Thursday, November 18, 2010

*Pemimpin* Agama & Akhlak

Assalamualaikum INSAN2 Cemerlang..Sidang Pembaca yang Di Rahmati Allah..Apa khabar hari ini??Kalau jasad sihat atau sakit,mudah untuk kenal pasti bukan??Bagaimana dengan Rohani kita??Iman Kita kepada Sang Khaliq..Masih sihat atau sudah lama kita tidak menjenguknya sehingga kita benar2 tidak tahu keadaannya kini..Marilah bersama-sama kita menjenguk kembali kondisi keimanan kita dengan perbanyakkan MUHASABAH..Ingatlah pada Allah..Insyaallah kita akan diberi petunjuk berkenaan kondisi Keimanan & Ketaqwaan kita..Tetiba ana terasa sayu..Tak tahu mengapa...

Edisi kali ini,ingin sekali diri ini berkongsi sedikit perkongsian berkenaan PEMIMPIN..Pemimpin??Satu amanahkah ia?Atau mungkin sekadar jawatan yang boleh kita banggakan??Tepuk Dada,tanya Iman..

Apabila kita memperkatakan pemimpin umat Islam,terbayang oleh kita bahawa mereka terbahagi kepada pelbagai peringkat dan pemimpin di berbagai bidang dan jurusan. Pemimpin di kalangan umat Islam itu ada pemimpin-pemimpin besar dan ada juga yang kecil. Ada yang umum (negara, daerah, dll) ada yang khusus (pendidikan, ketentaraan, ekonomi, dll). Juga ada yang terbatas ketika Pemimpin itu juga dipimpin.

Setelah kita mengetahui pemimpin dan kepemimpinan dalam Islam itu berperingkat-peringkat, maka di sini akan memperkatakan apa tanggung jawab setiap pemimpin itu?

Di peringkat manapun pemimpin itu memimpin, maka ada dua kewajiban yang tidak dapat dihindari dan akan dipertanggungjawabkan kelak . Agama Islam mewajibkan setiap pemimpin umat Islam bertanggungjawab terhadap AGAMA dan AKHLAK orang yang di bawah pimpinannya.

Setiap pemimpin di akhirat kelak akan ditanya oleh ALLAH Ta’ala setiap orang di bawah pimpinannya, tidak terkecuali pemimpin besar atau kecil, umum atau khusus. Mereka tidak boleh memikirkan bidangnya saja. Dalam ajaran Islam, masalah agama terutama di sudut fardhu ain mesti diketahui, dihayati dan diamalkan oleh setiap mukallaf (muslim, baligh, berakal yang telah dapat dikenai hukum). Oleh sebab itu siapa saja yang menjadi pemimpin bertanggung jawab memastikan perkara AGAMA dan AKHLAK untuk keselamatan bersama di dunia dan akhirat.

Tidak seperti halnya dalam bidang fardhu kifayah, seperti ketentaraan, ekonomi, pertanian dll. Sebagai contoh kalau ada satu golongan yang berkecimpung di bidang itu dan mencukupi keperluan umum, maka sudah memadai. Orang lain yang tidak ambil bagian di bidang itu terlepas dari dosa.

Sedangkan mengetahui halal dan haram serta akhlak yang mulia, iaitu memiliki sifat-sifat mahmudah, seperti adil, jujur, tawadhuk, pemurah, kasih sayang, sabar, redha, tawakal, lapang dada, pemaaf, meminta maaf, amanah diwajibkan bagi setiap orang, baik pemimpin maupun bukan.

Setiap pemimpin Islam itu tidak seharusnya berkata, “Saya pemimpin di bidang ketentaraan. Saya hanya bertanggung jawab dengan ketentaraan saja. Soal agama dan akhlak itu bukan tanggung jawab saya.” Pemimpin ekonomi pun berkata senada dan juga pemimpin-pemimpin yang lain. Begitulah setiap pemimpin berfikir demikian. Soal agama dan akhlak itu tanggung jawab ulama, ustadz, pendakwah, pemimpin dakwah. Itulah bidang khusus mereka, begitu dalam fikiran para pemimpin itu. ALLAH dan Rasul tidak mengkehendaki demikian.

Islam memerintahkan setiap pemimpin umat Islam, baik dia memimpin negara, pemimpin ketentaraan, politik, ekonomi, dll, wajib bertanggung jawab kepada anak pimpinannya mengenai AGAMA dan AKHLAK mereka.

