Friday, February 26, 2010

Love Not OnlY mean Cinta

Di dalam surah an-Nur ayat 26, Allah s.w.t. berfirman maksudnya: "Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik….." (baca hingga ke akhir ayat) Ayat ini diturunkan bersempena dengan peristiwa "al-ifki", iaitu ketika Sayyidatina ‘Aisyah r.a. difitnah oleh puak-puak munafiq di Madinah telah melakukan perbuatan curang dengan seorang sahabat yang baik bernama Sofwan bin Mu’attol.

''Syahril,saya mau tanya something nie...boleh ka??Tapi malu bha mau tanya..''
Ril,kalau kita suka ngan satu orang perempuan yang baik nie boleh ka??
Abg syahril,ad sorang perempuan nie lawa,dia cakap ad hati ngan saya..macam mn r??
Syahril,macam mana mau jadikan couple kita tue islamic???
Ril,Aku berjaya ubah dia dari x bertudung ke bertudung...kira boleh la kan??

Salam pembuka bicara untuk pembaca sekalian....
Terdetik di hati ana untuk berkongsi dengan sahabat2 walaupun baru sebentar tadi ada post satu perkongsian...
Tapi,membaca blog sahabat ana membuka selera ana untuk berkongsi dengan sahabat2 semua tentang satu persoalan yang takkan ada kata pengakhirnya...
CINTA...CINTA...CINTA....

Sejak sekolah rendah hingga ke alam universiti,ramai sahabat2 ana yang bertanya persoalan tentang cinta...Ana pun x pasti kenapa kepada ana soalan itu ditujukan...
KAdang2,idea bernas boleh ana berikan..NAmun,tidak jarang gak idea merapu keluar dari bicara kata ana....

Ana bukanlah insan sempurna...BAnyak kesalahan yang pernah ana lakukan...
astaghfirullahalazim..
Bicara soal cinta,ana sebagai golongan darah panas sering keliru dalam memberi tafsiran kepada persoalan ini...NAmun,setelah ana menongkah pelbagai arus & pengalaman tentang masalah ini,banyak perkara yang dapat ana simpulkan & belajar..
Remaja sering mentafsirkan cinta adalah fitrah sorang insan yang ingin dicintai & mencintai....Namun,penilaian yang tidak matang sering meyebabkan mereka lalai & tenggelam dalam perasaan yang mereka cipta sendiri....
Ana sebagai orang yang pernah terlibat dalam hal2 seperti nak berkongsi resolusi..
Ni hanya perkongsian ana....
Cinta ini tidak salah...Allah memang menciptakan cinta untuk semua hambanya...Namun,semua dah ada syariat yang kena ikut...
Cinta remaja memang membara...TApi kalau betul dah bersedia, elok kiranya diikat saja..
Remaja yang tidak disibukkan dengan tugas sebagai Khalifah akan mudah untuk jatuh ke lembah cinta yang lara...
Cinta itu Indah..JAngan jadikannya tiket untuk masuk ke api yang membara...
Berdoalah agar cinta yang ada dalam hati kita mendapat keredhaan Allah s..w.t...

Buat sahabat2 yang ada dapat nasihat yang agak salah dari ana...harap maaf...
Alhamdulillah ada insan yang menyedarkan erti ini pada ana...
Insyaallah dialah yang akan menjadi permaisuri hati ana....
Doakanlah....

Wamakaru wamakarallah wallahu khairu makirin

Assalamualaikum sahabat-sahabiah yang dirahmati Allah...
Apa Erti maulidurrasul pada diri entum semua...
Adakah hanya berselawat,berarak,pukul kompang atau mungkin satu hari asyik nyanyi lagu nasyid????
BAgi siapa2 yang buat perkara nie,ana ucapkan tahniah...
MAksudnya entum semua menghargai junjungan besar NAbi Muhammad s.a.w. sebagai rasul utusan Allah kepada kita...
Apa yang tinggal hanyalah ISTIQAMAH dalam mengingatiNYA...
Mungkin ada yang berkata:"Ala...hari ni je ingat nabi, pas nie??"
Bagi sesiapa yang berfikiran sedemikian,harap tidak terus menjadi insan yang pesimis...
Sepatutnya kita menyokong sahabat2 kita yang ada semangat nak meraihkan Junjungan besar ini...WAlaupun semangat mereka sedikit je,namun, mungkin,keikhlasan mereka melebihi orang2 yang lain...
JAdi,kita hendaklah doakan agar sahabat2 kita & kita sekali Istiqamah dalam mengingati Contoh suri tauladan kita,Junjungan besar, NAbi Muhammad s.a.w.
Bagi yang rasa hanya dapat semangat mengamalkan sunnah & selawat pada rasulullah tapi sekejap je, So doa2 la agar Allah bukakan pintu hati kita untuk selalu dekat dengan baginda..Kita gak perlu berusaha untuk menanamkan semangat cinta & sayang pada baginda dengan membaca sirah2 perjuangan baginda...

