Tuesday, May 18, 2010

Motivasi ooo Motivasi...Bermotivasikah???




Assalamualaikum..Apa kabar??Harap semua sahabat2 sihat Rohani & Jasmani..Terutama untuk sahabat2 dari UIA yang sedang hangat bercuti di samping keluarga tercinta..Semoga semua dapat menjaga amal ibadah & menyumbang pada masyarakat.Banyak yang boleh kita buat untuk kemaslahatan orang disekeliling kita.Rasulullah ada bersabda yang bermaksud "Sebaik-baik manusia adalah yang banyak manfaaatnya kepada manusia lain".Jadi,selaku tunggak negara,ana rasa sudah tiba masanya untuk sahabat-sahabat mahasiswa menggunakan setiap kesempatan masa untuk berbakti & berbagi kepada insan-insan disekeliling.Kalau tidak mampu memberi banyak,sekurang-kurangnya sedikit supaya masyarakat dapat melihat satu gambaran yang baik di masa hadapan apabila mempunyai "Generasi Pelapis" yang prihatin pada keadaan sekeliling macam ANDA.

Alhamdulillah ana banyak dengar khabar-khabar yang baik dari sahabat2 lain yang memberi inspirasi untuk ana meningkatkan sumbangan untuk ummah.Contohnya sahabat2 yang sedang bertungkus lumus menjayakan Taaruf Week untuk kemasukan 2010 ke CFS IIUM.Ana doakan entum semua dapat buat yang terbaik & memberikan contoh yang terbaik kepada adik2 baru.Ada juga sahabat2 yang sedang bertungkus lumus bekerja untuk mendapatkan wang & dapat meringankan beban mak & ayah untuk menampung yuran pengajian.Sungguh Mulia hati kalian.Pujian juga ana berikan kepada sahabat2 yang menjadi "Api Penyemarak" di surau mahupun di masjid kawasan masing2.Semoga Usaha kalian mendapat tempat di "Pandangan Allah S.W.T".Ana yakin & percaya,mesti ramai sahabat2 yang menjalankan program motivasi ataupun perkongsian dengan adik2 sekolah rendah,menengah mahupun masyarakat kampung.Semoga program2 yang entum jayakan mampu melahirkan jiwa2 muda yang turut memeriahkan arena PengIslahan masyarakat kita.Insyaallah.


Pada Edisi kali ini,ana nak berkongsi sedikit perancangan ana untuk 2 minggu kehadapan.Kebelakangan ini ana agak disibukkan dengan hal2 tertentu.Setelah hari ahad yang lalu, ana sempat bertemu dengan antara pemimpin Idola ana,Tuan Guru Hadi Awang di KK.Banyak suntikan semangat yang ana perolehi.Minggu ni pula ana disibukkan dengan penyiapan bahan2 untuk slot motivasi bersama adik2 SEK MEN TEKNIK KENINGAU sesi 2010.Pada mulanya ana rasa ragu-ragu untuk menggalas tanggungjawab memberi suntikan semangat untuk adik2 ni walaupun hanya satu hari,namun setelah difikirkan masak2, ana yakin ana perlu cuba yang terbaik untuk memberi 'sesuatu' kepada mereka supaya mereka dapat satu bentuk semangat baru ke arah mencapai matlamat mereka.Bagi ana ini tugas yang amat penting & berat kerana ana perlu cuba yang terbaik untuk menyatu dengan mereka agar apa yang ana sampaikan dapat diterima & memberi kesan kepada mereka.Walaupun ana bukan orang yang selayaknya,tapi ana akan buat yang terbaik untuk adik2 atau junior2 ana ni.Mungkin sedikit kelebihan kepada ana yang pernah berada ditempat mereka berada sekarang & konflik atau dilema mereka mudah untuk ana fahami.Lagipun ana ada rekod yang baik sepanjang berada di sekolah Teknik yang Cantik tue.Insyaallah ana akan gunakan segala ilmu & pengalaman yang ana ada untuk di kongsikan bersama mereka.Ini antara tips2 yang ana dapat & mungkin berguna untuk sahabat2 sekalian...

Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
- kita ingat 10 % apayang dibaca
- kita ingat 20% apa yang didengar
- kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat

- kita ingat 70% apa yang dicakapkan

- kita ingat 90% setelah dipraktikkan

3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.

4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
- pastikan cahaya adalah terang
- kurangkan gangguan bunyi
- tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar

- tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
- kerusi dan meja menghadap kiblat
- jangan lupa untuk senyum


7. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.

8. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.

9. Tahu teknik merangsang memori:
- memasukkan maklumat dalam memori (registration)
- menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)

- mengingat kembali (recall)

- menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)


10. Sentiasa awal dan mendahului:
- persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
- pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
- belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.

- untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.



11. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.

12. Mempunyai teknik membaca yang betul:
-duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
- memberikan tumpuan sepanuhnya
- menggunakan jari telunjuk untuk membaca
- menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

13. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.

14. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.

15. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.

16. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.

17. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.

18. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).

19. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.

20. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.


21. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.

23. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.

24. Tahu petua mengulang kaji
- cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
- siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna

- duduk tegak dikerusi yang selesa

- baca doa penerang hati
- baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul

- fikir dan ingat kembali isi utama
- catat/lakar
- semak semula ketepatan maklumat
- ulang sebut atau ceritakan pada orang lain

- buat rumusan

- jawab soalan
- tampal maklumat yang rumit di dinding
- baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

25. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.

26. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
- jangan makan kepala ikan
- jangan makan organ dalaman
- jangan minum semasa makan
- jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
- jangan melihat kemaluan - jangan melihat buih
- jangan membaca nama pada batu nisan
- banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain

- banyakkan makan kismis, kurma dan madu
- banyakkan makan kekacang
- pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan

- jangan makan sehingga terlalu kenyang
- jangan kencing berdiri

27. Tahu kemahiran mengingat:
- tampal nota-nota penting di dinding
- tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah

- gunakan kaedah akronim
- reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
- pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil


28. Cekap mengatur jadual belajar:
- mempunyai jadual belajar
- patuh kepada jadual
- buat jadual yang boleh diikuti


29. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.

30. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.

31. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.

32. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.

33. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).

34. Pelbagaikan tempat belajar.

35. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham

36. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.

37. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
- taat kepada Allah
- mendirikan sembahyang

- menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
- hormati & sayangi guru

- bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.

- suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari

- membantu rakan yang memerlukan
- berdoa dan bersyukur kepada Allah
- sentiasa bertawakal

- mahir dalam setiap mata pelajaran


Formula masa ana di sekolah menengah: Hidup perlu berDUIT...
Doa+Usaha+Istiqamah+Tawakal=Berjaya

Thursday, May 6, 2010

Gerakan Orientalisme Nan Bejat

Penyakit cintakan dunia yang disuburi dengan siraman slogan-slogan pemodenan seperti ‘globalisasi’ dan ‘new order’ telah mengaktifkan perasaan manusia kini kepada kecintaan dunia yang begitu mendalam.Penyakit ini merupakan senjata terbaik ‘pihak-pihak tertentu’ untuk mengheret umat Islam kepada kebinasaan apabila mereka tidak lagi meletakkan pengabdian kepada Allah s.w.t sebaliknya merayu bantuan daripada pihak musuh.Musuh Islam dari kalangan Yahudi & Kristian sememangnya menunggu peluang keemasan ini untuk menarik & membawa mereka ke lembah kesesatan.Orang-orang yang telah terjebak dengan umpan suapan musuh Islam terutama Yahudi ini akan menjadi hamba yang taat setia untuk dikerah melakukan apa sahaja kehendak mereka bak ‘Kerbau dicucuk hidung’ sehingga sanggup ke tahap membunuh saudara seagama.Pada perkongsian kali ini,ana terpanggil untuk berkongsi sedikit ilmu berkenaan gerakan musuh kita terhadap umat Islam iaitu ‘Gerakan Orientalisme”

ORIENTALISME:

Dari segi bahasa:Ilmu keTimuran atau ilmu yang berkaitan dengan dunia Timur.
Dari segi Istilah:Pada umumnya bermaksud Para ilmuwan Barat yang melakukan penyelidikan
&pembelajaran terhadap dunia Timur dalam semua aspek manakala pada
khususnya pula merujuk kepada penyelidikan & pembelajaran orang-orang
Barat terhadap dunia Timur Islam dari aspek bahasa,sastera,sejarah,aqidah &
syariahnya.
Gerakan ini didokong oleh para sarjana barat yang terdiri daripada orang-orang Yahudi & Kristian.Ia juga dimaksudkan sebagai bentuk kefahaman yang dihubung-kaitkan kepada suatu aliran pemikiran atau pembelajaran mengenai kehidupan bangsa-bangsa Timur umumnya & mengenai tamadun Islam serta bangsa Arab khususnya.Gerakan ini bermula daripada kesan pertembungan pemikiran,politik,aqidah atau ideologi yang menyelimuti zaman pasca modenisme.Faktor terpenting di dalam perkembangan gerakan ini adalah disebabkan perasaan hasad dengki daripada masyarakat Barat selepas mereka tewas di dalam peperangan Salib & kemajuan Islam yang telah menguasai dunia ketika itu.Rasulullah s.a.w bersabda:

“ Akan timbul di akhir zaman nanti golongan yang digelar Rofidah,mereka menolak Islam(pada hakikatnya) tetapi mereka mendakwa mereka orang Islam.Perangilah mereka kerana merekalah sebenarnya golongan musyirikin.”

Demi menutup kelemahan mereka,mereka mula mengkaji tentang tamadun Timur atau tamadun Islam secara khusus untuk dijadikan platform menuju alaf baru.Selain itu,ia bertujuan untuk mencari kelemahan Islam & berusaha untuk menyelewengkan ajaran Islam.Hasil dari kajian yang dibuat,mereka telah membina tamadun moden seperti yang dapat kita saksikan pada hari ini.Kemodenan yang dicapai adalah bertujuan untuk merendahkan martabat agama Islam di mata dunia.

Hakikatnya,Orientalisme merupakan satu gerakan yang dicipta oleh musuh-musuh Islam bagi mengaburi mata umat Islam untuk menguasai agama,negara & umat Islam sendiri dari dalam.Maka orientalisme dijadikan sebagai loji pemprosesan maklumat untuk disalurkan kepada Imperialis yang sentiasa merancang untuk menguasai Islam.Lihatlah sehingga hari ini,berapa banyak Negara Islam yang berjaya dikuasai oleh musuh Islam dengan sokongan daripada Islam sendiri?Senjata apa yang digunakan oleh golongan bejat ini & adakah Negara kita terlepas dari ancaman mereka??
Tepuk Dada, Tanya Iman & lakukan tindakan sekarang.

Matlamat Orientalisme:
Matlamat Orientalisme adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan mereka di dalam politik,ekonomi dan menyebarkan kefahaman mereka ke seluruh dunia.Selain itu,matlamat Orientalisme yang utama ialah:

1) Membina batu pemisah di antara Islam & Barat dari segi thaqafah & imej.

Firman Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud: “Wahai ahli kitab(Yahudi & Nasrani), kenapa kamu tutupi kebenaran dengan kebatilan.Dan kamu sembunyikan kebenaran yang sebenar,sedangkan kamu sudah mengetahuinya?”

2) Menimbulkan keraguan di kalangan intelektual di dalam Negara Islam. Contohnya, mengatakan bahawa agama Islam menentang kemajuan & menganjurkan keganasan.

