Monday, May 3, 2010

KisahKu & Perjalanan


Assalamualaikum Pembuka bicara...


Sudah terlalu lama ana tidak bersua di laman maya ini.Banyak faktor yang menjadi penghalang untuk ana meneruskan perkongsian.Mungkin, musuh utamanya ialah sikap MALAS yang telah membunuh istiqamah ana untuk menaip dan mencurahkan segala cerita.YA, MALAS..Sikap yang tidak ada dalam kamus hidup orang-orang yang berjaya...Apatah lagi yang bergelar sebagai seorang Daie..Pejuang Islam..Namun, formula mahupun teori untuk berhadapan dengan wabak ini seolah-olah tidak berfungsi jika tidak difahami secara menyeluruh...Begitulah yang terjadi dalam diri ana..Dikuasai oleh MUSUH utama perjuangan sehingga terbuai oleh mimpi-mimpi “INDAH” yang membuai kelembah kehancuran..Astaghfirullah...

Sebenarnya,terlalu banyak perkara yang telah berlaku dalam diri ana yang sememangnya menambahkan helaian cerita dalam diari ana sebagai anak perantau.Sepatutnya segala yang menimpa diri ana ini boleh membuatkan diri ana lebih matang dalam menjalani hidup sebagai seorang HAMBA ALLAH jika ana dapat mengambil iktibar bagi setiap perkara.Namun hakikatnya, masih banyak perkara yang belum dapat ana rungkaikan.Mungkin disebabkan kelemahan daya pemikiran dan kesedaran ana dalam menilai sesuatu perkara belum sampai ke tahap yang seharusnya.Insyaallah,segala cerita yang berlaku & iktibarnya akan ana kongsikan secara berperingkat-peringkat kepada para SAHABAT sekalian.

Ada baiknya ana mulakan dengan peristiwa utama yang memicu “Adrenaline” ana untuk berkongsi dan meneruskan aktiviti penulisan ini.Ana rasa, sahabat-sahabat yang terdekat mesti tahu akan asal usul anak perantau ini...”Ana Anak Sabah Yang sedang menagih ilmu di bumi Semenanjung”. Pada musim cuti yang amat indah ini,tatkala mahasiswa-mahasiswa lain sudah ada perancangan bercuti ataupun bekerja yang mana pada asalnya ana juga merancang benda yang sama,ana ditakdirkan oleh Yang Maha Mengetahui dengan takdir sangat sempurna.Ana ditakdirkan untuk bertemu dengan insan-insan berhati waja dan bersemangat jitu dalam menyebarkan syiar Islam di bumi Di Bawah Bayu ini.Semoga Allah mempermudahkan & memberkati segala urusan para pejuang agama Allah ini.

Cerita bermula setelah dua minggu ana menghabiskan masa cuti demi kepentingan diri semata-mata.Setelah bermuhasabah,ana terbuka hati untuk mencari aktiviti yang memerlukan tenaga ana & apa sahaja kemampuan yang ana ada demi untuk membantu mengIslahkan masyarakat setempat. Pada akhirnya,ana ditemukan dengan segolongan ahli Jemaah Islam dan berpeluang untuk menyertai mereka melakukan kerja amal Islami di bumi yang digelar “Lubuk Dakwah” ini.Kerja bermula pada 1 mei 2010 dengan perbincangan bersama atau syura berkenaan banyak perkara & Alhamdulillah dengan keberkatan dari Ilahi,banyak perkara dapat diselesaikan & bagi anak muda seperti ana,ianya menjadi pelajaran yang amat bermakna.Cerita berlanjut dengan mengikuti salah seorang ustadz lulusan mesir yang bernama Ustadz Muin & keluarganya memberi pengajian ke salah sebuah kampung di kawasan ana.Walaupun ana sudah 20 tahun tinggal di tanah Keningau ini,namun ianya pengalaman pertama ana menjejakkan kaki di kampung yang benama KG. Mongitom itu.Perjalanan ke kampung membekas di hati ana.Begitu pilu rasa hati tatkala melihat keadaan jalan & kehidupan masyarakat kampung di situ.Spontan ana terfikir di mana fungsi pihak yang berwajib dalam menjaga hal ehwal kebajikan masyarakat setempat??Benarkah kita tidak ada duit atau mungkin duit itu telah di “MAGIC”kan sehingga memberi dampak negatif kepada rakyat kecil.Semoga K.M atau wakil-wakil berkenaan yang dapat baca post ana ni dapat member jawapan...Jawab ya jangan tidak jawab...Balik dari kampung ni dan dalam perjalanan mengisi perut yang lapar,kami diperlihatkan dengan sambutan yang sangat meriah di pekan Keningau.Begitu meriah sehingga penuh warna pekan Keningau tatkala itu.Baru ana teringat bahawa bumi kelahiran ana sedang meraihkan Pesta Kaamatan.Hurrrrmmmm..Sekali lagi fikiran ana terbang melayang. Pesta se GAH itu mampu diadakan,namun nasib rakyat seperti di Kampung tadi terabaikan...Ana fikir, rakyat perlu sedar akan hak mereka akan hal ini... Sabda Rasulullah yang lebih kurang maksudnya berbunyi “Bukan dari Umatku orang yang tidak memikirkan masalah ummah” cukup memberi penjelasan kepada kita semua akan tanggungjawab kita.. Jadi,Apa yang harus kita lakukan???Ana harap pihak yang terlibat sedar akan hal ini...Kalau rasa tidak mampu, Ada baiknya berundur..

