Terpinggir ini..Mungkin ada yang beranggapan apa hebatnya & istimewanya UIAM ni??Dulu mungkin la hebat dalam aspek tarbiah & akhlaq Mahasiawanya.Namun kini,semuanya sudah berubah.Tidak ada bezanya mahasiwa UIAM jika hendak dibandingkan Mahasiswa-mahasiswa universiti lain.Komen & kritik sering kali juga ana dengar daripada masyarakat kepada rakan-rakan mahasiswa UIAM.Komen & kritik itu mungkin juga disebabkan kesalahan yang datang dari diri saya sendiri.Astaghfirullah..

Namun,status mahasiswa UIAM tidaklah buruk semuanya.Masih ramai juga masyarakat yang memandang Mahasiswa daripada university ini sebagai IKON kepada rakyat Malaysia.Saya pernah mengalami sendiri situasi ini.Ramai masyarakat yang sering kali tersalah mentafsir atau mungkin memandang tinggi kepada Siswa dan siswi di sini.Apabila sahabat-sahabat saya keluar menguruskan program atau mungkin diminta menyampaikan sedikit Tazkirah,perkongsian atau mungkin sekadar berinteraksi dengan masyarakat,sering kali panggilan sebagai Ustadz atau ustazah digunakan.Tidak sedikit yang menganggap siswa-siswi UIAM semuanya mengambil Pengajian Islam sehingga menyebabkan kami digelar Ustaz & ustazah walaupun hanya mengambil Pengajian Kejuruteraan,Perubatan,Undang-undang atau Seni bina.Ramai juga siswa-siswi yang agak keberatan dengan gelaran tersebut kerana memikirkan ilmu di dada yang tidak melayakkan untuk menggalas gelaran tersebut.Tapi,dari sudut positif,itu merupakan persepsi masyrakat yang baik terhadap MAHASISWA UIAM & itu juga doa mereka agar siswa-siswi yang bukan daripada aliran Pendidikan agama tapi mampu untuk menggalas tanggungjawab sebagai orang yang tahu hukum-hukum berkenaan agama.Bukan itu juga menjadi Visi UIAM.

Pendapat saya sendiri yang melihat & merasai pelbagai senario kehidupan sebagai Mahasiswa di Universiti barakah ini,ianya benar belaka.Samada baik atau buruk.Mungkin ini merupakan fitrah atau satu bentuk kebiasaan yang berlaku disebabkan keadaan persekitaran.Persoalan Mengapa di university yang menggalas ‘title’ sebagai university islam ini masih mempunyai masalah yang agak kritikal boleh terjawab jika masyarakat memahami keadaan dunia pada hari ini.Bayangkan sahaja,siswa-siswi di sini bukanlah semua mempunyai latar belakang keluarga yang menerapkan konsep ‘Islam is The Way of Life’.Ramai juga yang datang dari keluarga yang hidup dalam kebiasaan hidup ideologi Sekularism yang sememangnya sedang menjajah minda setiap lapisan masysrakat.Saya sendiri berasal dari golongan seperti ini.Di Universiti ini,’Islamic Way’ atau ‘Biah Solehah’ yang wujud masih menjadi pilihan kepada mahasiswa itu sendiri memilih samada mahu menjadi sebahagian daripada penjaya kepada misi ini atau terus hanyut untuk hidup dalam keadaan lama.Semuanya tergantung kepada pilihan peribadi mereka.Pelbagai alternative yang telah diusahakan samada dari pihak university atau daripada golongan mahasiswa sendiri untuk merealisasikan misi murni ini tidak akan dapat mengubah diri mereka melainkan dengan kehendak & usaha mereka sendiri...Wallahualam




Monday, July 5, 2010

M.A.H.A.S.I.S.W.A

Assalamualaikum Insan2 Gemilang Sekalian...Semoga Sentiasa beroleh Taufiq & Hidayah dari Ilahi...Aktif pula ana berkongsi sebelum mendaftar di Gombak..Entah mengapa..Mungkin kerana masa lapang atau mungkin disebabkan rasa ingin berkongsi segala apa yang berada di kotak pemikiran ana...Biarlah..Yang penting ada manfaatnya pada kita semua..Entri kali ini ana ingin menyentuh kembali isu MAHASISWA..


