Tuesday, October 6, 2009

CeritaKU selepas exam...

Usaha Umar..Usaha..Ingat..Usaha tu lif kejayaan



Awal2 ada 8 orang..masa main tinggal 7..sape yang takde??



Cepat cari sape yang x main.....hehe
Assalamualaikum sahabat2 sekalian...

Alhamdulillah kita masih dipertemukan di laman maya ini...
Untuk saling berkongsi & saling mengingatkan..
Mungkin kita pernah terfikir untuk tidak mengulas benda2 simple...

Kerana bagi kita benda2 simple x perlu di ulas mahupun di ingatkan..

Hakikatnya kita silap..agak ramai yang sambil lewa & lupa dengan benda2 simple...

Oleh kerana itu sahabat2...Berpesan2lah walaupun bagi kita ia benda simple...

Insyaallah ada manfaatnya kepada orang lain...

Perbetulkan niat...Niatkan untuk mendapat keredhaan Allah....

Pesanan ini ana tujukan khas buat diri insan terpinggir ini...

Hanya dipanjangkan untuk sahabat2 yang di sayangi & yang mahu mengambil iktibar...

Dipertemuan kali ini,ana nak berkongsi cerita diri ini di kala examination final CFS IIUM is over...

Seperti perkongsian sebelum ini,ana habis exam pada 1/10/2009....Ana bersyukur sangat2 lepas exam...Tidak lupa untuk ana menadahkan tangan untuk bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih memberi kemudahan untuk ana melalui exam 2...Malam 2 ana dah di panggil meeting untuk SMAC(Sports & Martial Arts Carnival)
eh...silap...petang 2 ana dah start meeting...ana agak termotivasi ngan semangat sahabat ana selaku program manager SMAC nie dalam nak merealisasikan TRANSFORMASI & Memperjuangkan Sukan dalam Islam di bumi CFS..Semoga niatnya mendapat rahmat dari Allah..Lupe nak bagi tau..nama PM SMAC nie saudara HILMI HJ ARIF...begitu juga ngan sahabat2 yang lain yang sanggup mengorbankan waktu cuti untuk menjayakan SMAC nie...
IKHWAN,HAFIZ,LISA,SCHA,WAN,ILHAM,LIYANA,ANIS,AMAL,ATIYAH & JAYANNAH...
ADIB,AZAM,IZZAT & AMIN...kerja kat umah...
DHIYAUDDIN...Kerja kat mesir..hehe...Alhamdulillah
Semoga Dengan niat yang ikhlas kerana Allah,kerja kita semua di permudahkan...

Selain dari 2..aktiviti yang julung2 kali ana lakukan lepas exam nie ialah pegi main ICE SKATING bersama sahabat2 sebilik...setelah merancang dengan penuh teliti,akhirnya dapat gak kitaorang p main permainan nie kat SUNWAY PYRAMID...dengan menggunakan 2 buah mesin bergerak kpunyaan hadi & nazrul,kami pun bergerak ke tempat kejadian kira2 dalam pukul 10.30a.m...(RECORD BILIK semua mampu bangun awal walaupun bukan time ad class)..hehe..

Masa main permainan asing nie memang banyak sangat kejadian lucu,lawak & x terlupakan...ingat2 balik memang lawak sangat...Time 2 ada 2 team student uia yang membanjiri tempat ice skating..team ke-2 datang lewat sikit coz exam baru habis...so ana ngan sahabat2 lain dapat berlatih dengan lebih lama sebelum menunjukkan cara jatuh yang paling hebat & bergaya...hehe..X caye..tanya ngan Rahman..kan??

Kita klau x pandai x leh nak terus kata x pandai...kena usaha...benda paling berharga yang ana dapat masa main benda ni ialah...JANGAN MALU UNTUK JATUH...KEJAYAAN BERMULA DARI KEGAGALAN..APA YANG PENTING..BANGUN & TERUS MENCUBA...ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM SELAGI MEREKA TIDAK BERUSAHA UNTUK MENGUBAHNYA.....

Award Masa Main Ice Skating...

Juara Jatuh Paling Bergaya..berat ideal JENNY

Juara Paling banyak Cium Ice...Rahman

Juara Kaki Terseliuh..Rusli

Juara Tekun Mencuba...Umar

Juara Paling lama kat ICE..Hadi..hehe

Nazrul & Irfan dah terrer kot..dok gelakkan kitaorng terjatuh..

hehe..semoga aktiviti bilik ini dapat mengeratkan ukhuwwah kita semua...

Pastu ana ngan hadi,jenny n rahman g low yat beli laptop yang ana guna sekarang nie kat lcct menunggu flight untuk terbang balik sabah....hehehe

P/S..Ramai yang terinspirasi untuk mengikut jejak langkah kitaorng main bende aneh nie...hehehe....



Wednesday, September 30, 2009

ehhh....DAH HABIS PUASA KA???


Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana kita masih dipanjangkan usia untuk terus berada di atas bumi Allah ini. Sahabat Fitrah yang dirahmati sekalian.

Dari Abu Ayyub Al Anshari r.a.katanya Rasulullah saw. bersabda:
“Siapa yang puasa bulan Ramadhan, kemudian diiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka yang demikian itu seolah-olah berpuasa sepanjang masa.”
[HR Muslim]

Demikianlah Rasulullah s.a.w mengajarkan kita satu amal yang sangat baik iaitu kita berpuasa enam hari di dalam bulan Syawal sebagai satu kesinambungan bahawa Islam tidak hanya mewajibkan puasa di bulan Ramadan semata-mata, bahkan Islam juga menganjurkan juga
kepada kita supaya mendekatkan diri serta terus mengamalkan ibadah berbentuk puasa ini di dalam bulan Syawal.

Dan Allah SWT memberikan ganjaran yang besar kepada mereka yang berpuasa enam hari di dalam bulan ini sebagai satu galakan dan motivasi supaya kita tidak hanya melaksanakan tuntutan wajib berpuasa di dalam bulan Ramadan.Puasa enam hari digandakan pahalanya seperti berpuasa sepanjang masa. Secara logiknya sudah tentu tidak akan mampu difikirkan oleh akal kita sebagai makhluk Allah. Tetapi Allah SWT Maha Kaya untuk memberikan ganjaran yang lebih hebat lagi seandainya kita istiqamah dalam melaksanakan ibadat kepada-Nya.

