Tuesday, September 28, 2010

Sekadar Berkongsi..Bacalah




Fuhh..Penat yang teramat..
Dengan memanfaatkan Kudrat 2 kerat kaki ini se optimum yang boleh...
Baru je lepas membuktikan bahawa AKU adalah pelajar UIAM..hiiihiii..
Nape??
AKU baru habis kelas..Selepas itu ke...
SECURITY OFFICE-BANK MUAMALAT-KELUARKAN RM20-LEGAL UNIT..
Sidang pembaca agak,apa yang AKU maksudkan??
hihhihiiii....Ya betul..Kena SAMAN..Kira AKU nie pelajar UIAM yang sah la pasal dah melaburkan duit ke Akaun UIAM....huhuuhuuu..Jom la ramai2 ikut langkahKU kalau dah kaya sangat...hihhi
Kesalahan???
Parking motor kat Bulatan Iqra Jumaat Lepas..Pasal nak pegi meeting kat Library..Aku tengok berderet je motor parking kat situ..Aku pun dengan lurus bendulnya pun join sekaki la..
Sekali kena saman dah..Takp2..Insyaallah Aku dah dapat iktibar & hikmah peristiwa ini..

Sekarang nie AKU kat CC mahallah Zubair..First time in my life..
Semalam tatkala betul2 mendesak untuk menggunakan internet,CC nie dipenuhi dengan Foreigner..Dah la masa tue pun tengah penat baru balik dari kelas drawing kul 11.30pm,pastue kena meeting through YM berkenaan Islamic Borneo Jamboree..Rasa diri ini zalim sangat pasal tak dapat beri komitmen dengan program tersebut...Maafkanlah diri ini wahai sahabatKU sekalian..Sungguh AKu telah berusaha untuk mendapatkan talian internet,tapi memang tak dapat..Kat bilik tue jangan harap la internet boleh dapat..huhhhhhh
Tapi insyaallah akan turut membantu pada waktu program sedang berlangsung..Insyaallah..

Diatas sebab2 tertentu,mood pada minggu ini agak kurang stabil..Niat hati tak nak orang lain rasa & nampak masalah ketiadaan mood ini,namun Aku hanya insan lemah & tidak mampu menyembunyikan kelemahan itu..Kasihan melihat sahabat2 yang menyalahkan diri sendiri atas masalah diriKU...Tak tau la nak settle macam mana..PerwatakanKu yang kononnya Happy Go Lucky menyebabkan orang mudah mendeteksi sekiranya ada 'something' yang berlaku padaKU hanya dengan melihat sikapku pada waktu tersebut..Kalau aku lebih banyak diam,kurang senyum & membuat ekspresi muka "ignorance",maka kesimpulan atau pertanyaan "Kau ada masalah ke??" pasti akan timbul...

Kadang2 betul,namun kadang2 silap..Namun untuk minggu ini memang sungguh dalam keadaan yang inginkan suasana bersendiri..Tak tahu mengapa??Mungkin ingin banyak berfikir tentang kehidupan ini kot..Insyaallah untuk mencari CINTA HAKIKI melalui penemuan JATI DIRI MUSLIM SEJATI...AMIN..
Untuk sahabat2 sekalian,semoga tak terasa hati..Takd sape2 pun yang salah..Hanya saja diri ini perlukan lebih masa untuk berbicara dengan diri sendiri..

Dalam diri ini bersendiri,Allah memberikan banyak ruang & peluang untuk membahas akan diri..Baru2 ini,aku tertarik untuk membeli senaskhah buku bertajuk CINTA IPT..Bila aku baca jer buku nie,mesti kawan2 gelakkan & tanyakan soklan pelik2..Masa baca buku nie kat masjid,lagi laaa...Ada beberapa mamat tue asyik tengok muka depan buku tue pastue siap gelak2..Iskh3..takp2..aku husnuzon la dengan mereka..Nak baca buku nie gak kot..Nak tanya kat mana aku beli,dorang segan...hihiiii...
Sering kali aku tertarik jika ingin membahaskan kehidupan sebagai seorang remaja..Mungkin kerana aku ini juga remaja & mungkin juga aku memang ingin mahir ilmu2 keremajaan untuk bekal berhadapan dengan anak2 nanti..Insyaallah...
Salah satu yang amat sinonim tentang remaja ialah CINTA..termasuk aku..
Aku memohon Ampun kepada Allah s.w.t di atas setiap nukilanku diatas lembaran akankembali.blogspot.com ini....

Aku memang kerap dihinggap virus CINTA sejak aku disekolah menengah..samada Aku yang meminati atau aku diminati..Disebabkan kecetekan ilmu & keegoaan hamba hina ini,Aku kerap kalah dengan godaan CINTA lawan jenis..Alhamdulilah CINTA yang aku terjebak tidak sampai ke tahap berpegang tangan atau lebih teruk dari itu..Cinta yang aku alami selalunya berbentuk CINTA ego atau Cinta Ikut Kawan..Manakan tidak aku gunakan istilah ini..Cinta yang selalu aku alami selalunya disebabkan Kawan propose..Pastue aku tak tahu pun nak buat apa..Kalau sekadar borak & gelak2 pastue gaduh je la...

Memasuki alam universiti aku seolah-olah lebih matang menilai CINTA..Lebih mengerti siapa yang mencintai aku & siapa yang aku cintai & Siapa yang memiliki cintaku??Tarbiah di alam universiti membuka mataku untuk tidak mentafsir cinta menjadi buta & tidak menganalogikan cinta sebagai api..Aku lebih jatuh cinta kepada Cinta..Lebih2 lagi tatkala aku bersendiri..
Suka aku mendengar pandangan orang tentang cinta..Sangat banyak & pelbagai..Ada yang memenangkan Cinta & tidak kurang yang menhinakan cinta...Satu persoalan pokok yang sering aku lontarkan.."TAHU SIAPA PENCIPTA CINTA???"

Bila cinta sudah menguasai kita,memang diri tidak malu untuk melakukan apa2 sahaja..
Bila kita cuba mengajarkan ia tentang cinta,maka akan banyak hujah yang akan dibicara..
Biarlah yang mahu bercinta belajar akan cinta..
Dari yang benar2 Maha Pencinta & Arif tentang cinta..
Jangan Hinakan Cinta & Agungkanlah Cinta Yang benar2 Cinta...

Aku rasa sedih bila Cintaku ditolak tapi bersyukur bila Cintaku itu ditolak kerana Allah..
Aku rasa gembira bila cintaku diterima tapi rasa tersangat hina bila cintaku itu buat aku jauh dari Allah & Rasullullah..
Aku senang mengimaginasikan Cintaku yang diterima berakhir di pelaminan namun resah setelahnya tatkala ia tiada barakah dari SANG PENCINTA..
Aku terseksa memendam & menanti cinta namun bahagia bila Cintaku yang murni telah dicarikan & ditetapkan oleh SANG PENCINTA..
Terima kasih pada yang benar2 menjaga cinta..Semoga bila Allah Redha,ia tunjukkan agar cinta akan terus terpelihara diatas jalan pernikahannya..

