Friday, September 3, 2010

CeritaKU


Tok..Tok..Tokk...
Assalamualaikum..Ada orang ke kat blog??
Tok..Tok..Tokk..
Kenapa tidak bersahut pun???
Tok..Tok..Tokk...

Ehh..Ehh..Waalaikumsalam..Silalah masuk..Dah lama ke tunggu kat luar skrin tue??
Maaf la..Tetidur la pula...Tak tau brape lama..huhuhu
Mungkin itulah situasi yang berlaku dalam blog saya ni..Sudah lama tidak diisi untuk tatapan & perkongsian sahabat2..Terlalu banyak halangan yang telah mematikan "mood"untuk menulis walaupun pada dasarnya,saya telah berazam untuk sekurang-kurangnya membuat pengisian seminggu sekali..Tapi???Teruk betul perangai nie...Jangan sesekali ditiru..Baiklah..Sekarang saya akan cuba membuat sedikit sinopsis perjalanan insan yang bernama Ibnu Sudirman ini sepanjang berada di IIUM Gombak nan Indah Permai sepermai Taman Permainan..hehe

"Malam Terakhir"
Tajuk malam terakhir nie macam pelik jer kan??hoho..Maksud malam terakhir merujuk kepada aktiviti malam terakhir saya sebelum berangkat pulang ke Sabah.Memang pengalaman yang "siok"..Perancangan Adhoc untuk keluar ke Danau Kota untuk membeli baju raya terpaksa dilewatkan dek kerana masalah yang tidak dapat dielakkan..Kesannya,kitaorang terpisah kepada 2 kumpulan besar..Saya tergolong dalam Kumpulan kedua yang sememangnya lewat tiba di tempat kejadian..Mohon maaf ye Rombongan Pertama..Disebabkan kami sampai dalam pukul 12,atm yang menjadi sumber kewangan tatkala itu memaparkan ayat2 hikmah "Out of Service"..Then??shopping pun dibatalkan...Jadi,hanya sekadar window shopping je la..Sedih gler...Takp2..Habis Round2 Danau Kota yang sememangnya tidak macam Danau,kami pun menuju ke destinasi seterusnya..Disebabkan perjalanan yang sememangnya adhoc,kami syura kembali untuk memperkemas flow perjalanan...Then,Syura pun menetapkan untuk kitaorng g makan kat Gombak..Satay Haji Samori..Tapi???jeng..jeng..jeng...TUTUP...........Arrggghhhhh
Perancangan bertukar untuk makan satay kat Greenwood je walaupun pada asalnya adalah insan yang mencadangkan untuk makan Char kue Tiau je..Tapi??tidak diluluskan...hahaha...
Setelah melepaskan gian nak makan satay,PILOT rombongan pun mengetuai perjalanan..Fikirkan nak terus balik umah...Rupa-rupanya,pegi kolam air panas...Memang HOT..
Tapi disebabkan macam ramai jer & tempat pun "open" ditambah kehadiran jantina lawan jenis,perasaan malu segera timbul...kitaorang pun hanya menjadi pemerhati & menikmati keindahan air panas melalui teknik bayangan je la..huhuhuhuuuu..."Malu kan sebahagian dari Iman"..Selepas itu barulah kitaorng balik ke rumah PILOT..Tapi,sekali lagi ada gimik..Pilot siap bawa ke "bakal rumah" dia 10 tahun akan datang..terkejut kitaorang...Syahrul siap tergamam lagi melihat keindahan rumah tersebut..Sekali dia tipu daaa..Teruk betuii..Kesian kat syahrul...hahaha...Setelah itu baru kami benar2 sampai ke Banglo Pilot yang sememangnya telah dihuni oleh 3 orang sahabat beliau...Sampai rumah macam biasa la..MUSTAHIL tidur terus..Borak2 sampai takd cerita lagi untuk digelakkan..Saya pun dengan penuh rasa tak bersalah meneruskan sesi berborak hingga lewat pagi...Walhal esoknya ana kena jalan jauh balik ke Sabah...Perjalanan yang super Mantop pun berakhir pada keesokan harinya..Ehhh lupa..On the way balik tue,kitaorang siap jumpa Sarjan Misai...PILOT happy giler pasal dia kata mahal2 bayar amik lesen,kalau tidak kena cek,rugiii la....hahahaahaa...memang seronok..
Terima Kasih kepada sahabat2 saya yang menjadi agen pencetus kepada pengalaman penjelajahan malam tue...

PILOT + Penunggang Motosikal Terbaik= Dziaulhaq
Ustadz Azam + Penceria Suasana= Syahir Panjang
Pencinta Char Kue Tiaw= Ridzham
Pengkagum Rumah Pilot= Syahrul
Adik Comel= Hanif
& Sahabat2 yang x dapat ikut serta hingga akhir penjelajahan malam tue kerana ada hal masing2..Insyaallah pas nie kita rancang g....