Di dalam pertengahan bulan Syawal ini, sudah pasti kita masih menyambut Aidilfitri, maka sudah pasti kita tidak terlepas dari undangan rumah terbuka dan ziarah menzirahi antara satu sama lain. Namun apa yang lebih penting jangan kita menjadikan alasan untuk kita tidak mengambil faedah dan peluang untuk sama-sama kita menunaikan ibadah sunat ini kerana pahalanya yang mungkin dapat menampung kekurangan yang berlaku sepanjang kita menunaikan ibadah puasa di dalam Ramadan.

Di ruang Syawal yang masih ada ini, tanyalah diri kita adakah kita sudah pun mula berpuasa atau kita masih hanya sekadar sibuk dengan Aidilfitri tanpa ada pengisiannya?

....EXAMINATION IS OVER....

ALHAMDULILLAH...Satu lagi ujian dah lepas..
Final Examination untuk sem nie dah habis...Bersyukur sangat2..walaupun result x tau ok ke tak, tapi ana bersyukur kerana walaupun banyak sangat dugaan nak menghadapi exam sem nie,tapi akhirnya semua paper dapat dilalui dengan mulus...RESULT??jangan tanye la ek...
Lepas nie ana dah nak start commit dengan kerja lain pula...ujian gak..ujian mentarbiah diri..
Mengasah kemampuan dalam berurusan....semoga semuanyer dapat dilalui dengan penuh keberkatan...

DETAILS EXAMINATION:
ESM 1324 CHEMISTRY 2: 1/10/2009 (s3004)
LEM 6012 ENGLISH LANGUAGE:24/09/2009 (E006)
ESM 1311 CHEMISTRY LAB 1:25/09/2009 (AMF)
FM 1113 UNDERSTANDING ISLAM:27/09/2009 (AMF)
ESM 1134 MATHEMATICS 3:30/09/2009 (AMF)

p/s:ADA exam MUET n speaking lagi...hehe..
7/10/2009...fLy balik SABAH..kul 2.10p.m...

SEMOGA ANA DAPAT ISTIQAMAH DALAM MELALUI SEMUA UJIAN...

Monday, September 28, 2009

API...API...API..

Hari ini ana agak lewat bangkit dari tempat BERADU...agak kurang sihat rasanya badan ini..
mungkin ini la di katakan symptom2 examination..melihatkan jam yang telah tegak ke angka 12..ana kuatkan diri untuk bangun..mungkin itu yang dikatakan pejuang..bangkit untuk melawan...
Huhhh...

Balik je dari mandi,tetiba ana mendengar teriakan announcement dari bawah...diri ini menyangka ia hanyalah teguran untuk MEREKA yang kerap bermain mercun...Namun penilaian ana meleset...mak cik cleaner berlari di hadapan ana & mengarah supaya turun..
Ana pelik...Rupe2nyer ada API kat bawah...ana & rakan2 terkesima..semua bertanya apa yang terjadi..masing2 ingin mengetahui perihal kejadian...ana & rakan2 pun bak CSI CFS turun ke bawah untuk membuat penelitian...rupe2nyer kami terlewat..telah ramai CSI2 yang lain yang memulakan penyiasatan..tak mengapa...yang penting asrama yang menjadi tempat berlindung ratusan pelajar ini masih boleh ditempati...GYM terbakar..punca belum diketahui...tapi semuanyer baik2 belaka...Alhamdulillah...Maybe peringatan daripada Allah untuk semua student...API BILA KECIL JADI KAWAN,DAH BESAR JADI MUSIBAH....
BAGI sape2 yang dok main mercun 2..fikir2kanlah...ana sekali la 2...

kedudukan Ahli Bilik semasa kejadian..
Umar,Rahman,Nazrul,Farhan-Study dengan tekunnyer..
Ruzaini-Makan kat AIKA...HISH3..
Mukhsin-Kat kiosk beli newspaper..
Ahmad & Rusli-Qailullah..tapi awal lagi kot..Rusli memang steady...
Ana-Baru lepas menyegarkan diri...
Alhandulillah semua selamat...K sahabat2...ambil iktibar dari apa yang berlaku...
Assalamualaikum....

Sunday, September 27, 2009

CINTA SAHABAT



IMAM Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama.
Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya: “Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. “Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.” “Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. “Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.” Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya. Katanya: “Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. “Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat. “Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. “Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan. “Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat. “Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. “Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.” Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan. Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata: “Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan. “Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan. “Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.”

...Ana SABAHAN...



AssaLamualaikum..
Agak lama x bersua muka di hadapan blog ana nie..agak rasa bersalah pada sahabat2 yang menanti perkongsian dari diri hamba yang hina nie...ana menghargai penantian sahabat2 sekalian..Mungkin kerana kesibukan dunia yang sementara ini menyebabkan Hamba Allah yang lemah ini x mampu menyempatkan diri untuk membuat sedikit perkongsian...

Hamba hina ini di duga dengan cabaran yang agak besar bagi ana...menjawat jawatan yang tidak layak untuk diri..rasa sedih & bersalah sering membelenggu diri..ANAK BORNEO yang bermusafir di bumi semenanjung namun menggalas beban sebagai pemimpin..
Layakkah diri ini??HINa nya diri ini..
YA ALLAH.. ANUGERAHKAN ANA KELEMBUTAN SEIZZAH ABU BAKAR,KETEGASAN SELEMBUT UMAR,KETABAHAN SEPASRAH USMAN,KECERDIKAN SETAJAM ALI,KEMURAHAN SETULUS KHADIJAH,KEFASIHAN SEPETAH AISHAH, KEPATUHAN SEUTUH FATIMAH, DAN YANG UTAMA,HATI YANG GAGAH SESUCI RASULULLAH..

Ana sering kali terfikir..apa yang ana nak sumbangkan kepada negeri kelahiran ana..DAN apa yang sudah ana lakukan untuk mencapai matlamat itu???apa??
Terlalu banyak persoalan yang terlintas di ruang minda ana..terlalu sesak jiwa ana dengan persoalan diri ini..Alhamdulillah..pada masa yang agak genting ini...Ketika diri ini sedang berhadapan dengan minggu Exam...Allah mengilhamkan ana untuk berfikir,bermuhasabah dan menilai sejauh mana kemampuan diri..

Ingatlah ketika Allah berfirman..
"Dan(ingatlah)ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat,"Aku hendak menjadikan khalifah di bumi."Mereka berkata,"Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana,sedangkan kami bertasbih memuji MU dan menyucikan nama Mu?"Dia berfirman,sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui"

Ana sering mengenangkan ayat peringatan ini sebagai panduan berharga dalam diri ana yang di taklifkan sebagai pemimpin..samada kita nak atau tidak, kita semua adalah khalifah..mungkin ayat agak kerap didengar...KITA ADALAH KHALIFAH..namun ayat ini sering berlegar di telinga yang sama..maksud ana hanya orang yang membaca atau tahu saja yang sedar mereka adalah khalifah..Tapi bagaimana dengan orang yang tak tahu??
Pernahkah kita terfikir???Pernahkah kita berniat untuk berkongsi pemahaman kita dengan saudara seaqidah yang lain???

