Wednesday, June 30, 2010

Saat-saat Genting


Huuhhhhh...Lawak2..Jodoh Pertemuan Di tangan Allah...
Orang kata: Kalau buat baik dengan orang,Insyaallah suatu hari nanti orang akan buat baik kat kita(tak sekarang,nanti...)..Situasi sekarang nie,betul-betul membuktikan kata-kata tue...
Dulu masa first year kat CFS,ana ad kenal dengan seorang BRO nie..Nama dia Bro Hidayat... Memang sempoi & giler2 orangnye...Memang senang la nak masuk..Tapi masa ana second year,dia pindah pegi Gombak...

Imbas balik kenangan pertama kali jumpa dengan dia,memang serba sempoi..Dia nie fellow hisbah ana..Nak dijadikan cerita,ada satu masa tue,dia tengah bertungkus-lumus mencari committee untuk handle suatu program universiti yang memang agak besar juga la...Dia pun minta bantuan bilik kitaorang...Mula-mula memang Super berat nak tolong...Dah la takde pengalaman handle program universiti..Kena pula program tue,program wajib dan pesertanya yang satu umur ngan kitaorang...Tapi selepas muzakarah dengan member2 bilik,atas rasa ingin membantu fellow,kitaorang pun tolong...Tup..tup..Ana jadi Program Manager...Tue la pengalaman pertama ana handle program kat universiti..Tapi ana redah jer..Buat yang terbaik..Alhamdulillah semua o.k...

Bermula saat tu,ana memang dah rapat dengan Bro Hidayat..Banyak benda ana tolong dia & dia tolong ana...Sekarang nie,buat pengetahuan sahabat2,ana takd MAJOR lagi..walhal,nak masuk Gombak next week...Dah berkali-kali ana kol kat Student Affair nak selesaikan masalah nie...Tapi tak selesai-selesai pun...Jadi hari nie,memang ana berazam nak selesaikan masalah nie hingga titisan credit yang terakhir...Seminggu ana cuba telefon tapi tak dapat...Alhamdulillah kali ni dapat..Pastue ana pun kol la & Alhamdulillah dapat...Ana bercakap dengan seorang bro nie..Siap marah-marah ana lagi pasal tak selesaikan awal-awal...
Ana pun ikutkan hati nak marah juga..Tapi,usahakan untuk COOL...


Diakhir perbualan,bro nie pun tanya kad matrik dengan nama ana...Lepas ana jawab,terus dia diam...Pastue selamba cakap.. "Wei, Syahril..ko tak kenal ke?"Ana awal2 tue memang dah syak orang nie ana kenal... Ana pun jawab "Bro Hidayat ke??" Dia pun jawab.."Ye la"..Dia dengan semangat cakap "Jangan risau,Ko punya pasal,lepas meeting nanti aku tolong settlekan...Boss aku tue ada kat Australia"..Ana pun bersyukur tak terkira...Pastue selamba cakap"Abang tolong la ek..Saya dah lama gile tunggu..Dah malas dah.." Dia sekali lagi dengan selamba jawab.."Lain kali contact la aku"...

Disebabkan memikirkan credit yang kian sakarat dimamah masa...Ana pun sekadar tergelak kecil jer...Walhal,nak juga ana cakap..dah abang tak bagitau abang kerja kat sana..iskh3...
Apa2pun ana amat2 bersyukur pasal masalah ana nie ada orag yang boleh tolong selesaikan...Semoga kali nie,betul2 la ia cepat selesai..Bro Hidayat: Tolong la daku yang dah berada pada tahap kritis ini..kalau tak selesai juga,habis la daku tatkala musim taaruf nanti terpaksa menyelesaikan berjuta-juta masalah...JANGAN la...
Wallahualam..

Tuesday, June 29, 2010

Muwasafat Tarbiah




Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar...
Buat sahabat2 UIAM,tidak lama lagi akan memulakan kembali perjuangan hidup di bumi IIUM..Sedikit perkongsian agar dapat menjadi peringatan & panduan dalam menghadapi mehnah & tribulasi..Buat adik2 teknik & sahabat2 seperjuangan di bumi di bawah bayu juga....