Mahasiswa adalah satu nama yang gah,nama yang tidak asing lagi di kalangan kita kerana kita sendiri merupakan seorang yang bergelar mahasiswa. Mahasiswa sejak dahulu lagi dipandang sebagai kelompok intelektual dan sebagai agen gerakan pembaharuan oleh kelompok masyarakat.Namun,persoalan baru kini timbul,adakah kita ingin menjadi seorang mahasiswa Muslim atau hanya ingin menggunakan perkataan mahasiswa sahaja sebagai lambang jati diri golongan berintelektual tinggi ini.

Sebagai contoh,seorang peniaga misalnya perlu memahami hukum jual beli,hutang-piutang dan segala hal yang berkaitan dengan perniagaannya.Manakala,seorang pegawai perubatan pula wajib memahami hukum syarak tentang perubatan, pembedahan mayat, pengguguran janin, pemindahan organ tubuh, pengklonan dan sebagainya.Malah,seorang panglima tentera pula harus memahami hukum tentang jihad, tawanan, perdamaian, perjanjian, harta rampasan perang, dan sebagainya.Begitu juga kita sebagai seorang mahasiswa,kita perlu mengkaji dan memahami segala hukum yang berkaitan dengan aktiviti seharian kita,tidak kira di universiti mahupun di rumah,dari celik mata hinggalah pejam kembali.

Dalam warkah kali ini,ana berikan 3 prinsip utama yang perlu dipegang oleh seseorang yang bergelar mahasiswa Muslim.Pertama, menuntut ilmu-ilmu yang diperlukan dalam kehidupan bermasyarakat. Tugas ini berkaitan dengan posisinya sebagai mahasiswa yang aktiviti utamanya sehari-hari adalah belajar,belajar dan belajar.Dalam hal ini Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda:

“Menuntut ilmu adalah fardhu bagi setiap muslim.” [HR. Abu Dawud].

Lafaz “al ‘ilm” di atas bersifat umum, iaitu meliputi ilmu-ilmu berasaskan wahyu, seperti ulumul Qur`an, ulumul hadith, usul fiqh, juga ilmu-ilmu yang tidak berasaskan wahyu, seperti ilmu perubatan, kejuruteraan, dan ilmu-ilmu profesional lain yang dipelajari di institusi pengajian tinggi.Jelaslah sebagai mahasiswa, tugasnya yang utama adalah belajar dalam rangka meraih ilmu sebagai bekalan hidup di dunia yang fana ini serta dunia yang kekal nanti. Seeloknya,prinsip ini dilaksanakan oleh setiap mahasiswa Muslim bagi memperoleh manfaat di dunia dan akhirat setinggi-tingginya.

Kedua, mengkaji Tsaqofah Islamiyah (ilmu-ilmu keislaman). Tugas ini berkaitan dengan posisinya sebagai seorang Muslim yang wajib mempunyai pandangan hidup Islam. Tanpa kajian Tsaqofah Islam yang mendalam, sukar untuk membayangkan seorang Muslim mampu mempunyai pandangan hidup yang islamik malah bertambah sukar pula membayangkan dia mampu berfikir,berperilaku dan berperibadi secara islamik.

Ketiga, memikul dakwah Islamiyah.Tugas ini berkaitan dengan status kita sebagai seorang Muslim dan sebahagian dari keseluruhan umat Islam seantero dunia.Kita wajib mempunyai sikap mengambil tahu keadaan dan realiti umat Islam sekarang dan berjuang untuk mengubah ke arah yang lebih baik. Mahasiswa Muslim tidak seharusnya memikirkan hal dirinya sendiri sahaja,kerana sikap ego dan mementingkan diri ini jauh terpesong dari nilai-nilai Islam yang menghendaki adanya sensitiviti kepada manusia lain.Akhirnya,sikap inilah yang akan merugikan umat Islam itu sendiri.




