Monday, July 5, 2010

M.A.H.A.S.I.S.W.A

Assalamualaikum Insan2 Gemilang Sekalian...Semoga Sentiasa beroleh Taufiq & Hidayah dari Ilahi...Aktif pula ana berkongsi sebelum mendaftar di Gombak..Entah mengapa..Mungkin kerana masa lapang atau mungkin disebabkan rasa ingin berkongsi segala apa yang berada di kotak pemikiran ana...Biarlah..Yang penting ada manfaatnya pada kita semua..Entri kali ini ana ingin menyentuh kembali isu MAHASISWA..


Mahasiswa adalah satu nama yang gah,nama yang tidak asing lagi di kalangan kita kerana kita sendiri merupakan seorang yang bergelar mahasiswa. Mahasiswa sejak dahulu lagi dipandang sebagai kelompok intelektual dan sebagai agen gerakan pembaharuan oleh kelompok masyarakat.Namun,persoalan baru kini timbul,adakah kita ingin menjadi seorang mahasiswa Muslim atau hanya ingin menggunakan perkataan mahasiswa sahaja sebagai lambang jati diri golongan berintelektual tinggi ini.

Sebagai contoh,seorang peniaga misalnya perlu memahami hukum jual beli,hutang-piutang dan segala hal yang berkaitan dengan perniagaannya.Manakala,seorang pegawai perubatan pula wajib memahami hukum syarak tentang perubatan, pembedahan mayat, pengguguran janin, pemindahan organ tubuh, pengklonan dan sebagainya.Malah,seorang panglima tentera pula harus memahami hukum tentang jihad, tawanan, perdamaian, perjanjian, harta rampasan perang, dan sebagainya.Begitu juga kita sebagai seorang mahasiswa,kita perlu mengkaji dan memahami segala hukum yang berkaitan dengan aktiviti seharian kita,tidak kira di universiti mahupun di rumah,dari celik mata hinggalah pejam kembali.

Dalam warkah kali ini,ana berikan 3 prinsip utama yang perlu dipegang oleh seseorang yang bergelar mahasiswa Muslim.Pertama, menuntut ilmu-ilmu yang diperlukan dalam kehidupan bermasyarakat. Tugas ini berkaitan dengan posisinya sebagai mahasiswa yang aktiviti utamanya sehari-hari adalah belajar,belajar dan belajar.Dalam hal ini Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda:

“Menuntut ilmu adalah fardhu bagi setiap muslim.” [HR. Abu Dawud].

Lafaz “al ‘ilm” di atas bersifat umum, iaitu meliputi ilmu-ilmu berasaskan wahyu, seperti ulumul Qur`an, ulumul hadith, usul fiqh, juga ilmu-ilmu yang tidak berasaskan wahyu, seperti ilmu perubatan, kejuruteraan, dan ilmu-ilmu profesional lain yang dipelajari di institusi pengajian tinggi.Jelaslah sebagai mahasiswa, tugasnya yang utama adalah belajar dalam rangka meraih ilmu sebagai bekalan hidup di dunia yang fana ini serta dunia yang kekal nanti. Seeloknya,prinsip ini dilaksanakan oleh setiap mahasiswa Muslim bagi memperoleh manfaat di dunia dan akhirat setinggi-tingginya.

Kedua, mengkaji Tsaqofah Islamiyah (ilmu-ilmu keislaman). Tugas ini berkaitan dengan posisinya sebagai seorang Muslim yang wajib mempunyai pandangan hidup Islam. Tanpa kajian Tsaqofah Islam yang mendalam, sukar untuk membayangkan seorang Muslim mampu mempunyai pandangan hidup yang islamik malah bertambah sukar pula membayangkan dia mampu berfikir,berperilaku dan berperibadi secara islamik.

Ketiga, memikul dakwah Islamiyah.Tugas ini berkaitan dengan status kita sebagai seorang Muslim dan sebahagian dari keseluruhan umat Islam seantero dunia.Kita wajib mempunyai sikap mengambil tahu keadaan dan realiti umat Islam sekarang dan berjuang untuk mengubah ke arah yang lebih baik. Mahasiswa Muslim tidak seharusnya memikirkan hal dirinya sendiri sahaja,kerana sikap ego dan mementingkan diri ini jauh terpesong dari nilai-nilai Islam yang menghendaki adanya sensitiviti kepada manusia lain.Akhirnya,sikap inilah yang akan merugikan umat Islam itu sendiri.




Di samping itu, Islam menuntut setiap umatnya untuk melakukan taghyir (perubahan) apabila dia melihat suatu penyimpangan atau kemungkaran. Tidak boleh dia hanya berdiam diri dan berpeluk tubuh, apalagi pasrah dan menyerah.Sabda Rasulullah s.a.w:

“Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya (fizikal). Jika tidak mampu, hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya (perkataan). Jika tidak mampu, hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya (tidak redha) dan itu adalah selemah-lemah iman.” [HR. Muslim].

Oleh itu, tidak seharusnya seorang mahasiswa Muslim berdiam diri menyaksikan kekufuran dan kemaksiatan menggila disekelilingnya dan berdiam diri sahaja menyaksikan ideologi kapitalisme yang kafir menguasai dunia tanpa terdetik langsung di lubuk hati untuk mengubahnya.Rasulullah s.a.w mencela orang yang hanya berpeluk tubuh dan berdiam diri terhadap kemaksiatan bagaikan syaitan yang bisu. Sudahlah syaitan, bisu lagi! Na’uzhu billah min zalik! Rasulullah s.a.w bersabda:

“Orang yang berdiam diri dari kebenaran (tidak mahu mengingatkan atau berusaha membuat perubahan), adalah seperti syaitan yang bisu.” [HR. Al Hakim].

Akhir kalam,jadilah seorang mahasiswa Muslim yang berani,hebat dan mampu menjadi harapan umat.Di bahu kitalah terpikul tanggungjawab dalam memastikan kehidupan ini diredhai Allah s.w.t.Bukan saatnya lagi untuk kita bersikap keanak-anakan dengan ego dan mementingkan diri,sedangkan umat Islam dibiarkan begitu sahaja terkontang-kanting hidup sengsara dan hina dina di bawah hegemoni ideologi kapitalisme yang batil yang dipimpin oleh kafir laknatullah.Tugas ini sememangnya berat, namun kemuliaan yang agung menunggu di hadapan.Sahutlah cabaran ini wahai mahasiswa Muslim! Allahuakbar!!!

No comments:

INSAN SETIA