P/s : Terfikir untuk mengakhiri zaman bujang bila Allah memang takdirkan untuk menggalas tanggungjawab bersama dengan muslimah yang benar2 faham akan tuntutan Nikah & dapat saling sama2 menguatkan..harap statement ini tak membawa kepada kontroversi...Insyaallah..Buat masa ini,lebih banyak belajar untuk mencintai sahabat2 seperjuangan yang sama2 berjuang mengagungkan kalimah Syahadah..Mencintai sahabat2 seperjuangan..Tidak tertakluk hanya pada gambar..

*SENDIRI*




Terasa tersisih sendiri di pinggir sana
Kau tiada lagi di sampingku berbicara menyalakan api
Tika kau disampingku tuturmu ku anggap bisu
Tingkahmu untukku sumbang bagi diriku
Harapanmu padaku tidak kuendahkan

Nasihatmu madu penyembuh luka
Pabila bersamamu hilang dukaku
Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi disisiku
Belaianmu kini masih terasa
Restu darimu membawa ku ke syurga

Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi di sisiku

Andai dapat ku kembali mengubah yang terjadi
Pasti takkan kuulangi walau hanya sekali
Namun hanya doa yang bisa kukirimkan

Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi di sisiku

Ku kan cuba tempuh hidup sendiri
Kerna kita kan akhirnya sendiri


P/s: Tiba-tiba hati menjadi sayu mendengar lagu ini...
Lagu ini didedikasikan Istimewa untuk semua Pembaca Laman Maya ini..
Ikhlas dari hati empunya blog..Yang terlalu banyak berlumuran dengan dosa..
Astaghfirullah..


Friday, September 10, 2010

~1-2-3-4-5-6~


JOM PUASA 6..BEST~Menyihatkan Lagi..


Jom kita lihat apa kelebihan puasa sunat 6 hari Bulan Syawal:

Kesempurnaan ibadat seseorang Islam bukan sekadar terletak kepada amalan-amalan fardhu yang diwajibkan oleh Allah S.W.T., malah ia turut ditampung oleh amalan-amalan sunat di dalam memperindahkan lagi mutu ibadat yang dilakukan.

Seumpama solat yang menjadi amalan terawal dihisab di Padang Mahsyar kelak, dinilai terlebih dahulu akan solat wajib yang dilakukan, dan jika terdapat kekurangan, ia akan dilihat melalui amalan solat sunat bagi menampung mana-mana kekurangan solat fardhu. Begitu juga amalan berpuasa. Kecantikan puasa wajib Ramadhan jika ditambah dengan puasa-puasa sunat adalah terlebih indah dan baik daripada hanya bergantung kepada puasa Ramadhan semata-mata.

Terdapat banyak jenis puasa-puasa sunat yang boleh dilaksanakan seperti berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis, puasa 10 Muharram, puasa tiga hari dalam sebulan dan puasa enam hari di bulan Syawal.

Menjadi kebiasaan kepada orang-orang Islam di Malaysia berpuasa sunat selama enam hari di bulan Syawal selepas mereka menamatkan puasa sebulan Ramadhan kerana meyakini ganjaran dan pahala yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T.

Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ). Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih.

Imam al-Tabrani pula ada mengeluarkan di dalam susunan hadithnya yang turut berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya”

Terdapat beberapa persoalan tentang perlaksanaan puasa enam Syawal adakah terus langsung dilaksanakan selepas hari raya pertama dan dibuat secara berturut-turut atau boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang Syawal sama ada secara berturut-turut atau sebaliknya.

Pendapat di dalam mazhab Syafie menyebut bahawa yang terlebih afdhal di dalam perlaksanaannya ialah sejurus selepas hari raya pertama dan dilakukan enam hari berturut-turut.

Ini tidak pula bermakna, jika seseorang itu melaksanakan secara terputus-putus (tidak berturutan) atau dilakukan pada pertengahan atau akhir Syawal dianggap satu kesalahan atau tidak mendapat pahala, malah semuanya diterima Allah dan dikira sebagai satu ibadah juga.

Perlu difahami bahawa yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun itu bukan terletak kepada puasa 6 hari Syawal dengan meninggalkan puasa Ramadhan, tetapi kelebihan puasa setahun itu diperolehi setelah dilengkapkan puasa Ramadhan dan disambung dengan puasa Syawal.

Imam al-Nawawi di dalam kitab Syarah Sahih Muslim ada menyebut kewajaran pahala diberikan seumpama puasa setahun kepada mereka yang berpuasa 6 Syawal. Merujuk kepada satu hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “Setiap satu amalan kebajikan itu digandakan pahalanya sebanyak 10 kali ganda”.

Ini bermakna bahawa puasa sehari dalam bulan Ramadhan samalah seperti puasa sepuluh kali, dan jika sebulan Ramadhan itu gandaan pahalanya seumpama puasa 10 bulan kerana ianya adalah sepuluh kali ganda. Manakala puasa sehari bulan Syawal seumpama 10 kali puasa dan 6 hari menyamai 60 hari iaitu 2 bulan. Maka jika ditambah 10 bulan dengan 2 bulan samalah seperti puasa setahun.

Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia.

Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan.

Wednesday, September 8, 2010

*Hijau*








Meniti hari-hari menuju Hari Lebaran..
Seperti biasalah..
Begitu banyak yang perlu dipersiapkan..
Tidak sedikit yang perlu disediakan..

Namun,bagi diri ini...
Selagi Ramadhan belum benar-benar melabuhkan tirainya,
Sebelum bulan syawal menjelang tiba...
Belum berganjak rasa ingin membelai Bulan Barakah ini..
Rasa belum bersedia melepas Status sebagai Pelajar Madrasah Ramadhan...
Menyelit rasa ketakutan jika tidak terdaftar sebagai "Student" di Madrasah ini pada tahun Hadapan..Sungguh satu kerugian...

Bicaraku ini bukan kerana aku ini abid mahupun ulama..
Yang tahu benar hakikat keberkatan Dalam bulan barakah ini...
Walaupun benar aku ingin menjadi Abid..Mengidamkan Menjadi Ulama..
Namun diri ini terasa masih terlalu jauh untuk itu..tersangat2 jauh..Atau mungkin tidak layak ia bagiku yang hina ini...

BIcaraku itu hanyalah kerisauan insan hina lagi dhaif dalam meniti hidup sebagai hambaNYA dimuka bumi ini..
Kerisauan diri yang alpa..
Mungkinkah mampu istiqamah melakukan ibadah yang rutin dilazimi di bulan mulia..
Mungkinkah tegar meneruskan iltizam untuk berubah...
Mungkinkah sedia mengorbankan segalanya demi untukNYA..

YA Allah berikan PetunjukMU..Sungguh diri ini berada dalam ketakutan yang Nyata..
Aku rasa terlalu sedikit masa yang ada untuk aku bermesra dengan Bulan Ramadhan ini..
Masih mahu rasanya menikmati kehangatan haba Ramadhan..
Masih mahu menagih kasih di Bulan Barakah..

