Thursday, May 28, 2009

UntukKU yanG seRinG LuPa....


Ajarkan aku tentang Islam
Islam mengajar 1001 pengajaran
erti ukhwah
erti kasih sayang
erti ilah
erti berjuang

Ajarkan aku tentang Islam
Islam furqan kebenaran
sedarkan aku tentang penyaksian
sedarkan aku tentang suruhan
sedarkan aku tentang larangan
sedarkan aku tentang pengakhiran

Ajarkan aku tentang Islam
Islam yang mahu aku belajar
secekal Rasulullah dan para sahabat
seteguh iman penduduk Madinah
setinggi akal generasi bumi Baghdad
sekukuh megah bumi Andalusia

Ajarkan aku tentang Islam
Beritahu aku tentang gerhana
tatkala nurani dibatasi akal
tatkala panduan longgar dari genggaman
tatkala lemah dengan mesra pujukan
tatkala pasrah dijajah dikawal
tatkala terhijab rencah dunia dari kalimah penyaksian
tatkala generasiku tak faham isi Al-Quran

Ajarkan aku tentang Islam
Bantu aku kenal Islam
sedarkan aku tentang peringatan
sedarkan aku tentang perjanjian
sedarkan aku tentang musuh dan hasutan
sedarkan aku tentang iman

Ajarkan aku tentang Islam
Ajarkan aku tentang Islam
Ajarkan aku tentang Islam
aku tidak mahu lagi suram, Curam dan MURAM
yang aku mahu adalah islam, Islam dan ISLAM.

No comments:

INSAN SETIA