2 Mei 2010: Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar...Selawat & salam ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w,ahli keluarga baginda & para sahabat..Hari ini lebih besar maknanya dalam hidup ana..Hidup selama 20 tahun, hari ini bagaikan memberi satu perspektif baru yang amat bermakna dalam kehidupan ini.Pengalaman yang merubah “sesuatu” dalam pendirian ana.Pada hari ini,ana sekali lagi berpeluang ke suatu tempat baru yang sepatutnya telah lama ana pergi.Insan-insan yang sama telah memberi peluang kepada ana untuk bersosialisasi dengan masyarakat setempat iaitu yang berada di kawasan SOOK Keningau.Tepatnya di Kampung Nandangan Sook Keningau 126 km dari pekan Keningau.Kedatangan ahli jemaah ke sana dengan membawa satu misi keprihatinan terhadap nasib masyarakat setempat yang seharusnya telah lama diberikan perhatian.Melihat keadaan surau yang di beri nama Surau Al-Mahdi seumpama melihat benda yang tidak asing iaitu Reban Kambing..Maafkan ana..Namun itulah hakikat yang terjadi.Ana ada buktinya.Surau yang menjadi tempat Ibadah penduduk kampung ini telah ditelantarkan begitu sahaja..Begitu sayu hati ana melihat fenomena ini terjadi..Namun tidak dimungkiri,hati ini turut merasa marah terhadap pihak-pihak berwajib yang telah memberikan janji-janji palsu terhadap masyarakat ini.Astaghfirullah..Tidakkah kita tahu bahawa mungkir janji merupakan salah satu sikap orang-orang yang munafik??Nauzubillah...

Menempuh perjalanan selama lebih kurang dua jam tiga puluh minit dengan keadaan jalan “Grabble” sememangnya amat mencabar keazaman para ahli jemaah.Namun dengan niat ikhlas kerana Allah S.W.T ,akhirnya kami sampai ke tempat tujuan dan telah di sambut hangat oleh penduduk Kampung Nandangan dan kampung-kampung sekitarnya.Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari pengerusi majlis dan ucapan dari pengerusi Surau Al-Mahdi.Seterusnya,majlis diteruskan dengan ucapan penuh bersemangat dari Ustadz Hisyamuddin yang mendapat sambutan dari penduduk kampung.Setelah itu,perbincangan dengan penduduk kampung berkenaan pembinaan surau dilaksanakan.Alhamdulillah,kata putus dapat dicapai untuk menyelesaikan masalah untuk membina surau Al-mahdi tersebut.Kemudian,majlis berehat sebentar dengan jamuan makanan tengah hari yang di bawa khas dari Pekan Keningau.Aktiviti terakhir adalah penyerahan bantuan kepada masyarakat kampung berupa bantuan kewangan dan makanan.Majlis diakhiri dengan bacaan doa dan salam bersalaman antara penduduk kampung dengan ahli-ahli jemaah. Semoga dengan kehadiran kami di kawasan ini memberi sinar baru kepada kegemilangan Islam di bumi Di Bawah Bayu ini.INSYAALLAH.

Antara Informasi yang ana perolehi daripada masyarakat kampung ialah Kampung Nandangan terdiri daripada 42 buah rumah dan hanya 6 buah rumah adalah keluarga Muslim.Seisi rumah terdiri daripada 5 orang dan ke atas.Bidang pekerjaan penduduk adalah menoreh getah,menanam padi bukit dan menanam kelapa sawit.Antara masalah yang dihadapi oleh penduduk ialah masalah air,masalah pendidikan anak-anak,pemahaman agama dan nasib golongan mualaf yang tidak ada follow up dan keadaan surau yang sudah usang dan tidak mendapat perhatian dari pihak yang berwajib.Ana sememangnya mengharapkan agar kampung ini & kampung-kampung yang senasib mendapat perhatian yang sepatutnya daripada wakil rakyat kawasan ini.Ana mendapat maklumat bahawa janji yang telah termenterai 8 tahun lalu tidak kunjung terlaksana.Ana menyuarakan suara mereka.Jangan mainkan isu politik kepada mereka.Bagi puak-puak yang telah mencemarkan persepsi politik,mengundi & kepimpinan di mata penduduk seperti mereka,bertaubatlah & perbetulkanlah apa yang telah salah.Kalau sudah rasa tidak mampu,cukuplah..Berundur dan beri peluang kepada mereka yang betul-betul memahami bidang ini menyelesaikannya.Insyaallah pasti ada.Kepimpinan bukan bidang untuk mengenyangkan perut sendiri,sebaliknya ia adalah medan untuk memberi & mengetepikan kepentingan peribadi.Ana malu kepada Allah & Rasulullah sekiranya ana menjadi insan yang menyanggupi amanah yang ana tidak mampu untuk pikul. Renungkanlah...Wallahualam....

No comments:

INSAN SETIA