Walau seindah mana pun kata2 aku nukilkan..
Sungguh ia tidak dapat menggambarkan betapa Indahnya Bulan Ramadhan ini..
Aku yakin,para pembaca juga ada yang lebih merintih tatkala ditinggalakan bulan ramadhan..

Tapi inilah tanda Cinta Allah pada kita..
Memberikan kenikmatan Yang tiada tara pada bulan RAmadhan..
Menyediakan Ujian pada BUlan2 seterusnya untuk kita dihantar ke
"SEK BERASRAMA PENUH FIRDAUSI"
Kerana sesungguhnya,Insan2 yang terpilih itu adalah mereka yang Benar2 Layak & Terbaik..
Ya Allah..Pilihlah Aku menjadi Salah Seorang yang terdaftar di "sekolah" itu..
Amin Ya RAbbana

Menyambut Bulan Syawal seharusnya di dalami dengan erti kemenangan yang sebenarnya..
Bagiku,sudah terlalu banyak peringatan yang telah diberikan..
Mengapa kita masih dengan tabiat lama..
Jadilah kita insan yang..
"Membiasakan yang Betul
&
Membetulkan yang Biasa"

Mulakanlah yang Fitri itu dengan Fitrah..
Mohon Kemaafan Sudah tidak perlu diingatkan..
Alhamdulillah semua sudah ada kesedaran itu...
Tapi kalau boleh..
Biarlah ia benar2 didasari atas Titah Yang Maha Pengampun..
Bukan menjadikan ia sebagai adat semata-mata..

Mulakanlah yang Fitri itu dengan yang Fitrah...
Mulakanlah syawal itu dengan Laungan takbir mengagungkan nama Ilahi..
Tidak salah bertakbir sambil memasang langsir
Tidak berdosa bertakbir sambil membuat kuih
Tidak pelik kalau bertakbir sambil menunggu Lemang..

Mulakanlah yang Fitri itu dengan yang Fitrah..
Fitrah itu tidak keliru..
Tidak keliru antara sunat & wajib..
Tidak keliru antara Subuh & Solat Raya..
Tidak keliru antara Aurat & Fesyen..
Tidak keliru bersalam antara muhrim & bukan muhrim...

Pesanan ini bukan dari yang tahu kepada yang tidak tahu..
Sebaliknya ia adalah dari yang tidak tahu kepada yang tahu..
Tidak tahu..samada yang ia sampaikan ini benar ataupun tidak..
Kepada yang tahu... akan hakikat hidup yang sebenarnya..
wallahualam

Mohon Maaf Zahir & Batin..
Ikhlas Dari Lubuk hati Yang Paling Dalam..
Insan yang sering membuat Hati Insan lain Terluka..
Semoga semua kembali Fitrah Di hari Yang Suci Ini
Jemputan ke Rumah Ana
Kg Durok
Jalan Ke Maktab Perguruan Keningau
Berada di kawasan Kebun Sayur
Simpang Kiri
Rumah Warna Oren
Pagar Hijau..
Jemputlah datang raya 1-4..
Raya ke 5 dah terbang balik semenanjung..
hohohohooo..
"Selamat beramal"
P/s: Tahun nie,FAmily ana di landa Gelombang Hijau..
Langsir,Alas Meja,Bunga & Baju Raya semua Hijau..
Memang menenangkan..
Nie semua idea akak sulung ana..
Kak ati..
Tapi kalau x cayer,datang la rumah ana dengan memakai baju Hijau..
Confirm akan jadi keluarga ana..
Hihihihihiii....
Ikhlas Dari:
"SYahriL & FAmily"

Sunday, September 5, 2010

~RINDUNYAAAAAAAAAAAAAAAA~


Jam dalam laptop telah memaparkan angka 23.41..
Huhh..(Terdetak di hati kecil)..Dah lewat rupanya..
Beberapa aktiviti berlegar di ruang fikiran..
Agak banyak juga perkara yang belum diselesaikan..
Tapi kerana memikirkan cuti yang masih lumayan lama,ditangguhkan sebentar..huhuu..
Walaupun banyak benda lain yang perlu diselesaikan,namun update blog menjadi pilihan hati..hoho..
Mungkin termotivasi dengan sahabat2 lain yang begitu istiqamah dalam penulisan..
Petang tadi menghabiskan KCB dari episode 34-40..fuhhhh...
Tp mcm biasa la,forward2 banyak sangat dek kerana tidak tahan melihat konflik yang begitu banyak..
Sekarang,tatkala tidak membuat apa2,timbul satu perasaan..Yang kerap datang bertandang di hati..Kadang kala ia sebagai suatu kenikmatan tiada tara..Namun,kadang kala ia perlu disingkirkan segera tatkala ia datang bukan pada haknya...Astaghfirullah...
Kenikmatan tiada tara ketika mengingat kembali sirah perjuangan & keperibadian Rasulullah..Betapa hebat & Agungnya baginda..Ingin sekali aku berjumpa dengan kekasih Allah ini..Aku yang hanya ada cetek pengetahuan akan baginda begitu merinduinya,bagaimana pula dengan yang begitu bersungguh-sungguh menekuni segala sesuatu menyamai kehidupan Baginda semata-mata untuk berjumpa Baginda..Mampukah aku??Hanya mampu berdoa & berusaha untuk lebih mengenali Buah Hatiku Ini..Pertemukan Aku DenganMU & DenganNYA ya RABB...
Selain itu,merasa nikmat jua tatkala mengenang kembali memori indah bersama-sama sahabat2 seperjuangan semenjak dari Taska Abim,Sk Pekan Keningau,Sm Sains Sabah,Sm Teknik,PLKN kem Kubena,CFS iium Pj & IIUM Gombak serta Kuantan..Membuat diri tersenyum sendiri..
Namun,rasa yang perlu disingkirkan adalah tatkala mengingat & merindui yang bukan hak kepada diriku..Begitu halus syaitan memujuk hati yang lemah ini melanggar perintah Allah..Sampai sanggup menusuk-nusuk hati ini unutk terus berangan-angankan sesuatu yang akan memesongkan hati ini dari mengingati Allah...Lihatlah betapa sayangnya Allah pada kita..Allah sudah tahu kelicikan Syaitan Laknatullah ini..Kerana itulah Allah tidak membenarkan hambanya walau hanya untuk mendekati zina yang menjadi wabak paling cepat menular menjadi barah yang sukar dibendung...Terima Kasih Sang Pencipta..

RINDU...Mari kita berkongsi sedikit akan perihal rindu ini...Ini hanyalah pemikiran dari Insan yang ingin lebih belajar menguruskan & mengawal rindunya..


Berbicara tentang rindu dan cinta, tidak dapat lari daripada soal hati dan rasa. Ya, rindu dan cinta letaknya di hati – raja dalam kerajaan diri manusia.