Ana agak terkejut kebelakangan ini apabila mendengar,membaca dan melihat rintihan saudara2 seaqidah ana dari negeri DI BAWAH BAYU ini,yang mahukan kegemilangan ISLAM bertapak di bumi BORNEO...ana terfikir bagaimana untuk merealisasikan impian ini???
Benarkah ramai golongan berpotensi telah lari ke semenanjung???benarkah??ana tidak mahu menstereotaipkan sesuatu golongan..mungkin ada yang telah berhijrah ke semenanjung...namun ramai juga yang masih thabat dalam meneruskan perjuangan sebagai DAIE di bumi BORNEO ini..namun pergerakan mereka agak kurang kelihatan..Hal ini kerana, pergerakan dalam kumpulan yang agak kecil..ana berazam untuk untuk mencari suatu medium menyatukan semua hamba2 Allah yang mempunyai keazaman yang kental ini dalam meningkatkan pentarbiahan di negeri yang digelar LUBUK DAKWAH INI...ana rasa sabahan sendiri perlu mencari langkah penyatuan dalam merealisasikan impian ini...

Ana insyaallah akan mewakafkan jasad ini dalam memberikan yang terbaik untuk bumi kelahiran ana...marilah wahai sahabat2 sabahan yang lain..kita kumpulkan para jundullah dan membawa transformasi kepada bumi tercinta ini...Ana memang hamba yang paling hina dalam kalangan kalian,namun ana berpegang kepada kata2 sahabat ana...
JANGANLAH BERHARAP MENJADI KAIN PUTIH YANG SENTIASA BERSIH,NAMUN ADA BAIKNYA UNTUK KITA MENJADI KAIN BATIK YANG INDAH CORAKNYA...INDAH DIPAKAI OLEH SI PEMAKAINYA...Begitulah juga dengan kita,Jangan terlalu difikir kisah silam yang kelam,bertaubatlah dan jadilah hamba yang lebih baik dari hari ke hari...Allah itu maha Pengampun...

SAHABAT2 ku doakan perjuangan kami hingga ke titisan darah yang terakhir..Selamat Hari Raya AidilFitri...Maaf Zahir Batin...
Tak berniat nak post pasal raye pasal dah ramai sahabat2 yang berkongsi...ana rasa sama jak ngan ana coz raya kejap jer...Exam menanti...
KERANAMU ISLAM KAMI BERJUANG....ALLAHUAKBAR...

Sunday, August 9, 2009

MAAF LADIES..ana Dah berPunya..

Kali ni aku nak share ttg KEKASIH aku? (aku type huruf besar tu sbb aku terlampau sangat sayang kat DIA!) Penyayang sifatnya. Betul ni..tak tipu punya! Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa aku susah, minta tolong sajalah pada DIA. Sure akan datang bantuan. Bila aku susah hati, boleh terus ngadu kat DIA direct! Pergghh !!

Yang bestnya tu, bila aku dah ngadu kat DIA, terasa peace aje. For surelah...KEKASIH, kan?! Ish! Beruntung betul dapat KEKASIH cam ni...tak pernah nak sakitkan hati aku. Bila-bila masa aje aku boleh contact DIA. Yang seronok tu, sebab memang betul-betul rasa DIA tu dekat kat hati ni! Ye la, cinta punya pasal, kan?

DIA tak kisah pun kalau aku tak ingat kat DIA. Tapi rugilah aku. Sebab, kalau aku ingat & contact je DIA, sure macam-macam la yang aku dapat. Tak kiralah, material ke...spiritual ke...emm memang kekasih sejatilah tu! Bila aku rindu kat DIA, baca je surat-surat yang DIA bagi tu. Macam-macam nasihat ada dalam tu. Siap bagi example lagi nak suruh aku faham.

Sebelum ni, aku pernah gak frust. Memang sedih giller la masa tu. Ye la, cinta bagai nak rak, tiba-tiba clash gitu aje. Tapi KEKASIH aku yg ni lain, DIA tak kisah pun dengan cerita aku frust tu. Siap bagi semangat lagi. DIA takde jeles pun. Cuma aku je yang jeles ngan DIA. Memang ramai yang jatuh cinta ngan DIA. So, aku pun kenalah usaha betul-betul. Kata orang putih ~what you give, you get back~ so, kalau aku usaha lebih sikit, aku dapat lebih la, kan? KEKASIH aku ni baik sangat-sangat.

Perfect! Tu yang kadang-kadang aku tengah-tengah malam ...area pukul 3-4 pagi tu pun, kalau aku terjaga, aku sure akan contact DIA. Rindu aaaa! Sebenarnya, KEKASIH aku ni kaya ...millionaire ...billionaire...dan ntah apa-apa naire lagi... Tu yang pemurah sangat tu. Semua keperluan hidup aku, DIA yang support...caya tak? Free of charge...Tapi aku tak sedap hati la...mestilah kena hargai apa yang DIA bagi tu, kan? Mak aku kata, kalau orang dah bagi, suka ke tak suka, amik aje la...pastu pandai-pandailah membalas budi.. tu yang buat aku sanggup berkorban apa sahaja...cheewah!

DIA suruh aku belajar sungguh-sungguh. Kalau boleh belajar semua ilmu. Sebab, KEKASIH aku ni memang cerdik+bijak+genius etc...DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yang aku buat semua sia-sia. DIA pun tambah sayang kat aku kalau aku rajin belajar. Malu la sebenarnya nak cakap ni. Emm...aku sebenarnya belum pernah jumpa DIA lagi pun. Belum bersedia la... tapi KEKASIH aku ni dah janji, satu hari nanti, mesti jumpa. Sekarang ni menghitung hari la aku ni. Tapi kecut perut gak! Takuut! Aku mesti prepare awal-awal.

Daripada surat-surat DIA yang ada tu, aku tahu la apa yang DIA suka, apa yang DIA tak suka. Mestilah aku nak buat apa yang DIA suka, so that, DIA tambah-tambah sayang la kat aku, kan? Takpe la, berkorban sekarang, sebab dia dah janji, sapa-sapa yang DIA sayang, DIA bagi hadiah special yang aku tak pernah terfikir pun! Ish! Rindu sangat dah nie.......