Firman Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud: “Dan jika kamu mentaati kepada kebanyakan mereka yang dibumi ini,nescaya mereka yang menyelewengkan kamu dari jalan Allah yang sebenarnya.Mereka sendiri pun tidaklah mengikuti kecuali dengan syak wasangka.Dan tidak mereka lakukan demikian kecuali orang-orang yang pembohong sahaja” Firman Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud: “Engkau hukumlah antara mereka menurut apa yang diturunkan oleh Allah & janganlah engkau turut hawa nafsu mereka & waspadalah terhadap mereka supaya jangan mereka menyesatkan engkau dari sebahagian apa yang diturunkan Allah kepada kamu.” (Al-Maidah:49)

3) Menjauhkan umat Islam dari Aqidah & Syariah Islam.Contohnya,mengatakan bahawa Al-Quran itu adalah hasil karangan Nabi Muhammad s.a.w & tamadun Islam itu dicedok daripada tamadun Rom.

4) Melemahkan tali persaudaraan umat Islam.Telah berkata seorang Orientalis bernama Hanoto bahawa: “Kita mesti merenggangkan ikatan umat Islam yang menghubungkan mereka di barat & timur yang menjadikan mereka umat yang satu iaitu ikatan keagamaan”.

5) Untuk menguasai ekonomi & politik umat Islam.

Walaupun gegak gempita menguasai ruang angkasa Negara Islam,umat Islam kini masih lagi dilamun mimpi di Akademi Fantasia tanpa menghiraukan kesusahan yang dialami oleh saudara seagamanya.Namun,kadang kala masih kedengaran suara patriotik membelah suasana tetapi ia bagaikan badai menghempas pantai lalu pergi begitu sahaja.Perasaan prihatin sudah tiada di dalam sanubari umat Islam.Ke manakah perasaan itu?Sudah berjayakah puak-puak yahudi ini mengikis ukhuwwah Islamiah antara kita??Apakah kita sudah lupa untuk beramal dengan ajaran Islam?? Wahai sahabat-sahabat,hendaklah kita kembali kepada kefahaman Islam yang sebenarnya seperti yang ditanzilkan oleh Allah s.w.t kepada Rasulullah s.a.w serta yang difahami oleh para sahabat r.a serta pengikut-pengikut mereka.

Jika hendak dibicarakan mengenai Gerakan yang cuba memesongkan aqidah umat Islam ini memang tidak ada kesudahannya.Begitu banyak taktik-taktik kotor yang dijadikan sebagai modus operandi mereka & ianya masih terus berlanjut.Perkongsian ana ini hanyalah sedikit maklumat untuk memberi kesedaran kepada sahabat-sahabat akan kehadiran mereka di sekeliling kita.Marilah kita bersama-sama mengenali semua anasir-anasir jahat yang cuba mengancam kesucian agama kita agar dapat kita perangi mereka ini.Jadikan Al-Quran & Assunnah sebagai panduan yang utama.Jangan juga kita lupa untuk sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi agar dipelihara keimanan & ketaqwaan kita kepadaNYA. Wallahualam

Usrati Jannati




Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan ke hadrat Ilahi yang sentiasa melimpahkan nikmat & kesejahteraan kepada segala makhluk & hambaNYA.Selawat & salam kita anjurkan kepada Rasulullah s.a.w yang sentiasa mengharapkan kejayaan & kelepasan kepada umatnya yang tercinta.Malah kurnia & limpah rahmat didoakan untuk semua para syuhada & para ulama yang meniti & menyambung jalan yang telah diterokai oleh Baginda dari generasi ke generasi seterusnya hingga ke hari Qiamat.

Pada edisi perkongsian kali ini,jujurnya ana tidak ada idea atau cerita menarik untuk dikongsikan.Namun,ana teringin nak berkongsi dengan sahabat-sahabat berkenaan cerita atau ‘benda’ yang sedang bermain di memori ingatan ana sekarang ni.Masa cuti ni, ana mengimbau kembali peristiwa yang banyak mengubah hidup ana.Semuanya terasa manis & menyeronokkan.Tidak pernah ana sesali takdir yang telah berlaku kepada hidup ana.Ana amat mensyukuri segala apa yang telah berlaku kepada diri ini.

Sebenarnya,kali ini ana teringin nak berkongsi pengalaman ana berUSRAH dekat CFS IIUM PJ ni.Tidak malu untuk ana katakan bahawa ana sememangnya tidak tahu mengenai usrah pada asalnya.Namun,kepentingannya sememangnya amat ana rasakan.Terutamanya kepada anak perantau yang berseorangan di negeri orang macam ana.Nak dipendekkan cerita,ana diperkenalkan dengan usrah oleh seorang sahabat yang datang ke bilik ana pada ketika itu.Sememangnya perasaan ana pada ketika itu begitu ‘teruja’ untuk memulakan usrah.Namun,takdir mengkehendaki lain.Ana tidak berpeluang mengikuti usrah sahabat ana itu.Tapi,Ana ditakdirkan untuk mengikuti usrah Abang Faiz dari UIA Gombak.Seterusnya ana mengikuti usrah bersama Abang Syairazi yang merupakan anak jati Sabah & yang ana nak cerita kali ini iaitu berusrah bersama dengan Akh Munzir & Akh Syafie.Sahabat-sahabat usrah ana ialah Dziaulhaq,Hafiz Zakaria,Hafiz Ibrahim,Saiful,Nick Hazlan & Fadzli.

Sememangnya usrah dengan naqib-naqib kesayangan ana ni dipenuhi dengan ‘Warnanya’ yang tersendiri.Sejarahnya bermula pada sem 1 Tahun ke 2.Masih segar diingatan ana kenangan usrah pertama bersama Akh Munzir di surau UKC 2.Walaupun Akh Munzir sebenarnya ‘Senior setahun’ ana di CFS,namun semasa di CFS ana tidak pernah terserempak dengan dirinya.Mungkin disebabkan kesibukannya sebagai ‘Budak AED’ yang menuntutnya menghabiskan banyak masa di studio...hehe.. Ana amat seronok dipertemuan pertama itu(macam jatuh cinta pada pandangan la pula)..hehe.. Senyuman & sifat tawadhu Akh Munzir menyebabkan ana selesa untuk berusrah & berkongsi apa saja dengan naqib ana tu.Di pertemuan kedua,kehadiran Akh Syafie memeriahkan lagi usrah kami.Akh Syafie memang ana kenal sejak dari tahun pertama lagi.Akh Syafie pernah menjadi fasi ana semasa ana mengikuti satu program university.Sikap ‘cool’ & rendah hati pada dirinya membolehkan perkongsian dalam usrah menjadi kondusif & efektif.Ana bersyukur dipertemukan dengan naqib-naqib yang hebat sebegini.Walaupun sentuhannya minima, namun Insyaallah Impaknya maksima.

