Sunday, June 7, 2009

RumaH-RumaH TerpiLIh

Indahnya jika kita mampu mengimarahkan Rumah2 terpilih ini...

Masjid menjadi simbol adanya penduduk yang beragama Islam dimana-mana tempat samada di Sabah atau Sarawak.Masjid juga menjadi identiti berkembangnya Islam dibumi Borneo. Pada zaman Rasulullah SAW,masjid didirikan sebagai petanda hadirnya cahaya Islam di Madinah.Masjid pada ketika itu digunakan sebagai pusat pengajian,pentadbiran,perundangan selain daripada menjadi tempat ibadah juga dijadikan sebagai tempat penyebaran dakwah kepada masyarakat Madinah pada ketika itu walaupun masjid pada ketika itu dibina daripada pohon-pohon dan pelepah kurma, tanah serta batu-batan.Berbeza dengan masjid yang ada sekarang dibina dengan begitu indah dan cukup dengan pelbagai kemudahan tetapi seperti rumah yang berhantu,malap dan sepi.
Maafkan ana kerana menganggap masjid yang ada di negeri kita sebuah bangunan yang malap dan sepi umpama ‘Rumah Hantu’.Kebanyakan masjid yang ada di Sabah dan Sarawak hanya menjadi tempat pertemuan ritual semata-mata
Dengan kata yang lain hanya menjadi tempat ibadah yang mana diimarahkan oleh golongan tua yang sudah pencen dari pekerjaan dunia. Ke mana menghilangnya golongan muda?Adakah merempit dijalan raya?Berpeleseran dipusat membeli belah?Atau terlalu sibuk dengan urusan duniawi? Golongan muda seharusnya menjadi contoh dalam menyebarkan risalah dakwah Rasulullah SAW.Bukannya menjadi golongan yang paling ramai meringkuk dalam penjara kemanisan janji syaitan. Masyarakat kita menganggap ke masjid hanya untuk menunaikan solat Jumaat,solat tarawih dan solat aidil fitri.Manakala solat lima waktu di rumah sudah cukup dengan alasan jauh dari rumah.Adakah tidak kita ketahui,setiap langkah kita ke masjid untuk menunaikan solat itu penuh dengan ganjaran pahala? Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Mahukah kalian aku tunjukkan atas sesuatu yang mana Allah akan menghapuskan dosa dengannya dan terangkat beberapa darjat? Mereka menjawab: Ya wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Sempurnakanlah wuduk pada saat cuaca sangat dingin, perbanyakkanlah melangkah menuju masjid, dan menunggu selepas solat. Demikianlah itu bagi kalian pertalian." (Hadis riwayat Muslim) Dalam Al-Quran,Allah menjelaskan mengenai sikap serta langkah yang sewajarnya diambil oleh umat Islam dalam usaha untuk mengembalikan multifungsi masjid sebagai medan tarbiyah dan dakwah. Sebagaimana firmanNYA yang bermaksud : "Hanyasanya yang layak memakmurkan (mengimarahkan/menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mereka mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, dan tidak (pula) takut melainkan kepada Allah, maka adalah diharapkan mereka menjadi golongan yang mendapat petunjuk." (S. At-Taubah: 18). Masjid merupakan satu indikator yang penting dalam menyebarkan seruan dakwah kepada lapisan masyarakat.Melalui pengisian berunsurkan perkongsian ilmu seperti tazkirah,kuliah ilmu,kem praktikal ibadat,kelas fardhu ain dan sebagainya.Kedengaran sukar untuk dilaksanakan.Ianya menjadi momentum bagi mengembangkan Islam di negeri kita.Kita seharusnya lebih bersikap terbuka dalam mengembalikan peranan masjid sebagai pusat segala urusan umat Islam.Jangan biarkan pisang berbuah dua kali seperti Andalusia,yang hilang tempat ibadah dan berselindung disebalik topeng Kristianisasi.

http://family-marsis.blogspot.com

No comments:

INSAN SETIA