Wednesday, September 30, 2009

ehhh....DAH HABIS PUASA KA???


Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana kita masih dipanjangkan usia untuk terus berada di atas bumi Allah ini. Sahabat Fitrah yang dirahmati sekalian.

Dari Abu Ayyub Al Anshari r.a.katanya Rasulullah saw. bersabda:
“Siapa yang puasa bulan Ramadhan, kemudian diiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka yang demikian itu seolah-olah berpuasa sepanjang masa.”
[HR Muslim]

Demikianlah Rasulullah s.a.w mengajarkan kita satu amal yang sangat baik iaitu kita berpuasa enam hari di dalam bulan Syawal sebagai satu kesinambungan bahawa Islam tidak hanya mewajibkan puasa di bulan Ramadan semata-mata, bahkan Islam juga menganjurkan juga
kepada kita supaya mendekatkan diri serta terus mengamalkan ibadah berbentuk puasa ini di dalam bulan Syawal.

Dan Allah SWT memberikan ganjaran yang besar kepada mereka yang berpuasa enam hari di dalam bulan ini sebagai satu galakan dan motivasi supaya kita tidak hanya melaksanakan tuntutan wajib berpuasa di dalam bulan Ramadan.Puasa enam hari digandakan pahalanya seperti berpuasa sepanjang masa. Secara logiknya sudah tentu tidak akan mampu difikirkan oleh akal kita sebagai makhluk Allah. Tetapi Allah SWT Maha Kaya untuk memberikan ganjaran yang lebih hebat lagi seandainya kita istiqamah dalam melaksanakan ibadat kepada-Nya.

Di dalam pertengahan bulan Syawal ini, sudah pasti kita masih menyambut Aidilfitri, maka sudah pasti kita tidak terlepas dari undangan rumah terbuka dan ziarah menzirahi antara satu sama lain. Namun apa yang lebih penting jangan kita menjadikan alasan untuk kita tidak mengambil faedah dan peluang untuk sama-sama kita menunaikan ibadah sunat ini kerana pahalanya yang mungkin dapat menampung kekurangan yang berlaku sepanjang kita menunaikan ibadah puasa di dalam Ramadan.

Di ruang Syawal yang masih ada ini, tanyalah diri kita adakah kita sudah pun mula berpuasa atau kita masih hanya sekadar sibuk dengan Aidilfitri tanpa ada pengisiannya?

....EXAMINATION IS OVER....

ALHAMDULILLAH...Satu lagi ujian dah lepas..
Final Examination untuk sem nie dah habis...Bersyukur sangat2..walaupun result x tau ok ke tak, tapi ana bersyukur kerana walaupun banyak sangat dugaan nak menghadapi exam sem nie,tapi akhirnya semua paper dapat dilalui dengan mulus...RESULT??jangan tanye la ek...
Lepas nie ana dah nak start commit dengan kerja lain pula...ujian gak..ujian mentarbiah diri..
Mengasah kemampuan dalam berurusan....semoga semuanyer dapat dilalui dengan penuh keberkatan...

DETAILS EXAMINATION:
ESM 1324 CHEMISTRY 2: 1/10/2009 (s3004)
LEM 6012 ENGLISH LANGUAGE:24/09/2009 (E006)
ESM 1311 CHEMISTRY LAB 1:25/09/2009 (AMF)
FM 1113 UNDERSTANDING ISLAM:27/09/2009 (AMF)
ESM 1134 MATHEMATICS 3:30/09/2009 (AMF)

p/s:ADA exam MUET n speaking lagi...hehe..
7/10/2009...fLy balik SABAH..kul 2.10p.m...

SEMOGA ANA DAPAT ISTIQAMAH DALAM MELALUI SEMUA UJIAN...

Monday, September 28, 2009

API...API...API..

Hari ini ana agak lewat bangkit dari tempat BERADU...agak kurang sihat rasanya badan ini..
mungkin ini la di katakan symptom2 examination..melihatkan jam yang telah tegak ke angka 12..ana kuatkan diri untuk bangun..mungkin itu yang dikatakan pejuang..bangkit untuk melawan...
Huhhh...

Balik je dari mandi,tetiba ana mendengar teriakan announcement dari bawah...diri ini menyangka ia hanyalah teguran untuk MEREKA yang kerap bermain mercun...Namun penilaian ana meleset...mak cik cleaner berlari di hadapan ana & mengarah supaya turun..
Ana pelik...Rupe2nyer ada API kat bawah...ana & rakan2 terkesima..semua bertanya apa yang terjadi..masing2 ingin mengetahui perihal kejadian...ana & rakan2 pun bak CSI CFS turun ke bawah untuk membuat penelitian...rupe2nyer kami terlewat..telah ramai CSI2 yang lain yang memulakan penyiasatan..tak mengapa...yang penting asrama yang menjadi tempat berlindung ratusan pelajar ini masih boleh ditempati...GYM terbakar..punca belum diketahui...tapi semuanyer baik2 belaka...Alhamdulillah...Maybe peringatan daripada Allah untuk semua student...API BILA KECIL JADI KAWAN,DAH BESAR JADI MUSIBAH....
BAGI sape2 yang dok main mercun 2..fikir2kanlah...ana sekali la 2...

kedudukan Ahli Bilik semasa kejadian..
Umar,Rahman,Nazrul,Farhan-Study dengan tekunnyer..
Ruzaini-Makan kat AIKA...HISH3..
Mukhsin-Kat kiosk beli newspaper..
Ahmad & Rusli-Qailullah..tapi awal lagi kot..Rusli memang steady...
Ana-Baru lepas menyegarkan diri...
Alhandulillah semua selamat...K sahabat2...ambil iktibar dari apa yang berlaku...
Assalamualaikum....