Di dalam Usrah kami,Haq merupakan sahabat yang tertua.Tua setahun saja sebenarnya.Haq melanjutkan pelajaran ke Darul Quran sebelum menyambung pelajaran ke Pusat Asasi.Haq mempunyai suatu ‘Character’ yang sangat kuat.Keperibadiannya sangat menarik.Dia mempunyai satu ‘Aura’ sebagai seorang pemimpin & mampu untuk berfikir secara spontan dalam menyelesaikan masalah.Kebolehannya untuk bercakap loghat utara & ‘friendly’ menambah seri pada dirinya...hehe..

Sahabat Usrah ana yang seterusnya ialah Akh Hafiz Zakaria.Ya..Hafiz Zakaria..Dalam usrah ana ada dua orang nama Hafiz.Jadi,ana kena sebut nama ayah dorang kalau nak dibezakan.Sahabat ana yang seorang ni berwajah manis.Dengan lesung pipit di pipi & kulit yang putih melepah menambah seri di wajahnya.Lebih dari itu,sifatnya yang istiqamah & bermujahadah dalam menuntut ilmu amat ana kagumi.Hafiz sanggup meredah jalan yang jauh & cuaca yang “Tidak bersahabat” demi untuk pergi menuntut ilmu sekiranya ada ulama yang datang.Hafiz juga seorang yang sopan dalam bertutur kata & bijak dalam melontarkan pendapat.

Hafiz lagi seorang dalam usrah ana ialah Hafiz Bin Ibrahim.Hafiz seorang yang ceria & kehadirannya sentiasa menambah kemeriahan dalam usrah ana.Hafiz banyak bersuara di dalam usrah & kadang kala agak nakal mengenakan naqib.Begitulah sifatnya yang membuat orang sentiasa merindui keberadaannya.Selalu sahaja keluar idea-idea yang bernas sekiranya kami mengadakan aktiviti usrah santai.Hafiz ni seorang yang sangat fanatic dengan bola & negeri asalnya iaitu Terengganu.Hafiz juga seorang yang sangat kemas & tidak suka dengan tempat yang tidak tersusun.

Usrah ana ada dua orang yang berasal dari Kelantan.Salah seorangnya ialah Nick Hazlan.Nick seorang yang sangat komited.Nick selalu datang usrah & semangatnya untuk menuntut ilmu dalam usrah memicu semangat kami semua untuk menghadiri usrah.Nick tidak segan bertanya sekiranya ada benda yang Nick kurang faham & sifatnya yang terbuka untuk menerima nasihat wajar dicontohi. Nick juga seorang yang prihatin terhadap orang-orang di sekelilingnya.Nick selalu ingin untuk membawa kawan-kawannya berusrah bersama & melakukan hal-hal yang baik.

Seterusnya, sahabat ana yang juga berasal dari Kelantan ialah Fadzli.Walaupun Fadzli seorang yang pendiam,namun dia ni ‘Diam-diam ubi berisi’.Banyak buah fikiran Fadzli yang amat bernas & sangat mudah & praktikal untuk di fahami.Fadzli juga seorang yang sopan santun & menghormati sahabat.Fadzli seorang yang bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu & sabar dalam menghadapi segala dugaan hidupnya.


Begitulah ‘Character-Character’ sahabat-sahabat usrah ana.Ana amat menghargai & bersyukur kerana telah dipertemukan dengan ahli usrah yang hebat & dapat menjaga antara satu sama yang lain.Walaupun keluarga ana jauh di mata,dengan kehadiran sahabat-sahabat usrah membuatkan ana terasa bagaikan berada dekat dengan keluarga.Walaupun kami bukanlah adik beradik yang lahir pada rahim yang sama,hakikat kekeluargaan yang wujud adalah didasari oleh asas Aqidah yang kuat kerana Allah s.w.t...Bukankah Allah telah berfirman bahawa “Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara..”(Al hujurat:ayat 10)...Usrah adalah medium terbaik untuk diri ana yang lemah ini memperbaiki diri kerana melalui usrahlah segala kelemahan diri dapat dikenal pasti & diperbaiki. Rasulullah bersabda;”Orang mukmin bagi mukmin itu laksana satu badan yang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain”...

Wahai sahabat-sahabatku...Terima Kasih di atas jalinan ukhuwwah ini.Aku harapkan agar ianya kekal hingga ke Jannah..Selagi kita berpegang pada tali Allah,Yakinlah bahawa jalinan ini akan dipelihara olehNYA...Ingatan didalam DOA akan menguatkan lagi jalinan ukhuwwah ini..Ana doakan yang terbaik kepada kita semua...Ana tujukan buat semua sahabat-sahabat ana..Bukan hanya kepada sahabat-sahabat usrah...Untuk semua sahabat yang mengenali Insan yang bernama Mohd Syahril Bin Sudirman ini....Ana sememangnya berazam agar budaya Usrah menjadi budaya hidup masyarakat ditempat ana.Ana mahukan kemanisan yang ana rasai turut sama dirasai oleh sahabat-sahabat ana di sini.Insyaallah sekarang ana dalam proses untuk membudayakan usrah dalam kalangan pelajar sekolah di kawasan ana.Semoga dengan adanya usrah dapat membentuk peribadi anak jati yang mampu membawa sinar Islam kembali ke bumi di Bawah bayu.Doakanlah...