Muwasafat tarbiyah membincangkan tentang sifat2 yang perlu ada pada seorang muslim.Ia dipopularkan oleh Hassan Al-Banna sendiri, pengasas ikhwanul muslimin,satu pertubuhan yang menjadi rujukan utama jemaah2 lain di seluruh dunia.Methodologi atau kaedah tarbiyah yang digunakan oleh ikhwanul muslimin boleh dikatakan lengkap, mencakupi semua aspek kehidupan, agama,akidah,akhlak,fikrah,politik dan seabagainya.Bayangkan betapa hebatnya Hassan Al-Banna, yang pada awalnya hanya bergerak berseorangan, dan kedai2 warung kopi menjadi tempat pertama beliau menyampaikan dakwah.Sedikit demi sedikit, hasil usahanya membuahkan hasil bilamana hari demi hari makin ramai orang mendengar ceramah beliau dan akhirnya terbentuklah ikwanul muslimin,semuanya bermula dari kesedaran individu yang disampaikan kepada masyarakat.Itulah kuasa MENYAMPAI.Namun, nak menyampaikan pun ada kaedah dia,perlu bersesuaian dengan pendengar atau mad'u dan disampaikan dengan tuturkata yang mudah difahami dan dengan intonasi dan penegasan yang bersesuaian.Cara penyampaian ini perlulah diasuh dalam diri setiap muslim sedikit demi sedikit sebab setiap muslim ada seorang da'i.Menjadi kewajipan setiap muslim utk menyampaikan Islam dan hanya dengan kaedah penyampaian yang betul sahaja kita mampu menggerakkan hati seseorang memilih Islam sebagai cara hidup..

Sabda nabi,

"Sampaikanlah walau seayat,"

jadi sampaikanlah....

hah sekarang baru masuk bab muwasafat tarbiyah.muwasafat tarbiyah ni ada 10 guideline iaitu;

  • akidah yang sejahtera
  • akhlak yang mantap
  • ibadah yang betul
  • menjaga waktu
  • mampu melawan nafsu
  • mampu berusaha
  • fikiran yang berpengetahuan
  • kuat tubuh badan
  • tersusun dalam urusan
  • bermanfaat kepada masyarakat

Akidah yang Sejahtera

Meyakini sepenuhnya tuhan itu satu

Akhlak yang Mantap

Akhlaknya melambangkan ciri2 seorang muslim,bersopan santun,menghormati orang tua,beradab bla3

Ibadah yang Betul

Ibadahnya dipenuhi dengan rasa rendah diri disaluti perasaan hina dan kerdil kepada tuhan yang esa.tidak lahir perasaan ria takabbur ujub sumah ketika beribadat.ibadahnya ikhlas demi mengharapkan redha Allah.FEAR,HOPE and LOVE.takutkan seksa Allah,mengharapkan balasan dan ampunan dariNya dan perasaan cinta dan rindu kepadaNya

Menjaga Waktu

Masa dipenuhi dengan perkara2 yang bermanfaat,yang mendekatkan dirinya kepada rabb.contoh perkara bermanfaat; mentelaah buku,supaya dapat ilmu dan dapat dijadikan sumber utk disampaikan kpd masyarakat.;youtube djadikan sebagai tempat utk mendengar ceramah atau clip2 yang membangun.;aktif dengan persatuan.sedarlah betapa bazirnya masa kita pada tidur (bangun lambat pun dah waste bape jam sebenarnya),game(CS,dota,online games,fb),etc

Mampu Melawan Nafsu

Ingin ditegaskan,nafsu yang dimaksudkan mencakupi nafsu seksual,nafsu makan,nafsu tidur dan sebagainya. jaga betul2 semua nafsu ini kerana ianya merupakan pintu utk syaitan masuk ke dalam jiwa.tempatkanlah tembok dihadapan pintu ni,kuatkan dengan pengawal2 yang mampu membedung desakan syaitan nauzubillah

Mampu Berusaha

Tidak bergantung harap dengan orang lain bilamana sesuatu amanah diberikan kepadanya.mampu mencari solusi kepada apa2 jenis permasalahan sekalipun.pandai berdikari......matang

Fikiran yang Berpengetahuan

Otaknya sarat dengan ilmu,hidupnya dipenuhi dengan keinginan utk menuntut ilmu.up-to-date dengan isu2 semasa.berpengetahuan dalam pelbagai perkara walaupun itu bukan bidang kepakarannya

Kuat Tubuh Badan

Mempunyai kesihatan yang bebas dari penyakit,mengamalkan pemakanan yang sihat,tidak melayan nafsu ketika makan kerana ingat dengan pesan nabi,"makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang,".Mengamalkan exercise.....

