Wednesday, June 30, 2010

Saat-saat Genting


Huuhhhhh...Lawak2..Jodoh Pertemuan Di tangan Allah...
Orang kata: Kalau buat baik dengan orang,Insyaallah suatu hari nanti orang akan buat baik kat kita(tak sekarang,nanti...)..Situasi sekarang nie,betul-betul membuktikan kata-kata tue...
Dulu masa first year kat CFS,ana ad kenal dengan seorang BRO nie..Nama dia Bro Hidayat... Memang sempoi & giler2 orangnye...Memang senang la nak masuk..Tapi masa ana second year,dia pindah pegi Gombak...

Imbas balik kenangan pertama kali jumpa dengan dia,memang serba sempoi..Dia nie fellow hisbah ana..Nak dijadikan cerita,ada satu masa tue,dia tengah bertungkus-lumus mencari committee untuk handle suatu program universiti yang memang agak besar juga la...Dia pun minta bantuan bilik kitaorang...Mula-mula memang Super berat nak tolong...Dah la takde pengalaman handle program universiti..Kena pula program tue,program wajib dan pesertanya yang satu umur ngan kitaorang...Tapi selepas muzakarah dengan member2 bilik,atas rasa ingin membantu fellow,kitaorang pun tolong...Tup..tup..Ana jadi Program Manager...Tue la pengalaman pertama ana handle program kat universiti..Tapi ana redah jer..Buat yang terbaik..Alhamdulillah semua o.k...

Bermula saat tu,ana memang dah rapat dengan Bro Hidayat..Banyak benda ana tolong dia & dia tolong ana...Sekarang nie,buat pengetahuan sahabat2,ana takd MAJOR lagi..walhal,nak masuk Gombak next week...Dah berkali-kali ana kol kat Student Affair nak selesaikan masalah nie...Tapi tak selesai-selesai pun...Jadi hari nie,memang ana berazam nak selesaikan masalah nie hingga titisan credit yang terakhir...Seminggu ana cuba telefon tapi tak dapat...Alhamdulillah kali ni dapat..Pastue ana pun kol la & Alhamdulillah dapat...Ana bercakap dengan seorang bro nie..Siap marah-marah ana lagi pasal tak selesaikan awal-awal...
Ana pun ikutkan hati nak marah juga..Tapi,usahakan untuk COOL...


Diakhir perbualan,bro nie pun tanya kad matrik dengan nama ana...Lepas ana jawab,terus dia diam...Pastue selamba cakap.. "Wei, Syahril..ko tak kenal ke?"Ana awal2 tue memang dah syak orang nie ana kenal... Ana pun jawab "Bro Hidayat ke??" Dia pun jawab.."Ye la"..Dia dengan semangat cakap "Jangan risau,Ko punya pasal,lepas meeting nanti aku tolong settlekan...Boss aku tue ada kat Australia"..Ana pun bersyukur tak terkira...Pastue selamba cakap"Abang tolong la ek..Saya dah lama gile tunggu..Dah malas dah.." Dia sekali lagi dengan selamba jawab.."Lain kali contact la aku"...

Disebabkan memikirkan credit yang kian sakarat dimamah masa...Ana pun sekadar tergelak kecil jer...Walhal,nak juga ana cakap..dah abang tak bagitau abang kerja kat sana..iskh3...
Apa2pun ana amat2 bersyukur pasal masalah ana nie ada orag yang boleh tolong selesaikan...Semoga kali nie,betul2 la ia cepat selesai..Bro Hidayat: Tolong la daku yang dah berada pada tahap kritis ini..kalau tak selesai juga,habis la daku tatkala musim taaruf nanti terpaksa menyelesaikan berjuta-juta masalah...JANGAN la...
Wallahualam..

Tuesday, June 29, 2010

Muwasafat Tarbiah




Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar...
Buat sahabat2 UIAM,tidak lama lagi akan memulakan kembali perjuangan hidup di bumi IIUM..Sedikit perkongsian agar dapat menjadi peringatan & panduan dalam menghadapi mehnah & tribulasi..Buat adik2 teknik & sahabat2 seperjuangan di bumi di bawah bayu juga....

Muwasafat tarbiyah membincangkan tentang sifat2 yang perlu ada pada seorang muslim.Ia dipopularkan oleh Hassan Al-Banna sendiri, pengasas ikhwanul muslimin,satu pertubuhan yang menjadi rujukan utama jemaah2 lain di seluruh dunia.Methodologi atau kaedah tarbiyah yang digunakan oleh ikhwanul muslimin boleh dikatakan lengkap, mencakupi semua aspek kehidupan, agama,akidah,akhlak,fikrah,politik dan seabagainya.Bayangkan betapa hebatnya Hassan Al-Banna, yang pada awalnya hanya bergerak berseorangan, dan kedai2 warung kopi menjadi tempat pertama beliau menyampaikan dakwah.Sedikit demi sedikit, hasil usahanya membuahkan hasil bilamana hari demi hari makin ramai orang mendengar ceramah beliau dan akhirnya terbentuklah ikwanul muslimin,semuanya bermula dari kesedaran individu yang disampaikan kepada masyarakat.Itulah kuasa MENYAMPAI.Namun, nak menyampaikan pun ada kaedah dia,perlu bersesuaian dengan pendengar atau mad'u dan disampaikan dengan tuturkata yang mudah difahami dan dengan intonasi dan penegasan yang bersesuaian.Cara penyampaian ini perlulah diasuh dalam diri setiap muslim sedikit demi sedikit sebab setiap muslim ada seorang da'i.Menjadi kewajipan setiap muslim utk menyampaikan Islam dan hanya dengan kaedah penyampaian yang betul sahaja kita mampu menggerakkan hati seseorang memilih Islam sebagai cara hidup..

Sabda nabi,

"Sampaikanlah walau seayat,"

jadi sampaikanlah....

hah sekarang baru masuk bab muwasafat tarbiyah.muwasafat tarbiyah ni ada 10 guideline iaitu;

  • akidah yang sejahtera
  • akhlak yang mantap
  • ibadah yang betul
  • menjaga waktu
  • mampu melawan nafsu
  • mampu berusaha
  • fikiran yang berpengetahuan
  • kuat tubuh badan
  • tersusun dalam urusan
  • bermanfaat kepada masyarakat

Akidah yang Sejahtera

Meyakini sepenuhnya tuhan itu satu

Akhlak yang Mantap

Akhlaknya melambangkan ciri2 seorang muslim,bersopan santun,menghormati orang tua,beradab bla3

Ibadah yang Betul

Ibadahnya dipenuhi dengan rasa rendah diri disaluti perasaan hina dan kerdil kepada tuhan yang esa.tidak lahir perasaan ria takabbur ujub sumah ketika beribadat.ibadahnya ikhlas demi mengharapkan redha Allah.FEAR,HOPE and LOVE.takutkan seksa Allah,mengharapkan balasan dan ampunan dariNya dan perasaan cinta dan rindu kepadaNya

Menjaga Waktu

Masa dipenuhi dengan perkara2 yang bermanfaat,yang mendekatkan dirinya kepada rabb.contoh perkara bermanfaat; mentelaah buku,supaya dapat ilmu dan dapat dijadikan sumber utk disampaikan kpd masyarakat.;youtube djadikan sebagai tempat utk mendengar ceramah atau clip2 yang membangun.;aktif dengan persatuan.sedarlah betapa bazirnya masa kita pada tidur (bangun lambat pun dah waste bape jam sebenarnya),game(CS,dota,online games,fb),etc

Mampu Melawan Nafsu

Ingin ditegaskan,nafsu yang dimaksudkan mencakupi nafsu seksual,nafsu makan,nafsu tidur dan sebagainya. jaga betul2 semua nafsu ini kerana ianya merupakan pintu utk syaitan masuk ke dalam jiwa.tempatkanlah tembok dihadapan pintu ni,kuatkan dengan pengawal2 yang mampu membedung desakan syaitan nauzubillah

Mampu Berusaha

Tidak bergantung harap dengan orang lain bilamana sesuatu amanah diberikan kepadanya.mampu mencari solusi kepada apa2 jenis permasalahan sekalipun.pandai berdikari......matang

Fikiran yang Berpengetahuan

Otaknya sarat dengan ilmu,hidupnya dipenuhi dengan keinginan utk menuntut ilmu.up-to-date dengan isu2 semasa.berpengetahuan dalam pelbagai perkara walaupun itu bukan bidang kepakarannya

Kuat Tubuh Badan

Mempunyai kesihatan yang bebas dari penyakit,mengamalkan pemakanan yang sihat,tidak melayan nafsu ketika makan kerana ingat dengan pesan nabi,"makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang,".Mengamalkan exercise.....