Sabda Rasulullah saw:
“Bahawasanya di dalam jasad anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, baiklah seluruh anggotanya. Sebaliknya, jika jahat daging itu, jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah daging itu ialah hati.”
(Riwayat Al-Bukhari)

Ini bermakna, rindu dan cinta yang harus bersemi di hati mestilah rindu dan cinta yang ‘baik’. Barulah hati akan menjadi baik, dan seluruh anggota jadi baik. Tapi jika rindu dan cinta itu ‘jahat’ maka jahatlah hati. Akibatnya jahatlah seluruh anggota. Kata orang, “berhati-hatilah menjaga hati.” Jangan dibiarkan hati itu penuh dengan rindu dan cinta yang salah… akibatnya terlalu buruk.

Umpama menyerahkan kepimpinan negara kepada seorang yang jahat. Kita tentu tahu apa akibatnya bukan? Pemimpin yang jahat akan melakukan kemungkaran, penzaliman, rasuah dan lain-lain kejahatan yang akan menghancurkan sebuah negara. Maka begitulah hati yang jahat, akan menyebabkan seluruh diri kita terarah kepada kejahatan. Jadi, berhati-hatilah menjaga hati dengan berhati-hati memberi cinta dan rindu.


Sebenarnya, pada siapa kita harus cinta? Pada siapa kita mesti rindu? Mungkin ada diantara kita yang tertanya-tanya. Pada kekasih hati? Atau si dia yang sentiasa diingati. Oh, bukan, bukan… Sebenarnya hati setiap manusia secara fitrahnya mencintai dan merindui Allah. Kenapa dikatakan begitu? Dan benarkah begitu? Baiklah, mari kita fikirkan dan renungkan bersama…

Setiap hati inginkan kasih-sayang, keadilan, kekayaan, keindahan dan lain-lain sifat yang mulia, baik dan sempurna. Tidak ada seorang manusiapun yang tidak inginkan kebaikan, kemuliaan dan kesempurnaan. Ketika dilanda kemiskinan, manusia inginkan kekayaan. Ketika dipinggirkan, kita inginkan kasih-sayang. Ketika dizalimi, kita inginkan keadilan. Baiklah, hakikat itulah bukti yang sebenarnya manusia cinta dan rindukan Tuhan. Justeru, Tuhan sahaja yang memiliki segala-gala yang diingini oleh manusia.

Bukankah Allah memiliki kekayaan yang diingini oleh si miskin? Allah mempunyai kasih sayang yang diidamkan oleh mereka yang terpinggir. Allah Maha Adil dan mampu memberi keadilan yang didambakan oleh yang tertindas. Oleh kerana itulah Tuhan mempunyai nama-nama yang baik (Asmaul Husna), yang menggambarkan keindahan, keadilan, kasih-sayang yang segala sifat kesempurnaan-Nya. Diantara nama-nama Allah itu ialah Al Adil (Yang Maha Adil)? Al Ghani (Maha Kaya)? Ar Rahman (Maha Pengasih)? Dan Ar Rahim (Maha Penyayang)?

Sebutlah… apa sahaja keinginan manusia tentang kebaikan dan kesempurnaan, maka di situ sebenarnya (secara langsung ataupun tidak), manusia sedang merindui dan mencintai Allah. Inilah rasa yang tidak dapat dihapuskan. Selagi manusia punya hati dan perasaan. Rasa bertuhan inilah yang menurut Imam Ghazali, tidak akan dapat dinafikan oleh hati sekalipun kerap dinafikan oleh sifat keegoan manusia.
Inilah benih rindu dan cinta yang telah dibina (‘install’) secara fitrah (tabie) dalam diri setiap manusia sejak di alam roh lagi. Firman Allah:
“Bukankah aku ini Tuhanmu? Maka semua (roh manusia) menjawab: ‘Benar, kami (Engkaulah Tuhan kami) menjadi saksi.”
Al-A’raf : 172

Jadi sedarlah. Apabila hati kita resah dan gelisah inginkan pembelaan, hakikatnya pada ketika itu hati kita sedang merindui yang Maha Adil. Ketika kasih-sayang terputus atau cinta terkandas, kita inginkan sambungan… maka ketika itu sebenarnya kita sedang merindui Ar Rahman dan Ar Rahim (Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Ketika bersalah, kita merintih inginkan keampunan dan kemaafan, maka pada saat itu kita sebenarnya merindui Al Ghafar (Pengampun) dan mencintai Al Latif (Maha Lembut).

Saturday, September 4, 2010

S.A.H.A.B.A.T


Salam Ramadhan Al-Mubarak...
Tak lama lagi habis bulan Ramadhan..Ya Allah,begitu cepat masa berlalu..
Sedih & Sayu ingin meninggalkan bulan ini..
Lebih sayu rasanya daripada ditinggalkan orang yang paling kita sayangi pergi meninggalkan kita....
Pergi belajar jauh atau mungkin bercuti untuk tempoh yang lama...

Sepatutnya mata dah nak tertutup..Pas ambil wudhu,tetiba tidak dapat melelapkan mata..
So,buat apalagi...Solat jap,pastue menghadap kembali ke laptop ini...Saya nak buat Tribute untuk sahabat2 yang banyak mengisi waktu2 bersama saya di gombak ini..Jika sebelum ini, Zaini,Rahman,Ahmad,Nazrul,Umar,Rusli,Muhsin & Farhan yang acap kali mewarnai kanvas kenangan di bumi CFS,di gombak ianya sedikit berbeza...Allah menghantar insan2 lain untuk menjaga diri hamba yang lemah ini...Namun, Talian Ukhuwwah dengan sahabat2 Bilik kat CFS seakan-akan tidak pernah & tidak akan putus...Cuma sahaja,tidak dapat sekerap dulu untuk berjumpa & bergurau senda dek kerana mahallah yang jauh memisahkan...Agak banyak cerita yang tidak dapat dikongsikan..Its ok..Masih boleh jumpa kat masjid,kelas atau sekali-sekala menziarah ke bilik mereka....

Ridzham,DziaulHAq,Hilmi & Syahir menjadi teman yang banyak menghabiskan masa bersama2 ana di sepanjang 3 bulan belajar di Gombak ini...