Tuesday, May 4, 2010

Sedikit Perkongsian Yang Memberi Infiniti Anjakan


Perkara yang amat sukar dalam hidup ini adalah istiqamah atas kebenaran. Istiqamah bermaksud berdiri teguh sepanjang masa berada atas kebenaran dan petunjuk, tanpa berpaling ke kiri atau ke kanan. Kata Saidina ‘Umar bin al-Khattab:

“Istiqamah itu kamu berdiri terus mematuhi suruhan dan larangan Allah tanpa berubah-ubah seperti musang” (Ibn Qayyim, Tahzib Madarij al-Salikin, 2/528, Beirut: Muassasah Fuad).

Inilah perkara yang ringkas disebut, berat untuk dilaksanakan dalam hidup. Jadi, istiqamah mempertahankan kebenaran bererti sentiasa berdiri teguh menegakkan kebenaran dalam apa keadaan sekalipun.

Mempertahankan kebenaran secara istiqamah bukanlah tugas yang ringan. Sekalipun ramai yang pandai berceramah atau berslogan sakan tentang kewajipan dan amanah berdiri teguh atas kebenaran, tetapi belum tentu yang berceramah itu sanggup menghadapi badai cabaran pada setiap musim. Jika ada yang sanggup mempertahankan kebenaran dalam beberapa keadaan, malangnya apabila tiba waktu tertentu dia gugur dan layu.

Ada yang lantang mempertahankan kebenaran bukan kerana kebenaran itu dituntut, tetapi kerana merasakan ‘pasaran’ tajuk tersebut laris untuk dilelong, maka dia pun sakan berkempen. Sehingga sekali pandang seakan dia pejuang kebenaran.

Malangnya, apabila tiba pada masa kebenaran itu tidak mendapat sambutan, dia pun menyembunyikan diri dan lari. Bahkan lebih buruk lagi, dia pun mungkin akan bersekongkol dalam menyindir atau menentang kebenaran.

Insan yang beristiqamah tidak sedemikian rupa. Dia akan mempertahankan kebenaran di kala orang ramai suka dan tidak suka. Di kala kebenaran diterima ramai, atau ditolak orang. Tanpa mengira, samada mempertahankan kebenaran itu mengundang untung, atau rugi. Samada dia disukai kerananya, atau dibenci.

Kebenaran adalah kebenaran. Dia tidak akan menukarkan kebenaran dengan kebatilan hanya disebabkan kepentingan habuan yang diharapkan, atau pangkat yang diidamkan.

Ramai insan yang telah mengorbankan kebenaran kerana sayangkan hartanya. Ada yang menolak kebenaran hanya kerana pangkat yang dipegangnya. Bukan kerana mereka tidak tahu yang benar itu benar.

Justeru itu Allah mengingatkan Bani Israil yang merupakan kaum yang mengetahui kebenaran yang pernah turun kepada Nabi Musa a.s. Mereka sepatutnya menjadi orang yang awal beriman dengan Nabi Muhammad s.a.w. kerana mereka memahami kebenaran. Malangnya mereka menolak, atas kepentingan.

Firman Allah: (maksudnya)

“Wahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Aku berikan kepada kamu, dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu Dengan kamu; dan kepada Akulah sahaja hendaknya kamu merasa gerun. Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang membenarkan kitab yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang yang mula-mula kafir (engkar) dengannya; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli perkara-perkara yang murah; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa.Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya”. (Surah al-Baqarah, ayat 40-42).
Maka tidak hairanlah, betapa ramai golongan agama dalam dunia ini yang kerana diberi pangkat ‘mufti’ atau ‘kadi’ atau ‘pengarah itu dan ini’ lalu mereka mendiamkan tanpa menegur kesalahan yang nyata di depan mata sedangkan mereka mampu. Bukan mereka tidak tahu, namun mereka bimbang jawatan mereka dikacau orang. Padahal, dengan jawatan yang diberikan, banyak perkara yang dapat ditegur dan dibetulkan. Namun mereka mendiamkan diri bagaikan ada butiran permata dan berlian yang tersimpan.

Sebenarnya, bukan permata atau berlian yang tesimpan di lisan, tetapi jawatan yang tersimpan dalam perasaan. Bak kata lirik: “Hendak mati di hujung kuku, hendak berkubur di tapak tangan”. Mungkin jika lirik itu digubal semula maka jadinya: “Hendak mati di atas kerusi, hendaklah berkubur dalam jawatan”. Apa tidaknya, sesetengah jawatan itu ada kereta khas, pejabat yang besar dan gaji yang besar.

Sepatutnya fungsinya pun besar. Namun, ramai yang berpangkat hanya hebat kerana pangkatnya, tidaklah pula rakyat tahu apakah fungsinya yang telah dimainkan sesuai dengan gaji yang besar yang kaut dengan selesa itu. Jika dibuang pangkatnya, lalu dinilai ucapan, pemikiran, tulisan, bahkan ilmunya, kelihatan tidak lebih, bahkan mungkin kurang daripada sebahagian orang awam yang lain.

Sukarnya untuk kita meminta mereka seperti itu mempertahankan kebenaran sehingga mengorbankan ‘kemeriahan harta’ yang sedang mereka perolehi. Bukan sahaja mereka, ramai yang lain di kalangan manusia yang hanya kerana beberapa kerat harta, atau wang, atau idaman yang dijanjikan, kebenaran diketepikan. Jika mereka tidak tentang pun, mereka diam, sehingga kebenaran itu mati.

Beristiqamah dalam mempertahankan kebenaran bererti seseorang bersedia untuk menanggung risiko sekalipun pahit dan getir. Sanggup dipukul gelombang anti-kebenaran sekalipun menyebabkannya terdampar jauh tersisih ke dataran yang sangat asing. Istiqamah mungkin menyebabkan hilangnya pangkat dan harta.