Tersusun dalam Urusan

Tidak menangguh kerja kerana beringat dengan pesan Umar Al-Khattab,"ketika pagi,jgn diharapkan petang,dan ketika petang jgn diharapkan waktu pagi,".Mempunyai jadual harian yang tersusun

Bermanfaat kepada Masyarakat

Hidupnya penuh dengan memberi,jarang sekali dia mengharapkan menerima...Erti hidup pada Memberi... banyak melakukan amal kebajikan,aktif persatuan,menjadi seorang dai yang tidak jemu untuk menyampai

Akademi Khalifah Muda,,,(AKM)


Semoga Sahabat-Sahabiah dapat mendoakan agar segala perancangan dapat dilaksanakan..
Semoga Allah memberikan penyelesaian bagi setiap masalah...
UntukMU Islam kami berjuang..

Monday, June 28, 2010

Mahallah Ku...Zubair Al Awwam





Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakbar... Assalamualaikum sahabat-sahabiah yg dirahmati Allah.. Pernah tengok pokok kelapa??? Mesti pernah kan...Kalau tak pernah dah tahap kritikal tu..hehe Apa yang entum semua tengok?? Kalau ana,memang menjadikan pokok kelapa sebagai Motivasi diri.. Cuba entum semua fikirkan.. Betapa hebatnya kuasa Allah yang menjadikan Pokok Kelapa.. Semua bahagian berguna.. Kita?? Anggota badan kita yang Allah pinjamkan nie adakah kita manfaat sepenuhnya??? Tepuk dada tanya Iman.. Semoga Beroleh Semangat untuk Istiqamah di Jalan NYA.. (Belajar Dari Alam)

Nama penuh beliau ialah Zubair bin Al-Awwam bin Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Kaab bin Luayy Al-Kinani Al-Qurasyi Al-Asadi Al-Makki. Bertemu nasabnya dengan Rasulullah SAW pada datuknya yang kelima iaitu Qusay. Asalnya, ibunya Sofiah menggelarkan beliau dengan Abu Thahir, sebelum ditukar Abu Abdullah dengan anaknya Abu Abdullah sehinggalah gelaran itu masyhur di sisi Rasul SAW dan para sahabat.

Beliau juga dikenali sebagai Hawari Rasul SAW, iaitu penolong dan penyampai ke arah kemenangan serta di antara sahabat paling ikhlas dan bersih dari keaiban. Malah, beliau menikahi Asma’ binti Abu Bakar Zatun Nithaqain dan zuriatnya iaitu Abdullah bin Zubair, bayi pertama lahir dari kaum Muhajirin selepas hijrah ke Madinah. Lalu Abdullah diambil sebagai anak angkat Nabi SAW. Zubair seorang yang tinggi tubuhnya, kuat dan tegap badannya, putih kemerah-merahan kulitnya, panjang, tersusun dan pantas langkahnya, tegas pendirian, cerdas fikiran, sentiasa cergas serta sangat cekap dalam ilmu peperangan. Pernah dalam satu peperangan seperti yang digambarkan oleh anaknya Urwah: “Ketika kecilnya beliau telah berperang dan telah mematahkan tangan seorang lelaki, lalu lelaki tersebut bertemu dengan ibunya Sofiah lalu ibunya bertanya: “Kenapa dengan kamu?”, lelaki itu memberitahu bahawa Zubair telah mematahkan tangannya dalam peperangan, seraya ibunya melantunkan sebuah syair menggambarkan bahawa Zubair adalah seorang yang kuat tenaganya serta pantas langkahnya yang bisa menjatuhkan dan mengalahkan orang lain. Dan begitulah sifatnya sejak muda hingga ke zaman tuanya.

Pengislaman Zubair telah diriwayatkan oleh Ibnu Ishak : Tatkala Abu Bakar memeluk Islam lalu mengisytiharkan keislamannya, beliau (Abu Bakar) adalah seorang yang disegani dan dicintai di sisi kaumnya, paling dihormati di kalangan Quraisy serta paling alim dan terkenal di antara mereka. Oleh itu, beliau menyeru kaumnya kepada Islam dari mereka yang mempercayainya untuk bersama-sama dengannya dan hasilnya; Uthman bin Affan, Zubair bin Al-Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Saad bin Abi Waqqas, Thalhah bin Ubaidillah lalu bersemuka seraya mengisytiharkan keislaman mereka dan bersolat bersama-sama baginda SAW. Ibnu Hisham meriwayatkan bahawa Zubair memeluk Islam ketika usianya 16 tahun. Ini dikuatkan dari riwayat al Imam Ibnu Abdul Barr bahawa ketika Rasul SAW berumur 24 tahun, ketika itulah Zubair bin Al-Awwam dilahirkan. Bermula dari detik itulah beliau mula mendampingi baginda SAW dalam penyebaran Islam melalui dakwah dan peperangan.


Cintanya kepada Nabi SAW tergambar apabila baginda SAW disakiti ketikamana diutus menyampaikan Islam dan beliau disakiti, lalu Zubair menghunuskan pedangnya bagi melindungi baginda SAW. Lalu Nabi SAW mendoakannya dengan kebaikan dan Allah SWT tidak mensia-siakan doanya. Rasulullah SAW telah mempersaudarakannya dengan Abdullah bin Mas’ud, selain turut berhijrah ke Habsyah dan Madinah. Beliau turut terlibat dalam banyak peperangan bersama Nabi SAW, seperti ungkapannya dari riwayat al Hakim: “Demi Allah! Tidak keluar Rasulullah SAW dalam ghazwah atau sariyyah melainkan aku akan turut menyertainya”. Antara peperangan yang beliau sertai ketika hayat Nabi SAW termasuklah perang Badar, Uhud, Hamraul Asad, Khandak, Khaibar, Fathul Makkah, Hunain dan Tabuk. Manakala peperangan yang beliau ikuti selepas kewafatan SAW ialah Perang Riddah, Yarmuk, dan juga pembukaan Mesir, Nahwan di Parsi dan Azerbaijan.
Beliau juga turut berkhidmat kepada Khulafa’ Ar-Rasyidin hatta terlibat dalam Majlis Syura dalam memilih pengganti Uthman RA dan Ali RA.

Zubair pernah menghadapi saat-saat sukar apabila berhadapan zaman fitnah yang berlaku ketika pemerintahan Ali RA iaitu terlibat dalam pertempuran Jamal yang melibatkan pertembungan dua pasukan iaitu terdiri dari pihak Aishah Ummul Mukminin dan Ali bin Abi Talib. Beliau terbunuh dalam pertempuran tersebut ketika umurnya 64 tahun, yakni pada hari Khamis, 10 Jamadil Akhir tahun 36 Hijri.