Di samping itu, Islam menuntut setiap umatnya untuk melakukan taghyir (perubahan) apabila dia melihat suatu penyimpangan atau kemungkaran. Tidak boleh dia hanya berdiam diri dan berpeluk tubuh, apalagi pasrah dan menyerah.Sabda Rasulullah s.a.w:

“Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya (fizikal). Jika tidak mampu, hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya (perkataan). Jika tidak mampu, hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya (tidak redha) dan itu adalah selemah-lemah iman.” [HR. Muslim].

Oleh itu, tidak seharusnya seorang mahasiswa Muslim berdiam diri menyaksikan kekufuran dan kemaksiatan menggila disekelilingnya dan berdiam diri sahaja menyaksikan ideologi kapitalisme yang kafir menguasai dunia tanpa terdetik langsung di lubuk hati untuk mengubahnya.Rasulullah s.a.w mencela orang yang hanya berpeluk tubuh dan berdiam diri terhadap kemaksiatan bagaikan syaitan yang bisu. Sudahlah syaitan, bisu lagi! Na’uzhu billah min zalik! Rasulullah s.a.w bersabda:

“Orang yang berdiam diri dari kebenaran (tidak mahu mengingatkan atau berusaha membuat perubahan), adalah seperti syaitan yang bisu.” [HR. Al Hakim].

Akhir kalam,jadilah seorang mahasiswa Muslim yang berani,hebat dan mampu menjadi harapan umat.Di bahu kitalah terpikul tanggungjawab dalam memastikan kehidupan ini diredhai Allah s.w.t.Bukan saatnya lagi untuk kita bersikap keanak-anakan dengan ego dan mementingkan diri,sedangkan umat Islam dibiarkan begitu sahaja terkontang-kanting hidup sengsara dan hina dina di bawah hegemoni ideologi kapitalisme yang batil yang dipimpin oleh kafir laknatullah.Tugas ini sememangnya berat, namun kemuliaan yang agung menunggu di hadapan.Sahutlah cabaran ini wahai mahasiswa Muslim! Allahuakbar!!!

Sunday, July 4, 2010



Salam Perjuangan & salam Kedinginan..
Situasi sekarang nie: Sejuk yang teramat kerana hujan yang amat menghiburkan menitiskan permata indah sejak petang tadi... Tengok T.V..Tiada rancangan yang menarik untuk di tonton..Kalau adapun, berita..Hurmmm.. Boleh la.. Planning hari nie sepatutnya ikut kakak pegi 'Berkelah' kat Pantai Morib..Tapi,dikeranakan hujan,perancangan harus dibatalkan..Hari ini amat seronok melayan karenah Syifa Al-Zahrah...Anak sedara kesayangan(pasal satu2nya anak sedara setakat nie) ana..Pelbagai karenah yang Syifa tunjukkan kat ana ngan mak..
Iskh3..Lincah...Comel..Menggemaskan..huhu.. Beberapa kali ana cakap,"Kalau Syifa nakal,Abi buang balik Sabah"..huhu..Mak ana asyik tergelak jak..Sangat terhibur tatkala melihat telatah ana kecil yang begitu 'excited' dalam meneroka benda2 baru yang ada kat BUMI ALLAH nie..Satu rahsia ana,ana suka tengok Baby disebabkan 2 perkara tunjang...

Pertama: Terbayang bila ana nie betul2 jadi ABI & menjaga anak sendiri..Titik..hoho Kedua: Ana akan mendapat semangat baru dari mereka..Bila tengok 'determination' anak2 kecil nie..Sentiasa membuat motivasi ana naik..Pasal tu la,ana nie memang suka baby yang aktif..Yang tidak boleh duduk diam..yang suka kena marah pasal ambil barang2..Lucu & menyemarakkan Semangat...Itu bagi ana la..