Di akhir zaman inilah kelemahan umat Islam, dimana pemimpin hanya memimpin di bidangnya saja. Terhadap agama dan akhlak, mereka meringan-ringankannya. Itulah sebab mengapa setiap golongan itu, susah disatukan satu sama lain. Hati berjauhan meski tidak bertengkar karena tali pengikat di kalangan umat Islam adalah agama dan akhlak sudah diputuskan. Kalaupun ada tali, tapi sudah hampir PUTUS & RAPUH. Maka dari itu banyak terjadi gejala yang negatif dalam golongan—golongan manusia. Hal ini berlaku karena mereka tidak diarahkan kepada agama dan akhlak mulia oleh pemimpin. Jika ada progam keagamaan pun hanya menjadi program semata-mata tanpa ada nilai penghayatan yang tinggi. Pemimpin hanya mengutamakan bidangnya saja seolah-olah AGAMA dan AKHLAK adalah persoalan individu.

Padahal umat Islam menghendaki AGAMA dan AKHLAK mesti sama walaupun berasal dari berbagai bidang karena hal itu merupakan keperluan bersama. Kalau pemimpin memperhatikan akhlak dan agama maka akan lahir ahli-ahli yang berkemajuan, berdisiplin dan berakhlak mulia karena disuluh oleh ruh Islam. Sehingga visi mereka sejalan, syiar mereka bersama dan akhlak mulianya sama.

Umat Islam sudah berfikir bahawa agama hanya untuk guru-guru agama dan ustadz-ustadz. Apakah ada di dalam kalangan umat Islam berfikir bahwa dengan berdisiplin agama dan berakhlak mulia akan merugikan umat Islam dan manusia? Apakah dengan berakhak mulia dan berdisiplin dalam agama akan menciptakan kemunduran?

Sebenarnya kepatuhan dalam agama serta akhlak mulia itulah yang menjadikan umat Islam berdisiplin. Akan memperindah dan memperbaiki setiap profesi dalam bidang-bidang kemajuan, sehingga dapat meningkatkan kehormatan umat Islam, karena akhlak adalah universal, bahkan orang bukan Islam akan senang terhadap Islam. Dan yang terpenting adalah ALLAH dan RasulNya akan suka dan redha terhadap kita. Amin.

Belajar Di UIAM,aku dipertemukan dengan pelbagai jenis Pemimpin..Ramai dalam kalangan mereka yang benar2 membuat aku Kagum..Aku sangat terdidik & termotivasi dengan cara & ciri kepimpinan mereka.Aku yang hanyalah insan hina yang baru sedar & masih bertatih dalam mentarbiah diri menjadi Pemimpin untuk diri sendiri ini sentiasa menjadikan mereka Contoh teladanku.Mereka bukanlah sehebat Pemimpin Idolaku Rasulullah s.a.w,tidak juga setanding dengan Khulafa Ar Rasyidin mahupun Pemimpin2 Islam yang sememangnya telah Gah namanya dilembaran sejarah..Namun,usaha mereka yang sentiasa menjadikan Al-Quran & Sunnah sebagai BUKU PANDUAN,membuat hatiku rasa bertuah mampu bersahabat dengan mereka..Aku YAkin & Percaya,Usaha yang mereka lakukan sememangnya untuk memartabatkan Islam di muka bumi ini...

Satu dari sekian ramai sahabat yang aku kagumi kepimpinannya ketika bersama2ku memimpin sahabat2 universiti adalah PRESIDENT ANAS MAZLI..Ketuaku di ENGENIUS..Aku bersyukur kehadrat Ilahi kerana dikurniakan Pemimpin yang berusaha kearah memartabatkan Islam kedalam Kepimpinan Society Mahupun Universiti..Aku bersyukur kerana dikurniakan pemimpin yang TAHU & FAHAM akan apa itu Islam..Semoga Islam akan sentiasa tertegak dengan adanya pemimpin2 yang menjadikan Islam Sebagai Cara hidup...

p/s=Post ini tidak bermaksud untuk membangga-banggakan insan2 tertentu melainkan sebagai motivasi kepada sidang pembaca..Anas Mazli..Pasnie kena lebih banyak tingkatkan usaha kearah kepimpinan yang lebih Baik..FAstabiqul Khairat

UIAM Melahirkan Pemimpin Bertaraf Dunia..THINK GLOBAL ACT LOCAL..

Unite For Islam..

Wednesday, November 17, 2010

Aku

BismillahirRahmanirRahim...
Alhamdulillahi Rabbil 'alamin...
Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad
alfatihi lima ughliqo wal khatimi lima sabaqa
nasiril haqqa bilhaq
wal hadi ila siratikal mustaqim
wa 'ala alihi wa sohbihi haqqa qadrihi wa miqdarihil 'azim..