Betapa bangganya ana mempunyai saudara yang begitu Hebat dalam memperjuangkan Islam..
Sungguh,ini memberikan semangat kepada ana untuk Istiqamah dalam perjuangan suci ini..
Doakanlah ana wahai sahabat2 ku...Sungguh hina diri ini bila terlepas dari jalan perjuangan ini..Takbir...Allahuakbar..

Sunday, June 27, 2010

Istiqamah & Mujahadah...


Assalamualaikum & Salam Perjuangan Kepada Sahabat2 Pejuang Agama Allah sekalian...
Semoga entum semua diberkati oleh Allah & Terus Istiqamah dalam memartabatkan Islam di BUMI ciptaan Allah S.w.t ini...Insyaallah
Sungguh!!! badan terasa amat penat..Aktiviti yang tidak putus2 diamanahkan dari Yang MAha Penyayang untuk ana selesaikan..Satu bulan yang dipenuhi dengan Infiniti keseronakan DiTarbiah & Mentarbiah...Subhanallah..Mengimbau kembali kenangan bersama2 pejuang Islam yang berjuang di Bumi Sendiri terasa satu barakah & kepuasan tersendiri...Agak berbeza sedikit rasanya jika dibanding dengan berada di bumi semenanjung...Bukanlah maksud ana,ana tidak suka berjuang di bumi semenanjung...Ana akui & mensyukuri bahawa mana bumi semenanjung banyak memberi motivasi & pengalaman untuk ana menjadi seorang insan yang lebih peka tentang kehidupan masyarakat sekeliling..Berjuang bersama2 sahabat di sana bagaikan berjuta2 permata yang perlu ana kongsikan bersama sahabat2 seperjuangan di bumi sendiri agar kelangsungan dakwah akan dapat terus di laksanakan...

Pada entri kali ini,suka untuk ana kongsikan pengalaman yang merupakan kemuncak cuti ana selama lebih kurang 3 bulan ini... Ini bukanlah cerita perjuangan sehebat Rasulullah,Se Gah Hassan Al Banna & Sesempurna Pejuang2 Islam yang lain...Ini hanyalah perkongsian insan terpinggir lagi hina yang hidup dibumi "lubuk dakwah' ini..Pada entri kali ini,ana mahu berkongsi pengalaman Program Usrah Anak2 Usrah ana..Sebelum itu,ingin ana kongsikan sedikit contoh2 perjuangan yang dinukilkan di dalam Al-Quran...

Sebagaimana yang diyakini oleh setiap yang bernama pejuang, pastinya rintangan dan halangan akan menjadi fitrah semulajadi di dalam perjuangan. Ada yang berjaya menempuhi rintangan dan mendapat kejayaan di muka bumi, namun kebanyakannya menempuhi syahid ataupun beroleh kegagalan namun pastinya ganjaran yang menunggu di hadapan Allah tidak terkira. Tidak kurang juga para pejuang yang akhirnya mati dalam keadaan perjuangan tidak berjaya namun perjuangan mereka terbukti diterima manusia selepas kematian mereka. Antara contoh perjuangan di dalam Al-Quran yang bagi ana sepatutnya dipelajari dan dihadam oleh para pejuang mutakhir ialah :


1. Perjuangan Nabi Nuh as : Kisah seorang nabi yang berdakwah kepada kaumnya selama 950 tahun namun yang menyahut seruannya hanyalah beberapa orang sahaja. Kemuncak ujian yang diterima ialah baginda ditolak oleh anak dan isterinya sendiri. – Surah Nuh.

2. Perjuangan Nabi Musa as : Seorang nabi yang cuba membebaskan kaumnya daripada kekangan perhambaan akibat penindasan Firaun dan kuncu-kuncunya. Pada peringkat permulaan, dakwah Nabi Musa ialah menyeru Firaun supaya mengakui ketuhaan Allah dan kebatilan dakwaan dirinya sebagai tuhan. Sekalipun Firaun menolak, Nabi Musa tetap diselamatkan oleh Allah apabila Firaun tenggelam di dalam lautan. Namun peringkat kedua dakwah Nabi Musa lebih mencabar apabila berdepan dengan kaumnya yang begitu degil akibat kongkongan perhambaan yang bgeitu lama. Nabi Musa akhirnya wafat dalam keadaan baginda dan kaumnya sesat di sebuah padang selama 40 tahun. Allah mentakdirkan kegemilangan Bani Israil ialah di tangan generasi yang lahir sesudahnya. Kisah Nabi Musa disebut oleh banyak tempat di dalam Al-Quran.

3. Kisah Ashabul Ukhdud : Al-Quran menyebut kisah ini secara tidak langsung di dalam Surah Al-Buruj bermula ayat yang ke-4. Namun ia diterangkan secara terperinci di dalam hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Kisah seorang budak diberikan ‘biasiswa’ oleh raja yang zalim untuk mempelajari ilmu sihir namun dia dalam masa yang sama turut mempelajari ilmu tauhid dan aqidah ang sahih. Kemudiannya, dia meningkat dewasa sebagai penentang kepada raja yang zalim. Sekalipun akhirnya dia mati di tangan raja tersebut, perjuangannya diterima oleg rakyat jelata yang seterusnya beriman kepada Allah SWT. Di sinilah berlakunya perstiwa parit berapi.

Sekadar menyebut beberapa contoh daripada puluhan malah ratusan contoh di dalam Al-Quran sudah cukup untuk menyedarkan kita bahawa lumrah perjuangan sejak zaman berzaman membuktikan bahawa tidak semestinya setiap perjuangan berakhir dengan kejayaan, malah kebanyakan darinya terpaksa mengharungi seribu satu dugaan dan rintangan dan ada kalanya berakhir dengan kematian. Namun, ganjaran yang sebenar tentunya menanti di sisi Allah SWT.

Bertarikh 25 Jun 2010 hingga 27 Jun 2010 menyaksikan betapa kuasa Allah sememangnya mengatasi segalanya..Program amal Islami anak2 usrah yang berada di teknik Alhamdulillah dapat dilaksanakan..Mengimbau kembali dugaan & cubaan yang terpaksa kami lalui sebelum program tarbiah ini dapat dilaksanakan..Berbekalkan perancangan yang sememangnya telah lama sedikit mungkin memberi sedikit kelebihan & kemudahan..Namun,beralaskan gerak kerja yang hanya mengambil masa 2 hari sememangnya amat2 menduga keikhlasan dalam membuat program pentarbiahan ini..Subhanallah.. betapa kuasa Allah mengatasi segalanya.. Berbekalkan 4 orang 'Penggerak',segala perancangan untuk mula diaturkan..Pembentangan kertas kerja,mendapatkan budget seterusnya menguruskan segala keperluan peserta perlu kami selesaikan..Banyak dugaan yang datang menerpa..Allahuakbar..Dugaan2 seperti Keyakinan sesetengah pihak yang kurang yakin program ini dapat dilaksanakn,kekurangan tenaga untuk menguruskan setiap detail perkara,procedure2 tertentu yang terlepas pandang & masalah2 lain sememangnya memerlukan sikap positif & aura positif agar segalanya dapat dilakukan dengan penuh rasa optimis & boleh untuk meyakini insan2 sekeliling... Alhamdulillah..Segalanya Allah beri ilham untuk jalan penyelesaiannya... Betul tidak?? (Ustadz Kamal,Akh Masdeh & Akh Asyandi)..Inilah insan2 yang menjadi penggerak kepada program ini..Ana sangat hargai & mengagumi semangat mereka yang sememangnya mempunyai mujahadah yang sangat tinggi..Tanpa mereka,sememangnya program ini tidak akan pernah berjaya..Jazakumullah sahabati...