Hari ini baru terasa 'Zukk' nak meneruskan pelajaran ke Gombak..Quite Excited..Itu pun setelah naqib & sahabat2 banyak bertanya dan mengembalikan nostalgia belajar sebelum ini..Baru semangat untuk menggambarkan segala situasi & penyelesaian masalah yang akan ana hadapi di Bumi Barakah..UIAM Gombak..Alhamdulillah..Akhirnya ia datang juga.. "It's better late than Never.." Terlambat ka??Ndak bha juga..Ana rasa kena pada masanya..hoho.. Apasal takut sangat dengan 4.000...hehe..First sem nie,ana akan berusaha gigih supaya dapat result 4...Insyaallah..

Sekarang ni,ana memikirkan strategi nak cari member satu bilik di UIA nanti..Bukan ana anti sosial atau orang yang tak suka sahabat baru..Tapi...sekadar persediaan..Sekurang2nya ada sahabat yang memang dah kenal diri ini..Kalau sahabat ana,dorang akan tahu kelemahan ana yang sering kali 'misplace' benda sendiri..Wallet,Spect & apa2 la..Selalu jak salah letak...Jadi memang bergantung sangat dengan sahabat untuk mengingatkan ana & sabar dengan karenah gila ana nie..hehehe..Dah ada target dah..HILMI dengan RIZHAM..harap2 masa pendaftaran nanti tidak hancur la strategi kami..Insyaallah..Jodoh pertemuan di Jalan Allah..Kalau dapat sahabat baru bagus juga..
So,Doakanlah yang terbaik deh..Semoga betul2 apa yang ana harapkan dapat dilakukan dengan sempurna bila dah start belajar nanti...Insyaallah..Doa sahabat2 amat2 bermakna.. Rasa macam dah tua pula sekarang nie..Napa r??Iskh3..x leh2..Ana kena berjiwa remaja..Baru senang nak masuk dengan mad'u yang berjiwa remaja kan??Lagipun,ana nie memang insan yang kuat main..TAK PERNAH SERIUS..hehehe..tanyalah dengan insan2 yang pernah bekerja dengan ana...hohohoo..

Saturday, July 3, 2010

~Dah Sampai~



Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar...
Assalamualaikum...Dah sampai bumi semenanjung dah..'Seriously' ana rasa berdebar-debar..
Ntah mengapa??Perjalanan dari rumah semalam agak sayu tatkala banyak mendapat mesej2 pembakar semangat dari warga pendidik & sahabat2 seperjuangan ditambah dengan keadaan hujan yang seolah-olah menangisi keberangkatan ana...Iskh3..(lebih la pula)..Semasa menunggu di lapangan kapal terbang,ana tersenyum sendirian kerana melihat gelagat pelajar2 baru samada dari semenanjung yang belajar di sabah atau pelajar sabah yang akan belajar di semenanjung..

Di situ juga Allah pertemukan ana dengan Junior ana yang dah lama x jumpa..Mat Noor..Dia juga menyambung pelajaran di semenanjung...UTEM...Alhamdulillah..Semoga mendapat Barakah..Belajar jauh2 nie,Insyaallah banyak berkat kalau niat baik...Sabda Rasullullah:
"Barangsiapa yang berjalan mencari Ilmu,Allah akan mempermudahkan jalannya untuk ke syurga"
So,Beruntunglah orang2 yang bermujahadah dalam pencarian ilmu..Semoga junior ana terpilih untuk mendapat kesedaran & beramal untuk masyarakat..Insyaallah..Maju terus pantang mundur..Ana sentiasa mengalu-alukan kedatangan sahabat2 dari "Land Below the Wind" untuk menuntut ilmu di sini agar dapat meluaskan skop pandangan yang lebih luas & matang...Ana sedia membantu..