Tersusun dalam Urusan

Tidak menangguh kerja kerana beringat dengan pesan Umar Al-Khattab,"ketika pagi,jgn diharapkan petang,dan ketika petang jgn diharapkan waktu pagi,".Mempunyai jadual harian yang tersusun

Bermanfaat kepada Masyarakat

Hidupnya penuh dengan memberi,jarang sekali dia mengharapkan menerima...Erti hidup pada Memberi... banyak melakukan amal kebajikan,aktif persatuan,menjadi seorang dai yang tidak jemu untuk menyampai

Akademi Khalifah Muda,,,(AKM)


Semoga Sahabat-Sahabiah dapat mendoakan agar segala perancangan dapat dilaksanakan..
Semoga Allah memberikan penyelesaian bagi setiap masalah...
UntukMU Islam kami berjuang..

Monday, June 28, 2010

Mahallah Ku...Zubair Al Awwam





Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakbar... Assalamualaikum sahabat-sahabiah yg dirahmati Allah.. Pernah tengok pokok kelapa??? Mesti pernah kan...Kalau tak pernah dah tahap kritikal tu..hehe Apa yang entum semua tengok?? Kalau ana,memang menjadikan pokok kelapa sebagai Motivasi diri.. Cuba entum semua fikirkan.. Betapa hebatnya kuasa Allah yang menjadikan Pokok Kelapa.. Semua bahagian berguna.. Kita?? Anggota badan kita yang Allah pinjamkan nie adakah kita manfaat sepenuhnya??? Tepuk dada tanya Iman.. Semoga Beroleh Semangat untuk Istiqamah di Jalan NYA.. (Belajar Dari Alam)

Nama penuh beliau ialah Zubair bin Al-Awwam bin Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Kaab bin Luayy Al-Kinani Al-Qurasyi Al-Asadi Al-Makki. Bertemu nasabnya dengan Rasulullah SAW pada datuknya yang kelima iaitu Qusay. Asalnya, ibunya Sofiah menggelarkan beliau dengan Abu Thahir, sebelum ditukar Abu Abdullah dengan anaknya Abu Abdullah sehinggalah gelaran itu masyhur di sisi Rasul SAW dan para sahabat.

Beliau juga dikenali sebagai Hawari Rasul SAW, iaitu penolong dan penyampai ke arah kemenangan serta di antara sahabat paling ikhlas dan bersih dari keaiban. Malah, beliau menikahi Asma’ binti Abu Bakar Zatun Nithaqain dan zuriatnya iaitu Abdullah bin Zubair, bayi pertama lahir dari kaum Muhajirin selepas hijrah ke Madinah. Lalu Abdullah diambil sebagai anak angkat Nabi SAW. Zubair seorang yang tinggi tubuhnya, kuat dan tegap badannya, putih kemerah-merahan kulitnya, panjang, tersusun dan pantas langkahnya, tegas pendirian, cerdas fikiran, sentiasa cergas serta sangat cekap dalam ilmu peperangan. Pernah dalam satu peperangan seperti yang digambarkan oleh anaknya Urwah: “Ketika kecilnya beliau telah berperang dan telah mematahkan tangan seorang lelaki, lalu lelaki tersebut bertemu dengan ibunya Sofiah lalu ibunya bertanya: “Kenapa dengan kamu?”, lelaki itu memberitahu bahawa Zubair telah mematahkan tangannya dalam peperangan, seraya ibunya melantunkan sebuah syair menggambarkan bahawa Zubair adalah seorang yang kuat tenaganya serta pantas langkahnya yang bisa menjatuhkan dan mengalahkan orang lain. Dan begitulah sifatnya sejak muda hingga ke zaman tuanya.

Pengislaman Zubair telah diriwayatkan oleh Ibnu Ishak : Tatkala Abu Bakar memeluk Islam lalu mengisytiharkan keislamannya, beliau (Abu Bakar) adalah seorang yang disegani dan dicintai di sisi kaumnya, paling dihormati di kalangan Quraisy serta paling alim dan terkenal di antara mereka. Oleh itu, beliau menyeru kaumnya kepada Islam dari mereka yang mempercayainya untuk bersama-sama dengannya dan hasilnya; Uthman bin Affan, Zubair bin Al-Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Saad bin Abi Waqqas, Thalhah bin Ubaidillah lalu bersemuka seraya mengisytiharkan keislaman mereka dan bersolat bersama-sama baginda SAW. Ibnu Hisham meriwayatkan bahawa Zubair memeluk Islam ketika usianya 16 tahun. Ini dikuatkan dari riwayat al Imam Ibnu Abdul Barr bahawa ketika Rasul SAW berumur 24 tahun, ketika itulah Zubair bin Al-Awwam dilahirkan. Bermula dari detik itulah beliau mula mendampingi baginda SAW dalam penyebaran Islam melalui dakwah dan peperangan.