Ridzham Rodzi
Bermula Dengan Kisah sahabat yang sekurang2nya 90% akan bersama dengan ana iaitu Ridzham atau lebih dikenali sebagai Am or Abang (kalau kat umah)..Mengimbau kembali detik2 waktu kami mula erat bersahabat adalah sewaktu kami bersama2 ditakdirkan untuk kembali ke CFS mengambil semula kertas peperiksaan bagi subjek tertentu yang "tidak lepas"Huhuhuhu...Seterusnya pengalaman bersama2 menjadi Fasi di Kedah menjalin eratkan lagi nilai persahabatan ini...Seperti memang telah dirancang sempurna oleh sang Khaliq,pertemanan kami menjadi semakin rapat setelah berprogram,bersusah & bergelak tawa bersama...Alhamdulillah...Ditakdirkan kami berada dalam mahallah yang sama...Blok am berhadapan dengan blok ana...Oleh kerana itu,ana pun mengajak am untuk duduk sekali di bilik ana..Alhamdulillah am meraih pendapat ana..Sejak dari itu,am memang insan yang akan selalu mengingatkan ana tentang semua perkara..Contohnya:Spect,Kunci Banglo & Merdz,Buku, Assignmnt,meeting n hal2 lain...Setiap detik ana bersyukur tatkala Allah mengurnikan Am berada disamping ana untuk sama2 meningkatkan tarbiah diri,menggalas seruan Ilahi..Am yang berasal dari Kedah & mempunyai semangat ingin maju yang tinggi sentiasa memotivasikan diri ini untuk menjadi insan yang lebih baik dari hari ke hari.. Antara perkara yang selalu ana tergelak bila bersama dengan Am adalah "gesture" tatkala ia mula memberikan pendapat atau mengutarakan hujah ..Ada style tersendiri...hohohohoo..Selalu sahaja ada bahan untuk di bualkan & dibahaskan...Bermula dari Kemahiran Public Speaking hinggalah ke permasalahan & idea menyelesaikan masalah umat..hohoohooo...Semoga suatu hari nanti,Am akan dapat menjadi seorang yang mempunyai kemahiran public speaking yang terbaik didunia & dapat menjadi contoh teladan terbaik bg umat Islam...Amin Ya Rabb...

Fuhh..Nie la masa muda Am...hehehe..Skema kan..Senyuman pun skema..Tue tgh praktis nak bw rombongan meminang la tue..ISkh3..X sabo2..Am nie Course Engine & Dok Kedah...

Ahmad DziaulHaq Bin Ahmad..
Sebelum memula bicara tentang insan empunya nama di atas,ana ingin bertanya kepada sahabat2...Pernah x entum semua melihat satu figure yang bagi entum dia nie x mungkin boleh berkawan dengan aq??Mungkin ada sesuatu yang entum semua rasa,dia & kita x sekepala...
Mungkin itulah situasi yang ana rasakan tatkala mengenal insan empunya nama tersebut..Ana kenal dengan Haq daripada sahabat2 lain walaupun kitaorang sebenarnya dalam satu society..Cara Public Speaking Yang agak Mantop bernuansa Utara menyebabkan dirinya mempunyai ciri khas tersendiri..Mungkin ditambah dengan background dirinya sebagai pimpinan Darul Quran,menyebabkan Aura kepimpinannya begitu mudah dirasakan di bumi CFS.Tahun ke2 di CFS membuka ruang untuk ana sekadar lebih mengenali dengan haq..Hanya sekadar berborak kosong atau mungkin membuat lawak2 basi..heheheee...Jalinan persahabatan kian tertaut tatkala haq mengajak ana untuk menggantikan sahabatnya yang xdapat hadir menjadi fasi program di kedah...Alhamdulillah.. ketika itu,ana terbuka hati untuk ikut sekali & disitulah jalinan persahabatan bertambah erat...Masuknya ke gombak..KAmi juga berada dalam satu mahallah..Tapi disebabkan minatnya untuk Menganggotai pasukan WATANIAH(askar kot HAq nie..heheheee),dia diharuskan untuk pindah ke mahallah yang jauh..Namun,sering kali haq berkorban datang kebilik ana ngan Am...Kalau dah jumpa..Jangan harap la tidoq awal..Haq nie memang pandai bercerita..hohohoo...& pndai pancing orang untuk bercerita..Pastue siap-siap la kena bahan ngan haq..hahahaa...
Semoga dengan kelebihan yang Allah berikan kepadanya,ia akan dapat memberikan 'sesuatu' kepada pasukan pertahanan kat UIAM nie & semoga Haq akan terus menjadi Haq yang sekarang ini..Yang hidupnya larut dalam berjuang dibawah kalimah Lailahaillallah..Amin ya RAbb

Agak ragu gak nak letak gambaq haq nie...Tengok senyuman dia..TUe diaaa...Jangan Pandang lama2 Haq nie..Bahaye..Course ICT & produk keluaran Maktab MAhmud & DAruL Quran

Muhammad Hilmi Muhammad Arif
Ini lagi seorang makhluk Allah yang ana kagumi..Seorang yang berperwatakan sempoi & selamba..& ada rupa la 'sikit'..Sekali pandang macam ala2 bangladesh+ arab+ Kashmir & ntah apa2 la..Tapi hakikatnya dia adalah insan melayu...Muhammad Hilmi anak kepada Doktor Arif..Berlatar belakangkan keluarga "medic"hilmi memilih untuk berkecimpung dalam bidang yang asing dalam keluarganya.."ENGINEERING"..Persahabatan antara Hilmi dengan ana mula erat tatkala kami pernah berada dalam saff kepimpinan CFS IIUM pada masa yang sama..Hilmi selaku Boss ana ketika itu..Kemahuan & rasa tidak egonya menyebabkan dirinya cepat belajar & mempunyai peningkatan yang cepat dalam aspek kepimpinan..Matlamatnya yang jelas untuk mengislahkan bidang sukan dibumi UIAM khususnya & Malaysia secara amnya memerlukan sokongan 100% dari semua pihak..Jelaskan matlamatnya..Cuma perlu di perhalusi dalam aspek kefahaman & gerak kerja jer.. Walaupun hilmi mempunyai saiz ketinggian yang tidak terlalu tinggi & sering kali orang x percaya kalau dia nie "Basketballer",namun dia membuktikan" skill is the most important aspect to achieve victory"huahua....Bagi ana,hilmi mempunyai satu potensi yang sangat besar & yang jika dikembangkan akan memberi dampak positif yang besar dalam dunia dakwah Islam..Insyaallah..Dalam kalangan kami juga,hilmi antara sahabat yang paling bersopan santun walaupun kadang kala santunnya hilang diterbangkan oleh sang Angin..huuhu..Semoga Allah menjaga keperibadian hilmi & tergolong dalam golongan insan2 hebat..Amin Ya Rabb..

Hilmi tue yang dok pegang kaki lembu..Saje letak gmbar macam nie..baru nampak Maskulin..hehehe...Dak engine & tinggal kat Shah Alam..Rumahnya Rumahku jua..hehehe

