Thursday, May 6, 2010

Usrati Jannati




Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan ke hadrat Ilahi yang sentiasa melimpahkan nikmat & kesejahteraan kepada segala makhluk & hambaNYA.Selawat & salam kita anjurkan kepada Rasulullah s.a.w yang sentiasa mengharapkan kejayaan & kelepasan kepada umatnya yang tercinta.Malah kurnia & limpah rahmat didoakan untuk semua para syuhada & para ulama yang meniti & menyambung jalan yang telah diterokai oleh Baginda dari generasi ke generasi seterusnya hingga ke hari Qiamat.

Pada edisi perkongsian kali ini,jujurnya ana tidak ada idea atau cerita menarik untuk dikongsikan.Namun,ana teringin nak berkongsi dengan sahabat-sahabat berkenaan cerita atau ‘benda’ yang sedang bermain di memori ingatan ana sekarang ni.Masa cuti ni, ana mengimbau kembali peristiwa yang banyak mengubah hidup ana.Semuanya terasa manis & menyeronokkan.Tidak pernah ana sesali takdir yang telah berlaku kepada hidup ana.Ana amat mensyukuri segala apa yang telah berlaku kepada diri ini.

Sebenarnya,kali ini ana teringin nak berkongsi pengalaman ana berUSRAH dekat CFS IIUM PJ ni.Tidak malu untuk ana katakan bahawa ana sememangnya tidak tahu mengenai usrah pada asalnya.Namun,kepentingannya sememangnya amat ana rasakan.Terutamanya kepada anak perantau yang berseorangan di negeri orang macam ana.Nak dipendekkan cerita,ana diperkenalkan dengan usrah oleh seorang sahabat yang datang ke bilik ana pada ketika itu.Sememangnya perasaan ana pada ketika itu begitu ‘teruja’ untuk memulakan usrah.Namun,takdir mengkehendaki lain.Ana tidak berpeluang mengikuti usrah sahabat ana itu.Tapi,Ana ditakdirkan untuk mengikuti usrah Abang Faiz dari UIA Gombak.Seterusnya ana mengikuti usrah bersama Abang Syairazi yang merupakan anak jati Sabah & yang ana nak cerita kali ini iaitu berusrah bersama dengan Akh Munzir & Akh Syafie.Sahabat-sahabat usrah ana ialah Dziaulhaq,Hafiz Zakaria,Hafiz Ibrahim,Saiful,Nick Hazlan & Fadzli.

Sememangnya usrah dengan naqib-naqib kesayangan ana ni dipenuhi dengan ‘Warnanya’ yang tersendiri.Sejarahnya bermula pada sem 1 Tahun ke 2.Masih segar diingatan ana kenangan usrah pertama bersama Akh Munzir di surau UKC 2.Walaupun Akh Munzir sebenarnya ‘Senior setahun’ ana di CFS,namun semasa di CFS ana tidak pernah terserempak dengan dirinya.Mungkin disebabkan kesibukannya sebagai ‘Budak AED’ yang menuntutnya menghabiskan banyak masa di studio...hehe.. Ana amat seronok dipertemuan pertama itu(macam jatuh cinta pada pandangan la pula)..hehe.. Senyuman & sifat tawadhu Akh Munzir menyebabkan ana selesa untuk berusrah & berkongsi apa saja dengan naqib ana tu.Di pertemuan kedua,kehadiran Akh Syafie memeriahkan lagi usrah kami.Akh Syafie memang ana kenal sejak dari tahun pertama lagi.Akh Syafie pernah menjadi fasi ana semasa ana mengikuti satu program university.Sikap ‘cool’ & rendah hati pada dirinya membolehkan perkongsian dalam usrah menjadi kondusif & efektif.Ana bersyukur dipertemukan dengan naqib-naqib yang hebat sebegini.Walaupun sentuhannya minima, namun Insyaallah Impaknya maksima.

Di dalam Usrah kami,Haq merupakan sahabat yang tertua.Tua setahun saja sebenarnya.Haq melanjutkan pelajaran ke Darul Quran sebelum menyambung pelajaran ke Pusat Asasi.Haq mempunyai suatu ‘Character’ yang sangat kuat.Keperibadiannya sangat menarik.Dia mempunyai satu ‘Aura’ sebagai seorang pemimpin & mampu untuk berfikir secara spontan dalam menyelesaikan masalah.Kebolehannya untuk bercakap loghat utara & ‘friendly’ menambah seri pada dirinya...hehe..