KEKASIH....AKU BERJANJI, AKU AKAN PERTAHANKAN CINTA SUCI INI...
WALAU NYAWA DIGALANG GANTI, MENGGADAIKAN CINTA TERAGUNG INI ,
TIDAK SAMA SEKALI. WALAUPUN TAK PERNAH BERJUMPA, AKU TETAP BAHAGIA...
ITULAH KEKASIHKU...ALLAH S.W.T. ... CINTA TERAGUNGKU!

Friday, August 7, 2009

Subhanallah....Allah Maha Pengampun....KITA??


Subhanallah..Indahnya Islam..Sayangnya Allah pada HambaNYA...walaupun diri ini terlalu banyak ternoda kemaksiatan...Allah masih memberi nikmatNYA tanpa...semoga ana menjadi orang yang bersyukur...Hari ini ana ingin berkongsi cerita tentang kuasa kemaafan. Ramai yang berfikir jika kita memaafkan seseorang bererti kita menerima dan setuju dengan perlakuan tidak adil yang orang lain lakukan terhadap diri kita. Ramai yang berfikir bahawa memaafkan bererti kita harus menghubungi kembali orang yang pernah menyakiti kita. Mereka juga berfikir bahawa memaafkan adalah sesuatu yang kita lakukan untuk orang lain. Benarkah begitu? Tidak!. Sama sekali tidak.

Memaafkan sebenarnya adalah tindakan yang kita lakukan untuk diri kita sendiri. Memaafkan sebenarnya adalah tindakan yang sangat “egois” yang hanya ditujukan demi keuntungan dan kepentingan diri kita sendiri.

Memaafkan bukan hanya ditujukan untuk orang lain namun kemaafan juga adalah untuk diri sendiri. Hanya orang kuat yang mampu memaafkan orang lain mahupun diri sendiri.Bak kata, Mahatma Gandhi , “The weak can never forgive. Forgiveness is the attribute of the strong.”

Ramai orang yang mengalami kesulitan untuk berjaya kerana memendam emosi marah dan dendam pada seseorang. Emosi negatif yang tetap “dipelihara” ini akan menjadi parasit kepada diri anda sendiri.

Ketika kita memaafkan seseorang pernah menyakiti itu dengan tulus dan ikhlas , apa yang terjadi ialah kita menyingkirkan vampire psychic energy (parasit), yang selama ini menyedut energi kita tanpa kita sedari, dan selepas memaafkan, energi dan vibrasi kita meningkat, dan kita dapat memanifestasikan kejayaan dengan sangat cepat dan mudah.

Kita sering marah, walaupun sebenarnya sesuatu keadaan atau perkara yang berlaku bukanlah benar-benar menyakitkan kita. Apa yang terjadi adalah kerana wujudnya persepsi yang yang telah ditafsirkan secara negatif.

Ketika kita memaafkan orang lain , energi negatif yang selama ini menghubungkan kita dengan orang itu akan terputus. Orang itu akan merasakan sesuatu yang positif dalam dirinya. Jangan terkejut jika , setelah anda memaafkan orang yang pernah menyakiti anda, tiba-tiba sikap orang itu pada anda berubah walaupun anda tidak memberitahu bahwa anda telah memaafkan dirinya.

Rindunye ana dengan Syurga NYA...Semoga diri hina ini dapat merasai keindahan Syurga bersama semua orang2 yg dicintai....INSYAALLAH..(Mak,Ayah,Ahli keluarga,Sahabat2 seperjuangan n muslimin n muslimat yg masih hidup mahupun yang telah kembali pada NYA)

Monday, June 22, 2009

Be Sincere


Once,a king had a great highway built for the members of his kingdom.After it was completed,the king decided to have a contest.He invited the citizens to participate.Their challenge was to see who could travel the highway the best.On the day of the contest,the people came with fine chariots and some came in their track clothes,too....
People traveled the highway all day.Whenever a person arrived at the end of the highway,he would complain to the king that there was a large pile of rocks and debris left on the road at one spot, and this got in their way and hindered their travel.
At the end of the day,a lone traveller crossed the finished line and wearily walked over the king.He was tired and dirty,but he addressed the king with great respects and handed him a bag of gold.He explained: "i stopped along the way to clear away a pile of rocks and debris that was blocking the road.I found this bag of gold that was under one of the big rocks and i want to return it back to you"
The king replied:"you are the owner"
The traveler replied"oh no,that is not mine.I have never own such money"
Oh yes,Said the king..You have earned this gold,for you won my contest.He who travels the road best is he who makes the road smoother for those who will follow....

Treat everyone with kindness, even those who rude to you....
not because they are nice,but because you are....

Sunday, June 7, 2009

RumaH-RumaH TerpiLIh

Indahnya jika kita mampu mengimarahkan Rumah2 terpilih ini...

Masjid menjadi simbol adanya penduduk yang beragama Islam dimana-mana tempat samada di Sabah atau Sarawak.Masjid juga menjadi identiti berkembangnya Islam dibumi Borneo. Pada zaman Rasulullah SAW,masjid didirikan sebagai petanda hadirnya cahaya Islam di Madinah.Masjid pada ketika itu digunakan sebagai pusat pengajian,pentadbiran,perundangan selain daripada menjadi tempat ibadah juga dijadikan sebagai tempat penyebaran dakwah kepada masyarakat Madinah pada ketika itu walaupun masjid pada ketika itu dibina daripada pohon-pohon dan pelepah kurma, tanah serta batu-batan.Berbeza dengan masjid yang ada sekarang dibina dengan begitu indah dan cukup dengan pelbagai kemudahan tetapi seperti rumah yang berhantu,malap dan sepi.
Maafkan ana kerana menganggap masjid yang ada di negeri kita sebuah bangunan yang malap dan sepi umpama ‘Rumah Hantu’.Kebanyakan masjid yang ada di Sabah dan Sarawak hanya menjadi tempat pertemuan ritual semata-mata
Dengan kata yang lain hanya menjadi tempat ibadah yang mana diimarahkan oleh golongan tua yang sudah pencen dari pekerjaan dunia. Ke mana menghilangnya golongan muda?Adakah merempit dijalan raya?Berpeleseran dipusat membeli belah?Atau terlalu sibuk dengan urusan duniawi? Golongan muda seharusnya menjadi contoh dalam menyebarkan risalah dakwah Rasulullah SAW.Bukannya menjadi golongan yang paling ramai meringkuk dalam penjara kemanisan janji syaitan. Masyarakat kita menganggap ke masjid hanya untuk menunaikan solat Jumaat,solat tarawih dan solat aidil fitri.Manakala solat lima waktu di rumah sudah cukup dengan alasan jauh dari rumah.Adakah tidak kita ketahui,setiap langkah kita ke masjid untuk menunaikan solat itu penuh dengan ganjaran pahala? Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Mahukah kalian aku tunjukkan atas sesuatu yang mana Allah akan menghapuskan dosa dengannya dan terangkat beberapa darjat? Mereka menjawab: Ya wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Sempurnakanlah wuduk pada saat cuaca sangat dingin, perbanyakkanlah melangkah menuju masjid, dan menunggu selepas solat. Demikianlah itu bagi kalian pertalian." (Hadis riwayat Muslim) Dalam Al-Quran,Allah menjelaskan mengenai sikap serta langkah yang sewajarnya diambil oleh umat Islam dalam usaha untuk mengembalikan multifungsi masjid sebagai medan tarbiyah dan dakwah. Sebagaimana firmanNYA yang bermaksud : "Hanyasanya yang layak memakmurkan (mengimarahkan/menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mereka mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, dan tidak (pula) takut melainkan kepada Allah, maka adalah diharapkan mereka menjadi golongan yang mendapat petunjuk." (S. At-Taubah: 18). Masjid merupakan satu indikator yang penting dalam menyebarkan seruan dakwah kepada lapisan masyarakat.Melalui pengisian berunsurkan perkongsian ilmu seperti tazkirah,kuliah ilmu,kem praktikal ibadat,kelas fardhu ain dan sebagainya.Kedengaran sukar untuk dilaksanakan.Ianya menjadi momentum bagi mengembangkan Islam di negeri kita.Kita seharusnya lebih bersikap terbuka dalam mengembalikan peranan masjid sebagai pusat segala urusan umat Islam.Jangan biarkan pisang berbuah dua kali seperti Andalusia,yang hilang tempat ibadah dan berselindung disebalik topeng Kristianisasi.

