Thursday, May 6, 2010

Gerakan Orientalisme Nan Bejat

Penyakit cintakan dunia yang disuburi dengan siraman slogan-slogan pemodenan seperti ‘globalisasi’ dan ‘new order’ telah mengaktifkan perasaan manusia kini kepada kecintaan dunia yang begitu mendalam.Penyakit ini merupakan senjata terbaik ‘pihak-pihak tertentu’ untuk mengheret umat Islam kepada kebinasaan apabila mereka tidak lagi meletakkan pengabdian kepada Allah s.w.t sebaliknya merayu bantuan daripada pihak musuh.Musuh Islam dari kalangan Yahudi & Kristian sememangnya menunggu peluang keemasan ini untuk menarik & membawa mereka ke lembah kesesatan.Orang-orang yang telah terjebak dengan umpan suapan musuh Islam terutama Yahudi ini akan menjadi hamba yang taat setia untuk dikerah melakukan apa sahaja kehendak mereka bak ‘Kerbau dicucuk hidung’ sehingga sanggup ke tahap membunuh saudara seagama.Pada perkongsian kali ini,ana terpanggil untuk berkongsi sedikit ilmu berkenaan gerakan musuh kita terhadap umat Islam iaitu ‘Gerakan Orientalisme”

ORIENTALISME:

Dari segi bahasa:Ilmu keTimuran atau ilmu yang berkaitan dengan dunia Timur.
Dari segi Istilah:Pada umumnya bermaksud Para ilmuwan Barat yang melakukan penyelidikan
&pembelajaran terhadap dunia Timur dalam semua aspek manakala pada
khususnya pula merujuk kepada penyelidikan & pembelajaran orang-orang
Barat terhadap dunia Timur Islam dari aspek bahasa,sastera,sejarah,aqidah &
syariahnya.
Gerakan ini didokong oleh para sarjana barat yang terdiri daripada orang-orang Yahudi & Kristian.Ia juga dimaksudkan sebagai bentuk kefahaman yang dihubung-kaitkan kepada suatu aliran pemikiran atau pembelajaran mengenai kehidupan bangsa-bangsa Timur umumnya & mengenai tamadun Islam serta bangsa Arab khususnya.Gerakan ini bermula daripada kesan pertembungan pemikiran,politik,aqidah atau ideologi yang menyelimuti zaman pasca modenisme.Faktor terpenting di dalam perkembangan gerakan ini adalah disebabkan perasaan hasad dengki daripada masyarakat Barat selepas mereka tewas di dalam peperangan Salib & kemajuan Islam yang telah menguasai dunia ketika itu.Rasulullah s.a.w bersabda:

“ Akan timbul di akhir zaman nanti golongan yang digelar Rofidah,mereka menolak Islam(pada hakikatnya) tetapi mereka mendakwa mereka orang Islam.Perangilah mereka kerana merekalah sebenarnya golongan musyirikin.”

Demi menutup kelemahan mereka,mereka mula mengkaji tentang tamadun Timur atau tamadun Islam secara khusus untuk dijadikan platform menuju alaf baru.Selain itu,ia bertujuan untuk mencari kelemahan Islam & berusaha untuk menyelewengkan ajaran Islam.Hasil dari kajian yang dibuat,mereka telah membina tamadun moden seperti yang dapat kita saksikan pada hari ini.Kemodenan yang dicapai adalah bertujuan untuk merendahkan martabat agama Islam di mata dunia.

Hakikatnya,Orientalisme merupakan satu gerakan yang dicipta oleh musuh-musuh Islam bagi mengaburi mata umat Islam untuk menguasai agama,negara & umat Islam sendiri dari dalam.Maka orientalisme dijadikan sebagai loji pemprosesan maklumat untuk disalurkan kepada Imperialis yang sentiasa merancang untuk menguasai Islam.Lihatlah sehingga hari ini,berapa banyak Negara Islam yang berjaya dikuasai oleh musuh Islam dengan sokongan daripada Islam sendiri?Senjata apa yang digunakan oleh golongan bejat ini & adakah Negara kita terlepas dari ancaman mereka??
Tepuk Dada, Tanya Iman & lakukan tindakan sekarang.