Cintanya kepada Nabi SAW tergambar apabila baginda SAW disakiti ketikamana diutus menyampaikan Islam dan beliau disakiti, lalu Zubair menghunuskan pedangnya bagi melindungi baginda SAW. Lalu Nabi SAW mendoakannya dengan kebaikan dan Allah SWT tidak mensia-siakan doanya. Rasulullah SAW telah mempersaudarakannya dengan Abdullah bin Mas’ud, selain turut berhijrah ke Habsyah dan Madinah. Beliau turut terlibat dalam banyak peperangan bersama Nabi SAW, seperti ungkapannya dari riwayat al Hakim: “Demi Allah! Tidak keluar Rasulullah SAW dalam ghazwah atau sariyyah melainkan aku akan turut menyertainya”. Antara peperangan yang beliau sertai ketika hayat Nabi SAW termasuklah perang Badar, Uhud, Hamraul Asad, Khandak, Khaibar, Fathul Makkah, Hunain dan Tabuk. Manakala peperangan yang beliau ikuti selepas kewafatan SAW ialah Perang Riddah, Yarmuk, dan juga pembukaan Mesir, Nahwan di Parsi dan Azerbaijan.
Beliau juga turut berkhidmat kepada Khulafa’ Ar-Rasyidin hatta terlibat dalam Majlis Syura dalam memilih pengganti Uthman RA dan Ali RA.

Zubair pernah menghadapi saat-saat sukar apabila berhadapan zaman fitnah yang berlaku ketika pemerintahan Ali RA iaitu terlibat dalam pertempuran Jamal yang melibatkan pertembungan dua pasukan iaitu terdiri dari pihak Aishah Ummul Mukminin dan Ali bin Abi Talib. Beliau terbunuh dalam pertempuran tersebut ketika umurnya 64 tahun, yakni pada hari Khamis, 10 Jamadil Akhir tahun 36 Hijri.

Betapa bangganya ana mempunyai saudara yang begitu Hebat dalam memperjuangkan Islam..
Sungguh,ini memberikan semangat kepada ana untuk Istiqamah dalam perjuangan suci ini..
Doakanlah ana wahai sahabat2 ku...Sungguh hina diri ini bila terlepas dari jalan perjuangan ini..Takbir...Allahuakbar..

Sunday, June 27, 2010

Istiqamah & Mujahadah...


Assalamualaikum & Salam Perjuangan Kepada Sahabat2 Pejuang Agama Allah sekalian...
Semoga entum semua diberkati oleh Allah & Terus Istiqamah dalam memartabatkan Islam di BUMI ciptaan Allah S.w.t ini...Insyaallah
Sungguh!!! badan terasa amat penat..Aktiviti yang tidak putus2 diamanahkan dari Yang MAha Penyayang untuk ana selesaikan..Satu bulan yang dipenuhi dengan Infiniti keseronakan DiTarbiah & Mentarbiah...Subhanallah..Mengimbau kembali kenangan bersama2 pejuang Islam yang berjuang di Bumi Sendiri terasa satu barakah & kepuasan tersendiri...Agak berbeza sedikit rasanya jika dibanding dengan berada di bumi semenanjung...Bukanlah maksud ana,ana tidak suka berjuang di bumi semenanjung...Ana akui & mensyukuri bahawa mana bumi semenanjung banyak memberi motivasi & pengalaman untuk ana menjadi seorang insan yang lebih peka tentang kehidupan masyarakat sekeliling..Berjuang bersama2 sahabat di sana bagaikan berjuta2 permata yang perlu ana kongsikan bersama sahabat2 seperjuangan di bumi sendiri agar kelangsungan dakwah akan dapat terus di laksanakan...

Pada entri kali ini,suka untuk ana kongsikan pengalaman yang merupakan kemuncak cuti ana selama lebih kurang 3 bulan ini... Ini bukanlah cerita perjuangan sehebat Rasulullah,Se Gah Hassan Al Banna & Sesempurna Pejuang2 Islam yang lain...Ini hanyalah perkongsian insan terpinggir lagi hina yang hidup dibumi "lubuk dakwah' ini..Pada entri kali ini,ana mahu berkongsi pengalaman Program Usrah Anak2 Usrah ana..Sebelum itu,ingin ana kongsikan sedikit contoh2 perjuangan yang dinukilkan di dalam Al-Quran...