Syahir Safwan..
"Ehh..Syahril,ko tengok dak DQ tue,muka dia macam ustdz Akhil Hayy.."
"Mane2??Yang tinggi macam galah tue ke??Adalah sikit2"...Hoohoohoo..itulah antara perbualan yang tersemat dalam ingatan ana bila ingat balik pasal Syahir...
Syahir juga berada dalam satu society bersama2 dengan ana pada suatu ketika dahulu..Cuma sahaja,dia lebih mudah didekati jika dibandingkan dengan haq kerana syahir sering kali membuat lawak2 spontan yang akan memecahkan pertemuan dengan derai ketawa.."Iskh3...Ustadz Akhil Hayy nie,buat lawak sokmo.."tue antara monolog ana suatu ketika yang lalu..hiiiihiii..Asif3...
Tapi,syahir hanya berada 1 sem di PJ sebelum bertukar kos IRK & berpindah ke Nilai..So,tidak banyak tahu pasal dia..Cuma sahaja,sekali sekala jika ana datang ke NIlai & akan berjumpa dengannya..Itu pun secara tidak sengaja...KEtika di gombak,pertalian ukhuwwah kembali erat mungkin disebabkan mahallah syahir antara mahallah yang hampir dengan mahallah ana...Disamping itu,minat yang sama antara ana & syahir juga membuatkan lebih banyak hal yang boleh diborakkan..Bagi ana,syahir ini Mas Azam..huhu..Pasal dia dok minat sangat dengan KCB..ana pun memang minat juga...Jadi memang sesuai sangat la...Di samping itu,ana juga sering merujuk dengan syahir jika terdapat soalan2 pasal agama yang kurang jelas...Syahir kan Ustdz Azaam..mstilah tau bnde2 pasal agama nie...Setiap kali perbincangan,pasti akan ada gelak ketawa..Selain itu,syahirmerupakan seorang yang ringan tulang dalam membantu sahabat..Banyak bnda yang telah syahir bantu ana..Terima Kasih Sahabatku..Semoga Allah membalas jasa baikmu..Semoga beroleh rahmat & menjadi Ustdz or Kiai memimpin pesantren Darul Quran..Aminn...

Nie La Syahir Merangkap Ustadz Azam..hehe..Course IRK & jangan sesekali bertanyakan akan perihal ketinggiannya..

P/s:Masih terlalu ramai lg sahabat2 yang sememngnya sahabat dunia akhirat ana..Insyaallah dilain ksempatan akan ana ceritakan tentang kalian..Ketahuilah sesunguhnya kalian sahabat dunia akhiratku yang banyak membimbingku mengenal erti perjuangan menuju ilahi..Jazakumullahu Khairan Jaza..

Nie ada sedikit tips untuk perkongsian bersama:
Nikmatilah..........


Tips-Tips Menjaga Ukhuwwah...

1. Nyatakan rasa cintamu (Geli???Tapi Rasulullah sendiri yang menggalakkan...)
Seperti dalam Hadis Rasulullah:
"Apabila seseorang mencintai saudaranya, maka hendaklah ia mengatakan rasa cintanya kepadanya" (HR Abu Dawud dan At Tirmidzi)
Ianya Bukanlah cinta yang menyimpang dari jalur syariat melainkan ianya sememangnya salah satu cabang cinta untuk memperoleh redha Ilahi..

2. Saling mendoakan
Org yang mendoakan saudaranya pun tidak akan rugi karena keutamaan doa itu sendiri akan tetap kembali kepada org yg mendoakan, seperti dalam sebuah hadis:
" Tidaklah seorang hamba mukmin berdoa untuk saudaranya dari kejauhan, melainkan malaikat berkata 'Dan bagimu seperti itu' " (HR Muslim)
Marilah kita berdoa walau hanya mendoakan agar Sahabat kita diberikan keindahan untuk senyum pada hari ini..Mungkin lebih elok tatkala kisah menyebut nama sahabat2 kita ini dalam memanjatkan doa..."Insyaallah mari aplikasi"...

3. Saling memberi hadiah
Pemberian hadiah tidak perlu menunggu "moment2" istimewa..Juga tidak perlu kepada sesuatu yg bernilai mahal. Yang diukur bukanlah nilai ringgitnya, tapi makna dari pemberian hadiah itu sendiri.
Pemberian hadiah seperti ini akan menumbuhkan perasaan cinta antara pemberi dan yang diberi, Rasulullah bersabda:
"Saling memberi hadiahlah, niscaya kamu akan saling mencintai"
(HR Al Bukhari)
Dengan hanya memberi sebijik hadiah gula-gula pun akan dapat menyemai benih ukhuwwah dalam kalangan kita...Insyaallah yang penting ikhlas mencari keberkatan Ilahi..

4. Melepas kesusahan saudaranya
Rasulullah bersabda:
"Barang siapa melepaskan salah satu kesusahan dunia dari seorang mukmin, maka Allah akan melepaskan salah satu kesusahan hari kiamat darinya. Barang siapa memudahkan orang yang dilanda kesulitan, maka Allah akan memudahkannya didunia dan akhirat"
(HR Muslim)
So,marilah kita berebut2 meringankan beban sahabat kita..Allah akan meringankan segala kemelut yang ada dalam diri kita...

5. Memenuhi hak sesama muslim
Yang ini dibagi menjadi 2, hak umum dan hak khusus.

Hak umum:
Dikenal melalui hadis yg bersumber dr Abu Hurairah, Rasulullah berkata:
"Hak muslim atas muslim lainnya ada 6:
+Menjawab salam,
+Menghadiri undangan,
+Memberi nasehat,
+Mendoakannya bila bersin,
+Menjenguknya bila sakit, dan
+Menghantarkan jenazahnya"
(HR Muslim)

Hak khusus:
- Berinteraksi dlm segala hal
Seharusnya kita saudara sesama muslim menjadi teman dalam meniti kehidupan beragama.Teman dalam suka dan duka, ada rasa saling memiliki dan memahami. Bahkan berusaha untuk mementingkan urusan saudaranya dari urusannya sendiri sebagai pengorbanan tulus unk membahagiakan saudaranya.

- Menutup aib
Aib saudara sesama muslim wajib disimpan demi menjaga kehormatannya. Ini akan terwujud jika kita menyedari bahawa aib saudaranya seakan2 aibnya sendiri.
Rasulullah bersabda:
"Tidaklah seorang hamba menutup aib hamba yg lain, kecuali Allah menutupi keburukannya pada hari kiamat"
(HR Muslim)