Setelah sampai ke UIA,seperti yang saya jangkakan,memang hidup serba tergesa-gesa...Risau terlepas flight penerbangan..Kami pun membuat "Packing Remaja Masa Kini" jer..Faham2 je la..
hooohohoooo...Otw ke LCCT,ada 2 kejadian menarik...
1) Rantai motor rosak...Nasib baik dekat Greenwood lagi..Senang nak cari bengkel Tukar Rantai...Nasibbb..Nasibbb..

2) Saya siap 3 kali tertidur atas motor..Memang saat2 yang sangat menggerunkan..iskhhhh..Bahaya betul..Rizham terus berhenti kat tempat perhentian nak bagi saya tidur kejap...Walaupun masa sememangnya sangat menakutkan masa tue,tp kami memikirkan keselamatan lebih penting daripada flight ketika itu...Tapi kalau betul2 tertinggal flight time tue,mmg beraya berair mata kat KEDAH r...huhuhuhuhhhhh

+Exam+
2 minggu Sebelum cuti nie,warga IIUM dihadapkan dengan minggu2 penuh ketensionan iaitu EXAMINATION..hehehee..Tapi sebenarnya seronok ada exam nie...Baru nampak budaya study kat UIA tue...huhu...Sebelum cuti Alhamdulillah saya hanya ada 2 paper exam & beberapa quiz...Tapi lepas cuti,bagaikan bom atom yang terhempas kat Hiroshima...Exam sokmo...Penuh 1 minggu exam..So,cuti memang macam tak cuti la...Smart kan...Semoga Exam dunia nie dapat mengingatkan diri Hamba ini untuk lebih bersedia dengan Ujian yang sebenar benar Ujian..Semoga pada ujian itu,saya diberikan petunjuk agar dapat menjawab mengikut skema yang telah Allah beritahu...Insyaallah..So,doakanlah semoga kita semua diberikan kecemerlangan dunia wa akhirat..Baru bleh memartabatkan Islam kembali dimuka Bumi Allah nie....


P/s:Tetiba ngantuk,Insyaallah pasnie saya ceritakan pula pasal kejadian kemalangan sahabat2 yang ana cintai,Trip to Kuantan,Iftar kat Umah Adli & Insan2 yang paling rapat ngan saya sekarang nie...Di samping Cerita,Insyaallah ana akan buat juga pengisian2 yang dapat memberi lebih manfaat kepada sahabat2..ok...Selamat Beribadah..Buatlah Pecutan Paling Kencang..Risau2 tahun depan tak terdaftar di dalam madrasah Ramadhan dah...
wallahualam...

Saturday, August 7, 2010

Memandang Ke Hadapan


"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah, Allah menciptakan isteri-isteri bagi kamu dari jenis kamu sendiri, agar kamu dapat hidup tenang bersama mereka. Kemudian Allah menciptakan kasih-sayang di antara kamu (antara suami-isteri)"
[Surah Ar-Ruum: 21]

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, sehingga Adam a.s rindukan Hawa.
Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cu
ba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada cinta Allah yang Maha Agung, disitulah segala jawapannya.

"Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau 'women gladiator'. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja : negarawan, karyawan, jutawan dan "wan-wan" yang lain. Tidak akan lahir 'superman' tanpa 'superwoman'.
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan."
Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan 'secretary', bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.

Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara .
Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa.
Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan.
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.
Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita.
Jangan mengharap isteri seperti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Ali.


Istimewa buat sahabah sahabiyah seperjuangan yang sama-sama ingin menegakkan syariat Islam
Para mujahid mujahidah yang berjuang atas jalan Allah
Para pendakwah yang sentiasa bermujahadah menyampaikan risalah-Nya
Pemuda-pemudi Muslim dan Muslimah
Yang ingin membina Bait-ul-Musleem, Rumahtangga Islam
Keluarga Islam, Masyarakat Islam
Seterusnya melahirkan generasi yang menjadikan Islam sebagai pegangan hidup
Agar terbinanya pembangunan berteraskan sistem hidup yang sempurna ini
Menuju satu alam yang selama-lamanya
Kerana di situ pasti
Destinasi cinta yang abadi, cinta yang Maha Pencipta

P/s: Sekadadar perkongsian yang terlintas di ruang minda ana...Ada kaitan bagi yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia..Sudah Anda Bersedia??More important..Sudahkah Diri ini sedia???Wallahualam..

