Thursday, July 15, 2010

UIAM @ IIUM



Assalamualaikum & Salam Mujahadah Sahabat-sahabiah yang saya kagumi..Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...Praise be to Allah...Segala Puji Bagi Allah..

Secara rasminya,Saya kini bergelar Mahasiswa UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA..Selepas melalui kehidupan sebagai Pelajar Pusat Asasi UIAM selama 2 tahun,status sebagai Mahasiswa UIAM Kampus Utama Gombak kini telah disandang oleh Insan Terpinggir ini..Mungkin ada yang beranggapan apa hebatnya & istimewanya UIAM ni??Dulu mungkin la hebat dalam aspek tarbiah & akhlaq Mahasiawanya.Namun kini,semuanya sudah berubah.Tidak ada bezanya mahasiwa UIAM jika hendak dibandingkan Mahasiswa-mahasiswa universiti lain.Komen & kritik sering kali juga ana dengar daripada masyarakat kepada rakan-rakan mahasiswa UIAM.Komen & kritik itu mungkin juga disebabkan kesalahan yang datang dari diri saya sendiri.Astaghfirullah..

Namun,status mahasiswa UIAM tidaklah buruk semuanya.Masih ramai juga masyarakat yang memandang Mahasiswa daripada university ini sebagai IKON kepada rakyat Malaysia.Saya pernah mengalami sendiri situasi ini.Ramai masyarakat yang sering kali tersalah mentafsir atau mungkin memandang tinggi kepada Siswa dan siswi di sini.Apabila sahabat-sahabat saya keluar menguruskan program atau mungkin diminta menyampaikan sedikit Tazkirah,perkongsian atau mungkin sekadar berinteraksi dengan masyarakat,sering kali panggilan sebagai Ustadz atau ustazah digunakan.Tidak sedikit yang menganggap siswa-siswi UIAM semuanya mengambil Pengajian Islam sehingga menyebabkan kami digelar Ustaz & ustazah walaupun hanya mengambil Pengajian Kejuruteraan,Perubatan,Undang-undang atau Seni bina.Ramai juga siswa-siswi yang agak keberatan dengan gelaran tersebut kerana memikirkan ilmu di dada yang tidak melayakkan untuk menggalas gelaran tersebut.Tapi,dari sudut positif,itu merupakan persepsi masyrakat yang baik terhadap MAHASISWA UIAM & itu juga doa mereka agar siswa-siswi yang bukan daripada aliran Pendidikan agama tapi mampu untuk menggalas tanggungjawab sebagai orang yang tahu hukum-hukum berkenaan agama.Bukan itu juga menjadi Visi UIAM.

Pendapat saya sendiri yang melihat & merasai pelbagai senario kehidupan sebagai Mahasiswa di Universiti barakah ini,ianya benar belaka.Samada baik atau buruk.Mungkin ini merupakan fitrah atau satu bentuk kebiasaan yang berlaku disebabkan keadaan persekitaran.Persoalan Mengapa di university yang menggalas ‘title’ sebagai university islam ini masih mempunyai masalah yang agak kritikal boleh terjawab jika masyarakat memahami keadaan dunia pada hari ini.Bayangkan sahaja,siswa-siswi di sini bukanlah semua mempunyai latar belakang keluarga yang menerapkan konsep ‘Islam is The Way of Life’.Ramai juga yang datang dari keluarga yang hidup dalam kebiasaan hidup ideologi Sekularism yang sememangnya sedang menjajah minda setiap lapisan masysrakat.Saya sendiri berasal dari golongan seperti ini.Di Universiti ini,’Islamic Way’ atau ‘Biah Solehah’ yang wujud masih menjadi pilihan kepada mahasiswa itu sendiri memilih samada mahu menjadi sebahagian daripada penjaya kepada misi ini atau terus hanyut untuk hidup dalam keadaan lama.Semuanya tergantung kepada pilihan peribadi mereka.Pelbagai alternative yang telah diusahakan samada dari pihak university atau daripada golongan mahasiswa sendiri untuk merealisasikan misi murni ini tidak akan dapat mengubah diri mereka melainkan dengan kehendak & usaha mereka sendiri...Wallahualam




No comments:

INSAN SETIA