Jumlah peserta yang dijangkakan hanya 39 orang melonjak kepada 50 orang...Alhamdulillah... Pergerakan peserta bermula pada pukul 3pm & berakhir pada pukul 5.15pm dengan menggunakan tenaga2 Ustadz2 yang siap sedia berkhidmat demi Islam walupun disibukkan dengan hal2 yang lain...(Pasti semangat mereka akan menjadi motivasi untuk ana istiqamah dalam perjuangan ini)... Lebih kurang dalam pukul 5.30pm,aktiviti bermula..Peserta dapat dikumpulkan & Alhamdulillah segala berjalan lancar walaupun banyak masalah yang berlaku..Dengan pengalaman & Petunjuk dari Allah S.W.T,sahabat2 ana dapat menyelesaikan segala masalah yang diturunkan Allah untuk menguji kami semua..

Segala pengisian & aktiviti dapat dilaksanakan walaupun hujan...Aktiviti malam pertama lebih santai kerana Kami menantikan Sahabat2 poli yang sampai lewat kerana ada masalah di dalam perjalanan..Sekali lagi kesungguhan ana terpicu melihat semangat sahabat2 poli yang begitu bersemangat & mempunyai semangat pengorbanan yang patut dicontohi...Mabruk Alaik... (Khairul,Azman,Salman,Shainal & Takbir-Sahabat2 Poli yang ana Kagumi)..Semoga kita semua terpilih untuk Thabat dalam Perjuangan ini..Asif jiddan kat Muslimat poli yang datang,ada 2 orang ana x ingat nama,jadi ada baiknya ana tidak sebut semua....Tapi Insyaallah bantuan entunna akan ana ingati selamanya...Syukran laka..Masakan pun sedap & Kebajikan Peserta Muslimat sangat terjaga...hehehee...

Banyak sangat aktiviti yang amat ana rindukan selepas itu...Ia akan kekal dalam ingatan ana... Apa yang ana doakan & amat harapkan ialah agar para peserta merangkap adik2 ana nie akan istiqamah dalam memartabatkan agama Allah.Teruslah berjuang wahai adik2ku kerana hidup di dunia ini sementara & syurga Allah itulah yang selama2nya & sebaik2 tempat..Bukankah itu tujuan hidup kita???Takbir...

Ustadz Kamal: Terima Kasih ustadz kerana banyak sangat beri tunjuk ajar kat ana yang lemah ini..& terima kasih juga di atas kesabaran dengan karenah ana...

Masdeh :Ana minta maaf banyak2 pasal banyak sangat membebankan enta..Sumbangan enta untuk Islam hanya akan di balas oleh Allah..Sungguh indah ukhuwwah ini..Semoga semua perancangan kita akan dipermudahkan oleh Allah...

Asyandi :Sememangnya jodoh pertemuan di jalan Allah..Tidak sangka dapat jumpa dengan enta setelah sekian lama..Di masjid lagi tue...Tahniah kerana berjaya memartabatkan anak sabah di bumi U.K...Sangat2 beruntung kerana adanya enta..Allah yang Maha Berkuasa..

Khairul,Azman,Salman,Takbir & Shainal :Sayang akan Kalian..Minta maaf kalau menyusahkan..Kemeriahan yang entum bawa memotivasikan semua orang..Banyak sangat pengalaman yang kita kongsi bersama..Tadhiyah yang perlu dicontohi para Daie di bumi Sabah nie...

Adik2 Peserta:Kalau mahu hidup mudah,entum semua sudah ada..Tapi kalau mahu hidup Mulia..Itu hanya ada dengan bermujahadah..Semoga istiqamah mentarbiah diri...Jangan nakal2 masa abang dah tiada kat sabah..Belajar rajin2 & jadilah contoh yang terbaik..Abang doakan yang terbaik..Tidak hebat kalau setakat dapat straight A..Hebat bila berjuang di jalan Allah & dapat straight A...Amin...

Allahukbar,Allahukbar,Allahukbar,

Allahukbar,Allahukbar,Allahukbar,

Allahukbar,Allahukbar,Allahukbar,

Allahukbar,Allahukbar,Allahukbar,

Allahukbar,Allahukbar,Allahukbar......



Wednesday, June 16, 2010

Remaja Muslim Tinggi Nilainya

g


GENERASI muda, remaja atau belia ialah kelompok yang aktif dalam semua perkara. Mereka suka bertanya, mencuba, tidak serik dengan peristiwa, cenderung lasak, sukakan cabaran, gemar memperaga diri, sukakan hiburan, mahu berkawan malah suka bercinta.

Inilah perkembangan naluri dan fitrah generasi muda dalam proses membentuk diri menuju kematangan dan masuk ke alam dewasa. Sebagai pemuda Islam, tidak salah bakat yang baik dikembangkan.

Potensi yang dimiliki boleh membangunkan diri, masyarakat dan negara, tetapi ia juga boleh merosakkan diri, meruntuhkan masyarakat dan negara. Isu utama ialah bagaimana potensi itu digilap dan disuburkan secara fitrah serta bakat diguna secara bermanfaat.

Islam meletakkan generasi muda pada kedudukan mulia dan hal ini berbeza berbanding pada zaman sebelum kedatangan Islam. Jika dalam masyarakat Arab jahiliah, bangsawan Quraisy membentuk belia mereka dengan latar belakang kemewahan dan hidup berfoya-foya, tetapi sejurus selepas terpancar nur Ilahi ke dalam masyarakat Arab, acuan itu mula dicorakkan kepada konteks lebih luas, global, punya nilai dan beradab.

Corak remaja atau belia pada zaman itu terbentuk melalui kesan tarbiah rohaniah dan jasmaniah yang dipimpin melalui pendekatan wahyu iaitu melalui cara hidup Islam. Budaya atau cara hidup bersandarkan reda Allah wujud pada diri pemuda ketika itu.

Ini menyebabkan mereka tidak saja memiliki pedoman dan dorongan terbaik untuk memandu jalan hidup, tetapi budaya reda Allah itu membentuk kedewasaan remaja yang akhirnya menjadikan mereka taat serta patuh terhadap perintah Allah dan sentiasa mengelak melakukan apa dilarang.

Al-Quran dan al-sunnah sarat dengan contoh generasi pemuda yang diiktiraf berjaya di sisi Allah. Kisah anak muda dalam surah al-Kahfi ialah pengiktirafan yang dinyatakan secara jelas oleh Allah kerana mereka beriman dan mempertahankan sifat takwa walaupun berdepan pemerintah zalim. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya mereka ialah pemuda beriman kepada Tuhan mereka (Allah) dan Kami tambah kepada mereka petunjuk.” (Surah al-Kahfi: 13)

Allah juga memasukkan belia dan remaja yang menghabiskan masa mengabdikan diri kepada Allah dalam kegiatan hidupnya sebagai manusia yang dimasukkan ke dalam golongan mendapat perlindungan lembayung payung Allah di Padang Mahsyar kelak.

Perkara ini dijelaskan dalam sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tujuh golongan manusia yang akan dilindungi oleh Allah pada hari yang tidak ada perlindungan selain perlindungan-Nya, pemuda yang hidup dalam keadaan mengabdikan diri kepada Allah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Pemuda memiliki beberapa kelebihan berbanding orang tua untuk menunaikan tanggungjawab agama sama ada melaksanakan perintah atau menjauhkan larangan antaranya mempunyai banyak masa lapang, belum sibuk dengan kerja lain, mempunyai tenaga dan kekuatan fizikal, mempunyai kecerdasan akal fikiran, mempunyai daya ingatan yang kuat, jarang ditimpa penyakit dan mudah mendapat pertolongan serta memberi bantuan kepada orang lain.