Namun, kebenaran tidak boleh dijual beli. Itulah jalan para nabi a.s. sepanjang zaman. Para pengikut nabi juga, wajib menyelusuri jalan ini. Di sini kita lihat, besarnya peranan istiqamah dan tidak hairanlah mengapa Allah menjanjikan balasan yang besar kepada mereka yang beristiqamah.

Firman Allah:

“Sesungguhnya orang-orang yang berkata (menegaskan keyakinannya): “Tuhan Kami ialah Allah”, kemudian mereka istiqamah (tetap teguh di atas jalan yang betul), akan turun malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): “Janganlah kamu bimbang dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat - apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa yang kamu cita-citakan mendapatnya.(Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan daripada Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani! Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, serta dia sendiri mengerjakan amalan yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!” (Surah Fussilat, ayat 30-33).
Kebenaran itu tidak pernah mengenali pangkat, puak, parti, gelaran dan warna kulit. Kebenaran tidak mempunyai identiti daerah, atau negeri atau bangsa atau keluarga. Kebenaran itu tetap kebenaran berdasarkan apa yang ditunjukkan oleh Allah dan RasulNya.

Istiqamah mempertahankan kebenaran bererti terus menegakkan kebenaran tanpa mengira pangkat, atau gelaran atau kedudukan atau puak. Ini tidak dapat dilakukan oleh mereka yang bersifat hizbiyyah (kepuakan). Samada ekstrimis parti ataupun kumpulan atau mazhab, atau organisasi tertentu akan gagal beristiqamah apabila tiba giliran kesalahan itu berada di puak mereka.

Ramai tokoh-tokoh yang bersifat hizbiyyah ini akan lantang menghentam dan mengkritik kemungkaran yang lakukan oleh musuh-musuh mereka. Malang sekali, apabila perkara yang sama dilakukan oleh ‘orang mereka’ atau ‘pemimpin mereka’ atau ‘parti mereka’ mereka akan mendiamkan diri.

Kita boleh lihat gelagat parti-parti politik dalam negara kita ini pun. Ada perkara yang dihukum haram atau sesat pada masa lepas, didiamkan sahaja pada hari ini apabila mereka terjerumus sama. Ada pula perkara yang dianggap salah dan tidak bermoral lalu ditentang habis-habisan, tiba-tiba hari ini mereka atau parti mereka pula melakukannya atau mengiktirafnya.

Maka kita tidak hairan jika golongan yang seperti ini bermakian antara satu sama lain pada hari ini. Mungkin besok lusa, atau setahun dua lagi mereka berpelukan dengan mesra sekali. Padahal kedua-dua pihak belum pun mengubah prinsip atau masih atas ‘mazhab lama’, tetapi segala dosa dan nista dapat dilupakan kerana ‘kita sudah geng’ dalam politik.

Jika ada yang mengumpulkan keratan akhbar beberapa tahun dahulu, lalu dibandingkan dengan pendirian politik pada hari ini, akan melihat betapa berbeza perkataan dan penilitian. Bukan sahaja dalam soal remeh temeh, bahkan soal-soal prinsip mereka pun, sudah ramai yang berubah. Jika perubahan itu ke arah positif, kita alu-alukan. Tetapi jika ia bagaikan musang, bak kata Saidina ‘Umar, itu amat mendukacitakan.

Namun, janganlah pula kita hairan, jika setahun dua lagi orang-orang politik yang berkasih sayang pada hari ini, tiba-tiba akan akan berperang kembali antara satu sama lain. Segala kesalahan semasa ‘persahabahatan’ dahulu akan diungkit kembali, dan segala yang didiamkan akan dibising semula.

Hal ini berbeza dengan mereka yang istiqamah. Dalam menegakkan kebenaran tidak pernah mengira samada kawan atau lawan. Parti sendiri atau parti musuh. Seagama, atau berlainan agama. Ini prinsip yang luhur dan telus. Atas prinsip ini jugalah orang-orang bukan Islam dapat hidup dengan aman di bawah pentadbiran Islam. Perbezaan agama tidak pernah menghalang untuk para pemerintah Umat Islam yang adil seperti al-Khulafa’ al-Rasyidin menegakkan kebenaran. Sekalipun dalam membela mereka terpaksa menghukum orang Islam yang bersalah.

Malang dalam dunia aliran buta fakta, celik lambang puak dan kumpulan, berpendirian bagi mereka diukur dengan kesetiaan kepada parti atau kumpulan, atau mazhab sekalipun ternyata dalam perkara yang silap atau salah. Terus setia tanpa bantahan sekalipun atas kesalahan dianggap sebagai istiqamah atau teguh pendirian. Sementara sesiapa yang menyokong atau mengkritik pandangan-pandangan pemimpin atau tokoh berdasarkan fakta dan alasan yang dikemukakan dianggap tidak berpendirian.

Paksi kebenaran bagi mereka adalah tokoh, kumpulan, puak, parti bukan fakta dan alasan. Inilah asabiyyah yang sebenar. Nabi s.a.w pernah bersabda:

“..Sesiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘asabiyyah atau marah kerana ‘asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah”. (Riwayat Muslim, al-Nasai dan Ibn Majah).
Kata al-Sindi (meninggal 1138H) dalam mensyarahkan hadis-hadis Sunan Ibn Majah:

“Bendera kebutaan adalah kiasan kepada suatu puak yang berhimpun atas suatu perkara yang tidak diketahui sama ada benar atau batil”. ( Al-Sindi, Syarh Ibn Majah, 4/326 Beirut Dar al-Ma’rifah).
Bimbang takut dikatakan tidak berpendirian, maka ramai insan dalam negara ini yang mengambil sikap sangat berpihak. Mereka kehairanan jika ada sesiapa yang bercakap atas kebenaran tanpa melihat kepada warna kumpulan atau parti, sebaliknya atas kebenaran dan fakta. Mereka tertanya: “kenapa awak sekejap menyokong kami, sekejap tidak? Ini tidak berpendirian namanya”.