Wednesday, July 21, 2010

"Top 7 Secrets"


*Assalamualaikum Insan2 Rabbani Sekalian..*
Setelah sekian lama mengintai waktu & kesempatan untuk membuat pengisian di laman akankembali ini,akhirnya masa itu menjelma juga hari ini.Tatkala semua kelas di'tiadakan' dek disebabkan Lecturer2 daripada kuliyyah Kejuruteraan sedang menghadiri kursus,maka ana pun mencuri sedikit waktu mengulang kaji pelajaran, untuk mengetik 'papan kunci' laptop ini..
Posisi Longitude & Latitude bilik ana yang tidak dapat mendeteksi wireless iium ini menyebabkan ana harus menunggu giliran menggunakan jalur lebar sahabat sebilik ana untuk membuat sebarang urusan berkenaan alam maya ini..Terima kasih sahabatku Nur Mohd Adli..
Nie la adli..Selalu kejutkan ana time Subuh...Dia gak r yang pinjamkan laptop..Tapi kadang2 tamak nak bg pinjam..hehehe..

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naunganNya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu:
Imam (pemimpin) yang adil,

Pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah,
Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid,

Dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah,

Seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab: Aku takut kepada Allah,
Seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya,
Seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.”
(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)
◦Pemerintah yang adil.
Ini kerana tanggungjawab dipikul pemerintah dalam melaksanakan keadilan adalah perkara yang amat berat dan bukanlah mudah bagi seorang pemimpin untuk melaksanakan keadilan terhadap semua rakyatnya.
Sekiranya keadilan ini berjaya ditunaikan, ganjarannya adalah amat besar sekali. Namun jika gagal, dia menjadi pemerintah yang zalim dan azab menanti di akhirat. ◦Pemuda yang hidupnya sentiasa mengerjakan ibadat kepada Tuhannya.
Ini kerana sebaik-baik masa dan semahal-mahal harganya di dalam hidup seseorang manusia adalah ketika alam remaja kerana pada usia muda seseorang berbagai ujian dan godaan terpaksa ditempuhi. Maka beruntunglah pemuda yang berjaya melepasi rintangan itu.

◦Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid.

Sesungguhnya terdapat hadis menyebutkan bahawa dua hayunan kaki yang melangkah ke masjid ganjarannya amat besar di sisi Allah SWT dan dikategorikan sebagai satu sedekah.




~Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah.
Hubungan yang terjalin di atas dasar yang bercanggah dengan syariat sehingga melanggar batas agama, adab kesopanan dan sebagainya adalah hubungan yang menjurus ke arah dosa dan maksiat. Seharusnya ikatan kasih sayang yang dijalinkan sesama manusia mestilah ikhlas kerana Allah agar perhubungan itu mendapat pahala, restu dan keberkatan daripada-Nya.

◦Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk berzina lalu dia menolak dengan berkata: "Aku takut kepada Allah!"
Ini menunjukkan keimanan dan ketakwaan yang sebenar berjaya menangkis segala bentuk godaan yang datang. Hal ini bukanlah mudah kerana tanpa kekuatan iman seseorang itu pasti akan mudah terpengaruh dengan bisikan nafsu dan akhirnya terjebak dalam perbuatan zina.

◦Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya.
Ia menggambarkan mengenai keikhlasan hati orang yang bersedekah.
Sesungguhnya tidak ramai orang dapat menyembunyikan kebaikan dilakukannya melainkan akan terdapat perasaan riak dan ingin menunjuk supaya mendapat pujian atau sanjungan dari orang ramai.

◦Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.
Inilah sifat muslim mukmin sejati yang mempunyai perasaan cintakan Allah dengan sepenuh hatinya. Dia sentiasa memikirkan dan menghayati kejadian dan keagungan ciptaan Allah serta sifat-Nya yang Maha Agung. Oleh yang demikian hati, fikiran dan jiwanya terhindar daripada perkara yang melalaikan

Thursday, July 15, 2010

UIAM @ IIUM



Assalamualaikum & Salam Mujahadah Sahabat-sahabiah yang saya kagumi..Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...Praise be to Allah...Segala Puji Bagi Allah..

Secara rasminya,Saya kini bergelar Mahasiswa UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA..Selepas melalui kehidupan sebagai Pelajar Pusat Asasi UIAM selama 2 tahun,status sebagai Mahasiswa UIAM Kampus Utama Gombak kini telah disandang oleh Insan Terpinggir ini..Mungkin ada yang beranggapan apa hebatnya & istimewanya UIAM ni??Dulu mungkin la hebat dalam aspek tarbiah & akhlaq Mahasiawanya.Namun kini,semuanya sudah berubah.Tidak ada bezanya mahasiwa UIAM jika hendak dibandingkan Mahasiswa-mahasiswa universiti lain.Komen & kritik sering kali juga ana dengar daripada masyarakat kepada rakan-rakan mahasiswa UIAM.Komen & kritik itu mungkin juga disebabkan kesalahan yang datang dari diri saya sendiri.Astaghfirullah..