#Perjalanan & Persoalan#

Perjalanan yang sememangnya sangat jauh terbayar dengan hanya melihat keempukan sofa di rumah..Subhanallah,sedapnya kalau rehat ketika itu..Tapi??Astaghfirullah,belum menunaikan Solat rupanya...Menangguhkan sedetik hasrat berehat untuk benda yang tersangat-sangat penting..Ubat dari segala ubat.."
"Inna SollataTanha Anil fahsya iwal mungkar"
Selesai bertemu Sang Khaliq,termenung seketika diatas Sajadah Cinta mengimbau kembali detik2 permusafiran diri ini...
Bermusafir dari IIUM ke LCCT dengan menunggang motosikal sememangnya menghasilkan penat tersendiri walaupun diri ini hanya sekadar menjadi pemberat kepada motor tersebut,sebaliknya sahabat saya Ridzham yang bermujahadah menunggang haiwan besi tersebut dengan penuh berhati-hati..Keadaan diri yang sememangnya mengantuk terpaksa tidak dilayan kerana perlu mengejar masa yang begitu pantas berlalu..
Sampai sahaja di LCCT,saya memperkenalkan LCCT kepada Ridzham yang buat pertama kali menjejakkan kaki di tempat tersebut..Tidak sedikit soalan yang keluar dari mulutnya..Ada ketika keluar protes kerana melihat terlalu ramai Sabahan berada di situ..
"Dah nak balik,mestilah naik kapal..Bukan macam nak balik Kedah..Banyak Alternatif lain..Pasal tue la Ramai"
Spontan diri ini menjawab permainan protes Am..hihii
Tidak sampai 30 minit,diri ini sudah terpaksa untuk meneruskan perjalanan dengan menumpang burung gergasi yang dinamakan "Air Asia".Teringat pesanan Am sebelum saya berangkat...
"Hang Jangan Dok Tengok Pramugari tue..Bahaya..Puasa"
Acap kali pesanan itu saya dengar kalau ada sahabat2 yang agak baru dengan sistem penerbangan ini..Saya pun tidak pasti kenapa mesti ada eksploitasi Wanita dalam sistem penerbangan..Kaum2 wanita ini pula seolah-olah membiarkan diri mereka dilakukan sedemikian..Astaghfirullah..Semoga Allah memberikan Hidayah kepada mereka..Terutamanya kepada BOSS agensi penerbangan..Kepada yang telah sedar pula,semoga Allah menjaga nikmat hidayah ini..
Menghabiskan masa selama 2 jam 3o minit bersama burung gergasi sememangnya BORING..
Kalau menjadi sahabat2 ana yang dah Tahfiz,Insyaallah mesti masa ini sesuai untuk mengulang bacaan..Itulah kelebihan Kalau dh Hafal Quran..Terasa dekat dengan Allah..Pasal selalu baca Surat Cinta daripadaNYA..Ana pula??Disebabkan Quran tinggal,hanya mampu mengulang ayat2 lazim yang akan di tasmi masa Halaqah je..Pas tue tido..iskh3..
Sampai sahaja di KKIA,sekali lagi diri ini tergesa-gesa berlari mencari surau yang berada di tingkat 2..Terpaksa meninggalkan sejenak mak ngan ayah yang telah menunggu diluar..Selesai menunaikan Solat,Ayah meminta cadangan tempat untuk 'BERSUNGKAI'..Dek kerana penat,saya pun membiarkan keputusan dibuat oleh mak ngan ayah...Alhamdulillah walaupun agak lewat sedikit,tapi sempat juga sungkai..
Selesai itu,mak ngan ayah ajak pegi GIANT,planning nak solat kat sana..Sampai kat sana,hati ini bagaikan Gunung Berapi yang nak meletus..Giant sebesar-besar itu tiada surau..Fuhh..Berapi hati ini..Macam mana la dengan pekerja2 di Giant yang saya yakin Islam kerana bertudung..
iskh3..Hal2 besar ini tidak di ambil kira ka??
Di manalah sensitiviti terhadap agama??
Astaghfirullah..Takp2..Tengok la nanti..Insyaallah akan saya buat perubahan..
Perjalanan seterusnya tidak saya sedari kerana terlena dalam kereta..lena yang teramat sangat..Buka mata je dah sampai rumah...Wahh seronok tengok rumah yang penuh dengan cahaya lampu lip lap...huhuhu...
Selesai mandi,solat,menghadap laptop & sms ngan sahabat2 uia..tetiba ad 3 sahabat lama mesej ana..bertanyakan keberadaan saya ketika itu..Seronok dorang bila cakap ana kat sabah...Terharu la gak..
Tapi,kemusykilannya adalah..............
Ada persamaan pertanyaan bagi mereka...Semua bertanyakan perihal UBM( Unit Baitul Muslim)..
Ya Allah..Dugaan apa lagi yang datang ini..
Soklan Pertama: "Ril Apa Pendapat ko Kalau Aku Khitbah Muslimat nie??"
Soklan Kedua: "Abang Syahril,bolehkah kalau muslimat yang mulakan dulu dalam proses baitulMuslim??Ndak Salah??
Soklan Ketiga: "Ril Macam mn mau start BM(BaitulMuslim)??"
Tersentak juga mendapat soklan itu.Tidak mahu mereka menganggap jawapan yang ana berikan sebagai fatwa,so ana hanya memberikan masukan seperti mana yang pernah ana bincangkan bersama2 dengan ustdadz,ustazah mahupun insan2 yang ana thiqah...Insyaallah penekanan bab adab menjadi fokus utama ana..Sedikit pengalaman & realistik UBM yang tidak seindah sentuhan mata ini ana utarakan..Terpulanglah kepada istikarah mereka samada mahu teruskan atau bagaimana..Islam memang tidak sesekali membenarkan hubungan antara yang bukan muhrim sebelum nikah..
Soklan yang kedua lebih menggerunkan tatkala responsnya berbunyi
"Kalau ada muslimat yang mengkhitbah abang mcm mn??"
Tersentak,terkelu,terpaku & membeku..
Tetiba spontan terpacul keluar dari mulut ana...
"Abang lagi prefer kalau abg yang khitbah..."
"Memang ada kes begitu berlaku kat abang dulu..Tapi Istilahnya bukanlah Khitbah,melainkan nak Ngorat..Jadi abang lagi prefer yang abang khitbah & dapat menjaga akhlak & maruah dirinya & diri abang.."
"Tapi bagi muslimat yang mahukan bakal suami yang elok & telah berjumpa,abang x rasa ia salah memulakannya dahulu dengan syarat adab yang Islam telah gariskan menjadi tunjang paling utama.."`
Begitulah antara penjelasan yang ana sampaikan..Mungkin bukanlah masukan yang terbaik kerana ilmu hamba masih terlalu cetek untuk membahas isu ini..
Kawin bukanlah semata-mata isu tidak tahan nafsu mahupun mahu menjaga pandangan semata-mata..Ia sangat lebih dari ini..Ia satu proses pentarbiahan yang lebih luas & tanggungjawab sangat besar yang Allah berikan kepada kita...Melahirkan insan2 rabbaniah & mampu meneruskan perjuangan..Sahabat ana adli selalu mengingatkan perihal ini..kena jaga diri baru boleh jaga orang lain..
Tapi USAHA memang selalu kena ada...
Tak lain yang dapat ana doakan melainkan Allah menjaganya Untukku agar aku menjadi lebih kuat untuk meneruskan perjuangan walaupun setelah berumah tangga...
Semoga Allah menjaga keputusan yang telah termenterai..
"Rabbana Hablana Min Azwajina wa zurriyatina qurratu a'yun wajaalna lil muttaqima imama"
24 Years Old..
Insyallah masa akan cepat berlalu & itu masa yang Allah bagi untuk memperkuatkan tarbiah diri sendiri...
TERIMA KASIH BUAT INSAN YANG ALLAH AKAN TAKDIRKAN UNTUKKU KERANA MENJAGA DIRIMU & DIRIKU..
Siapa???Insyaallah telah tertulis di Luh Mahfuz..Ana pun tak tau..
Wallahualam....

Friday, September 3, 2010

CeritaKU


Tok..Tok..Tokk...
Assalamualaikum..Ada orang ke kat blog??
Tok..Tok..Tokk..
Kenapa tidak bersahut pun???
Tok..Tok..Tokk...