Pada ketika mempunyai kelebihan dan keistimewaan inilah pemuda perlu merebut peluang menunaikan tanggungjawab dengan sebaiknya. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Rebut lima perkara sebelum lima perkara:muda sebelum tua, lapang sebelum sibuk, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin dan hidup sebelum mati.”

Pemuda pada awal Islam menjadi tonggak dakwah dan ejen pembangunan dalam membina kekuatan. Nama seperti Mus’ab Umair, Usamah Zaid, Ali Abi Talib, dan Bilal Rabah, membuktikan kepada generasi berikutnya bahawa remaja tonggak kekuatan ummah pada zaman Rasulullah SAW dan sahabat.

Rasulullah SAW berpesan supaya ummah memberikan perhatian kepada mendidik dan menjaga belia dalam sabda Baginda bermaksud: “Aku berpesan kepada kamu supaya memberi perhatian kepada pemuda, sesungguhnya hati mereka lembut. Allah mengutuskan aku membawa agama hanif lalu pemuda menyokong aku sedangkan orang tua menentang aku.”

Justeru, dalam beramal, pemuda dianjurkan sentiasa mengambil peluang melaksanakan ibadat tanpa perlu bertangguh kerana usaha meningkatkan takwa dalam hidup bukan bermusim. Firman Allah bermaksud: “Dan dirikan oleh kamu sembahyang dan tunaikan zakat, dan apa juga yang kamu dulukan daripada kebajikan untuk diri kamu, tentu kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah.” (Surah al-Baqarah: 110)

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak berganjak langkah kaki seseorang hamba pada hari pembalasan kelak sehingga mereka ditanya empat soalan iaitu umurnya ke mana diperuntukkan, usia muda ke mana dihabiskan, hartanya daripada diperoleh dan ke mana dibelanjakan dan ilmunya apakah diamalkannya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Rasulullah SAW juga pernah melahirkan perasaan takjubnya kepada pemuda yang sentiasa bersungguh-sungguh menjunjung nilai takwa dalam kehidupannya dan bukan bersikap seperti kebudak-budakan. Sabda Baginda SAW bermaksud: “Sesungguhnya Allah sangat kagum kepadapemuda yang tidak memiliki sifat kebudak-budakan.”

Ketika hayatnya, Baginda SAW selalu berpesan kepada belia dan remaja supaya memperlihatkan sifat matang, sesuai dengan kekuatan fizikal sehingga dapat dibezakan dengan golongan tua. Lantaran itu, ketika usia Baginda menginjak ke angka 40, terjadi peristiwa kenabian pada waktu yang dianggap sempurnanya kematangan umur dewasa. Ketika itu, kebanyakan pendukung kuatnya ialah pemuda.

Saidina Abu Bakar, tua tiga tahun daripada umur Baginda,Saidina Umar pula berusia 27 tahun ketika memeluk Islam,Saidina Othman lebih muda daripada Baginda dan Saidina Ali jauh lebih muda daripada sahabat lain.

Begitu juga sahabat yang terkenal sebagai pendamping dakwah yang dibawa Baginda SAW seperti Abdullah Mas’ud, Said Zaid, Abdul Rahman Auf, Bilal dan Musab Umair yang berusia muda. Nama seperti Abu Jahal, Abu Lahab, Abu Sufian, malah Abu Talib yang tidak menerima dakwah Baginda SAW ialah kalangan generasi tua.

Harapan Islam kepada generasi muda, remaja atau belia amat tinggi, justeru pengiktirafan ini mesti dibuktikan melalui tindakan dan realiti, bukan sekadar retorik atau omong kosong. Benar dan tepat kecintaan Allah kepada mereka yang suka bersedekah, tetapi Allah lebih cinta generasi muda yang bersedekah, Allah juga mencintai mereka yang beramal, tetapi Allah lebih mencintai generasi muda beramal. Allah mengasihi orang beribadat, tetapi Allah lebih mengasihi pemuda yang beribadah.


Seruan Kasih untuk sahabat seperjuangan...
Apa yang kita tunggu??
Apa yang kita nanti??
Apa yang kita harap??
Apa yang kita Khayal??
Bangunkan dirimu..Teguhkan tekadmu..Buktikan pada semua,kita remaja Muslim yang punya segalanya..Ayuh bangkit & Teruskan perjuangan mulia...
Andai terjatuh tersungkur ke tanah,akan kita bangun kembali..
Walaupun darah mengalir jasad dibasahi,akan kita teruskan perjuangan suci ini..
Hingga ajal datang memanggil untuk bertemu Rabbul izzati..

P/s:Aktifkan dirimu wahai syababul Islam terutama di bumi Di bawah bayu & Bumi Kenyalang..Buktikan kita agen perubah...Sahabat2 semenanjung,semoga terus istiqamah & Jangan pernah mengalah dalam perjuangan ini...Kita bergerak bersama agar tertegaknya Daulah Islam di Bumi Malaysia ini...Insyaallah..sirru ala barkatillah..

Monday, May 24, 2010

~Ini CeritaKU~


~Selamat pagi~
Ana baru bangun tido..Iskh3..Jangan ditiru perangai nie..Lepas subuh, tidoo..Mak kata, arwah atuk sangat marah ngan orang yang tido lepas subuh..Rezeki dah di ambik burung katanya...Atuk kata lepas subuh,cuba tengok sang burung...Dorang dah terbang mencari rezki..Memang best nasihat atuk nie..Walaupun ana tak sempat jumpa atuk,tapi nasihatnya jadi pedoman ana..


Masa ana sekolah dulu memang ana pegang prinsip ni..Sebab tu la kalau malam mesti ana akan tido awal..Supaya pas subuh tak tido..Lagipun dulu hidup family ana susah..Ana kena jalan kaki ke sekolah...Kadang2 kul 5.30am dah start jalan..tapi memang seram la masa tu..Tawakkal dengan Allah je la..Kalau beruntung,ada la jiran yang tumpangkan..Ingat lagi jasa dorang..Syukran..Semoga Allah merahmati mereka..Tapi sekarang adik2 ana beruntung..Bangun lewat pun takpe..Pasal kereta kat luar siap nak hantar...Alhamdulillah sekarang rezki keluarga dah meningkat sedikit..Tapi,dorang kurang merasakan kenikmatan versi ana & kakak ana..Kenikmatan versi dorang keselesaan,masa kitaorng 'survival'..Tapi ana tak salahkan sapa2..Rezki tue milik Sang Khaliq..Bila2 bleh bagi..Jadi rezki adik2 ana la klau dapat keselesaan...Ana pun dapat gak rezki yang lebih besar..Kalau takd kesusahan,ana rasa takd M.SYAHRIL SUDIRMAN yang sekarang nie...
Subhanallah...hebatnya tarbiah Dari Ilahi...

Tapi semenjak masuk ke universiti,disebabkan kesibukan yang menuntut ana untuk tidur lewat,ana mesti akan tido selepas subuh..Ia seolah-olah menjadi habit..Kadang2 selepas subuh,ana tido sampai pukul 12 kalau badan terasa amat penat..Astaghfirullah...Nie semua kelemahan ana,jangan sapa2 jadikan ikutan..TERUK..Tapi.Insyaallah sekarang nie dalam proses nak kembali ke prinsip asal...Doaknlah..Nie la masalah orang kuat tido macam ana..Istilah qada tido mesti ada..Kalau tidak,kepala boleh jadi pening2....alasan je tu sebenarnya..hehehee

Sebenarnya,ana nak berkongsi cerita aktiviti ana minggu lepas..Tatkala ana disibukkan dengan penyediaan bahan2 motivasi,ada juga aktiviti2 sampingan ana..Antaranya pegi kat Kota Kinabalu untuk berjumpa dengan pimpinan Pemuda Negeri..Apa yang ana dapat katakan, perkongsian idea & pemikiran sangat2 seronok..Teguran,kritikan & motivasi menjadi rempah penyedap untuk lebih giat berusaha memperbaiki DIRI & Ummah..(ana nie jenis yang tidak berapa efektif kalau nak bagi motivasi dalam bentuk pujian,tapi kadang2 perlu juga pujian tue..)Ana juga rasa bersyukur pasal dapat berjumpa seorang lagi sahabat seDaerah yang boleh diajak berjuang..Sahabat ana nie dari UM..Insyaallah akan menguatkan lagi jentera Pemuda dikawasan ana..Ana sangat2 bersyukur..