Namun,status mahasiswa UIAM tidaklah buruk semuanya.Masih ramai juga masyarakat yang memandang Mahasiswa daripada university ini sebagai IKON kepada rakyat Malaysia.Saya pernah mengalami sendiri situasi ini.Ramai masyarakat yang sering kali tersalah mentafsir atau mungkin memandang tinggi kepada Siswa dan siswi di sini.Apabila sahabat-sahabat saya keluar menguruskan program atau mungkin diminta menyampaikan sedikit Tazkirah,perkongsian atau mungkin sekadar berinteraksi dengan masyarakat,sering kali panggilan sebagai Ustadz atau ustazah digunakan.Tidak sedikit yang menganggap siswa-siswi UIAM semuanya mengambil Pengajian Islam sehingga menyebabkan kami digelar Ustaz & ustazah walaupun hanya mengambil Pengajian Kejuruteraan,Perubatan,Undang-undang atau Seni bina.Ramai juga siswa-siswi yang agak keberatan dengan gelaran tersebut kerana memikirkan ilmu di dada yang tidak melayakkan untuk menggalas gelaran tersebut.Tapi,dari sudut positif,itu merupakan persepsi masyrakat yang baik terhadap MAHASISWA UIAM & itu juga doa mereka agar siswa-siswi yang bukan daripada aliran Pendidikan agama tapi mampu untuk menggalas tanggungjawab sebagai orang yang tahu hukum-hukum berkenaan agama.Bukan itu juga menjadi Visi UIAM.

Pendapat saya sendiri yang melihat & merasai pelbagai senario kehidupan sebagai Mahasiswa di Universiti barakah ini,ianya benar belaka.Samada baik atau buruk.Mungkin ini merupakan fitrah atau satu bentuk kebiasaan yang berlaku disebabkan keadaan persekitaran.Persoalan Mengapa di university yang menggalas ‘title’ sebagai university islam ini masih mempunyai masalah yang agak kritikal boleh terjawab jika masyarakat memahami keadaan dunia pada hari ini.Bayangkan sahaja,siswa-siswi di sini bukanlah semua mempunyai latar belakang keluarga yang menerapkan konsep ‘Islam is The Way of Life’.Ramai juga yang datang dari keluarga yang hidup dalam kebiasaan hidup ideologi Sekularism yang sememangnya sedang menjajah minda setiap lapisan masysrakat.Saya sendiri berasal dari golongan seperti ini.Di Universiti ini,’Islamic Way’ atau ‘Biah Solehah’ yang wujud masih menjadi pilihan kepada mahasiswa itu sendiri memilih samada mahu menjadi sebahagian daripada penjaya kepada misi ini atau terus hanyut untuk hidup dalam keadaan lama.Semuanya tergantung kepada pilihan peribadi mereka.Pelbagai alternative yang telah diusahakan samada dari pihak university atau daripada golongan mahasiswa sendiri untuk merealisasikan misi murni ini tidak akan dapat mengubah diri mereka melainkan dengan kehendak & usaha mereka sendiri...Wallahualam




Monday, July 5, 2010

M.A.H.A.S.I.S.W.A

Assalamualaikum Insan2 Gemilang Sekalian...Semoga Sentiasa beroleh Taufiq & Hidayah dari Ilahi...Aktif pula ana berkongsi sebelum mendaftar di Gombak..Entah mengapa..Mungkin kerana masa lapang atau mungkin disebabkan rasa ingin berkongsi segala apa yang berada di kotak pemikiran ana...Biarlah..Yang penting ada manfaatnya pada kita semua..Entri kali ini ana ingin menyentuh kembali isu MAHASISWA..


Mahasiswa adalah satu nama yang gah,nama yang tidak asing lagi di kalangan kita kerana kita sendiri merupakan seorang yang bergelar mahasiswa. Mahasiswa sejak dahulu lagi dipandang sebagai kelompok intelektual dan sebagai agen gerakan pembaharuan oleh kelompok masyarakat.Namun,persoalan baru kini timbul,adakah kita ingin menjadi seorang mahasiswa Muslim atau hanya ingin menggunakan perkataan mahasiswa sahaja sebagai lambang jati diri golongan berintelektual tinggi ini.

Sebagai contoh,seorang peniaga misalnya perlu memahami hukum jual beli,hutang-piutang dan segala hal yang berkaitan dengan perniagaannya.Manakala,seorang pegawai perubatan pula wajib memahami hukum syarak tentang perubatan, pembedahan mayat, pengguguran janin, pemindahan organ tubuh, pengklonan dan sebagainya.Malah,seorang panglima tentera pula harus memahami hukum tentang jihad, tawanan, perdamaian, perjanjian, harta rampasan perang, dan sebagainya.Begitu juga kita sebagai seorang mahasiswa,kita perlu mengkaji dan memahami segala hukum yang berkaitan dengan aktiviti seharian kita,tidak kira di universiti mahupun di rumah,dari celik mata hinggalah pejam kembali.