Ehh..Ehh..Waalaikumsalam..Silalah masuk..Dah lama ke tunggu kat luar skrin tue??
Maaf la..Tetidur la pula...Tak tau brape lama..huhuhu
Mungkin itulah situasi yang berlaku dalam blog saya ni..Sudah lama tidak diisi untuk tatapan & perkongsian sahabat2..Terlalu banyak halangan yang telah mematikan "mood"untuk menulis walaupun pada dasarnya,saya telah berazam untuk sekurang-kurangnya membuat pengisian seminggu sekali..Tapi???Teruk betul perangai nie...Jangan sesekali ditiru..Baiklah..Sekarang saya akan cuba membuat sedikit sinopsis perjalanan insan yang bernama Ibnu Sudirman ini sepanjang berada di IIUM Gombak nan Indah Permai sepermai Taman Permainan..hehe

"Malam Terakhir"
Tajuk malam terakhir nie macam pelik jer kan??hoho..Maksud malam terakhir merujuk kepada aktiviti malam terakhir saya sebelum berangkat pulang ke Sabah.Memang pengalaman yang "siok"..Perancangan Adhoc untuk keluar ke Danau Kota untuk membeli baju raya terpaksa dilewatkan dek kerana masalah yang tidak dapat dielakkan..Kesannya,kitaorang terpisah kepada 2 kumpulan besar..Saya tergolong dalam Kumpulan kedua yang sememangnya lewat tiba di tempat kejadian..Mohon maaf ye Rombongan Pertama..Disebabkan kami sampai dalam pukul 12,atm yang menjadi sumber kewangan tatkala itu memaparkan ayat2 hikmah "Out of Service"..Then??shopping pun dibatalkan...Jadi,hanya sekadar window shopping je la..Sedih gler...Takp2..Habis Round2 Danau Kota yang sememangnya tidak macam Danau,kami pun menuju ke destinasi seterusnya..Disebabkan perjalanan yang sememangnya adhoc,kami syura kembali untuk memperkemas flow perjalanan...Then,Syura pun menetapkan untuk kitaorng g makan kat Gombak..Satay Haji Samori..Tapi???jeng..jeng..jeng...TUTUP...........Arrggghhhhh
Perancangan bertukar untuk makan satay kat Greenwood je walaupun pada asalnya adalah insan yang mencadangkan untuk makan Char kue Tiau je..Tapi??tidak diluluskan...hahaha...
Setelah melepaskan gian nak makan satay,PILOT rombongan pun mengetuai perjalanan..Fikirkan nak terus balik umah...Rupa-rupanya,pegi kolam air panas...Memang HOT..
Tapi disebabkan macam ramai jer & tempat pun "open" ditambah kehadiran jantina lawan jenis,perasaan malu segera timbul...kitaorang pun hanya menjadi pemerhati & menikmati keindahan air panas melalui teknik bayangan je la..huhuhuhuuuu..."Malu kan sebahagian dari Iman"..Selepas itu barulah kitaorng balik ke rumah PILOT..Tapi,sekali lagi ada gimik..Pilot siap bawa ke "bakal rumah" dia 10 tahun akan datang..terkejut kitaorang...Syahrul siap tergamam lagi melihat keindahan rumah tersebut..Sekali dia tipu daaa..Teruk betuii..Kesian kat syahrul...hahaha...Setelah itu baru kami benar2 sampai ke Banglo Pilot yang sememangnya telah dihuni oleh 3 orang sahabat beliau...Sampai rumah macam biasa la..MUSTAHIL tidur terus..Borak2 sampai takd cerita lagi untuk digelakkan..Saya pun dengan penuh rasa tak bersalah meneruskan sesi berborak hingga lewat pagi...Walhal esoknya ana kena jalan jauh balik ke Sabah...Perjalanan yang super Mantop pun berakhir pada keesokan harinya..Ehhh lupa..On the way balik tue,kitaorang siap jumpa Sarjan Misai...PILOT happy giler pasal dia kata mahal2 bayar amik lesen,kalau tidak kena cek,rugiii la....hahahaahaa...memang seronok..
Terima Kasih kepada sahabat2 saya yang menjadi agen pencetus kepada pengalaman penjelajahan malam tue...

PILOT + Penunggang Motosikal Terbaik= Dziaulhaq
Ustadz Azam + Penceria Suasana= Syahir Panjang
Pencinta Char Kue Tiaw= Ridzham
Pengkagum Rumah Pilot= Syahrul
Adik Comel= Hanif
& Sahabat2 yang x dapat ikut serta hingga akhir penjelajahan malam tue kerana ada hal masing2..Insyaallah pas nie kita rancang g....

Setelah sampai ke UIA,seperti yang saya jangkakan,memang hidup serba tergesa-gesa...Risau terlepas flight penerbangan..Kami pun membuat "Packing Remaja Masa Kini" jer..Faham2 je la..
hooohohoooo...Otw ke LCCT,ada 2 kejadian menarik...
1) Rantai motor rosak...Nasib baik dekat Greenwood lagi..Senang nak cari bengkel Tukar Rantai...Nasibbb..Nasibbb..

2) Saya siap 3 kali tertidur atas motor..Memang saat2 yang sangat menggerunkan..iskhhhh..Bahaya betul..Rizham terus berhenti kat tempat perhentian nak bagi saya tidur kejap...Walaupun masa sememangnya sangat menakutkan masa tue,tp kami memikirkan keselamatan lebih penting daripada flight ketika itu...Tapi kalau betul2 tertinggal flight time tue,mmg beraya berair mata kat KEDAH r...huhuhuhuhhhhh

+Exam+
2 minggu Sebelum cuti nie,warga IIUM dihadapkan dengan minggu2 penuh ketensionan iaitu EXAMINATION..hehehee..Tapi sebenarnya seronok ada exam nie...Baru nampak budaya study kat UIA tue...huhu...Sebelum cuti Alhamdulillah saya hanya ada 2 paper exam & beberapa quiz...Tapi lepas cuti,bagaikan bom atom yang terhempas kat Hiroshima...Exam sokmo...Penuh 1 minggu exam..So,cuti memang macam tak cuti la...Smart kan...Semoga Exam dunia nie dapat mengingatkan diri Hamba ini untuk lebih bersedia dengan Ujian yang sebenar benar Ujian..Semoga pada ujian itu,saya diberikan petunjuk agar dapat menjawab mengikut skema yang telah Allah beritahu...Insyaallah..So,doakanlah semoga kita semua diberikan kecemerlangan dunia wa akhirat..Baru bleh memartabatkan Islam kembali dimuka Bumi Allah nie....


P/s:Tetiba ngantuk,Insyaallah pasnie saya ceritakan pula pasal kejadian kemalangan sahabat2 yang ana cintai,Trip to Kuantan,Iftar kat Umah Adli & Insan2 yang paling rapat ngan saya sekarang nie...Di samping Cerita,Insyaallah ana akan buat juga pengisian2 yang dapat memberi lebih manfaat kepada sahabat2..ok...Selamat Beribadah..Buatlah Pecutan Paling Kencang..Risau2 tahun depan tak terdaftar di dalam madrasah Ramadhan dah...
wallahualam...

INSAN SETIA