Sebagaimana yang diyakini oleh setiap yang bernama pejuang, pastinya rintangan dan halangan akan menjadi fitrah semulajadi di dalam perjuangan. Ada yang berjaya menempuhi rintangan dan mendapat kejayaan di muka bumi, namun kebanyakannya menempuhi syahid ataupun beroleh kegagalan namun pastinya ganjaran yang menunggu di hadapan Allah tidak terkira. Tidak kurang juga para pejuang yang akhirnya mati dalam keadaan perjuangan tidak berjaya namun perjuangan mereka terbukti diterima manusia selepas kematian mereka. Antara contoh perjuangan di dalam Al-Quran yang bagi ana sepatutnya dipelajari dan dihadam oleh para pejuang mutakhir ialah :


1. Perjuangan Nabi Nuh as : Kisah seorang nabi yang berdakwah kepada kaumnya selama 950 tahun namun yang menyahut seruannya hanyalah beberapa orang sahaja. Kemuncak ujian yang diterima ialah baginda ditolak oleh anak dan isterinya sendiri. – Surah Nuh.

2. Perjuangan Nabi Musa as : Seorang nabi yang cuba membebaskan kaumnya daripada kekangan perhambaan akibat penindasan Firaun dan kuncu-kuncunya. Pada peringkat permulaan, dakwah Nabi Musa ialah menyeru Firaun supaya mengakui ketuhaan Allah dan kebatilan dakwaan dirinya sebagai tuhan. Sekalipun Firaun menolak, Nabi Musa tetap diselamatkan oleh Allah apabila Firaun tenggelam di dalam lautan. Namun peringkat kedua dakwah Nabi Musa lebih mencabar apabila berdepan dengan kaumnya yang begitu degil akibat kongkongan perhambaan yang bgeitu lama. Nabi Musa akhirnya wafat dalam keadaan baginda dan kaumnya sesat di sebuah padang selama 40 tahun. Allah mentakdirkan kegemilangan Bani Israil ialah di tangan generasi yang lahir sesudahnya. Kisah Nabi Musa disebut oleh banyak tempat di dalam Al-Quran.

3. Kisah Ashabul Ukhdud : Al-Quran menyebut kisah ini secara tidak langsung di dalam Surah Al-Buruj bermula ayat yang ke-4. Namun ia diterangkan secara terperinci di dalam hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Kisah seorang budak diberikan ‘biasiswa’ oleh raja yang zalim untuk mempelajari ilmu sihir namun dia dalam masa yang sama turut mempelajari ilmu tauhid dan aqidah ang sahih. Kemudiannya, dia meningkat dewasa sebagai penentang kepada raja yang zalim. Sekalipun akhirnya dia mati di tangan raja tersebut, perjuangannya diterima oleg rakyat jelata yang seterusnya beriman kepada Allah SWT. Di sinilah berlakunya perstiwa parit berapi.

Sekadar menyebut beberapa contoh daripada puluhan malah ratusan contoh di dalam Al-Quran sudah cukup untuk menyedarkan kita bahawa lumrah perjuangan sejak zaman berzaman membuktikan bahawa tidak semestinya setiap perjuangan berakhir dengan kejayaan, malah kebanyakan darinya terpaksa mengharungi seribu satu dugaan dan rintangan dan ada kalanya berakhir dengan kematian. Namun, ganjaran yang sebenar tentunya menanti di sisi Allah SWT.

Bertarikh 25 Jun 2010 hingga 27 Jun 2010 menyaksikan betapa kuasa Allah sememangnya mengatasi segalanya..Program amal Islami anak2 usrah yang berada di teknik Alhamdulillah dapat dilaksanakan..Mengimbau kembali dugaan & cubaan yang terpaksa kami lalui sebelum program tarbiah ini dapat dilaksanakan..Berbekalkan perancangan yang sememangnya telah lama sedikit mungkin memberi sedikit kelebihan & kemudahan..Namun,beralaskan gerak kerja yang hanya mengambil masa 2 hari sememangnya amat2 menduga keikhlasan dalam membuat program pentarbiahan ini..Subhanallah.. betapa kuasa Allah mengatasi segalanya.. Berbekalkan 4 orang 'Penggerak',segala perancangan untuk mula diaturkan..Pembentangan kertas kerja,mendapatkan budget seterusnya menguruskan segala keperluan peserta perlu kami selesaikan..Banyak dugaan yang datang menerpa..Allahuakbar..Dugaan2 seperti Keyakinan sesetengah pihak yang kurang yakin program ini dapat dilaksanakn,kekurangan tenaga untuk menguruskan setiap detail perkara,procedure2 tertentu yang terlepas pandang & masalah2 lain sememangnya memerlukan sikap positif & aura positif agar segalanya dapat dilakukan dengan penuh rasa optimis & boleh untuk meyakini insan2 sekeliling... Alhamdulillah..Segalanya Allah beri ilham untuk jalan penyelesaiannya... Betul tidak?? (Ustadz Kamal,Akh Masdeh & Akh Asyandi)..Inilah insan2 yang menjadi penggerak kepada program ini..Ana sangat hargai & mengagumi semangat mereka yang sememangnya mempunyai mujahadah yang sangat tinggi..Tanpa mereka,sememangnya program ini tidak akan pernah berjaya..Jazakumullah sahabati...