http://family-marsis.blogspot.com

Wednesday, June 3, 2009

DarI PJ ke Nilai....


Apa istimeWanya orang2 dalam gambar ni dalam hidup ana sebagai perantau di negeri orang ni??Mungkin tidak ada yang istimewanya ana pada abang2@sahabat2 ana ni.Pasal ana hanya insan biasa yang hadir menumpang kasih sebagai adik beradik dalam hidup abang2 ana ni.Namun bagi ana abang2 ana ni adalah orang2 hebat dan TERBAIK yang mencorak keperibadian ana sepanjang berada kat UIAM ni.Sebelum ana cerita lebih panjang...ana nak memperkenalkan abang2 ana ni...
paling comel..HADI SYAFIQ...paling tinggi SYAHIR...paling semangat berceramah FIRDAUS...
ana dah kata abang2 ana paling hebat kan????Semua produk keluaran Darul Quran..jadi tak perlu pertikaikan kredibiliti dorang la...Kalau dah dengar dorang bagi Tazkirah tinggal suruh je...semua dah ada dalam otak..Jangan terpegun kalau dorang dah memulakan ayat2 pujangga berserta dalil2 al-Quran yang boleh membawa kita untuk terus mengingati Allah...Subhanallah..
Syukur Alhamdulillah kerana dikurniakan abang2 sehebat dorang...
Seterusnya ana nak ceritakan detik2 permulaan perjumpaan yang diaturkan Allah kepada ana untuk berjumpa dengan abang2 ana ni...pertama sekali Abang comel ana HADI SYAFIQ..ana ngan akhi Hadi kenal dalam satu sistem tarbiah..namun menjadi rapat berkat FRC...pada masa tu ada dalam tekanan kerana terpaksa buat semua kerja sorang2...pada masa tu,akhi Hadi datang membawa sinar keceriaan dalam hidup ana...Ana mula rasa selesa bila dah kenal rapat dengan akhi Hadi..ana ngan HAdi banyak study bersama,bekerja bersama & berkongsi pelbagai cerita..ana ngan akhi Hadi telah mengeluarkan cas elektrik bila tangan kitaorang tersentuh masa kat MId Valley..ana memang terkejut..tapi itulah hakikat..betapa kuatnya ikatan ukhuwwah antara ana ngan akhi Hadi....macam ana Kuasa SUPERMAN la kot...hehe...
Akhi kedua ialah akhi Syahir...JUjur memang ana tak berapa rapat ngan Syahir...Tapi ana memang happy bila ngan akhi Syahir..ana ingat lagi masa first time ana kenal ngan Syahir..MAsa tu ana kenal ngan Badran,pastu dengan selamba Syahir memperkenalkan dirinya & kata....
Kat DQ ana la paling tinggi...tapi kat uia ni ada orang lagi tinggi dr ana then Syahir buat mimik muka tak puas hati..ana pun tergelak ngan kata2 selamba Syahir..memang macam tu la Syahir..
Selalu buat lawak spontan...nasib baik DQ,kalau x mesti dah masuk raja lawak..hehe..Lagi satu cerita..ana gelar Syahir...Akhil Hayy..dia pun tak tau sebenarnya....tapi sekarang dah tau la...pasal bagi ana muka Syahir mirip ngan iDola ana Akhill Hayy...hehehe...
Sekarang ana nak cerita pasaL Firdaus pula...Akhi yang banyak sangat gaduh ngan ana..GAduh2 manja...mengeratkan ukhuwwah...Ana mula kenal Firdaus kat Masjid kat Cheras..ana ingat jelas dialog pada masa tu...terjemahan Ana jatuh kat lantai masjid tempat ana tidur..then Firdaus pun kata...letak Quran tu bebaik atas tempat ni(sambil menunjuk kat satu tempat yang boleh simpan Quran)..ana pun sambil senyum & buat je apa yang Firdaus suruh...Lagipun memang betulkan...so ikut je la..seterusnya ana mula pandai berjenaka ngan Firdaus bila firdaus tau ana nak keluar dari FRC...Firdaus pun buat muka istimewanya...ana pun ajak makan abc..tapi ana tak temankan makan pasal ada usrah...sejak dari tu la ana ngan Firdaus mula rapat & selalu gaduh2...pasal sekarang ana satu bilik Firdaus..kesian Firdaus terpaksa layan karenah ana...hehe...
Sekarang ana nak ucapkan setinggi2 ucapan terima kasih dari lubuk hati yang paling dalam...segala kebaikan abang2 ana ni hanya Allah yang boleh balas...buat pengetahuan pembaca..abang2 ana akan bertukar course ke IRKH...mengikut jejak langkah Akhi Syahir...walaupun sedih sangat..ana perlu tengok dari sisi abang2 ana gak..pasal abang2 ana memang berminat & berbakat dalam bidang tersebut...sebagai seorang adik ana hanya mendoakan yang terbaik untuk abang2 ana ni...Semoga setiap saat Allah mengurniakan Rahmat dari sisinya kepada Sahabat2 & abang2 Ana...Maafkan segala kesalahan Ana wahai Akhi...Semoga UkhuwwaH kita akan berkekalan hinGga ke Jannah...Syukran kasiran untuk seGAla2 nya....