Sampai jak di LCCT,ana berjumpa dengan sahabat2 MARSIS yang begitu istiqamah menjaga kebajikan anak2 borneo yang ingin menuntut di bumi ini...Subhanallah..Semoga amal kalian mendapat tempat di sisiNYA..Amin ya rabb..MARSIS ingin mewujudkan keselesaan kepada para pelajar agar tidak merasa bahawa diri mereka sendiri kerana ada keluarga MARSIS yang boleh membantu mereka di sini..So,orang nak bantu,hargailah..Insyaallah akan terasanya nilai ukhuwah Islamiyyah & mengelakkan diri dari terjerumus ke hal-hal yang tidak elok yang ada kat sini...Maju terus MARSIS..Demi untuk kesatuan yang tiada putusnya..Insyaallah..
Sabda rasulullah:
"Sebaik-baik manusia adalah yang paling banyak manfaatnya kepada manusia lain"

Setelah berjumpa dengan keluarga MARSIS,ana pun disambut oleh kakak ana beserta BABY comel SYIFA Al-ZAHRA...Dah besar anak abi nie..Perangai pun dah aktif tue..Subhanallah..
Sekarang nie ana dalam proses nak mengikhlaskan niat untuk datang ke sini..Belajar semua perkara dengan penuh rasa cinta & istiqamah..Ana yakin & percaya,di bumi sana,akan ada pejuang2 yang Allah pilih untuk terus berjuang tanpa mengenal penat & lelah..Insyaallah..
Setakat tue je la perkongsian ana kali ini...Perjalanan menuju kejayaan..Amin Ya Rabb..

Friday, July 2, 2010

Salam Perjuangan..


Lagu ini ana dedikasikan untuk semua Pejuang2 Agama Allah dimana pun mereka berada...
KHAS untuk Insan-insan terpilih yang Allah pilih berjuang di Bumi Di Bawah Bayu...
Lagu ini juga ana dedikasikan untuk sahabat2 UIAM..X kisah la PJ,Nilai,Kuantan or GOMBAK..
Semoga thabat dalam perjuangan..
*Hidup Mulia @ Mati Syahid*

*Menghitung Hari 2*

Meniti masa-masa penuh bermakna...
Meneliti diri penuh Muhasabah...
Mentata kembali kenangan lama...
Menguatkan kembali empunya Jiwa...

Malam terakhir sebelum ana mengangkat kaki dari bumi ini memberi kenangan yang takkan terlupa...Sungguh..Muhasabah itu membangunkan jiwa..Mengimbau kembali sumbangan kepada bumi tercinta..Seakan-akan tidak cukup..Seolah-olah kurang...Sepatutnya lebih...
Cuti kali ini memberi satu bentuk 'Soul' yang tersendiri..kalau sebelum ini cuti itu serba selesa,sentiasa megah,kelihatan tidak bermasalah...Namun hakikat sememangnya parah..Bukan satu penghinaan,tapi bagi mereka yang benar-benar melihat & mengalaminya..Mereka faham..

Selamat malam sahabat-sahabiah yang dirahmati Allah..Mungkin salam ana sekarang ini perlu ana khususkan juga kepada adik2 seperjuangan yang berada di bumi Keningau..Mereka telah mula mengunjungi blog ana nie..Blog ana nie tidak memberi apa-apa makna..Sekadar luahan rasa & sedikit perkongsian dari abang yg sering alpa..Apa kabar hari ini sahabat-sahabiah pejuang agama Allah sekalian??

Malam ini ,malam 'Terakhir' ana melakukan pengisian dari rumah bagi sesi musim cuti nie..
Esok ana dah FLY balik ke bumi semenanjung..yahoooo..Malam ini juga ana ingin meluahkan betapa beratnya ana ingin meninggalkan bumi ini...Mengapa??Kenalah tanya ana secara privacy..Jumpa ka,kol ka tidak pun YM...hehehe...
Tadi selepas Isyak,Asyandi,Ustadz Kamal ngan ana buat sedikit perkongsian..
Asal muasal memang sedikit,namun tanpa ana sedari ia memakan masa sehingga pukul 10.30pm..Sungguh ana tidak terasa masa berlalu..Seakan-akan tarian masa pada malam ini lebih laju dari malam-malam biasanya...Tapi ana pasti..Itu hanyalah perasaan ana sahaja..
Banyak benda yang kami bincangkan di Rumah Allah tue..Sungguh banyak..Perkongsian,Perbincangan & Penyelesaian mewarnai perjumpaan kami..Ana rasa amat bertuah..Kenapa???Kerana walaupun di saat-saat akhir,ana masih diberi kesempatan untuk memperbaiki diri & membincangkan masalah umat bersama2 insan2 terpilih..
Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar...