Selepas habis sesi perkongsian,ana dengan tiga orang sahabat lain bertolak balik ke Keningau yang mengambil masa 2 jam & harus meredah bukit bukau..Kepenatan masa itu memang amat ana rasakan..Selepas sampai ke rumah,ustadz ana pula 'call' nak jumpa untuk urusan perniagaan..Ana rasa teruja untuk memulakan perniagaan ana nie..Ana gigihkan diri untuk berjumpa dengan ustadz..Walaupun penat,ana tetapkan janji untuk berjumpa dengan ustdz selepas isyak..Selepas ana solat maghrib,ada sms masuk..Cikgu ana kat teknik pula nak jumpa..

Nasib baik pengalaman kat Universiti menguruskan meeting yang sangat banyak dalam satu malam ada...Jadi,ana pun merancang kembali pertemuan dengan kedua-dua pihak...Sebelum ana berjumpa dengan mereka,ana singgah mengambil sahabat seperjuangan ana masedeh.Selepas itu,ana singgah sebentar ke Masjid Taqwa untuk solat isyak.Dalam perancangn hanya solat isyak..Tetiba pula jumpa pula ustadz Dzul & Ustadz Syakir..Diajaknya menjamu sedikit jamuan & berbincang..Selesai berbincang,ana kena pegi ke rumah ustdz helmi untuk mengambil bahan...Nasib baik ana tidak serabut...Selalunya kalau badan ana dah letih,tahap keserabutan akan jadi tinggi..Tapi Alhamdulillah, Allah memberikan kekuatan kepada ana..Selepas itu ana pun pergi berjumpa dengan Cikgu Suhaila & kemudiannya Ustadz Romzan...Setelah itu ana hantar sahabat ana balik ke rumah & ana pun balik ke rumah ana..
Walaupun jujur ana katakan, ana sangat penat..Namun ilmu yang ana dapatkan dari hasil kepenatan itu amat banyak.Terima kasih ana ucapkan dengan Ustadz2 & cikgu2 yang banyak membantu ana untuk bergerak kerja.Niat ana agar apa yang ana buat dapat keredhaan Allah & dapat melahirkan generasi pelapis di kawasan yang akan memeriahkan medan perjuangan di negeri tercinta..Wallahualam....

Friday, May 21, 2010

Kau & Aku..Kita Muslim Sejati..


Assalamualaikum w.b.t. semua..Selamat datang ke blog ana.Terima kasih banyak2 kerana sudi untuk menjenguk blog ana nie.Baca ke tidak, itu soal yang ke 2..Heheehe..Tapi kalau baca lagi baik..Walaupun tidak hebat mana tapi insyaallah inilah buah fikiran ana yang ingin ana kongsikan bersama sahabat2 yang di cintai.Sebenarnya minggu nie ana sedang sibuk dengan sedikit tugasan & persediaan untuk program motivasi ditambah dengan hal-hal peribadi.Namun ada sedikit hal yang mendorong ana untuk menukilkan sesuatu di dalam laman ini.Ini soal kau & aku.Tapi bukan kau & aku yang ada kat astro Ria tue.Kalau yang itu,entum semua fikirlah sendiri. "Tepuk Dada tanya Iman".Mungkin ia sangat bercanggah dengan apa yang ingin ana sampaikan dalam edisi kali ini.

Sebenarnya ana baru sahaja mengaktifkan kembali laman Facebook ana yang suatu masa dulu ana dah nyahaktifkan.Biasalah insan yang lemah ini tidak mampu untuk mengurus benda2 macam ni untuk kebaikan ummah.Sebaliknya lebih banyak terpengaruh untuk melanggar batas2 syariat dalam menggunakan 'benda' nie.Astaghfirullah...Ramai juga yang kata dengan ana bahawa facebook nie tidak salah asalkan digunakan untuk kebaikan.Tapi pada masa yang sama ana tengok ada segelintir yang melakukan benda yang jelas ditegah oleh agama. Astaghfirullah.Jadi masih pantaskah kita terus menggunakannya??Itu yang orang cakap 'Tahu tapi Tidak Faham'.Kita tahu bahawa adanya batasan dalam pergaulan tapi kita tidak faham apa yang boleh menjuruskan kita untuk melanggar syariat ini.Ana yakin ramai dah tahu hukum penggunaan facebook yang boleh berubah-ubah mengikut situasi.Dari harus boleh jadi makruh.Boleh juga jadi haram.Ana dah tanya kat ustadz ana,dia kata tidak ada hukum yang mewajibkan untuk penggunaaan facebook nie.Jadi??Pandai2 lah aplikasikan kefahaman kita untuk menggunakan senjata 'musuh' ini supaya dapat kita jadikan sebagai senjata kita pula.Ana doakan.Untuk diri ana sekali la tue.Ana memohon ampun dari Allah s.w.t sekiranya apa yang ana lakukan ini terkena batang hidung ana sendiri.Nauzubillah.
Sebenarnya ana nak berkongsi sedikit pengalaman & pengetahuan tentang satu isu.Sebelum itu, ana nak memberi satu situasi.
Cuba bayangkan kita nampak sekelompok remaja duduk berkumpul antara lelaki & perempuan.Dorang duduk bersebelah-sebelahan.Tapi tidak bersentuhan cuma agak rapat.Buat pengetahuan, aurat mereka tidak terjaga.Kalau entum semua nak buat amar ma'ruf nahi mungkar,apa yang entum semua akan cakap??

a) Geng..Kurang sopan duduk antara lelaki & perempuan tanpa batasan..
b)Saudari..Saudari sedar x?? Saudari tidak tutup aurat...
Ana serahkan pada entum semua untuk meletakkan diri pada situasi ini.

Seterusnya, bagaimana pula pendapat entum semua kepada orang Islam yang tutup aurat & belajar agama tetapi mempertikaikan soal pertemanan antara lelaki & perempuan??
Ada yang berkata "Berkawan je pun..Kami tidak akan bercouple punye"..
Mungkin juga.."Kan Islam menganjurkan untuk kita saling berkenal2an...Kami tahu batas pergaulan la"

Ada juga..."Kami berkawan agar dapat bergerak kerja dakwah bersama2 la"
Dan banyak lagi yang ana pernah dengar jika mengulas bab pergaulan atau ikhtilat ini..

Sekarang, ana nak entum semua memasukkan watak pada situasi di atas tadi dalam konteks jawapan orang2 ini...(Orang2 yang tahu agama tapi duduk bersama2 dengan bergelak ketawa..Orang2 yang tahu agama tapi asyik bertelefon dengan 'kawan' dalam keadaan terbahak-bahak..Berjumpa dengan 'kawan' korang dengan keadaan tersengih2...)
Dan..Orang yang entum semua tegur pada situasi pertama mempersoalkan kembali keberadaan korang semua..Mereka boleh cakap.. Adakah Pergaulan antara lelaki & perempuan hanya untuk 'Orang2 Eksklusif je' & 'Syaitan tu tidak akan menggoda orang2 macam korang ke??"Inilah yang akan berlaku apabila kita ikut perintah Allah diatas sebab kesan kepada arahan tue & bukannya didasari rasa percaya seorang hamba kepada Tuannya yang tidak ada pertikaian padaNYA,.

