Perjalanan yang sememangnya sangat jauh terbayar dengan hanya melihat keempukan sofa di rumah..Subhanallah,sedapnya kalau rehat ketika itu..Tapi??Astaghfirullah,belum menunaikan Solat rupanya...Menangguhkan sedetik hasrat berehat untuk benda yang tersangat-sangat penting..Ubat dari segala ubat.."
"Inna SollataTanha Anil fahsya iwal mungkar"
Selesai bertemu Sang Khaliq,termenung seketika diatas Sajadah Cinta mengimbau kembali detik2 permusafiran diri ini...
Bermusafir dari IIUM ke LCCT dengan menunggang motosikal sememangnya menghasilkan penat tersendiri walaupun diri ini hanya sekadar menjadi pemberat kepada motor tersebut,sebaliknya sahabat saya Ridzham yang bermujahadah menunggang haiwan besi tersebut dengan penuh berhati-hati..Keadaan diri yang sememangnya mengantuk terpaksa tidak dilayan kerana perlu mengejar masa yang begitu pantas berlalu..
Sampai sahaja di LCCT,saya memperkenalkan LCCT kepada Ridzham yang buat pertama kali menjejakkan kaki di tempat tersebut..Tidak sedikit soalan yang keluar dari mulutnya..Ada ketika keluar protes kerana melihat terlalu ramai Sabahan berada di situ..
"Dah nak balik,mestilah naik kapal..Bukan macam nak balik Kedah..Banyak Alternatif lain..Pasal tue la Ramai"
Spontan diri ini menjawab permainan protes Am..hihii
Tidak sampai 30 minit,diri ini sudah terpaksa untuk meneruskan perjalanan dengan menumpang burung gergasi yang dinamakan "Air Asia".Teringat pesanan Am sebelum saya berangkat...
"Hang Jangan Dok Tengok Pramugari tue..Bahaya..Puasa"
Acap kali pesanan itu saya dengar kalau ada sahabat2 yang agak baru dengan sistem penerbangan ini..Saya pun tidak pasti kenapa mesti ada eksploitasi Wanita dalam sistem penerbangan..Kaum2 wanita ini pula seolah-olah membiarkan diri mereka dilakukan sedemikian..Astaghfirullah..Semoga Allah memberikan Hidayah kepada mereka..Terutamanya kepada BOSS agensi penerbangan..Kepada yang telah sedar pula,semoga Allah menjaga nikmat hidayah ini..
Menghabiskan masa selama 2 jam 3o minit bersama burung gergasi sememangnya BORING..
Kalau menjadi sahabat2 ana yang dah Tahfiz,Insyaallah mesti masa ini sesuai untuk mengulang bacaan..Itulah kelebihan Kalau dh Hafal Quran..Terasa dekat dengan Allah..Pasal selalu baca Surat Cinta daripadaNYA..Ana pula??Disebabkan Quran tinggal,hanya mampu mengulang ayat2 lazim yang akan di tasmi masa Halaqah je..Pas tue tido..iskh3..
Sampai sahaja di KKIA,sekali lagi diri ini tergesa-gesa berlari mencari surau yang berada di tingkat 2..Terpaksa meninggalkan sejenak mak ngan ayah yang telah menunggu diluar..Selesai menunaikan Solat,Ayah meminta cadangan tempat untuk 'BERSUNGKAI'..Dek kerana penat,saya pun membiarkan keputusan dibuat oleh mak ngan ayah...Alhamdulillah walaupun agak lewat sedikit,tapi sempat juga sungkai..
Selesai itu,mak ngan ayah ajak pegi GIANT,planning nak solat kat sana..Sampai kat sana,hati ini bagaikan Gunung Berapi yang nak meletus..Giant sebesar-besar itu tiada surau..Fuhh..Berapi hati ini..Macam mana la dengan pekerja2 di Giant yang saya yakin Islam kerana bertudung..
iskh3..Hal2 besar ini tidak di ambil kira ka??
Di manalah sensitiviti terhadap agama??
Astaghfirullah..Takp2..Tengok la nanti..Insyaallah akan saya buat perubahan..