Sunday, September 27, 2009

CINTA SAHABAT



IMAM Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama.
Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya: “Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. “Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.” “Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. “Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.” Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya. Katanya: “Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. “Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat. “Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. “Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan. “Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat. “Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. “Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.” Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan. Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata: “Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan. “Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan. “Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.”

...Ana SABAHAN...



AssaLamualaikum..
Agak lama x bersua muka di hadapan blog ana nie..agak rasa bersalah pada sahabat2 yang menanti perkongsian dari diri hamba yang hina nie...ana menghargai penantian sahabat2 sekalian..Mungkin kerana kesibukan dunia yang sementara ini menyebabkan Hamba Allah yang lemah ini x mampu menyempatkan diri untuk membuat sedikit perkongsian...

Hamba hina ini di duga dengan cabaran yang agak besar bagi ana...menjawat jawatan yang tidak layak untuk diri..rasa sedih & bersalah sering membelenggu diri..ANAK BORNEO yang bermusafir di bumi semenanjung namun menggalas beban sebagai pemimpin..
Layakkah diri ini??HINa nya diri ini..
YA ALLAH.. ANUGERAHKAN ANA KELEMBUTAN SEIZZAH ABU BAKAR,KETEGASAN SELEMBUT UMAR,KETABAHAN SEPASRAH USMAN,KECERDIKAN SETAJAM ALI,KEMURAHAN SETULUS KHADIJAH,KEFASIHAN SEPETAH AISHAH, KEPATUHAN SEUTUH FATIMAH, DAN YANG UTAMA,HATI YANG GAGAH SESUCI RASULULLAH..

Ana sering kali terfikir..apa yang ana nak sumbangkan kepada negeri kelahiran ana..DAN apa yang sudah ana lakukan untuk mencapai matlamat itu???apa??
Terlalu banyak persoalan yang terlintas di ruang minda ana..terlalu sesak jiwa ana dengan persoalan diri ini..Alhamdulillah..pada masa yang agak genting ini...Ketika diri ini sedang berhadapan dengan minggu Exam...Allah mengilhamkan ana untuk berfikir,bermuhasabah dan menilai sejauh mana kemampuan diri..

Ingatlah ketika Allah berfirman..
"Dan(ingatlah)ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat,"Aku hendak menjadikan khalifah di bumi."Mereka berkata,"Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana,sedangkan kami bertasbih memuji MU dan menyucikan nama Mu?"Dia berfirman,sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui"

Ana sering mengenangkan ayat peringatan ini sebagai panduan berharga dalam diri ana yang di taklifkan sebagai pemimpin..samada kita nak atau tidak, kita semua adalah khalifah..mungkin ayat agak kerap didengar...KITA ADALAH KHALIFAH..namun ayat ini sering berlegar di telinga yang sama..maksud ana hanya orang yang membaca atau tahu saja yang sedar mereka adalah khalifah..Tapi bagaimana dengan orang yang tak tahu??
Pernahkah kita terfikir???Pernahkah kita berniat untuk berkongsi pemahaman kita dengan saudara seaqidah yang lain???

Ana agak terkejut kebelakangan ini apabila mendengar,membaca dan melihat rintihan saudara2 seaqidah ana dari negeri DI BAWAH BAYU ini,yang mahukan kegemilangan ISLAM bertapak di bumi BORNEO...ana terfikir bagaimana untuk merealisasikan impian ini???
Benarkah ramai golongan berpotensi telah lari ke semenanjung???benarkah??ana tidak mahu menstereotaipkan sesuatu golongan..mungkin ada yang telah berhijrah ke semenanjung...namun ramai juga yang masih thabat dalam meneruskan perjuangan sebagai DAIE di bumi BORNEO ini..namun pergerakan mereka agak kurang kelihatan..Hal ini kerana, pergerakan dalam kumpulan yang agak kecil..ana berazam untuk untuk mencari suatu medium menyatukan semua hamba2 Allah yang mempunyai keazaman yang kental ini dalam meningkatkan pentarbiahan di negeri yang digelar LUBUK DAKWAH INI...ana rasa sabahan sendiri perlu mencari langkah penyatuan dalam merealisasikan impian ini...

Ana insyaallah akan mewakafkan jasad ini dalam memberikan yang terbaik untuk bumi kelahiran ana...marilah wahai sahabat2 sabahan yang lain..kita kumpulkan para jundullah dan membawa transformasi kepada bumi tercinta ini...Ana memang hamba yang paling hina dalam kalangan kalian,namun ana berpegang kepada kata2 sahabat ana...
JANGANLAH BERHARAP MENJADI KAIN PUTIH YANG SENTIASA BERSIH,NAMUN ADA BAIKNYA UNTUK KITA MENJADI KAIN BATIK YANG INDAH CORAKNYA...INDAH DIPAKAI OLEH SI PEMAKAINYA...Begitulah juga dengan kita,Jangan terlalu difikir kisah silam yang kelam,bertaubatlah dan jadilah hamba yang lebih baik dari hari ke hari...Allah itu maha Pengampun...

SAHABAT2 ku doakan perjuangan kami hingga ke titisan darah yang terakhir..Selamat Hari Raya AidilFitri...Maaf Zahir Batin...
Tak berniat nak post pasal raye pasal dah ramai sahabat2 yang berkongsi...ana rasa sama jak ngan ana coz raya kejap jer...Exam menanti...
KERANAMU ISLAM KAMI BERJUANG....ALLAHUAKBAR...

INSAN SETIA