Dalam warkah kali ini,ana berikan 3 prinsip utama yang perlu dipegang oleh seseorang yang bergelar mahasiswa Muslim.Pertama, menuntut ilmu-ilmu yang diperlukan dalam kehidupan bermasyarakat. Tugas ini berkaitan dengan posisinya sebagai mahasiswa yang aktiviti utamanya sehari-hari adalah belajar,belajar dan belajar.Dalam hal ini Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda:

“Menuntut ilmu adalah fardhu bagi setiap muslim.” [HR. Abu Dawud].

Lafaz “al ‘ilm” di atas bersifat umum, iaitu meliputi ilmu-ilmu berasaskan wahyu, seperti ulumul Qur`an, ulumul hadith, usul fiqh, juga ilmu-ilmu yang tidak berasaskan wahyu, seperti ilmu perubatan, kejuruteraan, dan ilmu-ilmu profesional lain yang dipelajari di institusi pengajian tinggi.Jelaslah sebagai mahasiswa, tugasnya yang utama adalah belajar dalam rangka meraih ilmu sebagai bekalan hidup di dunia yang fana ini serta dunia yang kekal nanti. Seeloknya,prinsip ini dilaksanakan oleh setiap mahasiswa Muslim bagi memperoleh manfaat di dunia dan akhirat setinggi-tingginya.

Kedua, mengkaji Tsaqofah Islamiyah (ilmu-ilmu keislaman). Tugas ini berkaitan dengan posisinya sebagai seorang Muslim yang wajib mempunyai pandangan hidup Islam. Tanpa kajian Tsaqofah Islam yang mendalam, sukar untuk membayangkan seorang Muslim mampu mempunyai pandangan hidup yang islamik malah bertambah sukar pula membayangkan dia mampu berfikir,berperilaku dan berperibadi secara islamik.

Ketiga, memikul dakwah Islamiyah.Tugas ini berkaitan dengan status kita sebagai seorang Muslim dan sebahagian dari keseluruhan umat Islam seantero dunia.Kita wajib mempunyai sikap mengambil tahu keadaan dan realiti umat Islam sekarang dan berjuang untuk mengubah ke arah yang lebih baik. Mahasiswa Muslim tidak seharusnya memikirkan hal dirinya sendiri sahaja,kerana sikap ego dan mementingkan diri ini jauh terpesong dari nilai-nilai Islam yang menghendaki adanya sensitiviti kepada manusia lain.Akhirnya,sikap inilah yang akan merugikan umat Islam itu sendiri.




Di samping itu, Islam menuntut setiap umatnya untuk melakukan taghyir (perubahan) apabila dia melihat suatu penyimpangan atau kemungkaran. Tidak boleh dia hanya berdiam diri dan berpeluk tubuh, apalagi pasrah dan menyerah.Sabda Rasulullah s.a.w:

“Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya (fizikal). Jika tidak mampu, hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya (perkataan). Jika tidak mampu, hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya (tidak redha) dan itu adalah selemah-lemah iman.” [HR. Muslim].

Oleh itu, tidak seharusnya seorang mahasiswa Muslim berdiam diri menyaksikan kekufuran dan kemaksiatan menggila disekelilingnya dan berdiam diri sahaja menyaksikan ideologi kapitalisme yang kafir menguasai dunia tanpa terdetik langsung di lubuk hati untuk mengubahnya.Rasulullah s.a.w mencela orang yang hanya berpeluk tubuh dan berdiam diri terhadap kemaksiatan bagaikan syaitan yang bisu. Sudahlah syaitan, bisu lagi! Na’uzhu billah min zalik! Rasulullah s.a.w bersabda:

“Orang yang berdiam diri dari kebenaran (tidak mahu mengingatkan atau berusaha membuat perubahan), adalah seperti syaitan yang bisu.” [HR. Al Hakim].

Akhir kalam,jadilah seorang mahasiswa Muslim yang berani,hebat dan mampu menjadi harapan umat.Di bahu kitalah terpikul tanggungjawab dalam memastikan kehidupan ini diredhai Allah s.w.t.Bukan saatnya lagi untuk kita bersikap keanak-anakan dengan ego dan mementingkan diri,sedangkan umat Islam dibiarkan begitu sahaja terkontang-kanting hidup sengsara dan hina dina di bawah hegemoni ideologi kapitalisme yang batil yang dipimpin oleh kafir laknatullah.Tugas ini sememangnya berat, namun kemuliaan yang agung menunggu di hadapan.Sahutlah cabaran ini wahai mahasiswa Muslim! Allahuakbar!!!