Assalamualaikum W.b.t buat sahabat2 maya yang dirahmati Allah..
Semoga Hidup Kalian masih teguh menjunjung Kalimah HEBAT Syahadah..
Terus berjuang mensyiarkan kalimah Allah walau di mana kalian berada & dalam situasi apapun...Terus & Terus menjadi Pendokong gerakan Islam hingga ke titisan darah yang terakhir..Insyaallah..Sama2lah kita Istiqamah di Jalan kebenaran ini..
Mohon Maaf diatas kelemahan diri yang sudah terlalu lama tidak membuat perkongsian di alam maya ini...Terasa diri sangat bersalah tatkala melihat bilangan follower yang agak meningkat walaupun perkongsian semakin berkurang..
Insyaallah semoga perkongsian kali ini akan mengubat rindu kalian pada perkongsianku yang tidak sehebat mana...

*HOREYYY CUTI DATANG LAGI*
Saya rasa,semua sudah maklum bahawa masa-masa ini adalah masa yang sangat2 dinantikan oleh sebilangan besar insan yang bergelar pelajar..Apa lagi kalau tidak musim cuti..Bersorak gembira tatkala melihat jam yang memaparkan bahawa kelas pada tahun ini akan berakhir..yahoooo
Melompat keriangan..Bermain-main di ruang minda akan aktiviti yang akan dilakukan sepanjang musim cuti ini...
*Lepak ngan member
*Jalan2 cari makan
*Cari kerja
*Makan,tidur & Main..
& bermacam-macam lagi perancangan yang kian ligat bermain di fikiran pelajar2 ini pada kelas terakhir...
Mungkin dulu aku juga seperti mereka..
Hidup aku hanya untuk aku..
Gembira adalah menggembirakan diriku..
Tak kisah dengan apa2 pun yang tiada kena mengena denganku..
Biarlah mereka dengan kehidupan mereka..Aku??
Gembira dengan hidupku...
Namun,menganjak dewasa,Alhamdulillah aku kian sedar..
Siapa aku sebenarnya..Apa makna cuti sebenarnya...
Aku bagaikan tersentak di lamunan ku sendiri..
KINI..
Aku menjadi risau tatkala musim cuti tiba..
Berada dalam musim cuti benar-benar menduga diriku yang lemah ini..
Kecelaruan aktiviti yang tidak dirancang dari awal menyebabkan segalanya kucar kacir..kosong..Porak peranda..
Tidak tahu kemana harus dituju..
Aku tidak ingin kembali kepada intrepretasi cuti budak sekolah..
AKU KINI MAHASISWA..
Aku ada tugas & tanggungjawab yang harus aku tunaikan..
Banyak..ya,SANGAT banyak..
Tapi mengapa aku masih blurr..tidak seperti tahun2 sebelum ini..
Rancak mengatur langkah mendekati insan2 yang mahukan motivasi,perkongsian,pengislahan & kekuatan..
Aku bagaikan beku..Tidak tahu kemana harus dituju..
Ya Allah,Kau tunjukkan aku jalan agar aku dapat terys melangkah..
Tidak menjadi insan MALAS yang hanya duduk di rumah tanpa memikirkan & membantu menegakkan syiar Islam..

*SYAHRIL,CEPAT BANGKIT DARI MIMPIMU....
KELUAR DARI ZON SELESAMU...
APA YANG AKAN KAU BAWA JIKA BERHADAPAN DENGAN ALLAH KELAK??*
Astaghfirullahalazim...

Tuesday, November 2, 2010

Menitis Air Mata KeSyahduan MerinduiMU...







Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohi Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung2 gurun enggan mengepakkan sayapnya. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, “ Wahai ummatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertaqwalah kepadaNya. Kuwariskan dua perkara pada kalian; Al-Quran dan Sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak oran-orang yang mencintaiku, akan masuk ke dalam syurga bersama-sama ku.” Khutbah singkat diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu-persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghelakan nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang , saatnya sudah tiba. “Rasullullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang dalam keadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik yang berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang keringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam.” Kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya kepada Fatimah, “Siapakan itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini melihatnya.” Tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut.” Kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri , tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya . kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap sedia di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah. “ Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatangan mu.” Kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?”tanya Jinril lagi. “Khabarkan kepada ku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khuwatir, wahai Rasulullah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: “kuharamkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkn muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkn wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “ Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.

Sebentar kemudian, terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.” Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. “ Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku”- “Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukkan. Fatimah menutupkan tangan diwajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummatii, ummatii, ummatii”- “Umatku, umatku, umatku”. Dan berakhirlah hidup seorang manusia yang mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholi ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihin.. betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirinkan kepada sahabat-sahabat muslim yang lain agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita. Kerana, sesungguhnya selain daripada itu hanya fana belaka….

INSAN SETIA