istimewa untuk Abang2 yang akan ke NiLAI

Terasa tersisih sendiri di pinggir sana
Kau tiada lagi di sampingku berbicara menyalakan api
Tika kau disampingku tuturmu ku anggap bisu
Tingkahmu untukku sumbang bagi diriku
Harapanmu padaku tidak kuendahkan

Nasihatmu madu penyembuh luka
Pabila bersamamu hilang dukaku
Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi disisiku
Belaianmu kini masih terasa
Restu darimu membawa ku ke syurga

Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi di sisiku

Andai dapat ku kembali mengubah yang terjadi
Pasti takkan kuulangi walau hanya sekali
Namun hanya doa yang bisa kukirimkan

Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi di sisiku

Ku kan cuba tempuh hidup sendiri
Kerna kita kan akhirnya sendiri





Sunday, May 31, 2009

PERTEMUAN PERTAMA NAN INDAH...

Wajah2 anak Borneo yang bersemangat waja

Alhamdulillah..bersyukur ke hadrat Ilahi dengan izinnya warga2 borneo CENFOS dapat dipertemukan semalam.Bagaikan mendapat semangat baru melihat wajah adik2 yang begitu bersemangat dalam menghadiri majlis pertemuan yang berjalan secara sederhana namun insyaallah penuh dengan barakah.Wajah ceria adik2 yang dapat berjumpa dengan sahabat2 baru,senior2 baru dan suasana yang baru kadang kala membuat hati ini tergelak.Begitu banyak karenah2 adik2 baru ana ni.Ada yang malu2,diam,excited,hyperaktif & lawak pun ada.Hal ini semua menambah semangat ana untuk terus mengeratkan ukhuwwah fillah antara sahabat2 sabah sarawak.
Aktiviti semalam agak lambat bermula di sebabkan ramai adik2 yang sesat mencari tempat perjumpaan.Lagipun venue terpaksa diubah di saat-saat akhir.Tapi alhamdulillah semua mendapat petunjuk ke venue perjumpaan.Perjumpaan dikendalikan oleh abang Badran dengan penuh bergaya.Sesuailah dengan title tahfiznya.Semua adik2 terpegun dengan olahan kata2 sabah berbaur sarawaknya.Agenda diteruskan oleh ucapan mantup Azzam sebagai wakil Sarawak disebabkan Ahmad & Rahman tidak dapat hadir.Ana agak sedih gak pasal Sahabat2 ana ni tak dapat hadir.Tapi ana faham gak pasal sahabat2 ni ada hal penting.
Seterusnya tibalah giliran ana berucap.Memang lawak selawak lawaknya....ana pun tak tau la kalau adik2 faham apa yang ana cakap.Biasalah..bahasa dah bercampur baur..sabah ada,sarawak ada,semenanjung pun ada.Alahai apa la nak jadi...Tapi memang serOnok campur2 bahasa ni..Semua jadi Ceria..Adik2 pun asyik gelak ja..Kamek sayang Kitak bha...kan adik2??Jika nak dibandingkan ucapan ana ngan Azzam,memang jauh berbeza.Ayat2 Azzam lebih teratur sedangkan Ana pula berterabur ayat2....hahahaha...biarkanlah...
Aktiviti diteruskan dengan aktiviti dalam kumpulan....ana ngan suhaimi handle satu group,azzam ngan Badran satu kumpulan,Rusni satu kumpulan,Irma & ruzaini satu kumpulan...Kitaorang tengok Video mengenai kelancangan artis2 zaman sekarang sehingga menghina agama ISLAM..adik2 menyatakan pendapat2 bernas & mantup selaras dengan status sebagai mAhasiwa mahaSiswi UIAM...seMua adik2 berPotensi besar Untuk menjadi tunggak kepada tertegaknya Islam di Bumi borneo...Teruskan Berjuang waHai adik2..istiqaMAh dalam menuntut Ilmu..JAngan pernah tunduk denGan hasutan Syaitan dan Hawa nafsu..

BAdran & Azzam membawa adik2 untuk berfikir...
Ana ngan Suhaimi bagi adik2 menilai sikap artis2 pada zaman kini

Irma menimbulkan kesedaran kepada adik2 mengapa perlu menutup aurat...

Rusni membawa adik2 akan kesedaran tanggungjawab sebagai muslimah

Selepas tu..Badran buaT satu mOdul Ukhuwwah yang ana Namakan bERi makan Biskut..Memang lawaK sangat2..Orang kat tengaH yang ditutUp mata diarahkan bagi makan bisKut kat sahabAt2 tertentu..banyak hal2 lawak yang berlaku...pelbagai cara di gunakan..ada tengok saiz badan r..ketinggian r..muka berjerawat r..n macam2 lagi...satu grOup gagal menyelesaikan misi..JANGAN PUTUS ASA..CUBA LAGI..hehehe
Muslimah Borneo...Tulang belakanG keGemilangaN Islam Di bumi Borneo

Selepas 2 kitaorang pun buat Resolusi daripada Badran,irma,Rusni & suhaimi...adik2 pun happy ngan aktiviti2 tu semua...Alhamdulillah...Aktiviti sebelum mengenyangkan perut ialah SEsi fotografi...semua mempamerkan senyuman termanis ciri khas Borneo...manis semanis madu...
Selepas 2 semua pegi maKan denGan peNuh seMangat...hehe..Tapi agaK banyak MAkanan yaNg lebih Pasal ada RAmai gak Adik2 yang tak dapat Datang diseBAbkan banYAk sebab..BEgitu gaK ngan SahabAt2 second Year ana...Ana doakAN selePas ni akan ada Lebih sambutaN kepadA aktivitI2 yanG dianjurKAn...Kita seBAgai Insan BUkan hanYA bertuGAs belaJAr semata2..tapI perlu kita ingat untuk menjalin ukhuwwah sesama kita agar bila mana kita ada masalah akan ada teman yang Datang membantu...Betul taK????
Pesanan Ana untuk adik2:
1)Sentiasa Ingat Allah
2)ikhlaskan Niat untuk beLajAr kat UIAM ni
3)jangan terLibat ngan benda2 yang x elok..
4)istiqamah dalam menTarbiah Diri
5)ingat pengorbanan mak ngan ayah kat kampung
6)negeri kita memerlukan KIta seBagai pembawa panji2 Islam
7)jangan segan contact ana kalau ada sebarang masalah