Jumlah peserta yang dijangkakan hanya 39 orang melonjak kepada 50 orang...Alhamdulillah... Pergerakan peserta bermula pada pukul 3pm & berakhir pada pukul 5.15pm dengan menggunakan tenaga2 Ustadz2 yang siap sedia berkhidmat demi Islam walupun disibukkan dengan hal2 yang lain...(Pasti semangat mereka akan menjadi motivasi untuk ana istiqamah dalam perjuangan ini)... Lebih kurang dalam pukul 5.30pm,aktiviti bermula..Peserta dapat dikumpulkan & Alhamdulillah segala berjalan lancar walaupun banyak masalah yang berlaku..Dengan pengalaman & Petunjuk dari Allah S.W.T,sahabat2 ana dapat menyelesaikan segala masalah yang diturunkan Allah untuk menguji kami semua..

Segala pengisian & aktiviti dapat dilaksanakan walaupun hujan...Aktiviti malam pertama lebih santai kerana Kami menantikan Sahabat2 poli yang sampai lewat kerana ada masalah di dalam perjalanan..Sekali lagi kesungguhan ana terpicu melihat semangat sahabat2 poli yang begitu bersemangat & mempunyai semangat pengorbanan yang patut dicontohi...Mabruk Alaik... (Khairul,Azman,Salman,Shainal & Takbir-Sahabat2 Poli yang ana Kagumi)..Semoga kita semua terpilih untuk Thabat dalam Perjuangan ini..Asif jiddan kat Muslimat poli yang datang,ada 2 orang ana x ingat nama,jadi ada baiknya ana tidak sebut semua....Tapi Insyaallah bantuan entunna akan ana ingati selamanya...Syukran laka..Masakan pun sedap & Kebajikan Peserta Muslimat sangat terjaga...hehehee...

Banyak sangat aktiviti yang amat ana rindukan selepas itu...Ia akan kekal dalam ingatan ana... Apa yang ana doakan & amat harapkan ialah agar para peserta merangkap adik2 ana nie akan istiqamah dalam memartabatkan agama Allah.Teruslah berjuang wahai adik2ku kerana hidup di dunia ini sementara & syurga Allah itulah yang selama2nya & sebaik2 tempat..Bukankah itu tujuan hidup kita???Takbir...

Ustadz Kamal: Terima Kasih ustadz kerana banyak sangat beri tunjuk ajar kat ana yang lemah ini..& terima kasih juga di atas kesabaran dengan karenah ana...

Masdeh :Ana minta maaf banyak2 pasal banyak sangat membebankan enta..Sumbangan enta untuk Islam hanya akan di balas oleh Allah..Sungguh indah ukhuwwah ini..Semoga semua perancangan kita akan dipermudahkan oleh Allah...

Asyandi :Sememangnya jodoh pertemuan di jalan Allah..Tidak sangka dapat jumpa dengan enta setelah sekian lama..Di masjid lagi tue...Tahniah kerana berjaya memartabatkan anak sabah di bumi U.K...Sangat2 beruntung kerana adanya enta..Allah yang Maha Berkuasa..

Khairul,Azman,Salman,Takbir & Shainal :Sayang akan Kalian..Minta maaf kalau menyusahkan..Kemeriahan yang entum bawa memotivasikan semua orang..Banyak sangat pengalaman yang kita kongsi bersama..Tadhiyah yang perlu dicontohi para Daie di bumi Sabah nie...

Adik2 Peserta:Kalau mahu hidup mudah,entum semua sudah ada..Tapi kalau mahu hidup Mulia..Itu hanya ada dengan bermujahadah..Semoga istiqamah mentarbiah diri...Jangan nakal2 masa abang dah tiada kat sabah..Belajar rajin2 & jadilah contoh yang terbaik..Abang doakan yang terbaik..Tidak hebat kalau setakat dapat straight A..Hebat bila berjuang di jalan Allah & dapat straight A...Amin...