Islam itu bukanlah agama yang menyusahkan & anti sosial.Segala sesuatu itu mudah kerana Islam itu mudah.Segalanya ada cara & penyelesaian.Allah menjaga makhluknya dari sekecil2 perkara hingga ke besar-besar benda.Antara contohnya: Allah memerintahkan untuk "JANGAN MENDEKATI ZINA" & bukannya dengan hanya JANGAN BERZINA ..Maksudnya Allah Mengetahui bahawa dari perkara yang mendekati itulah yang akan menyebabnya berlaku kemaksiatan.Kita sebagai Hambanya perlulah menerima perintah Allah sebagaimana hamba menerima perintah dari tuanNYA & bukannya asyik mencari persoalan darinya.Segala kebaikan dari perintah itu adalah Hikmahnya kerana kita mematuhi arahan dari YANG MAHA MENGETAHUI.


Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.”
– (An-Auur : 30-31).

Pergaulan lelaki dan perempuan adalah harus jika dijaga etika berikut:
1.Pertemuan itu hendaklah dalam suasana serius dan mengikut keperluan.

2.Menahan pandangan daripada melihat aurat atau melihat bukan aurat dengan syahwat.

3.Menghindari berjabat tangan.

4.Memakai pakaian yang menepati syariat (menutup aurat).

ALLAH berfirman dan jangan lah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya.
(an-Nuur : 31)
Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (an- Nuur: 59). Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.

5.Tidak bersesakan dan elok jika ada pemisah.

6.Menghindari khalwat (berdua-duaan), namun dibolehkan jika khalwat di kawasan awam yang ada ramai orang atau seorang lelaki dengan beberapa perempuan yang thiqah (boleh dipercayai dari sudut pegangan agamanya).

7.Tidak terlalu lama dan berulang.


8.Menghindari tempat yang mencurigakan.

9.Menjauhi perbuatan dosa.


10.Perempuan bercakap tidak mengunakan bahasa yang lunak dan gaya yang menggoda.
“maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik (kandungan dan tatacaranya).” – (Al-Ahzab:32).

11.Elakkan pergerakan yang manja dan menggoda.


12.Tidak memakai pewangi.

Konklusinya,Islam menggariskan panduan yang cukup sempurna untuk umatnya menjalani kehidupan seharian.So,setiap apa yang kita lakukan hendaklah berpandukan apa yang telah disyariatkan & bergembiralah kita hidup di dunia yang sementara ini kerana Allah sentiasa menyayangi kita.Ana memohon maaf sekiranya kata2 ana mengguris hati sahabt2 atau ada yang ana katakan namun sahabat2 melihat ana pernah melakukan.Ana hanya insan yang lemah & ana sedia untuk ditegur oleh sahabt2 dalam rangka menuju Syurga Allah yang Maha Sempurna.Katakanlah yang benar walaupun ianya memedihkan.

Salam Mujahadah & Selamat berjuang.....

Thursday, May 20, 2010

~Selamat Pagi Cikgu~(Upin Ipin style)


Assalamualaikum sahabat2 yang dirahmati Allah sekalian...
Seperti biasa,ana doakan entum semua berada dalam limpahan rahmat Allah S.W.T. setiap masa..

Sekarang jam menunjukkan pukul 5.42a.m. Kalau di Sabah dah lewat la nie...Kalau bangun masa-masa macam nie memang dah kena bergegas untuk menunaikan solat Subuh..Tapi mungkin ada juga segelintir boleh bangun lebih awal tapi tidak menunaikan tuntutan Allah s.w.t nie..Astaghfirullah..Ana doakan agar mereka & kita semua mendapat hidayah daripada Allah.Hidayah kan milik Allah..Siapalah kita???

Sebenarnya sekarang nie ana belum pun melelapkan mata..semalaman mencari bahan untuk slot motivasi minggu hadapan.Itulah ana,bila dah fokus dengan sesuatu, memang berusaha untuk buat yang terbaik & cepat disiapkan.Ini sebenarnya boleh jadi kelebihan ataupun kelemahan.Bergantung kepada situasi & keadaannya.Walaupun semalaman tidak dapat melelapkan mata,baru sekarang dapat mood nak nukilkan sesuatu dilaman blog ana ni.


Tadi(lepas maghrib semalam),ana baru balik dari program bacaan Yassin & tahlil sempena Hari Guru dekat sekolah ana di Sek Men Teknik Keningau.Ana rasa ini antara inisiatif yang baru dalam meraikan hari guru di sekolah ana tu.Sebelum nie memang tidak pernah kami rayakan hari guru dengan bacaan Yassin.Alhamdulillah nampaknya ada pembaharuan yang baik di sekolah ana tue.Disebabkan itu,edisi kali nie ana nak berkongsi sedikit idea berkenaan dengan guru.

Secara 'official'nya,rata-rata orang mengenal guru ketika dibangku tadika atau mungkin sekolah rendah(darjah satu).Namun kehadirannya memang dapat dirasa sejak kita kecil lagi.Ini kerana profesion sebagai seorang guru atau cikgu nie sememangnya cukup terkenal & antara pekerjaan yang terawal di dunia.Bagi ana sendiri,jujurnya memandang tinggi status sebagai seorang guru.Menggalas tanggungjawab yang sangat-sangat besar dalam melahirkan generasi pelapis.Selain dari ibubapa,guru merupakan agen pembentuk ataupun acuan kepada kepribadian anak-anak.


Abdul Halim al-Muhammadi pula menjelaskan, guru ialah ejen kepada keberkesanan pendidikan. Walau sebaik manapun sistem pendidikan, maksud yang ingin disampaikan tidak mencapai matlamatnya jika ejen yang menyampaikan tidak efektif. Kejayaan dan keberkesanan pendidikan berhubung rapat dengan kesedaran guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan ilmunya dan keluhuran peribadinya. Kesepaduan antara kemahiran keilmuan dengan keluhuran peribadi adalah kriteria peribadi pendidik yang tidak boleh dipisahkan, sebaliknya jadi contoh berkesan.


Dapat dikatakan, guru bertanggungjawab membentuk tamadun manusia melalui penyebaran ilmu. Jasa guru amat besar, begitu juga pengaruh mereka mendidik serta membimbing pelajar mencapai kecemerlangan hidup. Islam memberi penghormatan yang tinggi kepada guru. Mereka bukan saja berperanan memberi kesedaran kepada diri sendiri, juga kepada kumpulan di bawah bimbingan mereka termasuk dalam hal menjaga hubungan dengan Allah.

Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya yang takut kepada Allah antara hambanya ialah ahli ilmu.” (Surah Faathir, ayat 28) Firman Allah lagi yang bermaksud: “Wahai orang beriman, apabila dikatakan kepada kamu berikan sedikit ruang pada majlis, maka berikan ruang, nescaya Allah akan memperluaskan ruang untuk kamu. Allah mengangkat darjat orang yang dikurniakan ilmu kepada mereka dan (ingatlah) Allah itu Maha Mengetahui terhadap apa saja yang kamu kerjakan.” (Surah al-Mujadalah, ayat 11)

Khidmat guru jika dilakukan dengan ikhlas bukan saja dapat melahirkan generasi yang bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara, malah membuka peluang kepada guru meraih keberkatan serta reda Allah. Tugas guru adalah amanah yang datang dengan tanggungjawab serta beban berat kerana tidak dinafikan mendidik pelajar daripada usia lima tahun (prasekolah) bukan mudah serta memerlukan kesabaran tinggi. Harapan menggunung diletak pada bahu guru sering kali menimbulkan dilema kerana hakikat mendidik pelajar bukan hanya tanggungjawab guru, sebaliknya perlu mendapat sokongan ibu bapa yang menjadi guru di rumah.