Untuk saHabaT2 seconD year...SelaMat menJAdi abanG & kakaK..TUnjukkan ConToh terbaik uNtuk adik2...
SElamat DAtang & seMOga MEnjadi MUslIm terUnggul BUat semua SahabaT2 BOrneo...
Maju TeruS panTAng MUndUr...ISLAM SENTIASA GEMILANG..
SEmoga UkhuwwaH yang terBina keKAl SelamaNya...UKhuwwaH abadan Abada

Friday, May 29, 2009

kiSAh SahaBAt seBIlikku YAng Di saYAngi

Di daLAm blog Ana yanG tidak seberApa ini,anA nak berKOngsi cerita MEngenai SAhabat2,aBAng2 & aDik2 seBIlik ana yaNg amaT ana KAgumi,saYAngi & hORmaTi....
Ana naK start BercerITA teNTAng SAhaBAt seb
ILIk ana MErangkaP abaNg SuluNG daLAm biLIk ana..nama YAng diKurniakAn kePAdanYA iaALh umAr abd Aziz..meMAng nama YAng saNgat sedAp di DEngaR...SEjAjaR deNGAn USiaNYA,UMAR memPUnyai perWAtakan yanG amaT anA kaGUmi..KEmataNgannya dalAm berGAul,memBEri pendapaT dan sifAt amAnaH dalAm menjAlankaN tugAs menambAHkan rasa horMAt ana kePAdanYA...AkhlaK yaNg di TAmpilkAn oleh UMAr semeMAngnya menJAdi cONtoh ikuTAn yang BAik unTUk kaMI sebaGAi adik2...
SAhabaT biLIk seterUSnya meraNGkap aBAng ke-2 iaLAh fi
RDaus Abu BAkar..FirdaUS meruPAkan aSEt keLUarAn DARUL QURAN...KEdua2 abang Bilik Ana AdalaH GolongaN taHFiz...FirdaUS peNUh deNGAn rasa CInta paDA dirInya...SAyangnya paDA adik2 Sukar UNtuk diSembunYIkaN...FirdaUS merUPakan anaK boNgsu yAng kaDAng kaLA sikAp abAng pada dIrinya muDAh unTUk difaHAmi kerAna TErseliT Sikap MAnja paDA dirinYA...Ana Agak TErkiLAn bilA meNGetaHUI fiRdaus meRAncaNG beRtukaR couRSe ke IRK..naMUn Itu kePUtusan seTElah beristikarah Pada yaNG maHA mengeTAhui...akAn kuranglah Sinar firDAusi paDA bilik Ana untUk next seM...
sekArang ana nak cerita pasal ASET paling berhargA warga2 Borneo..Saudara Abdul RAhman...sahabAt seborNeo ana..RAhman seuMur dengan ana...namun keluaran DQ gak..pasal rahman berjAya dalAm PTS(exam masa darjah 3 tu)....jaDi rahman Adalah anTAra TAhfiz HArapan OranG2 BorNeo..RAhman suKA ngan program2 iLMu..Agak jaRAng berCAkap tapI LawAk oraNgnya...Ana HArap Agar RAhman DApat meNjaDi conToH Engineer yAng menGHafal Al quRAn & diJAdikAn conTOh olEh wargA2 borNeo..
ana Agak peNAt meNAip sebenaRnya...taPI disebabkan kisa
h YAng ana nAk cerITA lepas ni PAsal saHAbat cOmel ana,so Ana pun ExciTEd...nama SAhabAt anA ni meMAng Pelik..2 in 1...RUZAINI..tapi ana panggIl dia Jeni..ana dAh seTAhun kenal ngan jeni...Jeny salah seorang sahabaT tERawal ana kAt cenFOS ni & satu biLIk sokmo...jeny antara SahaBAt yaNg memAhami perAngai ana Yang pelik ni..Jeny adalah peNyanyi nasYID kumpuLAn ETIKA...kumpulan nasyid terulung KAt uia ni...Jeny memang sentiasa ceria..kalaU tension,teNgok je mukA jeny yang BUlat pasTi terSEnyum..apa2 maSAlah ana LebiH suKA consuLT ngAn jeny...paSAl jeNY boLEh baGi jAlan yAng lawAk2 & daPAt aTAsi masAlAh on THe spot....
SEbenarNYA adA 4 oranG lagI saHAbat biLIk ana yaNG poWER n heBat2...MUhsiN berJIwa UlamA,Nazrul yAng x cePAt terAsa,RusLI doKter tereNGganu & AhmAd riTHAudeen SAhaBAt seBOrneo ana...laIN maSA ana Akan ceritakaN pAsaL do
raNG pulA...
Ana berSyukur KehadrAt ilahi keRAna diKUrniakaN sAhabAt2 yaNG mamPU membimbiNg aNa untuK istiqAmah daLAm bERjuaNG diJAlaN ALLAH....


jika hari ini tiaDA Umar
munGkin semaNgatku bubAr
jikA hari ini hiLAngnya fiRdaus
mungKin aku hanyut di bawa Arus

siApa aku tAnpa RAhman
yanG mengaJAr erTi pengorbAnan
siapa Aku tAnpa zaini
yanG selalu menggembiraKAn hati

bimBing diriku wahai muhsiN
agar senTiasa inGat akan pERjanjian
bimbiNg diriku Wahai rUsli
agar sEdar siapa sebenarnya diri

mari bangkit bersama Nazrul
memperjuangkan islam yang syumul
mari bangkit bersama rithaudeen
membina ukhuwwah berteraskan ad din

aku bersyukur padaMU ya Allah
kEranA menempatkanku
Bersama saHabat2 pejUang agaMA
deNGAn ukhuwwah fillah abadan abada