Sahabat Usrah ana yang seterusnya ialah Akh Hafiz Zakaria.Ya..Hafiz Zakaria..Dalam usrah ana ada dua orang nama Hafiz.Jadi,ana kena sebut nama ayah dorang kalau nak dibezakan.Sahabat ana yang seorang ni berwajah manis.Dengan lesung pipit di pipi & kulit yang putih melepah menambah seri di wajahnya.Lebih dari itu,sifatnya yang istiqamah & bermujahadah dalam menuntut ilmu amat ana kagumi.Hafiz sanggup meredah jalan yang jauh & cuaca yang “Tidak bersahabat” demi untuk pergi menuntut ilmu sekiranya ada ulama yang datang.Hafiz juga seorang yang sopan dalam bertutur kata & bijak dalam melontarkan pendapat.

Hafiz lagi seorang dalam usrah ana ialah Hafiz Bin Ibrahim.Hafiz seorang yang ceria & kehadirannya sentiasa menambah kemeriahan dalam usrah ana.Hafiz banyak bersuara di dalam usrah & kadang kala agak nakal mengenakan naqib.Begitulah sifatnya yang membuat orang sentiasa merindui keberadaannya.Selalu sahaja keluar idea-idea yang bernas sekiranya kami mengadakan aktiviti usrah santai.Hafiz ni seorang yang sangat fanatic dengan bola & negeri asalnya iaitu Terengganu.Hafiz juga seorang yang sangat kemas & tidak suka dengan tempat yang tidak tersusun.

Usrah ana ada dua orang yang berasal dari Kelantan.Salah seorangnya ialah Nick Hazlan.Nick seorang yang sangat komited.Nick selalu datang usrah & semangatnya untuk menuntut ilmu dalam usrah memicu semangat kami semua untuk menghadiri usrah.Nick tidak segan bertanya sekiranya ada benda yang Nick kurang faham & sifatnya yang terbuka untuk menerima nasihat wajar dicontohi. Nick juga seorang yang prihatin terhadap orang-orang di sekelilingnya.Nick selalu ingin untuk membawa kawan-kawannya berusrah bersama & melakukan hal-hal yang baik.

Seterusnya, sahabat ana yang juga berasal dari Kelantan ialah Fadzli.Walaupun Fadzli seorang yang pendiam,namun dia ni ‘Diam-diam ubi berisi’.Banyak buah fikiran Fadzli yang amat bernas & sangat mudah & praktikal untuk di fahami.Fadzli juga seorang yang sopan santun & menghormati sahabat.Fadzli seorang yang bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu & sabar dalam menghadapi segala dugaan hidupnya.


Begitulah ‘Character-Character’ sahabat-sahabat usrah ana.Ana amat menghargai & bersyukur kerana telah dipertemukan dengan ahli usrah yang hebat & dapat menjaga antara satu sama yang lain.Walaupun keluarga ana jauh di mata,dengan kehadiran sahabat-sahabat usrah membuatkan ana terasa bagaikan berada dekat dengan keluarga.Walaupun kami bukanlah adik beradik yang lahir pada rahim yang sama,hakikat kekeluargaan yang wujud adalah didasari oleh asas Aqidah yang kuat kerana Allah s.w.t...Bukankah Allah telah berfirman bahawa “Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara..”(Al hujurat:ayat 10)...Usrah adalah medium terbaik untuk diri ana yang lemah ini memperbaiki diri kerana melalui usrahlah segala kelemahan diri dapat dikenal pasti & diperbaiki. Rasulullah bersabda;”Orang mukmin bagi mukmin itu laksana satu badan yang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain”...

Wahai sahabat-sahabatku...Terima Kasih di atas jalinan ukhuwwah ini.Aku harapkan agar ianya kekal hingga ke Jannah..Selagi kita berpegang pada tali Allah,Yakinlah bahawa jalinan ini akan dipelihara olehNYA...Ingatan didalam DOA akan menguatkan lagi jalinan ukhuwwah ini..Ana doakan yang terbaik kepada kita semua...Ana tujukan buat semua sahabat-sahabat ana..Bukan hanya kepada sahabat-sahabat usrah...Untuk semua sahabat yang mengenali Insan yang bernama Mohd Syahril Bin Sudirman ini....Ana sememangnya berazam agar budaya Usrah menjadi budaya hidup masyarakat ditempat ana.Ana mahukan kemanisan yang ana rasai turut sama dirasai oleh sahabat-sahabat ana di sini.Insyaallah sekarang ana dalam proses untuk membudayakan usrah dalam kalangan pelajar sekolah di kawasan ana.Semoga dengan adanya usrah dapat membentuk peribadi anak jati yang mampu membawa sinar Islam kembali ke bumi di Bawah bayu.Doakanlah...

No comments:

INSAN SETIA