Apa yang pasti,segalanya menjadi pembakar semangat ana untuk terus Istiqamah dalam perjuangan..Keputusan Ustadz Kamal yang Gempak menjadi saksi nyata bahawa bila kita Tolong Agama Allah,Allah janji akan tolong kita...Walaupun ustdz Kamal segan nak bagitau,Biar ana announce di blog ana nie..Ustadz Kamal dikurniakan 3.92..Fuhhhhhh.....Sungguh memicu semangat insan terpinggir ini...

Di kesempatan ini juga,ingin ana memberikan sedikit amaran kepada KAU...
Ya..KAU yang bergelar 4.000..Aku datang ingin menyuntingmu kedalam keputusan peperiksaan ku..Jika sebelum ini,KAU sungguh menjual mahal kepadaku,akanku tingkatkan usaha memikat hatimu..INI AMARAN DARIKU..Demi untuk Agamaku,Kedua Ibu Bapaku,Keluargaku, Negeriku,Universitiku,Profesiku & untuk Diriku..O.K???Marilah datang menghampiriku..hehehehe....

P/S: Special untuk adik2 teknik dengan Gunsanad 2..Istiqamah dalam perjuangan ya..Belajar dengan penuh tekun..Buktikan kepada Sekolah betapa adik2 adalah insan yang terbaik..Jaga ibadah,jaga ukhuwwah...Result mantap deh..Boleh bha kan klau kau??
Sabahan Is the Best..Muslim Hebat..



Thursday, July 1, 2010

*Menghitung Hari*



Assalamualaikum....
Sedih,gembira,gentar & macam2 perasaan lagi yang ana rasakan sekarang nie...
Yang pasti rasa sedih meninggalkan Bi Bawah Bayu seakan menguasai diri...
Entah mengapa??
Serindu mana pun ana dengan bumi semenanjung,
Tapi setiap kali hendak meninggalkan bumi ini..
Hati terasa sangat sayu..


Bukan sedih nak meninggalkan keselesaan di rumah,
Atau mungkin kemewahan musim cuti,
tidak juga kelapangan masa..
Mungkin kerana terlalu banyak memori musim cuti ini..
Atau mungkin masih risau memikirkan tanggungjawab di negeri ini ..
Sungguh banyak..
Memang sungguh banyak...

Namun,diriku bukanlah Insan yang Keliru
Diantara perjuangan & tuntutan nafsu..
Tidak akan ku sia-siakan penghijrahan ku..
Di sana berjuta ilmu yang menunggu untuk di telaah..
seinfiniti pengalaman yang dapat di perolehi..
Jalinan ukhuwwah yang sememangnya menanti..

Akanku ambil semampuku..
Untuk aplikasi di Bawah bayu..
Agar Bumi ini mekar..
Subur melakar sejarah kegemilangan Syiar..
itu janjiKu..
Itu Azamku..
Tapi semuanya tidak akan berlaku..
Tanpa RedhaMU...
Aku memohon
Aku berdoa
Aku bermunajat
Agar setiap langkahku
Hela nafasku
Detak jantungku
Hanya untuk perjuangan Mendaulah AgamaMU...

Sahabat-sahabatku di bumi semenanjung..
Bantulah aku..
Ingatkan aku..
bimbinglah aku..
Aku Insan terpinggir..
Tatkala jauh dari perjuangan..
Sungguh aku tidak mahu..
Mari Bersama Maju..
Tingkatkan Kefahaman..
Kukuhkan perjuangan...

Sahabat-sahabat Di Bawah Bayu..
Istiqamah lah..
Jangan takut..
jangan gentar..
Kita berusaha sehabis baik..
Menggilap kembali sinar itu..
Maju terus Pantang Mundur..
Takbir...


INSAN SETIA