Wednesday, September 8, 2010

*Hijau*








Meniti hari-hari menuju Hari Lebaran..
Seperti biasalah..
Begitu banyak yang perlu dipersiapkan..
Tidak sedikit yang perlu disediakan..

Namun,bagi diri ini...
Selagi Ramadhan belum benar-benar melabuhkan tirainya,
Sebelum bulan syawal menjelang tiba...
Belum berganjak rasa ingin membelai Bulan Barakah ini..
Rasa belum bersedia melepas Status sebagai Pelajar Madrasah Ramadhan...
Menyelit rasa ketakutan jika tidak terdaftar sebagai "Student" di Madrasah ini pada tahun Hadapan..Sungguh satu kerugian...

Bicaraku ini bukan kerana aku ini abid mahupun ulama..
Yang tahu benar hakikat keberkatan Dalam bulan barakah ini...
Walaupun benar aku ingin menjadi Abid..Mengidamkan Menjadi Ulama..
Namun diri ini terasa masih terlalu jauh untuk itu..tersangat2 jauh..Atau mungkin tidak layak ia bagiku yang hina ini...

BIcaraku itu hanyalah kerisauan insan hina lagi dhaif dalam meniti hidup sebagai hambaNYA dimuka bumi ini..
Kerisauan diri yang alpa..
Mungkinkah mampu istiqamah melakukan ibadah yang rutin dilazimi di bulan mulia..
Mungkinkah tegar meneruskan iltizam untuk berubah...
Mungkinkah sedia mengorbankan segalanya demi untukNYA..

YA Allah berikan PetunjukMU..Sungguh diri ini berada dalam ketakutan yang Nyata..
Aku rasa terlalu sedikit masa yang ada untuk aku bermesra dengan Bulan Ramadhan ini..
Masih mahu rasanya menikmati kehangatan haba Ramadhan..
Masih mahu menagih kasih di Bulan Barakah..

Walau seindah mana pun kata2 aku nukilkan..
Sungguh ia tidak dapat menggambarkan betapa Indahnya Bulan Ramadhan ini..
Aku yakin,para pembaca juga ada yang lebih merintih tatkala ditinggalakan bulan ramadhan..

Tapi inilah tanda Cinta Allah pada kita..
Memberikan kenikmatan Yang tiada tara pada bulan RAmadhan..
Menyediakan Ujian pada BUlan2 seterusnya untuk kita dihantar ke
"SEK BERASRAMA PENUH FIRDAUSI"
Kerana sesungguhnya,Insan2 yang terpilih itu adalah mereka yang Benar2 Layak & Terbaik..
Ya Allah..Pilihlah Aku menjadi Salah Seorang yang terdaftar di "sekolah" itu..
Amin Ya RAbbana

Menyambut Bulan Syawal seharusnya di dalami dengan erti kemenangan yang sebenarnya..
Bagiku,sudah terlalu banyak peringatan yang telah diberikan..
Mengapa kita masih dengan tabiat lama..
Jadilah kita insan yang..
"Membiasakan yang Betul
&
Membetulkan yang Biasa"

Mulakanlah yang Fitri itu dengan Fitrah..
Mohon Kemaafan Sudah tidak perlu diingatkan..
Alhamdulillah semua sudah ada kesedaran itu...
Tapi kalau boleh..
Biarlah ia benar2 didasari atas Titah Yang Maha Pengampun..
Bukan menjadikan ia sebagai adat semata-mata..

Mulakanlah yang Fitri itu dengan yang Fitrah...
Mulakanlah syawal itu dengan Laungan takbir mengagungkan nama Ilahi..
Tidak salah bertakbir sambil memasang langsir
Tidak berdosa bertakbir sambil membuat kuih
Tidak pelik kalau bertakbir sambil menunggu Lemang..

Mulakanlah yang Fitri itu dengan yang Fitrah..
Fitrah itu tidak keliru..
Tidak keliru antara sunat & wajib..
Tidak keliru antara Subuh & Solat Raya..
Tidak keliru antara Aurat & Fesyen..
Tidak keliru bersalam antara muhrim & bukan muhrim...

Pesanan ini bukan dari yang tahu kepada yang tidak tahu..
Sebaliknya ia adalah dari yang tidak tahu kepada yang tahu..
Tidak tahu..samada yang ia sampaikan ini benar ataupun tidak..
Kepada yang tahu... akan hakikat hidup yang sebenarnya..
wallahualam

Mohon Maaf Zahir & Batin..
Ikhlas Dari Lubuk hati Yang Paling Dalam..
Insan yang sering membuat Hati Insan lain Terluka..
Semoga semua kembali Fitrah Di hari Yang Suci Ini
Jemputan ke Rumah Ana
Kg Durok
Jalan Ke Maktab Perguruan Keningau
Berada di kawasan Kebun Sayur
Simpang Kiri
Rumah Warna Oren
Pagar Hijau..
Jemputlah datang raya 1-4..
Raya ke 5 dah terbang balik semenanjung..
hohohohooo..
"Selamat beramal"
P/s: Tahun nie,FAmily ana di landa Gelombang Hijau..
Langsir,Alas Meja,Bunga & Baju Raya semua Hijau..
Memang menenangkan..
Nie semua idea akak sulung ana..
Kak ati..
Tapi kalau x cayer,datang la rumah ana dengan memakai baju Hijau..
Confirm akan jadi keluarga ana..
Hihihihihiii....
Ikhlas Dari:
"SYahriL & FAmily"

5 comments:

cikempatbelas said...

kalo pakai baju ijau jd family ko? bahaya...

Ibnu Sudirman said...

nape??
baju raya ngko pun hijau ka??
hihi

cikempatbelas said...

nope. maka selamatlah saya. haha

Ibnu Sudirman said...

Apa pula selamat??
Kira x beruntung la tue..
kui3..
Tapi kalau aq x slap,ko slalu pkai hijau kan..
Assume ko nie mmg suka hijau gak r..

AnA ImTiYaZ.. said...

hijau.. khadra'Al-diman..

INSAN SETIA