Allahukbar,Allahukbar,Allahukbar,

Allahukbar,Allahukbar,Allahukbar,

Allahukbar,Allahukbar,Allahukbar,

Allahukbar,Allahukbar,Allahukbar,

Allahukbar,Allahukbar,Allahukbar......



Wednesday, June 16, 2010

Remaja Muslim Tinggi Nilainya

g


GENERASI muda, remaja atau belia ialah kelompok yang aktif dalam semua perkara. Mereka suka bertanya, mencuba, tidak serik dengan peristiwa, cenderung lasak, sukakan cabaran, gemar memperaga diri, sukakan hiburan, mahu berkawan malah suka bercinta.

Inilah perkembangan naluri dan fitrah generasi muda dalam proses membentuk diri menuju kematangan dan masuk ke alam dewasa. Sebagai pemuda Islam, tidak salah bakat yang baik dikembangkan.

Potensi yang dimiliki boleh membangunkan diri, masyarakat dan negara, tetapi ia juga boleh merosakkan diri, meruntuhkan masyarakat dan negara. Isu utama ialah bagaimana potensi itu digilap dan disuburkan secara fitrah serta bakat diguna secara bermanfaat.

Islam meletakkan generasi muda pada kedudukan mulia dan hal ini berbeza berbanding pada zaman sebelum kedatangan Islam. Jika dalam masyarakat Arab jahiliah, bangsawan Quraisy membentuk belia mereka dengan latar belakang kemewahan dan hidup berfoya-foya, tetapi sejurus selepas terpancar nur Ilahi ke dalam masyarakat Arab, acuan itu mula dicorakkan kepada konteks lebih luas, global, punya nilai dan beradab.

Corak remaja atau belia pada zaman itu terbentuk melalui kesan tarbiah rohaniah dan jasmaniah yang dipimpin melalui pendekatan wahyu iaitu melalui cara hidup Islam. Budaya atau cara hidup bersandarkan reda Allah wujud pada diri pemuda ketika itu.

Ini menyebabkan mereka tidak saja memiliki pedoman dan dorongan terbaik untuk memandu jalan hidup, tetapi budaya reda Allah itu membentuk kedewasaan remaja yang akhirnya menjadikan mereka taat serta patuh terhadap perintah Allah dan sentiasa mengelak melakukan apa dilarang.

Al-Quran dan al-sunnah sarat dengan contoh generasi pemuda yang diiktiraf berjaya di sisi Allah. Kisah anak muda dalam surah al-Kahfi ialah pengiktirafan yang dinyatakan secara jelas oleh Allah kerana mereka beriman dan mempertahankan sifat takwa walaupun berdepan pemerintah zalim. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya mereka ialah pemuda beriman kepada Tuhan mereka (Allah) dan Kami tambah kepada mereka petunjuk.” (Surah al-Kahfi: 13)

Allah juga memasukkan belia dan remaja yang menghabiskan masa mengabdikan diri kepada Allah dalam kegiatan hidupnya sebagai manusia yang dimasukkan ke dalam golongan mendapat perlindungan lembayung payung Allah di Padang Mahsyar kelak.

Perkara ini dijelaskan dalam sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tujuh golongan manusia yang akan dilindungi oleh Allah pada hari yang tidak ada perlindungan selain perlindungan-Nya, pemuda yang hidup dalam keadaan mengabdikan diri kepada Allah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Pemuda memiliki beberapa kelebihan berbanding orang tua untuk menunaikan tanggungjawab agama sama ada melaksanakan perintah atau menjauhkan larangan antaranya mempunyai banyak masa lapang, belum sibuk dengan kerja lain, mempunyai tenaga dan kekuatan fizikal, mempunyai kecerdasan akal fikiran, mempunyai daya ingatan yang kuat, jarang ditimpa penyakit dan mudah mendapat pertolongan serta memberi bantuan kepada orang lain.

Pada ketika mempunyai kelebihan dan keistimewaan inilah pemuda perlu merebut peluang menunaikan tanggungjawab dengan sebaiknya. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Rebut lima perkara sebelum lima perkara:muda sebelum tua, lapang sebelum sibuk, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin dan hidup sebelum mati.”

Pemuda pada awal Islam menjadi tonggak dakwah dan ejen pembangunan dalam membina kekuatan. Nama seperti Mus’ab Umair, Usamah Zaid, Ali Abi Talib, dan Bilal Rabah, membuktikan kepada generasi berikutnya bahawa remaja tonggak kekuatan ummah pada zaman Rasulullah SAW dan sahabat.