Guru bukan setakat menjadi insan yang memberi pembelajaran mengikut subjek-subjek tertentu di dalam kelas kepada para pelajar,sebaliknya guru juga turut berperanan membentuk sahsiah,akhlak atau sikap anak murid mereka.Guru seharusnya menjadi sumber inspirasi kepada para pelajar untuk berjaya hidup dunia & akhirat.Oleh itu,guru seharusnya mencuba sedaya upaya untuk menunjukkan suri tauladan yang terbaik untuk anak buah mereka agar dapat melahirkan insan-insan yang mencapai piawaian modal insan(lama tidak dengar ayat nie).

Namun,pihak-pihak lain juga tidak seharusnya dengan mudah meletakkan beban kesalahan kepada guru sekiranya berlaku masalah dalam kalangan pelajar.Sikap menuding jari tidak akan pernah menjadi cara yang terbaik dalam menyelesaikan sesuatu masalah.Setiap pihak seharusnya melihat & menilai segala sesuatu perkara sebelum menjatuhkan hukuman terhadap keprofesionalisme seorang guru.Para guru juga ana doakan agar dapat terus meningkatkat prestasi & mutu perguruan agar visi & misi asal dapat dikecapi.Jadikahlah Rasulullah sebagai contoh ikutan yang terbaik dalam menjalankan tugas suci ini...


Sebenarnya ana nak bercerita pengalaman ana berjumpa & diajar oleh guru-guru ana.Tapi tiba2 terkeluar pula ayat2 skema.Tidak apalah selagi bermanfaat.Sejak dari tadika,ana memang rapat dengan cikgu yang mengajar ana.Ada sampai tahap boleh jadi geng dengan cikgu.Tapi ada juga pengalaman terbang pemadam papan tulis,kapur & kerusi ketika ana belajar dulu.Tapi bukan ke ana ok.Insyaallah profil masa sekolah baik.Tapi nakal2 sikit tue biasalah.Pasal tue la ana akan pelik kalau dengar cerita budak2 sekolah buat benda2 yang diluar jangkaan.Mungkin inilah yang berlaku bila tiada keberkatan dalam menuntut ilmu.Nauzubillah..
Di kesempatan ini juga,ana nak ucapkan seinfiti terima kasih & ana memanjatkan doa agar guru2 yang pernah begitu tekun mengajar & mencurahkan sepenuh tenaga mendidik jiwa nakal ini sentiasa berada dalam keadaan sihat & diberi kekuatan untuk terus menjadi pendidik yang berjiwa kental setabah Rasulullah s.a.w.
Sejarah persekolahan ana:
Taska ABIM
Sek Keb Pekan Keningau
Sek Men Sains Sabah
Sek Men Teknik Keningau
PLKN kem kubena kump 1 siri 5 tahun 2008
Pusat Asasi UIAM Pj
UIAM Gombak(insyaallah)..

Jazakumullah ya guru,cikgu,ustadz & Ustazahku...Ampunkan dosa anak muridmu ini...
(Rasa2 nyer berapa ramai bekas cikgu ana yang baca blog ana ek????)takpe r...

Tuesday, May 18, 2010

KELEBIHAN SOLAT SOLAT secara SAINTIFIK



Takbiratul Ihram : Berdiri tegak, mengangkat kedua tangan sejajar telinga, lalu melipatnya di depan perut atau dada bahagian bawah. Manfaat gerakan ini melancarkan aliran darah, getah bening (limfe) dan menambah kekuatan otot lengan. Posisi jantung di bawah otak memungkinkan darah mengalir lancar ke seluruh tubuh. Saat mengangkat kedua tangan, otot bahu meregang sehingga aliran darah yang kaya oksigen menjadi lebih lancar. Kemudian kedua tangan didekapkan di depan perut atau dada bagian bawah. Sikap ini menghindarkan dari berbagai gangguan persendian, khususnya pada tubuh bagian atas.

Ruku’ : Rukuk yang sempurna ditandai tulang belakang yang lurus sehingga bila diletakkan segelas air di atas punggung tersebut tak akan tumpah. Posisi kepala lurus dengan tulang belakang. Manfaat postur ini menjaga kesempurnaan posisi dan fungsi tulang belakang (corpus vertebrae) sebagai penyangga tubuh dan pusat saraf. Posisi jantung sejajar dengan otak, maka aliran darah maksima pada tubuh bahagian tengah. Tangan yang bertumpu di lutut berfungsi merehatkan otot-otot bahu hingga ke bawah. Selain itu, rukuk adalah latihan untuk mencegah gangguan prostat.


I’tidal : Bangun dari rukuk, tubuh kembali tegak setelah mengangkat kedua tangan setinggi telinga. Manfaat i’tidal adalah variasi postur setelah rukuk dan sebelum sujud. Gerakan ini merupakan latihan pencernaan yang baik. Organ-organ pencernaan di dalam perut mengalami pemijatan dan pelonggaran secara bergantian. Kesannya, pencernaan menjadi lebih lancar, terhindar dari gangguan penyakit disekitar perut.

Sujud : Menungging dengan meletakkan kedua tangan, lutut, ujung kaki, dan dahi pada lantai. Manfaat, aliran getah bening dipam ke bagian leher dan ketiak. Posisi jantung di atas otak menyebabkan darah kaya oksigen bisa mengalir maksima ke otak. Aliran ini berpengaruh pada daya pikir dan kecerdasan seseorang, bisa memberikan ketenangan. Karena itu, lakukan sujud dengan tuma’ninah, jangan tergesa gesa agar darah mencukupi kapasitasnya di otak. Postur ini juga menghindarkan gangguan wasir. Khusus bagi wanita, baik rukuk maupun sujud memiliki manfaat luar biasa bagi kesuburan dan kesihatan organ kewanitaan.


Duduk, Duduk ada dua jenis, yaitu iftirosy (tahiyyat awal) dan tawarruk (tahiyyat akhir) : Perbezaan terletak pada posisi telapak kaki. Manfaatnya, saat iftirosy, kita bertumpu pada pangkal paha yang terhubung dengan saraf nervus Ischiadius. Posisi ini menghindarkan sakit pada pangkal paha yang sering menyebabkan pesakitnya tak mampu berjalan. Duduk tawarruk sangat baik bagi lelaki sebab tumit menekan aliran kandung kemih (urethra), kelenjar kelamin (prostat) dan saluran vas deferens. Jika dilakukan dengan benar, postur ini mencegah impotensi. Variasi posisi telapak kaki pada iffirosy dan tawarruk menyebabkan seluruh otot turut meregang dan kemudian relaks kembali. Gerak dan tekanan harmonis inilah yang menjaga kelenturan dan kekuatan organ-organ gerak kita.


Salam : Gerakan memutar kepala ke kanan dan ke kiri secara maksima. Manfaatnya untuk merehatkan otot sekitar leher dan kepala menyempurnakan aliran darah di kepala. Gerakan ini mencegah sakit kepala dan menjaga kekencangan kulit wajah.

Hakikat kita Solat adalah untuk menghadap & bersungguh-sungguh beribadah kepada Allah s.w.t .Kelebihan ini hanya sedikit bukti yang menunjukkan Kebesaran Allah & segala suruhanNYA tersembunyi hikmah yang tiada tara.....wallahualam...
JOM SOLAT BERJeMAAH

INSAN SETIA