Sunday, July 4, 2010



Salam Perjuangan & salam Kedinginan..
Situasi sekarang nie: Sejuk yang teramat kerana hujan yang amat menghiburkan menitiskan permata indah sejak petang tadi... Tengok T.V..Tiada rancangan yang menarik untuk di tonton..Kalau adapun, berita..Hurmmm.. Boleh la.. Planning hari nie sepatutnya ikut kakak pegi 'Berkelah' kat Pantai Morib..Tapi,dikeranakan hujan,perancangan harus dibatalkan..Hari ini amat seronok melayan karenah Syifa Al-Zahrah...Anak sedara kesayangan(pasal satu2nya anak sedara setakat nie) ana..Pelbagai karenah yang Syifa tunjukkan kat ana ngan mak..
Iskh3..Lincah...Comel..Menggemaskan..huhu.. Beberapa kali ana cakap,"Kalau Syifa nakal,Abi buang balik Sabah"..huhu..Mak ana asyik tergelak jak..Sangat terhibur tatkala melihat telatah ana kecil yang begitu 'excited' dalam meneroka benda2 baru yang ada kat BUMI ALLAH nie..Satu rahsia ana,ana suka tengok Baby disebabkan 2 perkara tunjang...

Pertama: Terbayang bila ana nie betul2 jadi ABI & menjaga anak sendiri..Titik..hoho Kedua: Ana akan mendapat semangat baru dari mereka..Bila tengok 'determination' anak2 kecil nie..Sentiasa membuat motivasi ana naik..Pasal tu la,ana nie memang suka baby yang aktif..Yang tidak boleh duduk diam..yang suka kena marah pasal ambil barang2..Lucu & menyemarakkan Semangat...Itu bagi ana la..

Hari ini baru terasa 'Zukk' nak meneruskan pelajaran ke Gombak..Quite Excited..Itu pun setelah naqib & sahabat2 banyak bertanya dan mengembalikan nostalgia belajar sebelum ini..Baru semangat untuk menggambarkan segala situasi & penyelesaian masalah yang akan ana hadapi di Bumi Barakah..UIAM Gombak..Alhamdulillah..Akhirnya ia datang juga.. "It's better late than Never.." Terlambat ka??Ndak bha juga..Ana rasa kena pada masanya..hoho.. Apasal takut sangat dengan 4.000...hehe..First sem nie,ana akan berusaha gigih supaya dapat result 4...Insyaallah..

Sekarang ni,ana memikirkan strategi nak cari member satu bilik di UIA nanti..Bukan ana anti sosial atau orang yang tak suka sahabat baru..Tapi...sekadar persediaan..Sekurang2nya ada sahabat yang memang dah kenal diri ini..Kalau sahabat ana,dorang akan tahu kelemahan ana yang sering kali 'misplace' benda sendiri..Wallet,Spect & apa2 la..Selalu jak salah letak...Jadi memang bergantung sangat dengan sahabat untuk mengingatkan ana & sabar dengan karenah gila ana nie..hehehe..Dah ada target dah..HILMI dengan RIZHAM..harap2 masa pendaftaran nanti tidak hancur la strategi kami..Insyaallah..Jodoh pertemuan di Jalan Allah..Kalau dapat sahabat baru bagus juga..
So,Doakanlah yang terbaik deh..Semoga betul2 apa yang ana harapkan dapat dilakukan dengan sempurna bila dah start belajar nanti...Insyaallah..Doa sahabat2 amat2 bermakna.. Rasa macam dah tua pula sekarang nie..Napa r??Iskh3..x leh2..Ana kena berjiwa remaja..Baru senang nak masuk dengan mad'u yang berjiwa remaja kan??Lagipun,ana nie memang insan yang kuat main..TAK PERNAH SERIUS..hehehe..tanyalah dengan insan2 yang pernah bekerja dengan ana...hohohoo..

Saturday, July 3, 2010

~Dah Sampai~



Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar...
Assalamualaikum...Dah sampai bumi semenanjung dah..'Seriously' ana rasa berdebar-debar..
Ntah mengapa??Perjalanan dari rumah semalam agak sayu tatkala banyak mendapat mesej2 pembakar semangat dari warga pendidik & sahabat2 seperjuangan ditambah dengan keadaan hujan yang seolah-olah menangisi keberangkatan ana...Iskh3..(lebih la pula)..Semasa menunggu di lapangan kapal terbang,ana tersenyum sendirian kerana melihat gelagat pelajar2 baru samada dari semenanjung yang belajar di sabah atau pelajar sabah yang akan belajar di semenanjung..