Rasulullah SAW berpesan supaya ummah memberikan perhatian kepada mendidik dan menjaga belia dalam sabda Baginda bermaksud: “Aku berpesan kepada kamu supaya memberi perhatian kepada pemuda, sesungguhnya hati mereka lembut. Allah mengutuskan aku membawa agama hanif lalu pemuda menyokong aku sedangkan orang tua menentang aku.”

Justeru, dalam beramal, pemuda dianjurkan sentiasa mengambil peluang melaksanakan ibadat tanpa perlu bertangguh kerana usaha meningkatkan takwa dalam hidup bukan bermusim. Firman Allah bermaksud: “Dan dirikan oleh kamu sembahyang dan tunaikan zakat, dan apa juga yang kamu dulukan daripada kebajikan untuk diri kamu, tentu kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah.” (Surah al-Baqarah: 110)

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak berganjak langkah kaki seseorang hamba pada hari pembalasan kelak sehingga mereka ditanya empat soalan iaitu umurnya ke mana diperuntukkan, usia muda ke mana dihabiskan, hartanya daripada diperoleh dan ke mana dibelanjakan dan ilmunya apakah diamalkannya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Rasulullah SAW juga pernah melahirkan perasaan takjubnya kepada pemuda yang sentiasa bersungguh-sungguh menjunjung nilai takwa dalam kehidupannya dan bukan bersikap seperti kebudak-budakan. Sabda Baginda SAW bermaksud: “Sesungguhnya Allah sangat kagum kepadapemuda yang tidak memiliki sifat kebudak-budakan.”

Ketika hayatnya, Baginda SAW selalu berpesan kepada belia dan remaja supaya memperlihatkan sifat matang, sesuai dengan kekuatan fizikal sehingga dapat dibezakan dengan golongan tua. Lantaran itu, ketika usia Baginda menginjak ke angka 40, terjadi peristiwa kenabian pada waktu yang dianggap sempurnanya kematangan umur dewasa. Ketika itu, kebanyakan pendukung kuatnya ialah pemuda.

Saidina Abu Bakar, tua tiga tahun daripada umur Baginda,Saidina Umar pula berusia 27 tahun ketika memeluk Islam,Saidina Othman lebih muda daripada Baginda dan Saidina Ali jauh lebih muda daripada sahabat lain.

Begitu juga sahabat yang terkenal sebagai pendamping dakwah yang dibawa Baginda SAW seperti Abdullah Mas’ud, Said Zaid, Abdul Rahman Auf, Bilal dan Musab Umair yang berusia muda. Nama seperti Abu Jahal, Abu Lahab, Abu Sufian, malah Abu Talib yang tidak menerima dakwah Baginda SAW ialah kalangan generasi tua.

Harapan Islam kepada generasi muda, remaja atau belia amat tinggi, justeru pengiktirafan ini mesti dibuktikan melalui tindakan dan realiti, bukan sekadar retorik atau omong kosong. Benar dan tepat kecintaan Allah kepada mereka yang suka bersedekah, tetapi Allah lebih cinta generasi muda yang bersedekah, Allah juga mencintai mereka yang beramal, tetapi Allah lebih mencintai generasi muda beramal. Allah mengasihi orang beribadat, tetapi Allah lebih mengasihi pemuda yang beribadah.


Seruan Kasih untuk sahabat seperjuangan...
Apa yang kita tunggu??
Apa yang kita nanti??
Apa yang kita harap??
Apa yang kita Khayal??
Bangunkan dirimu..Teguhkan tekadmu..Buktikan pada semua,kita remaja Muslim yang punya segalanya..Ayuh bangkit & Teruskan perjuangan mulia...
Andai terjatuh tersungkur ke tanah,akan kita bangun kembali..
Walaupun darah mengalir jasad dibasahi,akan kita teruskan perjuangan suci ini..
Hingga ajal datang memanggil untuk bertemu Rabbul izzati..

P/s:Aktifkan dirimu wahai syababul Islam terutama di bumi Di bawah bayu & Bumi Kenyalang..Buktikan kita agen perubah...Sahabat2 semenanjung,semoga terus istiqamah & Jangan pernah mengalah dalam perjuangan ini...Kita bergerak bersama agar tertegaknya Daulah Islam di Bumi Malaysia ini...Insyaallah..sirru ala barkatillah..

INSAN SETIA