Wednesday, November 17, 2010

Aku

BismillahirRahmanirRahim...
Alhamdulillahi Rabbil 'alamin...
Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad
alfatihi lima ughliqo wal khatimi lima sabaqa
nasiril haqqa bilhaq
wal hadi ila siratikal mustaqim
wa 'ala alihi wa sohbihi haqqa qadrihi wa miqdarihil 'azim..

Assalamualaikum W.b.t buat sahabat2 maya yang dirahmati Allah..
Semoga Hidup Kalian masih teguh menjunjung Kalimah HEBAT Syahadah..
Terus berjuang mensyiarkan kalimah Allah walau di mana kalian berada & dalam situasi apapun...Terus & Terus menjadi Pendokong gerakan Islam hingga ke titisan darah yang terakhir..Insyaallah..Sama2lah kita Istiqamah di Jalan kebenaran ini..
Mohon Maaf diatas kelemahan diri yang sudah terlalu lama tidak membuat perkongsian di alam maya ini...Terasa diri sangat bersalah tatkala melihat bilangan follower yang agak meningkat walaupun perkongsian semakin berkurang..
Insyaallah semoga perkongsian kali ini akan mengubat rindu kalian pada perkongsianku yang tidak sehebat mana...

*HOREYYY CUTI DATANG LAGI*
Saya rasa,semua sudah maklum bahawa masa-masa ini adalah masa yang sangat2 dinantikan oleh sebilangan besar insan yang bergelar pelajar..Apa lagi kalau tidak musim cuti..Bersorak gembira tatkala melihat jam yang memaparkan bahawa kelas pada tahun ini akan berakhir..yahoooo
Melompat keriangan..Bermain-main di ruang minda akan aktiviti yang akan dilakukan sepanjang musim cuti ini...
*Lepak ngan member
*Jalan2 cari makan
*Cari kerja
*Makan,tidur & Main..
& bermacam-macam lagi perancangan yang kian ligat bermain di fikiran pelajar2 ini pada kelas terakhir...
Mungkin dulu aku juga seperti mereka..
Hidup aku hanya untuk aku..
Gembira adalah menggembirakan diriku..
Tak kisah dengan apa2 pun yang tiada kena mengena denganku..
Biarlah mereka dengan kehidupan mereka..Aku??
Gembira dengan hidupku...
Namun,menganjak dewasa,Alhamdulillah aku kian sedar..
Siapa aku sebenarnya..Apa makna cuti sebenarnya...
Aku bagaikan tersentak di lamunan ku sendiri..
KINI..
Aku menjadi risau tatkala musim cuti tiba..
Berada dalam musim cuti benar-benar menduga diriku yang lemah ini..
Kecelaruan aktiviti yang tidak dirancang dari awal menyebabkan segalanya kucar kacir..kosong..Porak peranda..
Tidak tahu kemana harus dituju..
Aku tidak ingin kembali kepada intrepretasi cuti budak sekolah..
AKU KINI MAHASISWA..
Aku ada tugas & tanggungjawab yang harus aku tunaikan..
Banyak..ya,SANGAT banyak..
Tapi mengapa aku masih blurr..tidak seperti tahun2 sebelum ini..
Rancak mengatur langkah mendekati insan2 yang mahukan motivasi,perkongsian,pengislahan & kekuatan..
Aku bagaikan beku..Tidak tahu kemana harus dituju..
Ya Allah,Kau tunjukkan aku jalan agar aku dapat terys melangkah..
Tidak menjadi insan MALAS yang hanya duduk di rumah tanpa memikirkan & membantu menegakkan syiar Islam..

*SYAHRIL,CEPAT BANGKIT DARI MIMPIMU....
KELUAR DARI ZON SELESAMU...
APA YANG AKAN KAU BAWA JIKA BERHADAPAN DENGAN ALLAH KELAK??*
Astaghfirullahalazim...

No comments:

INSAN SETIA