Di situ juga Allah pertemukan ana dengan Junior ana yang dah lama x jumpa..Mat Noor..Dia juga menyambung pelajaran di semenanjung...UTEM...Alhamdulillah..Semoga mendapat Barakah..Belajar jauh2 nie,Insyaallah banyak berkat kalau niat baik...Sabda Rasullullah:
"Barangsiapa yang berjalan mencari Ilmu,Allah akan mempermudahkan jalannya untuk ke syurga"
So,Beruntunglah orang2 yang bermujahadah dalam pencarian ilmu..Semoga junior ana terpilih untuk mendapat kesedaran & beramal untuk masyarakat..Insyaallah..Maju terus pantang mundur..Ana sentiasa mengalu-alukan kedatangan sahabat2 dari "Land Below the Wind" untuk menuntut ilmu di sini agar dapat meluaskan skop pandangan yang lebih luas & matang...Ana sedia membantu..

Sampai jak di LCCT,ana berjumpa dengan sahabat2 MARSIS yang begitu istiqamah menjaga kebajikan anak2 borneo yang ingin menuntut di bumi ini...Subhanallah..Semoga amal kalian mendapat tempat di sisiNYA..Amin ya rabb..MARSIS ingin mewujudkan keselesaan kepada para pelajar agar tidak merasa bahawa diri mereka sendiri kerana ada keluarga MARSIS yang boleh membantu mereka di sini..So,orang nak bantu,hargailah..Insyaallah akan terasanya nilai ukhuwah Islamiyyah & mengelakkan diri dari terjerumus ke hal-hal yang tidak elok yang ada kat sini...Maju terus MARSIS..Demi untuk kesatuan yang tiada putusnya..Insyaallah..
Sabda rasulullah:
"Sebaik-baik manusia adalah yang paling banyak manfaatnya kepada manusia lain"

Setelah berjumpa dengan keluarga MARSIS,ana pun disambut oleh kakak ana beserta BABY comel SYIFA Al-ZAHRA...Dah besar anak abi nie..Perangai pun dah aktif tue..Subhanallah..
Sekarang nie ana dalam proses nak mengikhlaskan niat untuk datang ke sini..Belajar semua perkara dengan penuh rasa cinta & istiqamah..Ana yakin & percaya,di bumi sana,akan ada pejuang2 yang Allah pilih untuk terus berjuang tanpa mengenal penat & lelah..Insyaallah..
Setakat tue je la perkongsian ana kali ini...Perjalanan menuju kejayaan..Amin Ya Rabb..

Friday, July 2, 2010

Salam Perjuangan..


Lagu ini ana dedikasikan untuk semua Pejuang2 Agama Allah dimana pun mereka berada...
KHAS untuk Insan-insan terpilih yang Allah pilih berjuang di Bumi Di Bawah Bayu...
Lagu ini juga ana dedikasikan untuk sahabat2 UIAM..X kisah la PJ,Nilai,Kuantan or GOMBAK..
Semoga thabat dalam perjuangan..
*Hidup Mulia @ Mati Syahid*

*Menghitung Hari 2*

Meniti masa-masa penuh bermakna...
Meneliti diri penuh Muhasabah...
Mentata kembali kenangan lama...
Menguatkan kembali empunya Jiwa...

Malam terakhir sebelum ana mengangkat kaki dari bumi ini memberi kenangan yang takkan terlupa...Sungguh..Muhasabah itu membangunkan jiwa..Mengimbau kembali sumbangan kepada bumi tercinta..Seakan-akan tidak cukup..Seolah-olah kurang...Sepatutnya lebih...
Cuti kali ini memberi satu bentuk 'Soul' yang tersendiri..kalau sebelum ini cuti itu serba selesa,sentiasa megah,kelihatan tidak bermasalah...Namun hakikat sememangnya parah..Bukan satu penghinaan,tapi bagi mereka yang benar-benar melihat & mengalaminya..Mereka faham..

Selamat malam sahabat-sahabiah yang dirahmati Allah..Mungkin salam ana sekarang ini perlu ana khususkan juga kepada adik2 seperjuangan yang berada di bumi Keningau..Mereka telah mula mengunjungi blog ana nie..Blog ana nie tidak memberi apa-apa makna..Sekadar luahan rasa & sedikit perkongsian dari abang yg sering alpa..Apa kabar hari ini sahabat-sahabiah pejuang agama Allah sekalian??