Mereka lupa, paksi pendirian itu sepatutnya diukur dengan alasan yang dipegang oleh seseorang. Bukan kumpulan yang disokong. Jika seseorang asyik menyokong kumpulannya sahaja tanpa bertanya samada benar ataupun salah, maka itu namanya ‘pak turut’ atau ‘taklid buta’. Golongan inilah yang sepatutnya dihukum tidak berpendirian.

Malanglah, jika ukuran telah terbalik, maka bak sabda Nabi s.a.w:

“Sesungguhnya sebelum kedatangan dajjal-dalam riwayat yang lain: sebelum kiamat- adanya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat..” (Hadith ini diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Ya’la, al-Bazzar, Ibnu Majah, al-Kharaiti, dan al-Hakim. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih.dan ini disetujui oleh Al-Zahabi).

Demikian, insan perlu istiqamah dalam pendiriannya, merentasi sempadan parti atau sebarang organisasi. Hidup untuk kebenaran, atas kebenaran. Ia satu prinsip yang lebih utama yang mampu mneyelamatkan manusia dari jatuh ke lembah penyelewengan hidup. Prinsip yang goyah dipukul badai, dan tidak lapuh dek panas mentari.

Dalam hadis Muslim, Sufyan bin Abdillah r.a. pernah bertanya Rasulullah s.a.w: “Wahai Rasulullah, beritahuku dalam Islam ini satu perkataan yang aku tidak perlu bertanya sesiapa selain engkau”. Jawab Nabi s.a.w: “Katakan: aku beriman dengan Allah, kemudian kamu beristiqamahlah”.

Monday, May 3, 2010

KisahKu & Perjalanan


Assalamualaikum Pembuka bicara...


Sudah terlalu lama ana tidak bersua di laman maya ini.Banyak faktor yang menjadi penghalang untuk ana meneruskan perkongsian.Mungkin, musuh utamanya ialah sikap MALAS yang telah membunuh istiqamah ana untuk menaip dan mencurahkan segala cerita.YA, MALAS..Sikap yang tidak ada dalam kamus hidup orang-orang yang berjaya...Apatah lagi yang bergelar sebagai seorang Daie..Pejuang Islam..Namun, formula mahupun teori untuk berhadapan dengan wabak ini seolah-olah tidak berfungsi jika tidak difahami secara menyeluruh...Begitulah yang terjadi dalam diri ana..Dikuasai oleh MUSUH utama perjuangan sehingga terbuai oleh mimpi-mimpi “INDAH” yang membuai kelembah kehancuran..Astaghfirullah...

Sebenarnya,terlalu banyak perkara yang telah berlaku dalam diri ana yang sememangnya menambahkan helaian cerita dalam diari ana sebagai anak perantau.Sepatutnya segala yang menimpa diri ana ini boleh membuatkan diri ana lebih matang dalam menjalani hidup sebagai seorang HAMBA ALLAH jika ana dapat mengambil iktibar bagi setiap perkara.Namun hakikatnya, masih banyak perkara yang belum dapat ana rungkaikan.Mungkin disebabkan kelemahan daya pemikiran dan kesedaran ana dalam menilai sesuatu perkara belum sampai ke tahap yang seharusnya.Insyaallah,segala cerita yang berlaku & iktibarnya akan ana kongsikan secara berperingkat-peringkat kepada para SAHABAT sekalian.

Ada baiknya ana mulakan dengan peristiwa utama yang memicu “Adrenaline” ana untuk berkongsi dan meneruskan aktiviti penulisan ini.Ana rasa, sahabat-sahabat yang terdekat mesti tahu akan asal usul anak perantau ini...”Ana Anak Sabah Yang sedang menagih ilmu di bumi Semenanjung”. Pada musim cuti yang amat indah ini,tatkala mahasiswa-mahasiswa lain sudah ada perancangan bercuti ataupun bekerja yang mana pada asalnya ana juga merancang benda yang sama,ana ditakdirkan oleh Yang Maha Mengetahui dengan takdir sangat sempurna.Ana ditakdirkan untuk bertemu dengan insan-insan berhati waja dan bersemangat jitu dalam menyebarkan syiar Islam di bumi Di Bawah Bayu ini.Semoga Allah mempermudahkan & memberkati segala urusan para pejuang agama Allah ini.

Cerita bermula setelah dua minggu ana menghabiskan masa cuti demi kepentingan diri semata-mata.Setelah bermuhasabah,ana terbuka hati untuk mencari aktiviti yang memerlukan tenaga ana & apa sahaja kemampuan yang ana ada demi untuk membantu mengIslahkan masyarakat setempat. Pada akhirnya,ana ditemukan dengan segolongan ahli Jemaah Islam dan berpeluang untuk menyertai mereka melakukan kerja amal Islami di bumi yang digelar “Lubuk Dakwah” ini.Kerja bermula pada 1 mei 2010 dengan perbincangan bersama atau syura berkenaan banyak perkara & Alhamdulillah dengan keberkatan dari Ilahi,banyak perkara dapat diselesaikan & bagi anak muda seperti ana,ianya menjadi pelajaran yang amat bermakna.Cerita berlanjut dengan mengikuti salah seorang ustadz lulusan mesir yang bernama Ustadz Muin & keluarganya memberi pengajian ke salah sebuah kampung di kawasan ana.Walaupun ana sudah 20 tahun tinggal di tanah Keningau ini,namun ianya pengalaman pertama ana menjejakkan kaki di kampung yang benama KG. Mongitom itu.Perjalanan ke kampung membekas di hati ana.Begitu pilu rasa hati tatkala melihat keadaan jalan & kehidupan masyarakat kampung di situ.Spontan ana terfikir di mana fungsi pihak yang berwajib dalam menjaga hal ehwal kebajikan masyarakat setempat??Benarkah kita tidak ada duit atau mungkin duit itu telah di “MAGIC”kan sehingga memberi dampak negatif kepada rakyat kecil.Semoga K.M atau wakil-wakil berkenaan yang dapat baca post ana ni dapat member jawapan...Jawab ya jangan tidak jawab...Balik dari kampung ni dan dalam perjalanan mengisi perut yang lapar,kami diperlihatkan dengan sambutan yang sangat meriah di pekan Keningau.Begitu meriah sehingga penuh warna pekan Keningau tatkala itu.Baru ana teringat bahawa bumi kelahiran ana sedang meraihkan Pesta Kaamatan.Hurrrrmmmm..Sekali lagi fikiran ana terbang melayang. Pesta se GAH itu mampu diadakan,namun nasib rakyat seperti di Kampung tadi terabaikan...Ana fikir, rakyat perlu sedar akan hak mereka akan hal ini... Sabda Rasulullah yang lebih kurang maksudnya berbunyi “Bukan dari Umatku orang yang tidak memikirkan masalah ummah” cukup memberi penjelasan kepada kita semua akan tanggungjawab kita.. Jadi,Apa yang harus kita lakukan???Ana harap pihak yang terlibat sedar akan hal ini...Kalau rasa tidak mampu, Ada baiknya berundur..