Matlamat Orientalisme:
Matlamat Orientalisme adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan mereka di dalam politik,ekonomi dan menyebarkan kefahaman mereka ke seluruh dunia.Selain itu,matlamat Orientalisme yang utama ialah:

1) Membina batu pemisah di antara Islam & Barat dari segi thaqafah & imej.

Firman Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud: “Wahai ahli kitab(Yahudi & Nasrani), kenapa kamu tutupi kebenaran dengan kebatilan.Dan kamu sembunyikan kebenaran yang sebenar,sedangkan kamu sudah mengetahuinya?”

2) Menimbulkan keraguan di kalangan intelektual di dalam Negara Islam. Contohnya, mengatakan bahawa agama Islam menentang kemajuan & menganjurkan keganasan.

Firman Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud: “Dan jika kamu mentaati kepada kebanyakan mereka yang dibumi ini,nescaya mereka yang menyelewengkan kamu dari jalan Allah yang sebenarnya.Mereka sendiri pun tidaklah mengikuti kecuali dengan syak wasangka.Dan tidak mereka lakukan demikian kecuali orang-orang yang pembohong sahaja” Firman Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud: “Engkau hukumlah antara mereka menurut apa yang diturunkan oleh Allah & janganlah engkau turut hawa nafsu mereka & waspadalah terhadap mereka supaya jangan mereka menyesatkan engkau dari sebahagian apa yang diturunkan Allah kepada kamu.” (Al-Maidah:49)

3) Menjauhkan umat Islam dari Aqidah & Syariah Islam.Contohnya,mengatakan bahawa Al-Quran itu adalah hasil karangan Nabi Muhammad s.a.w & tamadun Islam itu dicedok daripada tamadun Rom.

4) Melemahkan tali persaudaraan umat Islam.Telah berkata seorang Orientalis bernama Hanoto bahawa: “Kita mesti merenggangkan ikatan umat Islam yang menghubungkan mereka di barat & timur yang menjadikan mereka umat yang satu iaitu ikatan keagamaan”.

5) Untuk menguasai ekonomi & politik umat Islam.

Walaupun gegak gempita menguasai ruang angkasa Negara Islam,umat Islam kini masih lagi dilamun mimpi di Akademi Fantasia tanpa menghiraukan kesusahan yang dialami oleh saudara seagamanya.Namun,kadang kala masih kedengaran suara patriotik membelah suasana tetapi ia bagaikan badai menghempas pantai lalu pergi begitu sahaja.Perasaan prihatin sudah tiada di dalam sanubari umat Islam.Ke manakah perasaan itu?Sudah berjayakah puak-puak yahudi ini mengikis ukhuwwah Islamiah antara kita??Apakah kita sudah lupa untuk beramal dengan ajaran Islam?? Wahai sahabat-sahabat,hendaklah kita kembali kepada kefahaman Islam yang sebenarnya seperti yang ditanzilkan oleh Allah s.w.t kepada Rasulullah s.a.w serta yang difahami oleh para sahabat r.a serta pengikut-pengikut mereka.

Jika hendak dibicarakan mengenai Gerakan yang cuba memesongkan aqidah umat Islam ini memang tidak ada kesudahannya.Begitu banyak taktik-taktik kotor yang dijadikan sebagai modus operandi mereka & ianya masih terus berlanjut.Perkongsian ana ini hanyalah sedikit maklumat untuk memberi kesedaran kepada sahabat-sahabat akan kehadiran mereka di sekeliling kita.Marilah kita bersama-sama mengenali semua anasir-anasir jahat yang cuba mengancam kesucian agama kita agar dapat kita perangi mereka ini.Jadikan Al-Quran & Assunnah sebagai panduan yang utama.Jangan juga kita lupa untuk sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi agar dipelihara keimanan & ketaqwaan kita kepadaNYA. Wallahualam

No comments:

INSAN SETIA