Monday, June 28, 2010

Mahallah Ku...Zubair Al Awwam





Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakbar... Assalamualaikum sahabat-sahabiah yg dirahmati Allah.. Pernah tengok pokok kelapa??? Mesti pernah kan...Kalau tak pernah dah tahap kritikal tu..hehe Apa yang entum semua tengok?? Kalau ana,memang menjadikan pokok kelapa sebagai Motivasi diri.. Cuba entum semua fikirkan.. Betapa hebatnya kuasa Allah yang menjadikan Pokok Kelapa.. Semua bahagian berguna.. Kita?? Anggota badan kita yang Allah pinjamkan nie adakah kita manfaat sepenuhnya??? Tepuk dada tanya Iman.. Semoga Beroleh Semangat untuk Istiqamah di Jalan NYA.. (Belajar Dari Alam)

Nama penuh beliau ialah Zubair bin Al-Awwam bin Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Kaab bin Luayy Al-Kinani Al-Qurasyi Al-Asadi Al-Makki. Bertemu nasabnya dengan Rasulullah SAW pada datuknya yang kelima iaitu Qusay. Asalnya, ibunya Sofiah menggelarkan beliau dengan Abu Thahir, sebelum ditukar Abu Abdullah dengan anaknya Abu Abdullah sehinggalah gelaran itu masyhur di sisi Rasul SAW dan para sahabat.

Beliau juga dikenali sebagai Hawari Rasul SAW, iaitu penolong dan penyampai ke arah kemenangan serta di antara sahabat paling ikhlas dan bersih dari keaiban. Malah, beliau menikahi Asma’ binti Abu Bakar Zatun Nithaqain dan zuriatnya iaitu Abdullah bin Zubair, bayi pertama lahir dari kaum Muhajirin selepas hijrah ke Madinah. Lalu Abdullah diambil sebagai anak angkat Nabi SAW. Zubair seorang yang tinggi tubuhnya, kuat dan tegap badannya, putih kemerah-merahan kulitnya, panjang, tersusun dan pantas langkahnya, tegas pendirian, cerdas fikiran, sentiasa cergas serta sangat cekap dalam ilmu peperangan. Pernah dalam satu peperangan seperti yang digambarkan oleh anaknya Urwah: “Ketika kecilnya beliau telah berperang dan telah mematahkan tangan seorang lelaki, lalu lelaki tersebut bertemu dengan ibunya Sofiah lalu ibunya bertanya: “Kenapa dengan kamu?”, lelaki itu memberitahu bahawa Zubair telah mematahkan tangannya dalam peperangan, seraya ibunya melantunkan sebuah syair menggambarkan bahawa Zubair adalah seorang yang kuat tenaganya serta pantas langkahnya yang bisa menjatuhkan dan mengalahkan orang lain. Dan begitulah sifatnya sejak muda hingga ke zaman tuanya.

Pengislaman Zubair telah diriwayatkan oleh Ibnu Ishak : Tatkala Abu Bakar memeluk Islam lalu mengisytiharkan keislamannya, beliau (Abu Bakar) adalah seorang yang disegani dan dicintai di sisi kaumnya, paling dihormati di kalangan Quraisy serta paling alim dan terkenal di antara mereka. Oleh itu, beliau menyeru kaumnya kepada Islam dari mereka yang mempercayainya untuk bersama-sama dengannya dan hasilnya; Uthman bin Affan, Zubair bin Al-Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Saad bin Abi Waqqas, Thalhah bin Ubaidillah lalu bersemuka seraya mengisytiharkan keislaman mereka dan bersolat bersama-sama baginda SAW. Ibnu Hisham meriwayatkan bahawa Zubair memeluk Islam ketika usianya 16 tahun. Ini dikuatkan dari riwayat al Imam Ibnu Abdul Barr bahawa ketika Rasul SAW berumur 24 tahun, ketika itulah Zubair bin Al-Awwam dilahirkan. Bermula dari detik itulah beliau mula mendampingi baginda SAW dalam penyebaran Islam melalui dakwah dan peperangan.


Cintanya kepada Nabi SAW tergambar apabila baginda SAW disakiti ketikamana diutus menyampaikan Islam dan beliau disakiti, lalu Zubair menghunuskan pedangnya bagi melindungi baginda SAW. Lalu Nabi SAW mendoakannya dengan kebaikan dan Allah SWT tidak mensia-siakan doanya. Rasulullah SAW telah mempersaudarakannya dengan Abdullah bin Mas’ud, selain turut berhijrah ke Habsyah dan Madinah. Beliau turut terlibat dalam banyak peperangan bersama Nabi SAW, seperti ungkapannya dari riwayat al Hakim: “Demi Allah! Tidak keluar Rasulullah SAW dalam ghazwah atau sariyyah melainkan aku akan turut menyertainya”. Antara peperangan yang beliau sertai ketika hayat Nabi SAW termasuklah perang Badar, Uhud, Hamraul Asad, Khandak, Khaibar, Fathul Makkah, Hunain dan Tabuk. Manakala peperangan yang beliau ikuti selepas kewafatan SAW ialah Perang Riddah, Yarmuk, dan juga pembukaan Mesir, Nahwan di Parsi dan Azerbaijan.
Beliau juga turut berkhidmat kepada Khulafa’ Ar-Rasyidin hatta terlibat dalam Majlis Syura dalam memilih pengganti Uthman RA dan Ali RA.

Zubair pernah menghadapi saat-saat sukar apabila berhadapan zaman fitnah yang berlaku ketika pemerintahan Ali RA iaitu terlibat dalam pertempuran Jamal yang melibatkan pertembungan dua pasukan iaitu terdiri dari pihak Aishah Ummul Mukminin dan Ali bin Abi Talib. Beliau terbunuh dalam pertempuran tersebut ketika umurnya 64 tahun, yakni pada hari Khamis, 10 Jamadil Akhir tahun 36 Hijri.

Betapa bangganya ana mempunyai saudara yang begitu Hebat dalam memperjuangkan Islam..
Sungguh,ini memberikan semangat kepada ana untuk Istiqamah dalam perjuangan suci ini..
Doakanlah ana wahai sahabat2 ku...Sungguh hina diri ini bila terlepas dari jalan perjuangan ini..Takbir...Allahuakbar..

2 comments:

A.N said...

assalamualaikum..

wah, bos dpt mahallah tu ke? baguihla.. berkenalan dgn nama sahabat a.k.a nama mahallah.. baru dpt feel 'perjuangan' bila duk kat situ nnti.. :)

p/s: nak test komen je nih..

Ibnu Sudirman said...

Insyaallah...Kalau nama beyonce ke britney ke Jayy z ke mesti ramai dok knal..jadi better kongsikn sedikit cerita sahabat nie...dapat zukk nak teruskan perjuangan kat gombak yg penuh mehnah & tribulasi...

INSAN SETIA