pERsoaLAn



Menjadi Senior di bumi CENFOS pada Awalnya tidAk ada Apa2 bebanAn mahu pun keseronakAn yanG ana RaSAi...semUa keLIhatan sePertI biaSa..BerBeza kEadaanNya ketiKA ana MenjaDI seNIOR ketika Form 2 & 3 kat SMESH....dan senioR form 5 KAt TEKNIKEN....KetIka seKOlah menEngah dulU,ana berasa amat TeruJa unTuk meNdaPAt SahAbat2 BarU yang Akan menJAdi peNerus KEcemerLAngan dan KeGEmilangan sekolaH... AgaK berBEZA situasiNya ketIKA beRAda di CENFOS ini...TeruTamanYA baGi PeLajar2 Yang BeRasaL jauH nun Di sebERang Sana...QuaNtity YANg semeMAngnya SEdikiT meNGuraNGkan rasA TerUJa unTUk BerKONgsi ILmu,PengAlaman DAn PengetaHUAn bERsama2 aDIK2 baru....
Di tAmbAh laGi deNGAn siTUasi Bila MAna Ana ngan SAhabAt2 yanG paDA awalNYA meMEntinGKAn nIlai ukHUwwaH Mulai RengganG...Ana Tak tau Di maNA siLApnya...ISLAM itu MEmentinGkAn pERpaduan..JIka TIdak,tak kan la RAsullullaH & oRaNg2 MAkkaH saNGGUp BerHIjraH ke MadinaH walauPUN peLbagai triBUlasi daN AncamAn menaNTi diHAdapaN merekA...SAlaH satu Mesej YANg nak di sAmpaikaN oleh TIndaKAn RAsullullah DAn orang ISlam padA masa itU iaLAh kePentingAn pERsaudaraan DAlam ISLAM... MENgapa perLU ada SEmpadan???MEngapa PERlu ada PErpecaHAn??MENGapa kiTA yang MengaTakan memBAWA naMA iSLAM MAsIH tidaK mampu UNTuk meNONjolkan niLAi BERsatu pAdu itu SEcara PRaktikal??...Bukan seKAdar Aset atau BAhan UNtuk dipERseMbahkan SEwaktu KIta berUSRAh atau PerbiNcanGAn semAta..PerSOALAN ini PERlu dibawa BERbincang..PERlu Ada peNcetus untuk MeruBAH Pemikiran Agar PersOAlan ini TIDAk teRUS meNJAdi KEkeLIruan.. WArga2 mINoriti TidaK berMAkna kita Tak MAmpu MEmbawa TRAnformaSi...Apa YAng perLU adaLAh kESanggupan KIta UntUK memBUka RUAng untUK berNEgoSIASI...MenYELESAikan seGALA peRmASAlahaN yang MEmbeLENggu DIRi...AGAr kita MAmpu UNtuK mewUJUDkan SAtu DEklaRAsi... MEmACAKKAN ISLAM DIBUMI yaNG kiTA CINTAi.. CINTAI ISLAM LEbih DAri segaLAnya....
WAlau apa pUN rintaNGAn yaNG daTAng meLAnda..ANa akan BERusaha tHAbat dAlam MEmperJUAngkan KEbenaran UNtuk seMUA OraNG yanG beraDA di seKEliliNG ana..ISlam iTU akAn teTAp terTEgak SAmada DEngan adAnya kita Atau tanpa KITA...ISLAM itu Agama ALLAH..ALLAH akan MEmelihara KESucian agamaNYA...KIta yaNG ruGI bila TIDAk TERpilIH unTUK BErjuang DI jalAnNYA... KIta BUKAn pemULA peRjuaNG...BUKAn juGA PEngakHIR perJUAngan... KIta HAnyalah RAntai2 YAng MEnjadi PenyambunG DERu2 PERjuanGan.... BUAt saHAbat2 ana...SEMOga KEsatuaN yaNG teLAh terJAlin Akan TERsimpUL raPI kEmbaLI..MEnjaDikan kita HAmbA yanG PAtuh PAda perINtah Allah...kerana ALLAH berfirman dAlam AYAt al-HUJURAt yang berMAksud...

"sesuNGGUhnya MUkmin ITu BERsaudara,kerAnA iTu daMaikanLah anTara duA sauDaramu yaNg berSelisih & berTaqwalah kEpadA ALLAH agar KAmu meNdaPAt RAhMAt"

BUat Adik2 yaNG ana Hormati,SEmoga PerjuanGAn enTUm aKAn mEndaPAtkan pEtunJuk DAripAda Allah s.w.t...BIla kITA memBAntu Agama ALLAH,pasTInya ALLAH akan MEMbantu kiTA...BAntu Ana MEmpERBAiki DIri...MArilAh kiTA berSAma2 BERGAnding BAhu...SAlinG bantu-memBAntu unTUk mEmperBAiki DIri YAng LEmah ini...JAZAKALLAH kairan....
kamek sAyaNG KITAk...KITAk????

SIa saYAng sama KO bah...KO???

Thursday, May 28, 2009

UntukKU yanG seRinG LuPa....


Ajarkan aku tentang Islam
Islam mengajar 1001 pengajaran
erti ukhwah
erti kasih sayang
erti ilah
erti berjuang

Ajarkan aku tentang Islam
Islam furqan kebenaran
sedarkan aku tentang penyaksian
sedarkan aku tentang suruhan
sedarkan aku tentang larangan
sedarkan aku tentang pengakhiran

Ajarkan aku tentang Islam
Islam yang mahu aku belajar
secekal Rasulullah dan para sahabat
seteguh iman penduduk Madinah
setinggi akal generasi bumi Baghdad
sekukuh megah bumi Andalusia

Ajarkan aku tentang Islam
Beritahu aku tentang gerhana
tatkala nurani dibatasi akal
tatkala panduan longgar dari genggaman
tatkala lemah dengan mesra pujukan
tatkala pasrah dijajah dikawal
tatkala terhijab rencah dunia dari kalimah penyaksian
tatkala generasiku tak faham isi Al-Quran

Ajarkan aku tentang Islam
Bantu aku kenal Islam
sedarkan aku tentang peringatan
sedarkan aku tentang perjanjian
sedarkan aku tentang musuh dan hasutan
sedarkan aku tentang iman

Ajarkan aku tentang Islam
Ajarkan aku tentang Islam
Ajarkan aku tentang Islam
aku tidak mahu lagi suram, Curam dan MURAM
yang aku mahu adalah islam, Islam dan ISLAM.

Sunday, May 24, 2009

Permulaan Kata Anak Rantau

Diriku di perantauan,
Meniti suka bersilih duka,

Ku terkenang pesan bonda
Tak akan ku lupa,
Ku gendong harapan keluarga,
Harapan itu,
Ku genggam seerat terdaya,

Akanku kembali ke bumi tercinta,
Bumi di bawah bayu...
Bersama kejayaan yang telah kucipta..

Bukan aku benci negeri ini,
Tidak sama sekali,
Tetapi,
Bumi di bawah bayu itu,
Terlalu memerlukan aku,
Menagih sejuta jasa,
Juga bakti,
Dari diri anak jati sendiri..

Aku kan kembali..
Sabah yang kucintai...

INSAN SETIA