Perjalanan seterusnya tidak saya sedari kerana terlena dalam kereta..lena yang teramat sangat..Buka mata je dah sampai rumah...Wahh seronok tengok rumah yang penuh dengan cahaya lampu lip lap...huhuhu...
Selesai mandi,solat,menghadap laptop & sms ngan sahabat2 uia..tetiba ad 3 sahabat lama mesej ana..bertanyakan keberadaan saya ketika itu..Seronok dorang bila cakap ana kat sabah...Terharu la gak..
Tapi,kemusykilannya adalah..............
Ada persamaan pertanyaan bagi mereka...Semua bertanyakan perihal UBM( Unit Baitul Muslim)..
Ya Allah..Dugaan apa lagi yang datang ini..
Soklan Pertama: "Ril Apa Pendapat ko Kalau Aku Khitbah Muslimat nie??"
Soklan Kedua: "Abang Syahril,bolehkah kalau muslimat yang mulakan dulu dalam proses baitulMuslim??Ndak Salah??
Soklan Ketiga: "Ril Macam mn mau start BM(BaitulMuslim)??"
Tersentak juga mendapat soklan itu.Tidak mahu mereka menganggap jawapan yang ana berikan sebagai fatwa,so ana hanya memberikan masukan seperti mana yang pernah ana bincangkan bersama2 dengan ustdadz,ustazah mahupun insan2 yang ana thiqah...Insyaallah penekanan bab adab menjadi fokus utama ana..Sedikit pengalaman & realistik UBM yang tidak seindah sentuhan mata ini ana utarakan..Terpulanglah kepada istikarah mereka samada mahu teruskan atau bagaimana..Islam memang tidak sesekali membenarkan hubungan antara yang bukan muhrim sebelum nikah..
Soklan yang kedua lebih menggerunkan tatkala responsnya berbunyi
"Kalau ada muslimat yang mengkhitbah abang mcm mn??"
Tersentak,terkelu,terpaku & membeku..
Tetiba spontan terpacul keluar dari mulut ana...
"Abang lagi prefer kalau abg yang khitbah..."
"Memang ada kes begitu berlaku kat abang dulu..Tapi Istilahnya bukanlah Khitbah,melainkan nak Ngorat..Jadi abang lagi prefer yang abang khitbah & dapat menjaga akhlak & maruah dirinya & diri abang.."
"Tapi bagi muslimat yang mahukan bakal suami yang elok & telah berjumpa,abang x rasa ia salah memulakannya dahulu dengan syarat adab yang Islam telah gariskan menjadi tunjang paling utama.."`
Begitulah antara penjelasan yang ana sampaikan..Mungkin bukanlah masukan yang terbaik kerana ilmu hamba masih terlalu cetek untuk membahas isu ini..
Kawin bukanlah semata-mata isu tidak tahan nafsu mahupun mahu menjaga pandangan semata-mata..Ia sangat lebih dari ini..Ia satu proses pentarbiahan yang lebih luas & tanggungjawab sangat besar yang Allah berikan kepada kita...Melahirkan insan2 rabbaniah & mampu meneruskan perjuangan..Sahabat ana adli selalu mengingatkan perihal ini..kena jaga diri baru boleh jaga orang lain..
Tapi USAHA memang selalu kena ada...
Tak lain yang dapat ana doakan melainkan Allah menjaganya Untukku agar aku menjadi lebih kuat untuk meneruskan perjuangan walaupun setelah berumah tangga...
Semoga Allah menjaga keputusan yang telah termenterai..
"Rabbana Hablana Min Azwajina wa zurriyatina qurratu a'yun wajaalna lil muttaqima imama"
24 Years Old..
Insyallah masa akan cepat berlalu & itu masa yang Allah bagi untuk memperkuatkan tarbiah diri sendiri...
TERIMA KASIH BUAT INSAN YANG ALLAH AKAN TAKDIRKAN UNTUKKU KERANA MENJAGA DIRIMU & DIRIKU..
Siapa???Insyaallah telah tertulis di Luh Mahfuz..Ana pun tak tau..
Wallahualam....
No comments:
Post a Comment