2 Mei 2010: Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar...Selawat & salam ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w,ahli keluarga baginda & para sahabat..Hari ini lebih besar maknanya dalam hidup ana..Hidup selama 20 tahun, hari ini bagaikan memberi satu perspektif baru yang amat bermakna dalam kehidupan ini.Pengalaman yang merubah “sesuatu” dalam pendirian ana.Pada hari ini,ana sekali lagi berpeluang ke suatu tempat baru yang sepatutnya telah lama ana pergi.Insan-insan yang sama telah memberi peluang kepada ana untuk bersosialisasi dengan masyarakat setempat iaitu yang berada di kawasan SOOK Keningau.Tepatnya di Kampung Nandangan Sook Keningau 126 km dari pekan Keningau.Kedatangan ahli jemaah ke sana dengan membawa satu misi keprihatinan terhadap nasib masyarakat setempat yang seharusnya telah lama diberikan perhatian.Melihat keadaan surau yang di beri nama Surau Al-Mahdi seumpama melihat benda yang tidak asing iaitu Reban Kambing..Maafkan ana..Namun itulah hakikat yang terjadi.Ana ada buktinya.Surau yang menjadi tempat Ibadah penduduk kampung ini telah ditelantarkan begitu sahaja..Begitu sayu hati ana melihat fenomena ini terjadi..Namun tidak dimungkiri,hati ini turut merasa marah terhadap pihak-pihak berwajib yang telah memberikan janji-janji palsu terhadap masyarakat ini.Astaghfirullah..Tidakkah kita tahu bahawa mungkir janji merupakan salah satu sikap orang-orang yang munafik??Nauzubillah...

Menempuh perjalanan selama lebih kurang dua jam tiga puluh minit dengan keadaan jalan “Grabble” sememangnya amat mencabar keazaman para ahli jemaah.Namun dengan niat ikhlas kerana Allah S.W.T ,akhirnya kami sampai ke tempat tujuan dan telah di sambut hangat oleh penduduk Kampung Nandangan dan kampung-kampung sekitarnya.Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari pengerusi majlis dan ucapan dari pengerusi Surau Al-Mahdi.Seterusnya,majlis diteruskan dengan ucapan penuh bersemangat dari Ustadz Hisyamuddin yang mendapat sambutan dari penduduk kampung.Setelah itu,perbincangan dengan penduduk kampung berkenaan pembinaan surau dilaksanakan.Alhamdulillah,kata putus dapat dicapai untuk menyelesaikan masalah untuk membina surau Al-mahdi tersebut.Kemudian,majlis berehat sebentar dengan jamuan makanan tengah hari yang di bawa khas dari Pekan Keningau.Aktiviti terakhir adalah penyerahan bantuan kepada masyarakat kampung berupa bantuan kewangan dan makanan.Majlis diakhiri dengan bacaan doa dan salam bersalaman antara penduduk kampung dengan ahli-ahli jemaah. Semoga dengan kehadiran kami di kawasan ini memberi sinar baru kepada kegemilangan Islam di bumi Di Bawah Bayu ini.INSYAALLAH.

Antara Informasi yang ana perolehi daripada masyarakat kampung ialah Kampung Nandangan terdiri daripada 42 buah rumah dan hanya 6 buah rumah adalah keluarga Muslim.Seisi rumah terdiri daripada 5 orang dan ke atas.Bidang pekerjaan penduduk adalah menoreh getah,menanam padi bukit dan menanam kelapa sawit.Antara masalah yang dihadapi oleh penduduk ialah masalah air,masalah pendidikan anak-anak,pemahaman agama dan nasib golongan mualaf yang tidak ada follow up dan keadaan surau yang sudah usang dan tidak mendapat perhatian dari pihak yang berwajib.Ana sememangnya mengharapkan agar kampung ini & kampung-kampung yang senasib mendapat perhatian yang sepatutnya daripada wakil rakyat kawasan ini.Ana mendapat maklumat bahawa janji yang telah termenterai 8 tahun lalu tidak kunjung terlaksana.Ana menyuarakan suara mereka.Jangan mainkan isu politik kepada mereka.Bagi puak-puak yang telah mencemarkan persepsi politik,mengundi & kepimpinan di mata penduduk seperti mereka,bertaubatlah & perbetulkanlah apa yang telah salah.Kalau sudah rasa tidak mampu,cukuplah..Berundur dan beri peluang kepada mereka yang betul-betul memahami bidang ini menyelesaikannya.Insyaallah pasti ada.Kepimpinan bukan bidang untuk mengenyangkan perut sendiri,sebaliknya ia adalah medan untuk memberi & mengetepikan kepentingan peribadi.Ana malu kepada Allah & Rasulullah sekiranya ana menjadi insan yang menyanggupi amanah yang ana tidak mampu untuk pikul. Renungkanlah...Wallahualam....

INSAN SETIA