Berbalik kepada tajuk post ana kali ni...sebenarnya berkait rapat dengan hidup ana baru2 nie...Asal2 perancangan,ana memang tidak dapat pergi baktisiswa,Program yang dikelola oleh uia...NAmun,perancangan Allah mengatasi perancangan ana...
Setelah ada satu proses perbincangan dengan madam M,ana akhirnya dapat pergi baktisiswa...Ucapan syukur pada Ilahi & Madam M...Sepatutnya ana pergi gak program 26hb tu,tapi pasal masalah2 tertentu,tidak dapat nak join...sedihnya...
So,Insyaallah sahabat2,merancang & berusahalah...Namun segala keputusan kembalikan kepada Allah...Doakan aktiviti baktisiswa yang ana pergi,dapat menjadi satu proses pentarbiahan kepada ana...biasa la..oRang yang biasa yang baru nak menjadi luar biasa...
IngaT...Sentuhan minima Impak maksima...
wallahualam

Monday, February 22, 2010

WujuD laGi ke?????

SaWanG????
TikUS????
LIpas????
HAbuk???
Apa Lagi???Kalau la blog ana nie macam rumah,maka akan wujudlah benda2 seperti atas.Mungkin akan menjadi lebih parah lagi...iskhhh3...apa la nak jadi....
Assalamualaikum sahabat-sahabiah yang dirahmati Allah..sudah terlalu lama tidak bersua di dalam alam maya ini....
Adakah ana terlalu busy dengan hidup ini sehingga lupa untuk berkongsi dengan sahabat2 semua???Atau mungkin ana memang dah malas nak menaip???Atau ana dah takde modal untuk di perkatakan...Almaklum la,pembacaan dah semakin berkurang....
Atau,ana buat blog ari tue di dorong rasa nak ikut2 ngan sahabat2 yg lain sehingga menyebabkan gelombang beta menguasai otak ana dan kesannya nampak gempak namun tidak istiqamah....
Walau apa pun sebabnya,ana dah lupakan...Biarlah ia menjadi sempadan untuk diri ana mengintrospeksi diri...
YAng pasti, Sekarang ana dah kembali untuk menulis di blog yang simple ini...
akankembali.blogspot.com
sentuhan minima impak maksima....
tema blog ana.....
Tapi mungkin selepas ini,ana kena tukar address blog ana ni....Apa yang tertulis insyaallah akan ditunaikan...Ana akan kembali...
Namun hakikatnya amat sukar & pahit untuk di lalui....
Pelbagai aspek dijadikan pertimbangan sebelum keputusan di ambil....
Sedih,keliru,Marah,Suka,Gembira,Ragu-ragu,Stress & pelbagai perasaan lain bertandang di benak ana...Ada satu masa, rasanya tidak tertanggung beban ini...
NAmun,semua diserahkan pada Allah...Bila keputusan telah terlerai,insyaallah itu yang terbaik....
"wamakaru wamakarallah wallahu makirin"
So,apa2 pun yang terjadi,Insyaallah itu yang terbaik....
DOAKANLAH....

Kerana Sehelai bulu Mata...



Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi Langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya x pernah malakukan perkara
itu..."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa "
Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia
pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."

Jawab malaikat, "INilah saksi-saksimu....."

Tiba2 mata berbicara, "Saya yg memandang,"

disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu"

Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium"

Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "Saya yg merayu"

Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap"

Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas"

Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu"

"Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar
segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, " Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini." Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata"

"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? MAka,
saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke
syurga:

"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu
mata.."

PENGAJARAN YANG BOLEH DI AMBIL............
WALAU SEBESAR MANA PUN KESILAPAN YANG DILAKUKAN APABILA ADA KESEDARAN DAN KEINSAFAN
BERTAUBATLAH DENGAN SEPENUH HATI MAKA ALLAH AKAN MEMBERI KEAMPUNAN PADA ORANG
YANG BERTAUBAT.....

INSAN SETIA