Malam ini ,malam 'Terakhir' ana melakukan pengisian dari rumah bagi sesi musim cuti nie..
Esok ana dah FLY balik ke bumi semenanjung..yahoooo..Malam ini juga ana ingin meluahkan betapa beratnya ana ingin meninggalkan bumi ini...Mengapa??Kenalah tanya ana secara privacy..Jumpa ka,kol ka tidak pun YM...hehehe...
Tadi selepas Isyak,Asyandi,Ustadz Kamal ngan ana buat sedikit perkongsian..
Asal muasal memang sedikit,namun tanpa ana sedari ia memakan masa sehingga pukul 10.30pm..Sungguh ana tidak terasa masa berlalu..Seakan-akan tarian masa pada malam ini lebih laju dari malam-malam biasanya...Tapi ana pasti..Itu hanyalah perasaan ana sahaja..
Banyak benda yang kami bincangkan di Rumah Allah tue..Sungguh banyak..Perkongsian,Perbincangan & Penyelesaian mewarnai perjumpaan kami..Ana rasa amat bertuah..Kenapa???Kerana walaupun di saat-saat akhir,ana masih diberi kesempatan untuk memperbaiki diri & membincangkan masalah umat bersama2 insan2 terpilih..
Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar...

Apa yang pasti,segalanya menjadi pembakar semangat ana untuk terus Istiqamah dalam perjuangan..Keputusan Ustadz Kamal yang Gempak menjadi saksi nyata bahawa bila kita Tolong Agama Allah,Allah janji akan tolong kita...Walaupun ustdz Kamal segan nak bagitau,Biar ana announce di blog ana nie..Ustadz Kamal dikurniakan 3.92..Fuhhhhhh.....Sungguh memicu semangat insan terpinggir ini...

Di kesempatan ini juga,ingin ana memberikan sedikit amaran kepada KAU...
Ya..KAU yang bergelar 4.000..Aku datang ingin menyuntingmu kedalam keputusan peperiksaan ku..Jika sebelum ini,KAU sungguh menjual mahal kepadaku,akanku tingkatkan usaha memikat hatimu..INI AMARAN DARIKU..Demi untuk Agamaku,Kedua Ibu Bapaku,Keluargaku, Negeriku,Universitiku,Profesiku & untuk Diriku..O.K???Marilah datang menghampiriku..hehehehe....

P/S: Special untuk adik2 teknik dengan Gunsanad 2..Istiqamah dalam perjuangan ya..Belajar dengan penuh tekun..Buktikan kepada Sekolah betapa adik2 adalah insan yang terbaik..Jaga ibadah,jaga ukhuwwah...Result mantap deh..Boleh bha kan klau kau??
Sabahan Is the Best..Muslim Hebat..



Thursday, July 1, 2010

*Menghitung Hari*



Assalamualaikum....
Sedih,gembira,gentar & macam2 perasaan lagi yang ana rasakan sekarang nie...
Yang pasti rasa sedih meninggalkan Bi Bawah Bayu seakan menguasai diri...
Entah mengapa??
Serindu mana pun ana dengan bumi semenanjung,
Tapi setiap kali hendak meninggalkan bumi ini..
Hati terasa sangat sayu..


Bukan sedih nak meninggalkan keselesaan di rumah,
Atau mungkin kemewahan musim cuti,
tidak juga kelapangan masa..
Mungkin kerana terlalu banyak memori musim cuti ini..
Atau mungkin masih risau memikirkan tanggungjawab di negeri ini ..
Sungguh banyak..
Memang sungguh banyak...

Namun,diriku bukanlah Insan yang Keliru
Diantara perjuangan & tuntutan nafsu..
Tidak akan ku sia-siakan penghijrahan ku..
Di sana berjuta ilmu yang menunggu untuk di telaah..
seinfiniti pengalaman yang dapat di perolehi..
Jalinan ukhuwwah yang sememangnya menanti..

Akanku ambil semampuku..
Untuk aplikasi di Bawah bayu..
Agar Bumi ini mekar..
Subur melakar sejarah kegemilangan Syiar..
itu janjiKu..
Itu Azamku..
Tapi semuanya tidak akan berlaku..
Tanpa RedhaMU...
Aku memohon
Aku berdoa
Aku bermunajat
Agar setiap langkahku
Hela nafasku
Detak jantungku
Hanya untuk perjuangan Mendaulah AgamaMU...

Sahabat-sahabatku di bumi semenanjung..
Bantulah aku..
Ingatkan aku..
bimbinglah aku..
Aku Insan terpinggir..
Tatkala jauh dari perjuangan..
Sungguh aku tidak mahu..
Mari Bersama Maju..
Tingkatkan Kefahaman..
Kukuhkan perjuangan...

Sahabat-sahabat Di Bawah Bayu..
Istiqamah lah..
Jangan takut..
jangan gentar..
Kita berusaha sehabis baik..
Menggilap kembali sinar itu..
Maju terus Pantang Mundur..
Takbir...


INSAN SETIA