Sunday, September 27, 2009

...Ana SABAHAN...



AssaLamualaikum..
Agak lama x bersua muka di hadapan blog ana nie..agak rasa bersalah pada sahabat2 yang menanti perkongsian dari diri hamba yang hina nie...ana menghargai penantian sahabat2 sekalian..Mungkin kerana kesibukan dunia yang sementara ini menyebabkan Hamba Allah yang lemah ini x mampu menyempatkan diri untuk membuat sedikit perkongsian...

Hamba hina ini di duga dengan cabaran yang agak besar bagi ana...menjawat jawatan yang tidak layak untuk diri..rasa sedih & bersalah sering membelenggu diri..ANAK BORNEO yang bermusafir di bumi semenanjung namun menggalas beban sebagai pemimpin..
Layakkah diri ini??HINa nya diri ini..
YA ALLAH.. ANUGERAHKAN ANA KELEMBUTAN SEIZZAH ABU BAKAR,KETEGASAN SELEMBUT UMAR,KETABAHAN SEPASRAH USMAN,KECERDIKAN SETAJAM ALI,KEMURAHAN SETULUS KHADIJAH,KEFASIHAN SEPETAH AISHAH, KEPATUHAN SEUTUH FATIMAH, DAN YANG UTAMA,HATI YANG GAGAH SESUCI RASULULLAH..

Ana sering kali terfikir..apa yang ana nak sumbangkan kepada negeri kelahiran ana..DAN apa yang sudah ana lakukan untuk mencapai matlamat itu???apa??
Terlalu banyak persoalan yang terlintas di ruang minda ana..terlalu sesak jiwa ana dengan persoalan diri ini..Alhamdulillah..pada masa yang agak genting ini...Ketika diri ini sedang berhadapan dengan minggu Exam...Allah mengilhamkan ana untuk berfikir,bermuhasabah dan menilai sejauh mana kemampuan diri..

Ingatlah ketika Allah berfirman..
"Dan(ingatlah)ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat,"Aku hendak menjadikan khalifah di bumi."Mereka berkata,"Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana,sedangkan kami bertasbih memuji MU dan menyucikan nama Mu?"Dia berfirman,sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui"

Ana sering mengenangkan ayat peringatan ini sebagai panduan berharga dalam diri ana yang di taklifkan sebagai pemimpin..samada kita nak atau tidak, kita semua adalah khalifah..mungkin ayat agak kerap didengar...KITA ADALAH KHALIFAH..namun ayat ini sering berlegar di telinga yang sama..maksud ana hanya orang yang membaca atau tahu saja yang sedar mereka adalah khalifah..Tapi bagaimana dengan orang yang tak tahu??
Pernahkah kita terfikir???Pernahkah kita berniat untuk berkongsi pemahaman kita dengan saudara seaqidah yang lain???

Ana agak terkejut kebelakangan ini apabila mendengar,membaca dan melihat rintihan saudara2 seaqidah ana dari negeri DI BAWAH BAYU ini,yang mahukan kegemilangan ISLAM bertapak di bumi BORNEO...ana terfikir bagaimana untuk merealisasikan impian ini???
Benarkah ramai golongan berpotensi telah lari ke semenanjung???benarkah??ana tidak mahu menstereotaipkan sesuatu golongan..mungkin ada yang telah berhijrah ke semenanjung...namun ramai juga yang masih thabat dalam meneruskan perjuangan sebagai DAIE di bumi BORNEO ini..namun pergerakan mereka agak kurang kelihatan..Hal ini kerana, pergerakan dalam kumpulan yang agak kecil..ana berazam untuk untuk mencari suatu medium menyatukan semua hamba2 Allah yang mempunyai keazaman yang kental ini dalam meningkatkan pentarbiahan di negeri yang digelar LUBUK DAKWAH INI...ana rasa sabahan sendiri perlu mencari langkah penyatuan dalam merealisasikan impian ini...

Ana insyaallah akan mewakafkan jasad ini dalam memberikan yang terbaik untuk bumi kelahiran ana...marilah wahai sahabat2 sabahan yang lain..kita kumpulkan para jundullah dan membawa transformasi kepada bumi tercinta ini...Ana memang hamba yang paling hina dalam kalangan kalian,namun ana berpegang kepada kata2 sahabat ana...
JANGANLAH BERHARAP MENJADI KAIN PUTIH YANG SENTIASA BERSIH,NAMUN ADA BAIKNYA UNTUK KITA MENJADI KAIN BATIK YANG INDAH CORAKNYA...INDAH DIPAKAI OLEH SI PEMAKAINYA...Begitulah juga dengan kita,Jangan terlalu difikir kisah silam yang kelam,bertaubatlah dan jadilah hamba yang lebih baik dari hari ke hari...Allah itu maha Pengampun...

SAHABAT2 ku doakan perjuangan kami hingga ke titisan darah yang terakhir..Selamat Hari Raya AidilFitri...Maaf Zahir Batin...
Tak berniat nak post pasal raye pasal dah ramai sahabat2 yang berkongsi...ana rasa sama jak ngan ana coz raya kejap jer...Exam menanti...
KERANAMU ISLAM KAMI BERJUANG....ALLAHUAKBAR...

No comments:

INSAN SETIA